Sabtu, 28 Mei 2011
duit makanan anak bini dll semuanya rezki kurniaan Allah..Alhamdulilah
1.Menurut Islam, Allah swt berkehendakkan kita supaya bercakap benar dan
jangan melakukan yang batil. Buatlah apa yang diredai Allah dan ketahuilah
bahawa rezeki kita berada di tangan-Nya. Tidak seorang pun yang boleh
mengambil atau menyekat rezeki kita.
Allah telah menerangkan kepada kita bahawa Ia mengurniakan Qarun dengan
harta yang banyak. Namun Qarun tidak pernah puas kerana angkuh.
"Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku.' Dan
apakah ia tidak mengetahui bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan
umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak
mengumpulkan harta? (Surah Al-Qasas: 78)
2.Sesungguhnya rezeki itu tidak berperanan pada harta, darjat, keturunan atau
pangkat saja, malah ia memainkan peranan mendapatkan keredaan Allah dari
segi percakapan dan amalan. Di sinilah kita dapat memahami maksud firman
Allah yang berikut, yang bermaksud:
Dan jadilah orang-orang (yang sebelumnya) itu mencita-citakan kedudukan
Qarun itu berkata: Aduhai, benarlah Allah telah melapangkan rezeki bagi
sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba- Nya dan menyempitkannya. Kalau
Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya atas kita, benar-benar Dia telah
membenamkan kita (pula). Aduhai, benarlah! Tidak beruntung orang-orang yang
mengingkari (nikmat Allah). (Surah Al-Qasas: 82)
3.Allah telah mengurniakan orang-orang yang bermaksiat terhadap-Nya dengan
harta yang banyak atau darjat keduniaan yang tinggi.
KEMURKAAN
Jika ditinjau dari segi zahirnya, ini adalah satu kebaikan bagi mereka.
Namun yang sebenarnya adalah khilaf. Harta dan pangkat ada kalanya tidak
mendatangkan kebaikan.
Allah berfirman yang bermaksud:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar
baginya (dari sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki dari
sumber-sumber yang tidak diduga. (Surah At-Talaaq: 2 & 3)
Bertakwa kepada Allah dan mengetahui akan sebab-sebab rahmat-Nya adalah
rezeki yang sebenarnya. Oleh yang demikian, Rasulullah saw tidak
mengibaratkan kerana banyak harta itu adalah kaya, akan tetapi kesucian itu
adalah diiktibarkan kaya yang sebenarnya. Baginda pernah bersabda dalam
hadisnya yang bermaksud:
Bukanlah kekayaan itu oleh sebab banyak harta yang dipamerkan akan
tetapikekayaan itu adalah kekayaan jiwa.
Bukanlah nikmat Allah yang zahir yang dilimpahkan kepada manusia dengan
harta yang banyak dan sebagainya menunjukkan kebaikan dan keredaan Allah.
Bukanlah dugaan Allah ke atas hamba-Nya satu dalil yang menunjukkan
kemurkaan Allah. Perkara ini adalah sebaliknya.
4.Boleh jadi sesiapa yang telah dilimpahkan oleh Allah dengan pelbagai nikmat
itu mungkin dianggap sebagai satu "pujukan atau umpanan yang berperingkat'
dan berkemungkinan pula sesiapa yang diduga oleh Allah adalah sebagai satu
kelebihan di sisi-Nya. Allah berfirman yang bermaksud:
Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada
mereka itu (bererti bahawa) Kami segera memberikan kebaikan-kebaikan kepada
mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar. (Surah Al-Mukminuun: 54 & 56)
Rasulullah pula ada menegaskan dalam sebuah hadis yang maksudnya:
Apabila kamu melihat seseorang itu dikurniakan atasnya rezeki dan masih
bermaksiat kepada Allah, maka ketahuilah kamu bahawa ini sesungguhnya adalah
satu pujukan atau umpan.
Oleh yang demikian, janganlah kamu sangka bahawa sedikit harta itu adalah
jauh daripada rezeki Allah.
DOSA-DOSA
6.Berkemungkinan bahawa orang-orang yang diberi nikmat rezeki itu adalah
sebagai nikmat yang negatif seperti menjauhkan daripada penyakit dan
dosa-dosa sehingga dia meninggalkan dunia ini dengan penuh kesucian dan
beroleh kemenangan dengan syurga yang abadi.
