Khamis, 30 Jun 2011

Tangkapan Khalwat membabitkan suami dan isteri orang semakin menjadi-jadi

KLUANG - Seorang suami ditangkap khalwat bersama wanita lain sewaktu isteri dan anaknya balik ke kampung bercuti untuk beberapa lama.

Pasangan berkenaan ditangkap penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Kluang di sebuah rumah teres di Taman Sri Kluang kira-kira jam 10 malam, kelmarin.

Kadi daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan berkenaan ditangkap sewaktu mereka sedang berdua-duaan di rumah berkenaan dan atas maklumat daripada orang awam serta penguatkuasa JAJ, mereka bertindak menangkap pasangan terbabit.

“Pasangan berumur 29 tahun berkenaan adalah suami dan isteri orang yan juga pekerja kilang.

“Dipercayai mereka adalah rakan satu sekolah dan wanita berkenaan rapat dengan lelaki terbabit ekoran wanita ini ada krisis rumah tangga dengan suaminya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, disebabkan mempunyai krisis rumah tangga mereka melakukan khalwat sewaktu isteri lelaki berkenaan tiada di rumah.

Mohd Khalil berkata, tangkapan yang dilakukan adalah operasi mencegah maksiat dalam daerah ini yang dijalankan penguatkuasa JAJ, malam kelmarin.

Tangkapan Kedua
Dalam operasi sama, JAJ menangkap seorang duda anak empat bersama pasangannya, anak dara berumur 30 tahun.

Mohd Khalil berkata, duda berkenaan berumur 42 tahun ditangkap di sebuah rumah di Kampung Sri Lukut lebih kurang jam 2.15 pagi, kelmarin.

“Pasangan berkenaan ditangkap penguatkuasa JAJ di rumah duda berkenaan yang juga rumah kampung dan mereka adalah pekerja kilang di kawasan Kahang,” katanya.

Menurutnya, dalam kes berkenaan kedua-dua pasangan akan ditahan di bawah seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana berkhalwat.

Mohd Khalil berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Saya juga mahu war-warkan kepada orang awam sekiranya ada aduan berkaitan kes maksiat di kawasan mereka diharap dapat menghubungi talian bebas tol kami di talian 1 800 88 3072.

“Malah, sekiranya ada aduan, kami akan merahsiakan maklumat peribadi mereka yang memberi maklumat kerana apa yang kami mahu adalah mencegah dan membanteras maksiat daripada terus berlaku khususnya di daerah ini,” katanya.

(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 30 Jun 2011)

************************************************************************************

Aku cukup risau trend sebegini..Allahuakbar moga dijauhkan sama sekali!trend khalwat membabitkan Iseri orang dan suami orang ini satu budaya jahiliah yang kian menular lantas berupaya menghancurkan Institusi kekeluargaan Islam.

PENCEN PENAKAT DAN PROSEDUR TUNTUTAN EDISI 2


1.Oleh kerna banyak sangat email yang menerjah masuk dan banyak sangat pertanyaan berkaitan pencen Penakat maka sekali lagi aku nak jelaskan dengan bahasa yang cukup mudah agar semua pihak berpuas hati dan memahaminya serta menyebarkannya pada sanak saudara terdekat dan seberapa bafo ini leh disebarkan demi kebaikan bersama InsyaAllah.Kalau tak faham lagi tak tahu la aku nak jelaskan macam mana,sebab ini kali kedua aku beri penjelasan..susah2 jumpa je lah senang hehehe..tak pun hangpa pi la kat pejabat PERKESO yang terdekat.

2.Secara ringkasnya Pencen PENAKAT perkeso ni macam gaji ooooo dapat seumur hidup bagi waris si mati(nama pun dah pencen penakat mestila masuk bulan2 macam gaji-pencen maksud aku) hm jika suami mati maka isterila dapat dan anak2 bawah 21 dan begitula sebaliknya!..ibu bapa plak dapat untuk si mati yang anak2 nya yang belum kahwin!anak2 plak setakat umur 21 atau kalau dah umur belum 21 dah kahwin maka xdapat dah la.Cara bayaran pencen penakat ni bayaran kali pertama dengan cek dan untuk kali kedua dan seterusnya InsyaALLAH melalui bank..macam hangpa terima gaji secara bulanan la.setakat ni hangpa leh paham ka???tak leh paham hang pi tiduq dulu la kakakaka...siap2 mandi mai baca semula kakakaka..

