Jumaat, 18 November 2011

Karnival Pc@Kluang Mall


1.Hari ni jumaat jadi aku keluar untuk dua kes siasatan saje lagi pun hari jumaat masanya cukup singkat...hm kluaq siasat pun kat kawasan dekat2 je..

@taman pelangi

2.Balik dari kerja aku singgah kejap kat PC fair di Kluang Mall,PC fair yang cukup besar juga bagi sebuah daerah seperti Kluang dibuat di aras 1 Kluang Mall...hehehe mcm2 depa duk jual aku just pi ronda2 kot2 de lagi pen drive yang satu dijual rm 10/= hahahahaha beli murah dah leeee..tapi dah habis stok plak..so sok pi lagi kekekkeke


3.Dalam duk2 pusing tu banyak2 kedai pameran duk jual tablet pc tapi dari taiwan...pehhhhh harga murah sebijik lebih kurang samsung galaxsi tablet tu hah..guna adroid rasanya...cantik tuuuu waranty 3 tahun beb..hehehe mcm nak beli je hahahaha..tapi duk pikir dah de smart phone N8 so ahhhh tak yah beli lahhhh membazir je hahaha lagi pun ni benda baru biaq dorang guna dulu kot2 guna 2-3 hari rosak susah plak nak cari ganti..tapi hebat gak la benda ni kekekeke..




4.Pc fair ni dari jumaat sampai ahad ni 21/11/2011 kot....errr nanti sok nak pi lagi lah haha kot2 de yang berkenan di hati :) banyak gak la PC yang murah2 :)



5.Sebetulnya dah lama juga aku tak masuk Kluang Mall ni walaupun Kluang Mall ni betul2 kat depan Opis aku...rupa2 nya kat dalam tu dah de kaunter jual tiket Air Asia la kakakakaka


6.Hmmmmm dalam sehari dua ni jugak aku dok pikiq nak tutup je Akaun Facebook..pasal banyak sangat spam yang duk tunjuk2 yang bukan2 adeiii mcm lah!

Khamis, 17 November 2011

Bagaimana Nak percepatkan tuntutan perkeso?


1.Bagaimana nak percepatkan bayaran tuntutan claim perkeso????banyak sangat depa duk tanya benda ni..benda ni tak payah pakai bomoh pun hahahaha tak payah duk pening dan jangan sesekali duk dengan nasihat orang tengah yang maha penipu lagi boleh menyesatkan kamu!!!tak dak cara lain selain gunakan prosedur2 biasala la brooo..ianya cukup mudah cukup cepat dan tidak rumit jika kamu memahaminya..ala semudah nak kahwin kali kedua la brooo tak dak masalah untuk depa yang dah terbiasa hahaha dan amat memahami kakakakaka :)


2.Dewasa ni aku tengok proses pembayaran tuntutan perkeso semakin cepat dan rasanya tiada masalah,cuma ada beberapa sebab teknikal semasa mengisi borang 21(borang laporan kemalangan) yang menyebabkan proses pembayaran faedah sedikit terbantut ala lewat pun tak lama ehhh hangpa jawab kuiri cepat maka kes pun cepatla selesai...kalau hangpa tak jawab kuiri main duk peram je dalam laci sampai bila nak selesai kes!!!


3.Kenapa perkara ini berlaku?anda sebagai pekerja patut bertanya pada majikan masing2..depa isi borang kadangkala lebih bijak budak pemulihan khas la hahahaha budak gagal kuasai 3M pun leh paham apa yang dimaksudkan dalam borang 21..hangpa jawabla dengan sebaik mungkin..jangan duk isi sambil lewa brooo..orang tanya lain hangpa pi jawab lain...oarang tanya dah makan ke belum hangpa pi jawab belum kahwin lagi kakakakakka..aku nak jawab pun susah..diruangan ini aku nak huraikan beberapa sebab/kesalahan/kesilapan/kegopohan/ketidakfahaman/tak paham soalan semasa mengisi borang 21 lantas membuatkan pihak perkeso terpaksa kuiri dan jika kuiri sudah pasti memakan masa..biasanya kesilapan ini merujuk untuk kemalangan ditempat kerja yang kita siasat dibawah seksyen 2(6)AKSP 1969.