Rezeki di sisi Allah dikurniakan untuk semua makhluk sama ada dari golongan
manusia, jin, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Allah mengurniakan rezekinya pada
had yang tertentu seperti firmannya yang bermaksud:
Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang
dijanjikan kepadamu. (Surah Az-Zaariyaat: 22)
Firman-Nya lagi yang bermaksud:
Dan tidak ada satu binatang yang melata (segenap makhluk Allah yang
bernyawa) pun di bumi melainkan Allahlah yang memberikan rezekinya dan Dia
mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. (Surah
Huud: 6)
Tidak ada makhluk di muka bumi ini yang berupaya menambah atau mengurangkan,
mempercepatkan atau melewatkan rezeki seseorang. Rasulullah saw telah
bersabda dan menekankan hal ini dalam hadisnya yang bermaksud:
Ketahuilah! Jika sesuatu umat itu dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada
kamu, nescaya tidak akan terlaksana melainkan sesuatu yang telah ditulis
oleh Allah bagi kamu dan jika mereka memudaratkan kamu, tidak juga akan
terlaksana melainkan apa yang telah dicatat oleh Allah. Diangkat
'Kalam-kalam' dan dibentangkan 'Buku-buku'.
Maksud 'kalam' di sini ialah "kuasa mentakdirkan rezeki dan ajal", manakala
'buku' pula adalah segala apa yang telah termaktub sejak dari azali sebelum
Allah menjadikan langit dan bumi seperti yang diriwayatkan oleh Muslim
daripada Rasulullah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah telah menetapkan kuasa ketakdiran-Nya sebelum dijadikan
langit dan bumi dalam lima puluh ribu tahun.
Di sini ternyata kepada kita bahawa seorang Mukmin yang sempurna imannya
tidak khuatir pada rezekinya kerana yang mengurniakannya adalah Allah swt.
IMAN DAN TAKWA
7.Iman dan takwalah yang dapat memainkan peranan bagi memahami ujian Allah
bahawa kekayaan dan kemiskinan itu terletak di tangan Allah sebagaimana yang
difirmankan- Nya:
Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan
diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku telah memuliakanku'.
Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membataskan rezekinya, maka dia
berkata: "Tuhanku menghinaku". (Surah Al-Fajr: 15 & 16)
Berjuta-juta manusia mati kelaparan disebabkan kemarau yang berpanjangan.
Ajal mereka telah sampai sebagaimana yang ditetapkan Allah swt sejak dari
azali lagi. Dengan kembalinya seseorang itu maka terhenti dan terputuslah
rezekinya. Dengan kembalinya seseorang itu ke hadrat Ilahi, maka terhenti
dan terputuslah rezkinya. Al-Quran ada menerangkan yang bermaksud:
Maka apabila telah datang ajalnya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang
sesaat pun dan tidak (pula) memajukannya. (Surah Al-Araaf: 34)
KESESATAN
Rasulullah telah menerangkan dengan jelas dalam wasiatnya kepada Ibnu Abbas
yang bermaksud:
Jagalah Allah semoga Allah akan menjaga kamu; jagalah Allah semoga kamu
mendapati-Nya berhadapan dengan kamu; jika kamu mohon pertolongan, maka
mohonlah kepada Allah.
Inilah wasiat yang tidak syak lagi bahawa Allah sajalah yang memberi manfaat
dan memudaratkan; merendah dan meninggikan; memulia dan mengeji; menghidup
dan mematikan. Tidak ada suatu makhluk sama ada individu atau kumpulan
masyarakat yang dapat memberi kesan pada manusia melainkan dengan izin
Allah. Firman Allah, bermaksud:
Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang
menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan
kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Anaam: 17)
Kesimpulannya, apa yang boleh mendatangkan manfaat bagi seseorang, itulah
rezekinya yang sebenar. Selain daripada itu, apa yang diperolehinya itu
boleh membinasakan dan menyesatkannya.