3.Ok,pertama sekali jika sekiranya berlaku sebarang kematian kepada ahli keluarga kita ,yakni kematian yang bukan berkaitan pekerjaan..ingat baik2 bukan kerna pekerjaan! kerna jika kematian itu melibatkan pekerjaan sudah pasti ia menjurus kepada Faedah Orang Tanggunggang (FOT) pencen FOT ini banyak tau 90% tuu..untuk kali ni aku nak jelaskan bab2 Pencen Penakat dulu sebab ramai sangat yang duk email tanya dan masih banyak yang tak faham! maka kita tinggalkan bab FOT..nantila de masa aku cerita la bab FOT OK!

4.Banyak antara kita yang langsung tak tahu yang perkeso ada menyediakan pencen PENAKAT untuk pekerja/pencarum yang layak..kelayakan caruman aku dah cerita dah dalam post yang lepas..maka malas dah aku nak ulang balik yang dah dicerita hehehe hangpa pi cari sendirilah.Untuk memudahkan cerita,bila sahaja waris/kaum keluarga kita meninggal dunia maka hangpa pi la kat pejabat PERKESO terdekat dan bawalah salinan kad pengenalan si mati.Harus di ingat yang mencarum PERKESO je yang boleh dok pi semak caruman dan buat tuntutan pencen penakat..kalau hangpa kerja kerajaan macam polis ka, cikgu ka jangan duk gatal nak pi plak kakakaka..pi nak jumpa aku no hal punyerrrr kakaka

5.Tapi sebelum pi ke pejabat PERKESO untuk semak caruman si mati hangpa kena ingat,si mati yang berumur sebelum 55 sahaja yang layak memohon/ yakni warisnya layak memohon pencen penakat!Kalau dah lepas 55 tahun xdapatla weiii orang kata tak dak rezeki la tuuu apa nak buat.

6.Selepas semakan dibuat dan didapati layak maka hendakla si waris mengisi borang2 yang telah disediakan..sepertimana dibawah ni hah..jom kita tengok satu persatu..supaya hangpa tak pening lagi:-

i.Ni borang 24 iaitu borang tuntutan pencen penakat..borang ni wajib di isi kalau tak isi macam ne nak tuntut pencen daaaa..borang ni nak ne isi baik2..senang je hangpa tiru je contoh mudah yang aku bagi tu hah...lain2 hangpa isi sendiri lah!ni hah borangnya dan ianya PERCUMA!borang ni hanya de kat pejabat perkeso je dan leh ambik kat laman web perkeso..kalau de orang nak jual tau kenakan bayaran hangpa pi la lapor kat SPRM ok.
borang yang kat atas tu aku cuma bagi contoh je kalau la si mati meninggalkan anak2 yang belum 21 tahun hangpa ne tulis gak la name anak2 tu.Teramat senang lah!

ii.Ni plak borang 26.Borang 26 adalah borang tuntutan pengurusan mayat.Biasanya dituntut juga oleh waris si mati,yakni kalau isteri mati kompem suamila yang tuntut.Faedah pengurusan mayat/jenazah ni maksimunya kita bayar rm1500.Duit ni dalam masa 3 hari dah dapat.kompem dapat cepat jika sekiranya semua dokumen dah lengkap!Ingat ye jika dokumen dah lengkap!biasanya satu hari pun dah leh dapat pun jika tiada masalah!Nak isi borang ni tak susah laaaa..teramatla senang.Aku tunjuk contohla..hangpa tiru je la..
bagi amaun pe RM yang dituntut untuk pengurusan jenazah plak hang isi la pe RM$$ yang telah dibelanjakan..jangan nak tipu2 la..tak kan mati pun nak tipu ka..apa daaa.setakat ni hope leh fahamla..lau tak faham hangpa pi la pejabat perkeso terdekat..aku bagi setakat info yang aku tahu je :)

iii.Borang terakhir adalah borang BKA-1..Borang ni juga wajib di isi,yang mana borang ni penting untuk maklumat akaun,nanti duit pencen tiap2 bulan akan masuk ke dalam akaun ini..sampaila hangpa mati x pun sampaila si anak dah mencapai umur 21 tahun!Setelah hangpa isi borang ni maka hangpa pi la kemana -mana bank yang anda pilih dimana bank2 tersebut hanya melibatkan bank cimb,public,maybank,bsn,muamalat dan Rhb bank.Bank2 selain daripada bank ini TIDAK BOLEH!!!!sesudah siap isi maka bawalah borang ini ke bank yang telah hangpa pilih tadi dan bagila kat pegawai bank sahkan(tanda tanggan serta cop rasmi dan jawatannya sekali)Nah tengok contoh kat bawah ni hah borangnya...er er er cuma tak dak la aku nak isi nombor akaun dan tak dak la cop sebab ni contoh lah..hehehe nak tunjuk yang sebenar tak boleh woooo itu dokumen rahsia dalaman..kekeke..opss kat ruangan jenis faedah diterima hangpa tik/tanda kat kotak PKT(merujuk kepada penakat) hope fahamla..kalau tak faham tak tahu la aku nak jelaskan macam ne lagi wakakakakaka hangpa mai berguru dengan aku kat bukit tunggal la lau tak faham2 lagi gak kakakaka

