Jumaat, 30 September 2011

suka duka 40 tahun Perkeso melindungi pencarum


1.Hari ni gelaplah 40 tahun kewujudnya PERKESO di bumi yang tercinta ini,oooooo malaysia tanah airku...ianya bertitik tolak dari wujudnya Akta Keselamatan sosial 1969 (AKSP 1969) maka pada 1971 wujudlah Pertubuhan Keselamatan Sosial(PERKESO)yang ada yang panggil PERKESO ada jugak yang panggil Socso..ini perkara biasa...lebih menjadi luar kebiasaan apabila aku ke Mahkamah, Majistret leh tanya socso dengan perkeso sama ke tak sama adeiiii sengal..hehehe pe pun majikan, pencarum,perkeso berpisah tiada..bab sengal tolak ketepi...


2.Ahhhh telah jauh rupanya langkah dan Usia perkeso..Kini genaplah PERKESO 40 tahun Usianya..selang beberapa hari untuk menyambut ulang tahun penubuhan PAS juga hahahaha..sepatutnya hangpa berdua berkongsi perayaan ulang tahun kakakaka..baru grand beb kompem sambutan kaw kaw punyer..aaaaa majian,pencarum, perkeso berpisah tiada...


3.Apa yang lebih mengujakan perkeso sebenarnya lebih Afdal dinobatkan bermula di Johor Bharu...dimana perlaksaan skim perlindungan Perkeso telah bermula pada 1 Oktober 1971..ya Di Johor Bharu...itu tiada siapa yang boleh menafikannya,sebut pasal Perkeso Johor Bharu (Pejabat Negeri)tak lupa aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat Tuan Haji Hatta Tahir yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat berguna pada aku...selamat bersara tuan Haji...genap 40 tahun perkeso di bumi malaysia..tuan haji bersara bersamanya :)dan cukup indah juga bilamana tuan haji memulakan kerjaya disitu dan bersara pun disitu...pehhh membawa 1001 kenangan pahhit dan manis..dikala kerinagat diperah,masa dikejar,kebijaksaan menjadi taruhan...kadangkala disulami air mata..ada gembira ada kecewa ada terguris itulah nikamat kehidupan..thanks tuan haji..ya kita ada kata berbeda pendapat...aku masih ingat mungkin beliau terguris..kerna pada satu ketika golongan muda seperti kami agak agresif..ya...bab2 pengkompaun...1001 rasa...mohon diampun salah dan silap..bro En.fuad alias...kabare :) ahhh majikan,pencarum,perkeso berpisah tiada...


4.Jauh dari itu sepatutnya sambutan ulang tahun ke 40 PERKESO ini juga harus dikongsi bersama Perdana Menteri..yaaaa memanda perdana menteri hahaha..kerna apa???kerna Allahyarham bapanyalah yang merasmikan pengunaan Akta Keselamatan Sosial 1969 pada 1 Julai 1972...itu penting beb..tak rasmi depa tak jalan ni hahahahaha..sebut pasal Tun Razak memang banyak jasanya..tak terhitung..tapi untuk anaknya hahahahahaha susah nak komen kakakakaka...terpulang atas tafsiran hangpalah...hope ada cahaya dihujung terowong :)politik dimana2 pun ada kakakakaka..


5.Aku dalam entry sebelum ni ada cerita bab2 pencen Ilat..banyak aku dok cerita..hangpa tahu ka yang pencen Ilat ini dah lama dah perkeso perkenalkan???yang aku heran ramai lagi yang tak tahu..padahal sejak tahun 1974 perkeso lancarkan skim pencen Ilat ..ahhhh dah lama rupanya skim ini diperkenalkan...mustahil tak tahu2 tunggu umur lebih 55 baru nak mohon adeiiii kan jadi susah macam tu :)Tapi sejak akhir akhir ini telah wujud gelombang kesedaran dikalangan pencarum..pehhhh berlambak lambak dah permohonan nak minta pencen Ilat...hehehe ada 2 aspek nak ne tengok satu positif satu negatif..positifnya kesedaran dikalangan pencarum mengenai perkeso dan hak2 mereka telah mula wujud..itu petanda baikkkkkk.Kedua negatif dari segi penyakit hahahaha makin banyak pemohon Ilat aku rasala makin teruk tahap kesihatan rakyat malaysia...nape tak caya ka?????Ilat ni pencen untuk sakit kronik yang disahkan tak boleh kerja broooo kalau dah banyak mohon Ilat maknanya ramai pekerja rakyat negara kita tak berapa sihatlah hahahahaha makanan kot punyanya.....satu lagi kesan adalah penyusutan dana yang amat ketara...yaaaa amat2 ketara sekali pabila bayaran pencen Ilat ini dibayar kerna pengunaan dana untuk membeayar pencen Ilat sahaja saban tahun makin meningkat apatah lagi Usia hidup rakyat malaysia makin lanjut...