Antara kesilapan2 biasa dan kesilapan inilah yang melambatkan proses bayaran adalah:

a.Biasanya kesilapan dalam mengisi borang pada borang 21(borang kemalangan) lebih menjurus kepada bahagian soalan 3(e) iaitu jenis kecederaan.....
hangpa baca baik2 la brooo jenis kecederaan itu merujuk kepada anggota mana yang cedera..katakanlah tangan patah...hangpa jangan la tulis tangan patah aje..nak kena tulis tangan patah dan sebut sekali bahagian tangan kanan atau kiri..jangan duk tulis tangan sahaja..mana kita nak tahu tangan kiri ka kanan..itu cukup penting!kalau cedera pada jari..contohnya jari putus..janganla hangpa duk tulis jari putus aje, nak kena tulis penuhla brooo contohnya putus jari manis tangan kiri itu baru betullll..ala time nak isi borang kahwin leh plak semua betul hampeh..benda ni nak ne isi dengan hati2 supaya proses bayaran dapat dipercepatkan...cepat kerana kesalahan tiada maka kes tidak akan dikuirila..kalau asyik duk kuiri sampai bila nak bayaq..sebab tu nak kena bagitahu majikan elok2..cakap biarla terang berderang...cakap je kalau cedera pada punggung cakap je punggung belah mana kakakakaka jangan duk malu2 ehhh..kalau cedera kat kemaluan tulis je cedera kat kemaluan kiri ka kanan jangan duk malu2 ni bukan masa nak malu nanti hnagpa jugak yang merana hahahaha..

antara contoh2 yang salah ketika menulis jenis kecederaan..

dan lagi hehehe..xpaham aku

nah...entah pe2 adeiii

b.Kesilapan juga berlaku semasa mengisi borang 21 di ruangan 3(h)
Diruangan ini khusus aku fokus untuk kemalangan semasa bekerja..ruangan 3(h)yakni kemalanagn semasa bekerja hangpa sebagai majikan perlulah peka pada kehendak soalan kat borang itu..dalam borang itu soalanya hendak tahu bagaimana kemalangan berlaku/apa yang pekerja sedang lakukan pada masa kemalangan..jadi janganla jawab simple saje brooo..jangan duk jawap pekerja susun beg,jangan jawab pekerja sedang bekerja dan lain2 itu tak menjawab kehendak soalan bahagian tu...yang bahagian 3(h)nak adalah nak kena jawap ringkas dan padat...contohnya pekerja sedang menyusun batu bata di dalam lori tiba2 batu bata yang disusun telah jatuh dan terkena pada kaki kiri pekerja..haaaaaa mcm itu la lebih kurang contohnya...jangan duk jawab simple sampai kita orang pun tak tahu pe benda...


dan lagiiiii

c.Kesilapan di muka surat terakhir bila mengisi borang 21..
Banyak sangat yang salah bila mengisi borang 21 diperingkat muka surat akhir yakni di bahagian paling bawah iaitu ruangan tanda tangan pengurus/pemunya/rakan kongsi/pengarah) hello bro dah terang lagi bersuluh kat ruangan ini hanya taukeh atau pengurus atau bossss aje yang leh tanda tangan!!!!!!jangan duk suruh kerani tanda tangan ruangan ni!!!!!kalau kerani tanda tangan kita kompem reject punya!!!kerani tiada kuasa untuk tanda tangan borang 21...melainkan ada surat kuasa dari bos syarikat lu orangla..sebabnya orang yang tanda tangan ini borang bertanggungjawab penuh ketas apa yang depa submit seandainya tuntutan palsu maka bos pun kta dakwa sama!jadi hangpa jangan duk gatai2 tangan dok nai sign di ruangan tu..ada paham ka!!!!!

jangan dok sign yang tak kena tempat broooo!!!

d.Kesilapan paling banyak juga adalah melibatkan sijil cuti sakit
Sijil cuti sakit/MC adalah amat penting dalam proses bayaran..kalau tak dak mc mcm mana nak bayaq brooo..ada dua kesalahan besar berkenaan MC/cuti sakit yang menyebabkan tuntutan menjadi lambat dan perlu di kuiri

i)Cuti sakit@MC yang salinan bukan MC asal
Sayugia dingatkan pihak perkeso hanya menerima MC asal untuk semua proses tuntutanya..kalau hangpa duk hantaq yang bukan asal mcm mana nak bayaq broooo..duit palsu tak asal ada laku ka broooo..mau asal la broooo


lagiii mauuuu

ii)Kerap juga berlaku kesilapan pada Nama dan ada nama tetapi tiada Nombor kad pengenalan pada MC serta tiada Nama doiktor atau hospital pada mc hahahah tak tahula hangpa pi tabib cina mana nama hospital pun tak dak kakakakak apaaa la lu..nak kena pastikan sebelum keluar dari klinik atau hospital pastikan dan tengok betul2 pada sijil cuti sakit atau MC pastikan MC ada ditulis nama anda,ada ditulis Nombor Kad pengenalan anda,ada ditulis tarikh2 Mc/ada juga ditanda tangan oleh doktor dan nama doktor pada MC...lepas emuanya ada baru bawa balik MC tu..kalau tak dak suh depa betulkan segera..jangan duk buat kerja banyak kali broooo pasai tu lambat kalau asyik duk pi mai pi mai je...hah aku dah bagitahu banyak dah ni..harap2 lepas ni jangan duk ulang tayang kesilapan yang aku duk bagitahu tuuu penat aje aku bagitahu hangpa tak ikut...