v.Untuk balu yang kematian suami yakni untuk yang beragama islam sahaja maka ada satu lagi borang yang wajib hangpa isi yakni borang Akuan Berkanun.Borang Akuan Berkanun ini wajib di isi oleh balu islam dan perlu di sahkan oleh pesuruh jaya sumpah/majistret.Dimana dinyatakan dalam Akuan bersumpah itu JIKA SEKIRANYA SIMATI(SUAMI)ada MEMPUNYAI ISTERI LAIN MAKA SECARA AUTOMATIK ISTERI LAIN(isteri kedua) ITU JUGA LAYAK MENERIMA PENCEN PENAKAT ITU!yakni merujuk kepada madu la tu..
Mana la tahu ingatkan suami bersiteri sorang tup2 bila dah mati pecah rahsia rupanya ada isteri lain maka kedua-dua isteri layak mendapat pencen penakat!Oleh sebab itu Borang Akuan Berkanun ini wajib di isi.Cara nak isi senang je hangpa tengok contoh simple aku buat ni hah...contoh sebenar tak leh tunjuk la..sebab rahsia kerajaan mana leh tunjuk hak orang lain hehehehe..hangpa tengok contoh aku tu dah real tuuuuu..

6.Hm aku bagi contoh lagi, jika sekiranya suami mati maka isteri2 nya layak memohon.Kalau de seorang isteri maka isterinya la kalau de dua isteri maka kedua-duanya lah dan anak2 sebelum umur 21 tahun!atau kalau anak2 belum sampai 21 tahun dah kahwin xboleh lagi la..itu kalau suami yang mati begitu jugakla sebaliknya jika isteri pula mati…sama je prosedurnya..kalau pakwe mati soryyyy la beb hang awek jangan duk gatai nak pi mohon pencen penakat plak kakakakaka wakakakaka jangan bikin aku malu la kakakaka..er er kalau pakwe mati maka aweknya bolehla habaq ka ibu bapa pakwe yang mati tu agar mohon pencen penakat jika anaknya layak la.Kalau pakwe xdak kerja jangan duk cara pasai duk pi pejabat perkeso plak.

7.OK..kita pi satu2 supaya hangpa lebih paham!JIka pekerja itu tak kirala perempuan ka lelaki ka yakni tak kirala si suami atau isteri yang mati maka warisnya bolehla mengemukakan permohonan pencen penakat dan bagi yang telah berkahwin itu maka selain borang2 wajib di isi sepertimana yang aku tunjuk kat atas tu maka hangpa juga kena bawa dokumen asal dan salinan, bagi yang dah kahwin dokumennya adalah:

a.Salinan ic balu/duda
b.Salinan sijil/buku atau kad kahwin
c.Borang Akuan balu tunggal(Untuk org islam je )
d.Salinan sijil lahir anak2 dan IC dorang lah!
e.Salinan buku bank(muka depan yang de nombor akaun tuuuu)
f.Borang BKA-1(boring yang pegawai bank kena tandatangan tu hah)
g.sijil kematian si mati dan kalau boleh bawak sekali permit kubur OK.
h.salinan ic simati depan dan belakang

8.Untuk si mati yang belum kahwin maka warisnya adalah ibu bapanya…maka ibu bapanya bolehla ke pejabat Perkeso dengan membawa dokumen2 berikut:

a.salinan sijil kematian simati
b.Salinan sijil kelahiran si mati
c.Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/nenek atau datuk jika ibu bapa telah xdak
d.Salinan sijil lahir adik beradik berumur sebelum 21 tahun la.
e.Buku bank muka surat depan yang de nombor akaun
f.Borang BKA-1(juga yang pegawai bank saint u hah)
g.salinan ic simati depan da belakang

Kalau semua dokumen-dokumen yang aku bagitahu/nyatakan tadi dah ada maka bawalah ke pejabat perkeso terdekat,INGAT BAWA YANG ASAL DAN SALINANYA SEKALI! dan hantarla ianya..InsyaAllah tak lama proses ni!!!!mudah sangat2..jangan dok dengar tohmahan kata prosesnya susah dan lambat..senang sangat!!!!!cepat plak tu janji hangpa ikut apa yang aku bagitahu tu!!!!aku tahulahh..ikut je!