6.Diawal penubuhannya Perkeso bergerak sedikit demi sedikit dan Pada tahun 1980 barulah seluruh semenanjung malaysia diluputi skim perlindungan perkeso..manakala untuk sabah dan sarawak pula pada 1 ogos 1987.adeiii dah 40 tahun?????aku sendiri pun tak percaya hahahaha tambah tambah tak percaya dengan alasan demi alasan majikan tak tahu perkeso nak ne bayar ka tak????woiiiii broooo dah 40 tahun woiiii kakakakakaka adeiiiii kahwin dengan bini 40 tahun alih2 lupa ka???wakakakakakaka...sepautunya mereka menjadikan perkeso sahabat sejati..akrab..saling memerlukan..kerna apa aku kata sahabat sejati?saling memerlukan???kerna wujudnya perkeso untuk membantu kalian menjaga kebajikan pekerja kalian meringankan beban kalian...apa salahnya kalian juga membantu memudahkan kerja kami????majikan,pencarum,perkeso berpisah tiada


7.Dahulunya diawal penubuhan Perkeso diletakkan dibawah kementerian buruh..masih Jabatan Kerjaan..Namun Pada 1985 perkeso dijadikan badan berkanu, ya badan berkanun dan dikanunkan hahahaha..tetap jugak di bawah kementerian sumber manusia hingga kini..cuma tiada pencen je la tetap ne bayar KWSP..InsyaAALLAH perbincangn pencen pekerja swasta masih berjaya..harap ianya menemui jalan yang tak sesat hahahaha dan pada tahun ini jugalah pencen penakat diperkenalkan.Nah pencen penakat juga salah satu faedah yang juga aku ceritakan secara mendalam dalam entry aku yang terdahulu...juga salah satu tawaran skim perlindugan perkeso yang tak mampu dibuat oleh pihak mana2 sekali pun!tak caya????tanyalah pada pihak Insurans kompem muflis kalau depa buat!


8.Dulu sejak penubuhannya semua perkeja diwajibkan mencarum perkeso..termasuklah dengan mat bangla,minah indo,mat vietnam,kemboja dan mana2 bangsa atas dunia yang duk mai berkelana disini..namun tahun 1993 pekerja asing dikecualikan perkeso..hehehe banyak buruk dari baik depa ni...salah satunya merugikan RM malaysia je bagi depa mencarum...


9.Atas kesedaran dan iltizam perkeso untuk membantu pencarumnya maka pada 1997 pihak perkeso telah memperkenalkan Skim Faedah pendidikan dimana dibawah skim pendidikan ini pinjaman pelajaran ada disediakan...hehehe namapun pinjaman pendidikan maka lepas kerja lepas habis belajaq hang pa nak ne bayar balik la weiiii jangan duk diam pi sana pi sini hahahahaha..bila mana kita panggil nak runding bayaran balik pinjaman pun tak nak mai pasai pa???adeiii ni gak satu hal...


10.melangkah lagi ke depan seiring peredaran zaman banyak sangat kes sakit buah pinggang tak tahu pasai apa maka pihak perkeso dengan rela hati telah bersetuju memasukkan Rawatan dialisis pada tahun 2000 sebagai salah satu faedah di bawah skim perlindungan perkeso.Pehhh ini besar belanja dia brooooo..bukan seorang yang menerima rawatan dialisis brooooo..cukup2 berganda- ganda saban tahun!ya..majikan tak akan tangung perbelanjaan untuk ini kan kan..sebab itu majikan dan perkeso berpisah tiada hehehe



11.Tahun 2001 boleh dikatakan satu perubahan besar berlaku, tahun inilah berlakunya pengagihan kuasa dilakukan dimana kuasa untuk memproses dan mambayar tuntutan faedah di pejabat tempatan telah diturunkan dengan langkah ini maka tuntutan perkeso menjadi semakin cepat dan lebih cekap..dan hakikatnya lebih banyak kerja yang terpaksa kami lakukan hehehe..takpa majikan dan perkeso berpisah tiada...pasai itula aku pening nak siasat kes banyak2 ni hahahaha yang depa tau nak bayaq cepat!