Wassalam!
merodok isi hati mengubat kekecewaan dalam diri
1.saya cukup terkesan sejak akhir-akhir ini,kadang-kala cukup terasa pabila termenung dikala sendirian.Badan penat,otak penat..dikala sebahagian besar daripada kita masih lena kami sekeluarga bangun seawal mungkin untuk menempuh perjalanan jauh..kesian anak-anak..kesian juga buat isteri..hari minggu sedikit cuma untuk merehatkan minda..menghilangkan lenguh dibadan..Isteri penat dengan pemanduannya seawal pagi..saya juga begitu..bila agaknya sindrom ini akan berakhir???takpe beliau cukup tabah..saya tahu sejak akhir2 ini isteri teramat penat..kesihatan mula merosot..darah terlalu rendah..saya juga sedang berfikir untuk mencari jalan penyelesaian..ada baiknya beliau berhenti kerja...tapi itu cita-citanya..dan tidak adil untuknya..saya teramat risaukan jalan raya akan memisahkan kami...saya sentiasa bekerja kesana dan kemari ke ladang ke daerah ada kala 1 hari 2 -3 daerah itu biasa..begitu juga dengannya bertolak seawal jam 5.30pagi pada setiap hari..ya darahnya semamangnya rendah buat masa ni!
2.Satu pagi yang sunyi dikala pada masa itu tahkala saya sedang meghadiri satu kursus jabatan yang penting untuk kerjaya saya..beliau ada hubungi saya...dengan suaranya dan tutur katanya saya faham beliau teramat kecewa dalam banyak perkara...takpa la hidup didunia ini sememangnya sementara aje..apa yang penting tambahkan Ilmu dan tingkatkan taqwa InsyaAllah kekecewaan akan hilang..itulah senjatanya..tidak mengapa tidak usah dikecewakan apa yang telah berlalu..biasala bukan semua kemahuan kita akan ditunaikan..tak dapat tukar sekolah takpa la..InsyaAllah kita pindah keluar dari sini...lagipun saya sudah cukup lama di Kluang 7 tahun dah!!!
3.Ya betul kata bekas penyarah pengajian Islam saya dulu Dr Atikullah ..Ilmu dan taqwa adalah senjata yang dapat melawan segala bentuk ancaman yang boleh merosakkan manusia. Ilmu yang dimiliki dapat memberi amaran mengenai akibat yang bakal diterima sekiranya melakukan kemungkaran dan maksiat dan apa sahaja penganiayaan yang dilakukan keatas insan yang lain. Dengan ilmu juga, seseorang itu akan berusaha menjadi orang yang bertaqwa.
4.Saya berpesan pada isteri dan diri saya sendiri bahawa Sifat taqwa akan menjadikan seseorang itu menginsafi akan kewujudannya di bumi ini sebagai seorang khalifah yang diperintahkan untuk memakmurkan bumi ini, menyayangi sesama umat Islam, berlaku adil, membuat kebaikan serta meninggalkan segala keburukan dan kejahatan. Sifat taqwa jugalah yang mendorong kita sanggup melakukan apa saja yang dipe-rintahkan Allah dan meninggalkan larangan-Nya demi mendapatkan keredaan Allah. Dan ketahuilah bahawa sebaik-baik umat manusia adalah yang paling bertaqwa kepada Allah.
5.Firman Allah yang bermaksud:
“Orang yang menyakiti hati orang mukmin lelaki dan perempuan di atas perkara yang tidak dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu melakukan dusta dan dosa yang nyata.”
6.Nisbah orang yang memperolehi kelulusan ijazah doktor falsafah (phd) dalam bidang ilmu dalam masyarakat sangatlah rendah berbanding dengan orang yang mempunyai sindrom “phd” atau penyakit hasad dengki@saya lebih suka menamakannya sebagai pesakit hasad dengki. Salah satu tanda wujudnya penyakit@pesakit hasad dengki dalam masyarakat ialah berlakunya perbuatan jatuh-menjatuhkan, pulau-memulau dan fitnah-memfitnah di kalangan segelintir anggota masyarakat. Sindrom negatif ini wujud kerana ada yang kurang senang ataupun iri hati terhadap kelebihan ataupun kejayaan yang dinikmati oleh orang lain. Sifat dengki yang keji ini bukan sahaja boleh menimbulkan perselisihan, perasaan dendam dan permusuhan yang berpanjangan, malahan ia juga berpotensi memporak perandakan masyarakat hatta menjejaskan keamanan negara.