9.Aku harap sangat hangpa faham..kalau ditakdirkan tak faham hangpa tanyala, aku tak marah eh..aku syer info ni pun untuk disebarkan..setakat mana boleh disebarkan..aku bukan nak apa2 pun Cuma nak amal jariah jah!moga2 ilmu yang kita kongsi bersama ni diberkati Allah s.w.t

10.Jangan kita menzalimi diri kita sendiri..jangan kita menzalimi anak2 kita dek kerna kecetekan ilmu kita…orang kata jika tak tahu jangan malu untuk bertanya…tuntutla hak anda demi anak2 tercinta…jika itu hak anda mengapa tidak anda menuntutnya!!!

Kalau musykil lagi Tanya la….wasalam :)

Selasa, 28 Jun 2011

Serba Ringkas tentang Israk Mikraj


1.Sebelum Israk dan Mikraj berlaku

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2.Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

a. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

b. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

c. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

d. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

e. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

f. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

g. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

h. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

i. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

j. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

k. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

l. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

m. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3.Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4.Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Nasi Ikan keli penyet

1.Hari ni aku awal2 lagi dah bertolak ke Felcra Bukit pedoman Mersing.Macam biasala jalan nak pi mersing tak sah lau tak de lori balak dan lori sawit...dah lali dah aku..

2.Sampai sana dah kul 10 lebih so aku bereskan dulu kerja kat sana..ambil masa 2 jam jugak kat felcra tu..bla bla bla habisla siasatan aku kat sana..kemalangan pegawai dorangla..dulu aku dah cerita dah bab2 kemalangan ni dan cara tuntutanya..banyak gunanya tuuuu..nantila de masa aku perluaskan skop dan dimensinya lagi ok.

3.Oleh kerna perut dah lapaq lagipun pagi tadi aku tak sempat makan maka aku pusing2 la mencari kedai makan..lapar beb tak makan..pusing2 aku jumpa la kedai nasi ayam penyek dan Ikan keli penyek..hahaha nasi ayam penyek memang aku da biasa makan dan aku memang suka,but nasi Ikan Keli penyek aku tak pernah makan lagi la..so aku try la makan nasi Ikan keli penyek ..pehhhh sedap wooooo.depa ni semua main penyek la hahaha..

Nasi Ikan keli penyek ni ok la leh la setakat nak kenyang tu..sedap la jugak

4.Hm balik rumah aku habaq kat wife aku agar belajaq buat nasi ni...hehehe setakat nak lenyek2 penyet2 ayam jadi kot wakakakakaka..

5.Entahla sebenarnya seronok makan yang wife masak ni..tu pasal la penat macam2 mana pun wife aku masak jugak tuk aku...dan bab2 membeli sayur ka ikan ka itu serah kat aku hahaha sebab aku memang pemantau harga yang baik kakakaka..

Isnin, 27 Jun 2011

Jumpa guru tampar jumpa guru tampar baso bodo..tu buke debe tapi babok!

1.Sabtu lalu aku ke sekolah tempat isteri aku mengajar…macam biasala jika ada program hari sabtu kompem aku follow..lagi pun duk rumah pun tak tahu nak buat pe..lama2 lau dok rumah sorang2 leh jadi batu granit aku..so pi la aku ke sekolah tempat wife aku mengajar tu..macam biasala sebaik hantar wife ke sekolah aku pi lepak sat kat warung makan kat area tu jugak la hehehe tempat aku biasa lepak tuuu..biasanya aku lepak kat kedai ni with anak aku le…but hari ni tak..join kumpulan orang2 tua kakakaka..depa borak tak leh nak masuk line aku eh.

2.Dulu warung makan tu milik tuan Imam..la ni aku dengar khabar dia dah meninggal dunia.Sebut pasal tuan Imam tu aku banyak kali sempat borak dengan dia…termasuklah bedalan terakhir dalam khutbah jumaat.hehehe leh berdesing gak le telinga katanya "kita walaupun berpangkat manager ke kaya ke sesibuk manapun luangkanla masa ke masjid bila seruan azan.. janganla lupa datang"…itulah yang terakhir jumaat dengan dia..tahu2 dia dah meninggal dunia.Dengar khabar anak dia ganti..entahla sejak tuan imam tu meninggal aku tak singgah lagi kat masjid kecil tu.