12.Perjalanan menuju ke Usia 40 tahun ni cukup banyak perubahan dilalui cuma aku tak layak lagi untuk merekodkannya...ala siapa la aku ni hahahaha..nak kritik jauh sekali kakakakakakaka er er er dalam duk diam2 tu terpalit gal la isu-isu panas kakakakaakaka...bab2 isu panas ni malas aku nak buka kakakakakaka..harap2 saham2 dah halal semuanya kot kakakakaka harap2 sistem jutaan dah leh operasi kot wakakakaakakakakakakaka..opssss yaaa majikan perkeso berpisah tiada


13.Atas kesedaran untuk melindungi pekerja jugaklah maka satu perubahan besar juga dilakukan pada tahun 2005 dimana pada tahun ini pindaan Akta AKSP 1969 dilakukan...dan berkuatkuasa pada 1 mei 2005.banyak perkara yang disentuh dan cukup penting..ia melibatkan siling gaji dinaikkan dari rm2000 ke 3000,bagi perkahwinan semula duda/balu penerima pencen bilakahwin selepas 1/5/2005 maka pencen tetap jalannnnnnnnn hehehe dah tak payah tahan2 dah eh kakakakakaka..seksa tak kahwin beb..,isi kebergantungan juga telah dimansuhkan!Hak2 duda dan balu dan adik beradik macam2 lagilah!termasuklah juga program persedian untuk exam pun kita buat...SPM la aku rasa hehehehe kem motivasi la tuuuuukah


14.Atas dasar melindungi pekerja juga OPS Kesan telah dilancarkan dan ianya berterusan..Ops kesan bertujuan mengesan danmengambil tindakan keatas majikan yang gagal mendaftar perusahaan dengan perkeso...pehhh dah 40 tahun deiiiiiiii amaaaaaa apaaaaa xkan itu perkeso pun ta daa tahu taukehhhhh ayo yoooooo...manyak tipu la tuuuuuuuuuu kakakakakaka


15.Sebenarnya banyak pembaharuan yang telah dilakukan pihak perkeso untuk memberi 1001 perlindungan kepada pencarum,mutakhir ini program return to work semakin mendapat tempat dan pelbagai lagi..jika mahu dititipkan disini tidak tertitip rasanya..cuma antara sedar atau tidak kita sebenarnya memerlukan antara satu dengan yang lain...bantulah kami untuk membantu diri anda dan keluarga anda..segeralah ke pejabat perkeso berhampiran untuk menyemak sama ada diri anda dicarum atau tidak..ingatlah langkah pertama anda akan merubah segalanya dan ianya amat kami hargai :)

Khamis, 29 September 2011

5 MURID SK TELOK SIRA,BALING DITEGAH AMBIL UPSR??


BALING: Lima murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Telok Sira, dekat sini, mengalami nasib sama seperti yang berlaku ke atas tiga murid sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini apabila dilarang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pertengahan bulan ini.

Mereka mendakwa dilarang ke sekolah dan mengambil peperiksaan itu pada 13 hingga 15 September lalu kerana disifatkan lemah dalam pelajaran serta boleh menjejaskan prestasi sekolah jika menduduki peperiksaan berkenaan.

Perkara itu terbongkar apabila ibu bapa murid terbabit tampil mendedahkan perkara itu semalam kepada media dan kesal dengan sikap pengurusan sekolah menganiaya anak mereka.

Lima murid terbabit ialah Mohd Fazli Md Isa, Mohd Zulfikar Mohd Fauzi, Mohd Zulhilmi Abd Mizan, Mohd Hakim Hasan dan Mohd Zulidham Yusof yang semuanya berusia 12 tahun.

Bapa Mohd Fazli, Md Isa Che Lah, 43, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila diberitahu anaknya, seminggu selepas UPSR berakhir.