7.Terdapat beberapa implikasi lain yang berpunca daripada sifat dengki itu. Di antaranya adalah seperti berikut:--
a. Sifat dengki menghapuskan amalan baik.
Setiap kali seorang muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Tetapi, apabila dia memiliki sifat dengki, amalan kebaikan yang dilakukannya akan terhapus gara-gara perasaan keji itu. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:
“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar. (Al-Hadis).
b.Perasaan dengki mendorong seseorang untuk membuat kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah.
Pada kebiasaannya, bilamana hasad dengki bersarang dalam dada, maka dia akan menterjemahkan perasaan itu dalam bentuk umpatan (ghibah), berkata bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang. Dengan perbuatan keji itu, seseorang yang mempunyai sifat dengki itu mengharapkan yang kelebihan atau kebaikan pada orang yang didengkinya akan hilang atau turut dibenci oleh orang lain.
c.Sifat dengki menyebabkan seseorang itu terpinggir daripada memperolehi syafaat pada hari kiamat.
Perkara ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah yang bersumber daripada Abdullah bin Basyar, di mana Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:
“Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan aku pun tidak daripada golongannya.”
(Al-Hadis).
Ini bererti amat rugilah mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati kerana tidak akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak.
8. Pendengki yang tidak segera bertaubat akan dihumban ke dalam neraka.
Natijah buruk ini diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya, mafhumnya:
“Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. menjawab: Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatic, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan ulama dengan sifat dengki mereka.”
Sifat dengki memungkinkan seseorang itu melakukan kemudaratan terhadap orang lain.
Kenyataan kesan buruk ini dapat disandarkan kepada kisah Habil dan Qabil yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran. Hasad dengki dan dendam kesumat yang membelenggu perasaan Qabil mendorongnya untuk membunuh Habil.
9. Sifat hasad dengki menyusahkan diri sendiri.
Lazimnya, orang yang mempunyai penyakit hasad dengki tidak pernah selesa dan tidak pernah merasa tenteram. Ini kerana setiap detik dia hanya memikirkan kelebihan serta keistimewaan yang dinikmati oleh orang lain di samping sentiasa memikirkan bagaimana menjatuhkan orang berkenaan serta merasakan dirinya wajar memiliki kelebihan itu.
10. Hasad dengki boleh menyebab- kan seseorang itu sukar memahami ilmu agama dan hukum hakam.
Ini boleh terjadi kerana tumpuan hanya diberikan kepada mencari jalan bagaimana hendak memperolehi nikmat yang dikecapi oleh orang lain di samping mencari muslihat bagaimana mengikis nikmat atau menjatuhkan orang yang didengki. Kegairahan dalam mencapai matlamat yang tidak baik itu melalaikannya daripada mengingati Allah. Dan keadaannya akan lebih parah lagi bilamana tidak timbul keinsafan dalam dirinya kerana ia boleh merenggangkan hubungannya dengan Allah. Situasi ini sesuai de-ngan sekuntum kata-kata hikmat yang berbunyi:
“Orang yang berhasad itu tidak akan menuai hasil keuntungan.”
Hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya justeru ia akan terpinggir daripada hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan menyebabkannya melakukan perkara lebih keji.
Manakala di akhirat kelak, orang yang memiliki penyakit hasad dengki akan menanggung kerugian lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang tidak terkira. Ini ke-rana dia tidak layak untuk menerima dan mendapat syafaat di samping tersisih daripada memperolehi tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkataan di syurga Allah.