3.Lepas makan..aku masukla lepak2 kat pondok pengawal keselamatan sekolah tu…jugak tempat biasa aku lepak sambil2 tunggu wife..hehehe pondok gud ni selesa la nak dibandingkan dengan pak gud opis aku kakakaka dalam jam 10.. pagi semua bebudak sekolah dah balik dan semua ibu bapa da ambik anak masing2..tak lama kemudian aku dan pak cik gud tu terkejut de seorang budak sekolah ni er pempuan budak tu..badan besarrrr dia nangis 2(agak2 anak aku nanti badan mcm dia kot)..badan besar hehehe tak elok nangis dik oiii..aku dan gud tu tanya dia nape nangis..dia bagitahu bapak dia tak datang ambik2 lagi..jam 10.30 pagi masa tu.Em dah lewat setengan jam la tu..cian dia..bapak pun satu daaa..sebut pasal pak gud..dia cukup beruntung de pondok yang cukup selesa..tak la macam gud kat opis aku siannn

4.Taklama kemudianbapanya sampaila dengan bermotosikal..tengok je anak dia nangis terus Tanya nape???pak gud tu plak jawap budak ni dah tunggu lama..lantas dengar suara peril dan dengan ketidak puasan hati si bapa lalu menyalahkan guru sekolah itu..”apalah cikgu ni..cikgu pun satu hal nape kata program habis jam 10.30 pagi???pasai tu saya datang 10.30 pagi??dengan nada agak keras juga..lalu terus mengambil anak dia yang masih lagi menangis..nak je aku snap gambar samdol tu biar satu Malaya tahu kebangannya beliau!!!Nasib baik aku bukan cikgu, lau la aku cikgu nak jugak aku jawab..cuba hang Tanya anak hang baik2 sebelum nak menyalahkan orang!!!anak2 orang lain semua dah ambil jam 10.00 pagi ko sorang je datang 10.30 pas tu nak salahkan orang plak..nampak sangat ko tu samdol dan tak settle dari segi otak!maknanya ko punyer telinga pekak badak macam aku kot kakakaka..macam2 dalam hidup ni..ada aje nak salahkan orang..orang macam ni la leh tuduh macam2 pada cikgu kompem punyerla!

5.Bila sibapak tu balik dengan eksennya lalu aku tanya pak gud tu..sape bapak budak tu???dia kata kerani kat @@@@@@ wakakakakakaka sat lagi lau aku pi kat Opis hang siapla…nak jugak aku berkenalan dengan hang kakakaka…hm hm macam nak pi je kat Opis ni..dia tak tahu aku baik dengan TUAN dia kakakakaka…

6.Sebut pasal guru aku kesian sangat kat depa ni..ajar salah tak ajar lagi salah..tak ajar hangpa bukan je ne jawab dengan guru besar but hangpa juga ne jawab dekat Akhirat nanti..itu amanah beb..but sampai bila asyik nak ne maki hamun tuduh nista sampai bila nak ne makan penembuk macam kejadian hari ni kat pasir mas?? Ceritanya begini…aku copy je ni hangpa cari la kat mana2 paper hari ni kompem ada punyer lah!!!!debe pala hotok mu..buat malu kampung aku joh nate ni!debe setara mano la kakah ni yang duk gi tampar guru ni..nak jugak aku tengok..

PASIR MAS – Seorang guru yang baharu tiba di sekolah untuk memulakan tugas cedera di pipi kiri selepas ditumbuk seorang lelaki yang sedang menunggu di pagar sekolah itu pagi semalam.

Azidi Abdullah, 44, mendakwa, lelaki tersebut yang ditemani seorang wanita dipercayai isterinya turut membawa sebilah parang yang dibalut dengan tuala sambil memarahinya kerana menampar pipi anak lelaki mereka yang belajar di tahun empat pada sesi persekolahan Rabu lalu.

Dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu, Azidi mendakwa ditumbuk sebanyak dua kali.

“Tanpa sempat berbuat apa-apa, saya terus ditumbuk dan bila minta dia bertenang, dia tumbuk sekali lagi,” ceritanya ketika ditemui bersama isterinya, Azfaneeza Adnan di rumahnya di sini.

Dakwanya lagi, ekoran kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas di sini pada pukul 10.15 pagi.

Guru itu mendakwa, pasangan suami isteri itu sebenarnya salah faham apabila menyangka dia menampar anak mereka di kelas pada Rabu lalu yang menyebabkan murid tersebut tercedera.