Katanya, Mohd Fazli beritahu seorang guru sekolah itu memaklumkan kepada lima pelajar terbabit supaya tidak datang mengambil UPSR kerana mereka dikatakan `bodoh' dan lemah dalam pelajaran.
“Saya kesal dengan tindakan guru terbabit yang menghalang anak saya menduduki peperiksaan, sedangkan saya bertungkus-lumus menghantarnya ke sekolah sejak Tahun Satu lagi.

“Anak saya turut mengalami tekanan perasaan dan sering murung apabila pihak sekolah terbabit tidak membenarkan dia mengambil peperiksaan itu,” katanya di sini sambil mendakwa beliau tidak tahu apa sepatutnya dilakukan apabila dimaklumkan perkara itu oleh anaknya sehinggalah mengambil keputusan untuk melaporkan kepada media bersama ibu bapa murid lain yang terbabit, semalam.

Seorang lagi waris, Raziah Yahya, 50, berkata beliau dikunjungi seorang guru sekolah berkenaan dan memaklumkan anaknya, Mohd Zulhilmi tidak perlu ke sekolah ketika UPSR itu berlangsung.

“Guru terbabit mendakwa jika anak saya mengambil peperiksaan itu, dia akan mendapat keputusan `E' sehingga menjejaskan peratus kelulusan sekolah.

“Dia juga mendakwa anak saya bodoh tidak boleh membaca, sedangkan Mohd Zulhilmi hanya lembam tetapi boleh membaca.

“Saya kasihan melihat sikapnya yang sering termenung dan mengasingkan diri sejak beberapa hari lalu, mungkin kerana malu dengan rakannya yang lain,” katanya.

Norziah Wateh, 42, ibu kepada Mohd Zulfikar pula berkata, anaknya itu menangis ketika pulang ke rumah selepas diarahkan guru supaya tidak datang ke sekolah mengambil peperiksaan itu.

“Dia amat sedih kerana cikgu mengatakan dia bodoh, selain diejek rakan sekelas,” katanya.

Mereka bagaimanapun belum membuat laporan polis.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu dengan merujuknya kepada guru besar sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Saya masih menunggu laporan lengkap mengenai perkara itu dan akan menyiasat dakwaan itu dengan telus,” katanya.

Pada 20 September lalu, akhbar melaporkan tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, Sarawak tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.


- BH

Vitamin 1Malaysia untuk setengah juta murid Oktober ini

KOTA BHARU 29 Sept. - Kerajaan akan melaksanakan Program Vitamin 1Malaysia bermula Oktober ini dalam usaha meningkatkan pembangunan mental dan mengukuhkan sistem imunisasi murid sekolah rendah golongan miskin di negara ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, program yang akan memanfaatkan 516,520 murid di seluruh negara itu akan dibiayai menerusi peruntukan sebanyak RM19.6 juta yang diluluskan dalam bajet tahun ini.

"Melalui program itu, Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menyediakan multi vitamin berbentuk tablet dan berperisa nenas untuk murid terbabit.

"Bagaimanapun, hanya sekolah yang terlibat dengan rancangan makanan tambahan (RMT) terutama di kawasan luar bandar sahaja akan terbabit dengan program ini,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, program itu akan dilaksanakan untuk tempoh dua tahun sehingga 30 September 2013, dan setiap murid akan diberi multi vitamin tiga kali seminggu di bawah pemantauan guru. - Bernama

Selasa, 27 September 2011

Program bersama pemimpin masyarakat Mersing


1.Hari ni aku nak sentuh sikit bab "Program Bersama Pemimpin Masyarakat" yang pejabat aku buat saban tahun,bukan pejabat aku je tapi seluruh malaya hehehehe..pada 21/9/11 yang lalu bertempat di Hotel Seri Malaysia mersing berlangsungya Program tersebut..tak lama pun macam biasa sampai tengahari je..pun begitu de makan pagi makan tengahari disediakan oooooo siap de sijil lagi hehehe..rugi yang tak datang bersebab mahupun yang malas nak datang alaaa eksyen brooo


2.Program Bersama Pemimpin Masyarakat yang pihak Perkeso anjurkan lebih menjurus kepada memberi tunjuk ajar dan kefahaman kepada pemimpin masyarakat setempat agar dengan penuh harapan mereka datang dan memahami apa yang kita nak sampaikan dan apa yang lebih penting menyampaikan kepada rakyat bawahan mereka..dikampung2 didesa..depa la sebagai pemimpin masyarakat yang sudah pasti dekat dengan masyarakat..depa sepatutnya ambil seberapa maklumat.. ambil seberapa info dan balik ke kampung masing2 sila sebarkan kepada anak buah...itulah matlamatnya..itu cara penyampaiaan yang baik itu strategi penyampaian yang dirangka khusus dengan matlamat yang cukup baik!!!