Meskipun natijah penyakit hasad dengki itu ditanggung sendiri oleh pengamalnya, namun jika tidak dikikis ataupun dibendung, ia dikhuatiri boleh memberi kesan buruk kepada perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Kerana itulah kita sentiasa dianjurkan supaya berusaha menghindari diri daripada dijangkiti penyakit hasad dengki serta sifat-sifat keji yang lain seperti mengumpat, tabiat suka mencari-cari kesalahan orang lain, memfitnah dan sebagainya yang bukan sahaja merosakkan hubungan seseorang individu dengan individu yang lain, bahkan ia turut merosakkan hubungan dengan Allah sehingga boleh menyebabkan orang yang berhasad dengki itu tersisih daripada mendapat hidayat serta rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Firman Allah:--
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢)
Mafhumnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
(Al-Quran , surah Al-Hujraat ayat 12)
Akhirnya..saya berpesan padanya..bermula saat ini berwaspadalah tika bertutur kata..diam adalah sebaik-baiknya, kerna saya cukup percaya diam adalah benteng terbaik untuk mencegah penularan "virus bawaan mulut"

Jumaat, 27 Mei 2011
Gunung lambak:sekali gagal bukan gagal selamnya
1.Hampir 7 tahun aku kat sini belum pernah aku mendaki gunung lambak..setakat pi kaki gunung tu biasala di hujung2 minggu..nak naik sampai puncak jauh sekali nak sampaila!depa kata ketinggian gunung ni ada la dalam 1673 kaki.Tak tahu macam ne aku leh join team pejabat panjat gunung ni..kalau ikutkan hati susah nak panjat dengan keadaan kesihatan yang tak seberapa baik..team opis nyer pasal ne join gak le..entah apa mimpi depa nak panjat gunung ni hahaha..nak cari puteri gunung lambak bekali..setakat puteri gunung lambak baik cari kat kaki gunung aje daaa hahaha
2.Depa janji kui 7.30 pagi dah nak mula daki tapi biasala jam 8 pagi baru mula pendakian...adeiii penat dengan menunggu je pasai tu tenaga aku hilang..tu antara sebab aku tak sampai ke puncak gunung hahaha..
sebelum panjat gunung kasi bersenam dulu la hehehe..biasanya pagi2 hari minggu kat gunung lambak eco resort ini depa ada senamrobik percuma ni..de masa join je
3. Dengan semangat tinggi semua team dalam 18 orang ni siap pakai baju jersi harimau malaya lagi kakaka nak ambik semangat harimau malaya konon..Setengah jam pertama pehhh boleh tahan lagi kekeke..masuk pusingan 45 minit kemudian....kakaka aku yang sampai bawah awal..tak tahan den kakaka kekurangan oksigen weiii kakaka..naik tangga pejabat pun aku da termegah megah..ni plak nak tawan gunung lambak...susah nak ulas panjang lebar kakakaka sebab aku gagal sampai puncak gunung kakakaka penat wooooo...empat terawal mengaku kalah hahahaha...
turun gunung aku bantai makanan yang ada kat bawah dulu
4.Buat depa yang berjaya menawan puncak gunung lambak..hangpa jangan eksen hahahaha aku mcm2 ne tahun ni akan tebus kegagalan tempoh hari...siottt tul!budak ni lagi bertenaga beb aiyaaa malu den..
dan akhirnya..kepenatan kekekeke
pehhh amsara mencari posisi terbaik..cayalah brooo
team gagal ke puncak gunung kakaka
ada masa kita daki lagi...
Selasa, 3 Mei 2011
Khidmat untuk rakyat mersing:Temui pegawai PERKESO di Pejabat penerangan mersing
1.Majikan,pencarum,pekerja atau siapa sahaja diri anda jika anda mempunyai permasalan berkaitan PERKESO terutamanya melibatkan kawasan-Kawasan Mersing,Endau,Tenggaroh,Jemaluang dan sebahagian Tanjung Gemuk di rompin boleh lah kiranya hadir ke pejabat penerangan mersing pada setiap hari Rabu pertama pada setiap bulan, ini kerna pihak pejabat PERKESO kluang yang bertanggungjawab ke atas kawasan-kawasan tersebut telah mengambil inisiatif untuk memudahkan@mempermudahkan pelangan berurusan.
Dengan kata lain hangpa tak payahla bersusah payah naik bas,naik teksi mahupun naik kereta sendiri ke Kluang dengan jarak pergi dan balik mencapai 200 kilometer lebih!!!dah la kena tuang minyak mahal lagi,naik bas jalan Ya Allah bengkang bengkok..depa kata jalan maut..jauh plak tu..silap2 nak kena datang lagi dan lagi jika dokumen tak lengkap bla bla bla bla akhirnya hangpa jugak yang rugi..dari menangung kerugian yang menyebabkan hangpa duka nestapa muram durjana sampai tak leh lelap mata maka elokklah kiranya hangpa jangan duk lepaskan peluang keemasan ni!Hangpa jangan risaula pegawai PERKESO yang duk bertugas kat pejabat penerangan mersing tu baik-baik belaka ehhh hensem-hensem semua ehh kekeke..tak dak jenis makan manusia punyer..hangpa masuk pakai kopiah kompem keluar pun pakai kopiah tak kan tukar kopiah jadi topi keledar eh kakakaka..