7.Atas sebab2 itulah aku sentiasa habaq kat wife aku tok sah duk cubit tok sah duk pulas la bebudak tuuu..bila result kuar lemah ka teruk ka mak bapak datang tanya habaq la kat depa kalau jentik lau cubit nanti depa tampar cikgu plak..pipi cikgu2 bukan tuk ditampar woi kakakaka..gila tul la mak bapak la ni..orang gila pun tak gila macam mak bapak yang duk belasah cikgu..tapi nasib hangpa..lau la jumpa buku dengan ruas..lek2 mana pun cikgu jugak yang kena!kadang2 unta leh cerdik dari manusia daaa..

8.Kot ye pun nak marah aku syor kan kat sekolah de patung depan pintu pagar hok mana ibu bapa nak marah nak lepas geram sila la belasah patung tu kakakaka paling syok letak gamabaq pengetua ka guru besaq ka tu lawan hangpa kakakak maka hemtamla patung tu sepuas dan semahunya..nak lagi best ambil je umbi pokok sawit hangpa bantaila puas2..nak pokok sawit aku leh rekmen dengan pengurus ladang kompem leh punyer :)

9.Aku jugak harap sangat lepas ni cikgu2 bangkitla tak kira pompuan ka laki ka separuh ka...bila mana hangpa dizalimi ditampar diugut maka selain daripa report polis hangpa leh saman depa tuuu jangan takut saman je ribu2 kompem depa kecut punyer!Apa guna ada Kesatuan guru jika guru pun depa tak leh jaga kebajikannya???baik jadi kesatuan kena tampar!

10.Nantila aku sambung lagi bab2 guru ni..sebelum chow er er er akhir kata thanks kat En Amir n keluarga coz sudi menaja coklat kat pemeli aku hari ni memang best woooo.. cayala lu orang memang kombinasi yang baik..aman rumahtangga

thanks jugak buat Ustaz Arip yang sentiasa tanpa jemu memberi tazkirah dalam bab2 agama..wa suka dengan lu tazkirah bab2 tudung yang dipakai oleh.....wakakakaka pehhh berdesing beb!!

Ahad, 26 Jun 2011

Tiga Maut, Tiga Parah, Kereta Pelajar Bertembung Lori Ais

PASIR MAS: Tiga maut manakala tiga lagi cedera parah apabila sebuah kenderaan bertembung dengan sebuah lori ais di Jalan Kota Baharu-Pasir Mas, dekat sini, Sabtu malam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, tiga yang maut merupakan pelajar Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), sementara tiga lagi yang parah ialah seorang lagi pelajar kolej berkenaan dan pemandu berserta kelindan lori ais itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Darulnaim, Mohd Nasir Mamat berkata yang maut dikenali sebagai Saiful Jawahil Razali, 19, yang merupakan pemandu kenderaan; Mohd Alif Mohd Suhaimi, 19; dan Sheikh Mohd Farhan, 19.

"Saiful dan Mohd Alif berasal dari Tanah Merah manakala Sheikh Mohd Farhan dari Georgetown, Pulau Pinang.

"Manakala mangsa yang cedera parah ialah pelajar KIST, Azmi Ariffin, 19; pemandu lori, Zabri Husin, 29; dan kelindannya Mohd Azeri Mat Nawi, 24," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, menurut seorang saksi yang enggan mendedahkan identitinya, kemalangan itu berlaku apabila kenderaan Proton Iswara yang dinaiki empat pelajar KIST itu cuba memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori ais dari arah bertentangan.

Mohd Nasir berkata dua jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas dan Kota Baharu terlibat dalam operasi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.

Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu untuk dibedah siasat.

Pelajar KIST yang cedera parah kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, manakala pemandu dan kelindan lori kini dirawat di HRPZ II. BERNAMA

Jumaat, 24 Jun 2011

JOM SERBU PESTA BUKU KLUANG KALI KE 2


1.Sebelum ke masjid untuk solat jumaat sempat aku merayau-rayau ke Dewan Jubli Intan Kluang,hehe bab merayau jalan2 cari pasal kalau secara rasminya kompem de majikan ne kompau hahaha..but ni agenda yang dirancang.Masa masih panjang so aku pi merayau kat Dewan Jubli Intan sat..saja je nak tengok2 Pameran/Pesta Buku Kluang,pesta buku ni bermula 24hb sampaila 26hb bulan ni la weiii.Ni adalah kali kedua diadakan.tempat masih sama seperti penganjuran kali pertama dulu.Aku bab2 pesta buku aku cukup minat!hangpa tak minat hang punyer pasal..aku sorang2 leh ronda punyer no hal!