Antara sebahagian pemimpin masyarakat yang hadir..Kim salam buat yang x hadir..buat yang tak hadir tu lau la aku siasat kes anak2 buah hangpa nanti tau la aku nak buat macam ne...masuk kampung nak ne tanya dulu sape ketua kampung hahahaha hm hm hm nak tau yang la jugak kot2 yang malas mai dengar ceramah mudah aku nak pi umah ceramah depan2 depa..disaksikan anak2 buah yang kemalangan tu hah kakakakakaka...




3.Buat yang hadir Alhamdulilah..sampaikan ilmu walaupun sepotong ayat ..hehehe malas nak komen lebih..yang tak datang tu hangpa dah cukup pandai la kot..dah cukup bijak dah kot..dah hebat la kot dah pandai jaga rakyat kat kampung2 hangpa la kot..wah wah wah..jual mahal brooo..lu tu jaga amanah rakyat brooo..lu jawabla nanti..

Isnin, 26 September 2011

Raya@Perkeso Kluang


1.Disaat penghujung syawal,depa kata ni time kecederaan tuk anjurkan rumah terbuka,pejabat terbuka,klinik terbuka pendek kata semua terbukalah senang cakap hehehe..berlumba lumba nak anjurkan rumah terbuka..dengan pelbagai niat tertentu yang baik Alhamdulilah semoga bertambah erat persahabatan dan perpaduan..


2.Sebut pasal jamuan raya ni, tahun ni pejabat aku tak ketinggalan jugak buat jugakla jamuan raya/pejabat terbuka hahahaha.. kami tak masak sebab tak dak tempat nak masak ye la tak kan nak masak tengah2 jalan raya plak..jadi kami order je la..er er er sponsor my bos dan kakitangan kakakaka duit dari poket sendiri maaaaaaa..tapi my bos la kuar banyak kakakaka..biasala bos kita pau cukup2 kakakakaka nak belanja time ni je kan kan kan ..


3.Jamuan raya dimulakan dengan sesi marhaban dulu..macam biasala habis marhaban baru kita orang kasi bantai itu makanan..macam2 ada..sate wajib beb..pe ratus cucuk tak tau la aku yang pasti banyak yang lebih sampai leh bawa balik rumah..thanks penaja sate sedappppp sate ditaja my bos kakakaka..er er 18 staff macam ne nak bantai makanan menimbun aiyaaaaa..ade sate ada soto,ada rendang,lodeh ahhh macam2 lah :)



4.Jamuan raya tahun ni besar jugakla..jemput semua bos2 ketua jabatan...bank2 yang berkaitan dan juga pengunjung pejabat aku le...


pengurus Agro Bank kluang

geng kwsp..

geng pejabat buruh


5.Sebut pasal jamuan raya ni bukan setakat nak kenyang je brooo yang penting hikmah disebalik penganjuran tu..bukan setakat pi makan dan buncit serta boroikan perut je..apa yang lebih penting ianya mampu mengeratkan hubungan silaturahim tu yang lebih utama..eratkan hubungan kami dengan pelanggan eratkan hubungan kami sesama kami...bab2 perpaduan ni tak yah nak pi jauh perpaduan kena pupuk dari jabatan dulu baru kukuh organisasi brooo bila kukuh organisasi macam leh buat..


hehehe sesekali curi2 masa gak la semak aku nyer w/basket kakakaka..sian aku nyer kerani banyak gakla kerja dia adehhh..sesekali nak ne turun bawah gakla tengok pe yang patut kui kui kui


6.Hehehe..kalau setakat pi makan je xde makna hahaha kenyang je nanti lapaq semula la kakakaka...