lau naik kabutar 1 hari 1 malam belum tentu leh sampai bekali kakaka
deyyy mchaa ini sini naik kalu kasi cepat sampai sikit hehehe
er kalau naik ini..kompem xsempat sampai ke pejabat kluang hahaha
yang niiiiadeiii kakaka juga xsempat sampai kot kakakaka
mau pi mana..itu socso kluang jalan duku jugak
2.Pada dasarnya nak habaq mai..sejak sekian lama program turun padang ini kita dah lakukan, namun yang menjadi dukacitanya sejak akhir-akhir ini ianya agak kurang mendapat sambutan,pasal apa kurang sambutan aku pun tak tahu..takkan la nak sediakan makan minum percuma baru hangpa nak mai hahahaha lingkup beb..pejabat mana yang ada sedia makan minum kat pelangan kat malaysia ni..habaq mai sat hahaha..tiap2 hari aku nak pi lau pejabat macam tu...er er ini time hari keluarga kita ni kakaka ni la satu2nya kaunter de makanan tauuuu tauuuu
Namun semasa di awal pelancaran program ini sejak berbelas tahun dulu pihak perkeso turun bertugas di pejabat penerangan mersing untuk 2 minggu sekali namun akhir-akhir ini oleh kerna kekurangan sambutan maka ianya telah dikurangkan kepada hanya setiap rabu minggu pertama sahaja untuk setiap bulan,dengan bahasa mudahnya hanya sebulan sekali untuk rabu minggu pertama.Namun ada betul juga pendapat yang mengatakan kekurangan sambutan ini mungkin dek kerna kekurangan kes kemalangan dikawasan ini..ada betulnya juga..dan ada betulnya juga kawasan perindustrian di mersing agak malap sejak akhir2 ini..betul jugak tu..
bersama penaja zoo johor kakakakaka
3.Semasa pegawai perkeso turun padang bertugas di pejabat penerangan mersing pelbagai masalah boleh diutarakan dan pelbagai dokumen boleh diminta cuma jika melibatkan cetakan penyata sahaja yang belum boleh dilakukan..nak tanya apo pun tanya lahhh..yang duk pi duty kat sana semua yang terbaik punyerrrrrr!!!yang leh dikatakan serba boleh dan pakar la jugak hahahaha..
pehhh ping pong beb..ada berani???
kami sudi mendengar luahan sanubari permasalahan anda..dengan tanpa tapisan dan kekangan..segala aduan dan maklumat dirahsiakan..kami mempunyai banyak masa untuk anda hahahaha cakap la sepuasnya..tanyala apa yang terbuku dihati..er er jangan tanya dah kahwin ka belum dah kakakaka..karang tak pasai2 aku tak leh pi mersing lagi kakakaka....kita orang dah pi kursus senyum wooooooo kita olang senyum ajeeee lani kekeke walapun $$$ xdak pun senyum wooooooo hahaha bagus gak kusus mcm tu
4.Adalah amat diharapkan agar penduduk di kawasan ini tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pejabat penerangan mersing jika mempunyai sebarang pertanyaan dan sebarang permasalahan berkaitan perkeso.Kerna dari sambutan andalah kami berada disini semata-mata untuk menyumbang bakti dan khidmat kepada masyarakat..oleh itu jangan persiakan peluang dan ruang yang diberikan...kalau hangpa tak tahu pejabat penerangan mersing kat mana hang pi la dekat2 sekolah bandar mersing tuuuu x pun depan perpustakaan awam mersing..er er tak jauh dari pejabat imigresen mersing...pusing2 kompem jumpa daaaaa er er ini bukan ..dan bukan tempatnya..silap silap..hihihi
hehehe ni baru betui...hangpa guna kanta pembesar la weiii malas aku nak edit gambor ni hehehe
ok la...nak pi makan duluuuuuu..ingat tu peluang dan ruang yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mungkin..
sebut pasal peluang dan manfaat teringat plak memori lama..