lebih elok jika bebudak sekolah datang..time aku pi ada la budak sekolah tapi masih tak rami lagi


2.Waktu tengahari biasala orang tak seberapa ramai lagi..so aku ambik peluang ni untuk jenguk2 apa yang patut..ada banyak masa nak belek2 buku!Harganya ok lebih murah dari biasala..kalau harga nya sama baik tak payah buat pesta buka la weiii.biasala pesta buku kluang ni tak lah sebesar di PWTC tu hah ni kan bandar kecil je brooo..nak pesta besar hangpa tunggu kat KL la..

3.Pesta buku kali kedua ni aku tengok ada sedikit perubahan ketara...ya amat ketara dari kali pertama dulu la!Jika dulu Gerai buku taukeh melayu langsung leh dikatakan tidak kelihatan,namun hari ni aku tengok leh dikatakan 90% adalah dikalangan bumiputera!baguihla hangpa de peningkatan...er er tadi aku tengok bebudak tadika duk join pertandingan mewarna..hm sebut bab pertandingan mewarna ni aku dulu tak pernah merasainya..maklumla aku budak kampung..pensil color pun jumpa masa darjah 1:)tam merasa tadika punnnnn

4.Aku sempat tengok2 dan kelik2 dan belek2..so pelbagai genre,topik,tajuk so pilih je nak beli yang mana satu daaaa..Orang kata jangan duk kedekut sangat bab2 nak tambah Ilmu ni hah!buku alam rumahtangga pun ada wooooo jangan malu2 kakakaka
jomla tak kisah la pi sorang2 pun ok apa...bawa anak bini lagi meriah

5.Tapi yang paling banyak aku tengok buku bab agama dan motivasila memang banyak!Ini saya perubahan yang ketara!aku bab2 buku agama dan motivasi sememangnya aku amat suka..berhabis duit untuk buka aku tak kisah beb.

6.Pusing2 so aku berkenan gakla kat satu buku...so aku beli khas untuk my wife hahahaha lantak dia la nak terima ka dak janji dia baca...hehehe..Ikhlas dari seorang suami tuuuuuu..sebelum beli aku baca dulu amat menarik dan lebih menarik jika anda seorang guru untuk membaca buku ini.tak caya beli lah!

aku sengaja beli buku ni setelah aku baca dan tengok ianya cuukup sesuai dengan my wife hahahaha...sebelum balik rumah aku balut buku tu elok2 kakakaka kasi kejutan beb..

hakikatnya aku amat memahami..isteri tersayang sedang berhempas pulas..hm sabar je la..ada caranya untuk memajukan anak2 murid tu..bawak banyak bersabar beb...wa caya lu lahhhhhhh..sebab tu lu jadi wife gua beb kakaka..dan aku gak tengok banyak2 buku2 untuk guru yang semuanya best2..lu olang kalau guru2 mesti beli ini buka beb..jangan kasi kedekut woooooo...banyak ilmu wooooo

teramat banyak pilihan :)

7.So jika ada masa dan kesempatan bawa la keluarga pi ke dewan Jubli Intan kluang..tak jauh beb sebelah Public bank kluang...em tepi taman permainan yang tengah bandar tu hah.

Rabu, 22 Jun 2011

mencintai kamus jururawat


1.Dalam 2-3 hari ni aku busy so tak sempat nak coret bebanyak..tak tahu nak capai yang mana dulu..dan dalam 2-3 hari ni jugak aku asyik duk baca kamus jururawat jah..aiyaaa banyak nak ne belajar dan terus belajar!orang kata belajar dari kesilapan hahaha..dulu aku tak payah baca Laporan perubatan..la niiii semua laporan perubatan nak ne baca...

2.Dengan bantuan 3 kerani khas..hope semuanya berjalan dengan lancar...pusing sana pusing sini riuh rendah suasana...adeiiii..

hehehe thanks 3 serangkai yang tahan telinga dengan leteran aku,dan tahan bergelak tawa pada ketikanya kekeke!!!dalam hidup ni kalau kita terlampau keras maka kita mudah dibenci olang..adakalanya ada tempatnya ada waktunya dan ada detiknya kekerasan itu menjelma jua :)

thanks jugak sebab banyak buat aku pening kakakaka...aiyaaa bila mau key in betul2 deiii..hm..ada kala kita sering menganggap tugas itu mudah dan lantas mengambil mudah..hakikatnya untuk mempermudahkan namun ia tak jadi mudah hahahaha sendiri pikiq :)

thanks jugak sebab menjadi pengingat yang setia jap2 bagitahu jap2 bagitahu hahahaha maka cukupla 3 serangkai :)KASI GEGAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!