8.Ini lau tak silap aku kali kedua Jamuan raya kat Opis aku yang terbuka tuk semua orang la..kalau setakat jamuan tertutup tu tak yah kira la kakakaka setiap2 petang de jamuan kakakakakaka..er er setiap petang de kenduri macam2 hahahahaha..hilangkan tension penat bekerja brooo


9.K lah tak dapat aku nak coret panjang lebar nak rest lenguh sendi tadi duk layan orang ramai :)
salam broooo

Ahad, 25 September 2011

kursus siasatan,hujung minggu..aduhhh river cruise


1.23/9/11 sampaila 25/9/11 aku de kat melaka kat Bayview hotel..er er aku tak tahu la pe bintang punyer hotel tapi Alhamdulilah Arah Kiblat ada surau pun ada so tu yang penting untuk aku la..yang lain lantakla..Oh ya aku kat sini leh kata 3hari 2 malam gak la hahaha tu pun pasai kena hadir join Kursus Siasatan yang mana kursus siasatan ni diajar khas oleh Dato Jalaldin lau aku tak silap hehehe...panjang lebar jugakla lami berkursus..banyak isu banyak maklumat banyak teknik siasatan diajar..alhamdulilah harapnya memudahkan kerja aku lepas ni...apa yang diajar apa yang dibincang dalam kursus soryyy beb hahahahahaha Rahsia Rasmi kerajaan hahahaha..tak pasai2 aku kena OSA nanti :)


2.Oh ya kena plak kursus hari minggu sememangnya bukan kegemaran aku tahkala zaman hang tuah lagi hahahaha..adeiii dalam otak aku ni hari minggu tuk pemeli je beb..adeiii takpala nak buat macam mana arahan...masa perjalan hari jumaat plak tu adeiiii sengal tul...hari jumaat kelam kabut nak solat jumaat la weiii


3.Hari pertama masuk chek ini ok la dengan rakan setugas mana2 pun lau pegawai siasat aku cukup biasa dah geng aku jugak semua tuuuuuu x de malu nyer beb..geng gila punyer olang hahahaha..malam pertama kuliah jalan..dah de yang kena kunci pintu kat luar dewan kakakakaka padam muka korang beb wakakakaka penceramah x bagi masuk sebab lambat datang kakakakaka tapi depa ni kepala pegawai siasat bijak punyer olang beb...dengan satu helah je depa berjaya masuk dalam bilik kuliah kakakaka depa pi menyamar jurutekni hotel plak wakakakakaka adeiii bijak sungguh depa ni kakakaka bangga aku


4.Dek kerna malam pertama kita orang penang so malam pertama nak ne rest secukupnya..hehehe besok pagi2 bantai makan dulu...


5.Habis kelas jam 11 malam hahahaha lewat da brooo macam na nak pi sungai melaka nak naik river cruise ni kakakakka keluh member aku ni hah..adehhh sebut pasai river cruise ni aku mana de naik hahaha masa banjir kat kampung selalu la aku naik perahu itu pun ayah aku yang dayun..er er sian ayah aku..


6.Member aku ni pegawai penyiasat seremban aku ikut depa la...depa ni kata dekat je apa aku ne jalan dekat 3-4 KM jugakla malam tu adeiiii bergoyang kepala lutut kakakakaka..dulu time latihan ala tentera aku ok je termasuk la bab tekwando la ni dah lama tak praktik jadi lenguh habis segala sendiri..

7.Dah la bergerak lewat sampai plak lewat hahahaha terpaksa pujuk geng river cruise itu pun last trip dah tu aiyaaa nasib baik depa benar naik gak hehehehehe...dalam hampir setengah jam gak la keliling sungai melaka...

er er tiket rm10.00 gak le


8.Pe pun itu tak penting sangat sekadar hiburan dikala kepenatan hahahaha yang penting sesia kursus siasatan ini cukup bagus sekali....patutnya dibuat lagi..


10.Tahun ni da banyak kali aku ne kursus adeiii meme banyak kali kena tak tahu pasai pa...cuma lepas ni harap de la kursus kahwin ka apa plak hahahahahahahaha..


11.Thanks gak buat anak2 murid dari sekolah kebangsaan ulu remis hahaha anak2 murid wife aku yang de datang jadi bodygud dan 2 malam tidur kat rumah aku..takla anak bini aku sunyi sangat...