3.Opssss aku ada cara tersendiri nak hilangkan tekanan...sebelum balik rumah pasti ne ronda2 kasi cuci bebanan kerja dulu hahaha..tempat biasa kompem pasar malam la...dalam banyak2 pasar malam makanan yang aku suka yong tau fuuuuuuuuuuuuu...best wooooo

er er abang ni bikin kekeke pasar malam kampung melayu mali daaa

Sabtu, 18 Jun 2011

hari minggu@kedai kain

1.Depa kata suara aku kat pejabat dan dirumah mungkin berbeda..watak juga mugkin berbeda..tekaan,serangkap jarang depa ternyata sila wakakakaka..aku ni kat mana je pi kompem sah suara macam ni gak le, dek kerna mudah cakap dan terlebih cakapla aku kerap diberi tugas layan dan sambut tetamu untuk majlis tertentu aiyaaaa no hal punyer..lau PM Najib depan aku pun macam tu gak eh..depa kata pejabat akan sunyi tanpa suara aku wakakakaka...kadangkala suara aku leh dengar dari tingkat 1 sampai 3!!!kalah ning baizura bekali dan kalah juga Kem Komanden tentera!!!my bos dah masak dah dengar peil aku ni hah..pejabat sunyi sesunyi padang pasir..itu yang aku xnak..macam bilik mayat!so kadang kala kita ceriakan suasana baru beh!Ye la pagi aku keluar macam2 orang aku jumpa..macam2 tension bawa balik...so cari nak hanyutkan tension itu...bikin dan bikin serta bikin ketawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

2.Opsss hari ni hari minggu yang tenang,tiada kedengaran lagu tamil seperti biasa..kalau tak masa2 sebegini dah dapat dengan lagu tamil seseolah olah aku menetap di negeri tamil nadu..sedikit demi sedikit aku mula menyukai lagu dan iramanya kakakaka..itu juga satu transformasi NKRA kakakaka hidup kejiranan..Nur Qaisara Humaira anak sulung aku tu pun dah pandai cakap ala2 tamail..mampuihhh laa.

3.Pagi yang tenang tiba2 jadi tak tenang kakakaka my wife ajak keluar pi shoping daa..kakaka bila sebut pasai shoping gajah yang tenang pun leh naik minyak hahahahaha..RON berapa tahap gajah naik minyak aku tak tahu la hhahaha sebab tak sempat nak interview gajah..mybe setakat RON 95 je kot..hehehe ini gajah pun pakai $$$ kompem tak naik minyak kakaka..

4.Er layan je la..maka kuarla kami kekeke..depa dok bodek nak pi Jekel ka Jakel entahla la kedai kain tu hah..hm hm malas aku nak pi jejauh ni..ya harga murah but perjalanan juga jauh..nak berebutla nak beraturla dengan bebudak adik beradik 2 Humaira ni er er tak sanggup aku..pi kluang je lah!

5.Kat Kluang pun apa kurangnya kedai kain bersepah ehhh pilih je :) er sendiri pilih sendiri bayar maaaaa huwaaaaakakakakaka..er er hm ketua shoping dah mula serangan dah...habislaaaa..mau bikin baju raya ka :)

6.aku n pemeli jenis tak suka berjalan kuar...kami berjalan jika time cuti panjang je...trip jauh :)biasanya selepas habis kerja rutin aku macam tu la pi melawat 3 pasar raya berdekatan...tengok2 harga barang..ala pasar raya dekat pejabat je...oleh sebab kelakuan aku itu maka kat pejabat depa panggil aku pegawai pemantau harga barang kakakaka..maknanya aku tahu susu murah kat mana dan mahal kat mana!!!

7.Pilih punyer pilih dah berjam-jam gak la...penat aku tunggu..but takpala biarla dulu masa bercinta leh tunggu takkan pah kahwin tak boleh hehehe..er er sebut pasai time bercinta ingat plak kat KOMTAR penang..ingatplak desa bakti..cafenya tempat kami mentelaah pelajaran...

8.Kini da lama tak pi penang...penang ada memori teramat indah seindah kasih ku pada my wife :)hehehe masih segar woooooo..botanical garden biasa pi sana time tension nak exam..my wife suka situ :)..