Khamis, 22 September 2011

Gagal Daftar perusahaan dengan PERKESO dua Pengusaha Kantin Sekolah di Kluang di Hadap ke Mahkamah


1.Hari ni seawal jam 8.30 pagi aku dah berada di Mahkamah Majistret Kluang, hari ni tugas aku berlaian dari kebiasaan,kerna hari ni aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi pegawai pendakwa untuk 2 kes sebutan di Mahkamah Majistret Kluang. Macam biasala sebelum bawa kes ke mahkamah aku sebalah malamnya perlu study pe yang patut..sambil bantai domino pizaaaaaa

2.Kedua-dua kes yang aku dakwa hari ini melibatkan 2 Pengusaha kantin sekolah di kluang yang masing2 gagal untuk mendaftar dan secara tidak langsung gagal mencarum dengan PERKESO, adalah menjadi satu kesalahan besar jika sekiranya setiap apa jua perusahaan yang mempunyai pekarja warganegara malaysia yang gagal mendaftar perusahan dan membuat caruman pada Perkeso,dimana kesalahan itu dilakukan dibawah seksyen 4 Akta Keselamatan sosial Pekerja 1969 dan peraturan 10(3)peraturan-peraturan (AM)Keselamatan Sosial Pekerja 1971 dan bersabit melakukan kesalahan dibawah seksyen 94(g).Dibawah perunntukan hukumannya adalah didenda tidak lebih 10,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali..


3.Kes pertama aku bawa hari ni melibatkan Pengusaha Kantin sekolah Menengah Teknik Kluang dimana dalam satu Operasi Khas"Ops Kantin sekolah" yang dilakukan pengusaha kantin ini telah didapati gagal mendaftar dengan perkeso lantas kompaun telah dikeluarkan serta merta,namun begitu dek sikap lepas tangan beliau dan menganggap pihak kami tidak serius maka hari ini aku mengajarnya dan memberi pengajaran bermakna padanya agar jangan pandang sebelah mata pada kami..nah hari ini buku bertemu ruas..menghadap majistret beb...jatuh hukum maka tertunduk layulah ia...tak banyak brooo baru RM600 beb..tapi rekod lu kat PPD Kluang kompem hitam la broooo masuk tender kantin lain kali agak2 susah nak dapat broooo..itu lu punyer silap brooo

inilah Orang Kena tuduh (OKT)pengusaha kantin sekolah kluang tersebut...aku cool je diapit oleh mereka hahahaha

4.Kes kedua aku dakwa hari ni juga di Mahkamah Majistret Kluang juga melibatkan Pengusaha Kantin sekolah,pengusaha kantin sekolah menengah Agama kerajaan Johor hahahahaha..lantak la kerajaan johorpunyer sekolah punyer kantin pun tak ikut peraturan kakakakaka..pengusaha kantin sekolah ni perempuan..ahhhh sian dia mengandung plak tu ..hm dah tangungjawab aku...pendakwaan diteruskan mengikut seksyen yang sama dan kesalahan yang sama dan Mahkamah menjatuhkan hukuman rm400 untuk kesahan tersebut setelah mengambil kira rayuan ala2 sedih yang dilakukannya..dan aku rasa selepas ini namanya juga tak berapa baik lagi di PPD Kluang..ini sememangnya akan memebri pengajaran bermakna bukan sahaja buat mereka yang telah didakwa namun pada masa yang sama buat pengajarn dan ikhtibar kepada pengusaha kantin sekolah yang lain2 yang masih belum berbuat demikian..ambil langkah segera sebelum terlambat.


5.Sayugia di ingatkan Operasi besar besaran menjejak kantin sekolah yang ingkar untuk mendaftar dengan perkeso akan terus dipergiatkan..dan AWAS untuk sekolah sekolah dalam jajahan PPD Kluang kerana senarai pengusaha-pengusaha kantin sekolah sekolah daerah Kluang telah berada di tangan kami melalui kerjasama pejabat pelajaran Daerah Kluang...tunggu nasib anda jika masih berkeras dan berdegil untuk tidak mendaftar perusahaan anda dengan kami...tunggulah kedatangan kami dengan berlapang dada hehehe..silap2 jumpa aku la kat Mahkamah nanti