e)Laporan Polis mesti yang asal bukannya salinan(photostat)
Yang ni jugak selalu hangpa salah jugak!!!!aku rasa bukan hangpa tapi majikan la biasa pegang yang Original dan bagi yang salinan kat perkeso..hello taukeh..itu laporan polis kita mau asal jugak hehehehe photostat tak main la...bukan susah pun nak dapat yang asal pi la beli lebih sikit kat balai polis apa daaaaa


Ok cukup setakat ni lah..dah banyak Ilmu aku beri tu..nampak simple tapi kesilapan2 tu jugakla yang hangpa duk ulang tayang entah berkurun lamanya...kalau kesilapan diatas diatasi dan tiada masalah sudah pasti rasanya cukup mudah untuk isi borang 21 dengan tiada sebarang kesalahan lantas ianya menjadi salah satu cara mempercepatkan proses tuntutan feadah/claim perkeso.. :)

Rabu, 16 November 2011

Taklimat pencegahan kebakaran@perkeso Kluang



1.Balik dari pejabat hingga kini aku masih teringat akan kata2 Mis alice dari Pertubuhan mencegah kebakaran..salah satu NGO yang diwujudkan untuk mendidik masyarakat berkenaan langkah2 yang perlu diambil untuk mencegah kebakaran dan juga langkah2 perlu diambil jika berlaku kebakaran..


2.Hanya satu soalan yang awek cina ni@penceramah ni tanya aku..bro kat rumah u ada alat pebcegahan kebakaran ka????aku jawab tak de la..lagi pun aku tak pernah terpikir menatang alat pemadam api tu penting khususnya melibatkan kebakaran perkakas elektrik???betul jugak kata2 awek cina ni pada aku...TV lcd mahal..air cond boleh aje dibeli..pasai apa tak beli alat pemadam kebakaran harga cuma puluhan ringgit saja????


3.Awek cina ni jugak bagitahu jika badan kita dijilat api..apa hangpa nak buat???adakah nak tutuo dengan kain???nak jirus air???oooooo tidakkk katanya...lebih memburuk keadaan jika guna kain untuk tutup tubuh mangsa bagi nak mampuskan api...salah tuuuuu tu kata penceramah@awek cina ni...katanya lebih elok guna alat pemdam kebakaran...semburrrr aje kat badan...tapi aku lupa jenis alat kebakaran jenis apa kakakakaka...lupa nak tulis daaaaa..


4.Katanya kebakaran pada alat elektrik dirumah hanya guna alat pemadan kebakaran saja cara terbaik nak hentikan kebakaran berpunca dari elektrik..nak guna air jauh sekali beb..lagi kena karen adala..so alat pemadam kebakaran jugakla yang perlu diguna...wahhh nampak gaya nak kena cari satu la lepas ni eb...satu dalam rumah satu dalam kereta....


5.Thanks awek cina@mis alice..you punyer ceramah bagi buka minda aku lah..hang ceramah lebih bagus dari bomba daaaaa...tak terfikir aku sebelum ni...ya...kita dok drive jauh2 satu alat pemdam api pun tak dak!Masa tu nak harap kat sapa lau keta terbakar kecil kecilan????lau tak sempat padam dari kecil maka kitala akan PADAM...rentung beb..

6.Lepas ceramah aku bergegas plak ke site visit hahahahaha...apa lagi lau tak turun teruskan siasatan kes beb...terpaksa kejar masa coz tadi ceramah nyer pasai tergendala habis aku nyer temujanji..hari ni banyak kes aku siasat melibatkan kecederaan patah sana patah sini hahahaha..nak buat mcm na benda nak jadi...

@taman muhibbah kluang

penuh pengharapan..pi keje jalan kaki pun depa langgar adeiii

geng TNB kluang@taman puteri kluang :)

tentang kemalangan semasa balik kerja dan pergi kerja serta semasa bekerja banyak kali dah aku ulas..sedikit masa lagi aku nak ulas sebab apa tuntutan bencana kerja jadi lewat dibayar!!!!ya...terdapat beberapa sebab yang kritikal..bukan salah perkeso tapi salah hangpa takpun majikan hangpa..siot punyer majikan hahahaha nanti esok lusa aku akan jelaskan satu persatu agar permasalahan ni tak kan berulang sekaligus mempercepatkan dan mempermudahkan serta singkatkan masa hangpa berurusan dengan perkeso...caranya mengurangkan banyak kesilapan mudah semasa mengisi borang 21...nantila aku kupas satu persatu nanti.

cukupla tuk malam ni hahahaha..

Isnin, 14 November 2011

tak tahu tajuk pe ::


1.Boleh dikatakan setiap hari dah mula hujan..hujan je memanjang terutama belah petang..sebut pasal hujan ni biasala bulan monsun timur laut ni biasa banjirla..hajat hati nak balik kampung hujung bulan ni...biasanya ikut tahun2 sudah alamak tak lepasla nak balik kampung banjir di tengah jalan..hujan petang jugak sikit sebanyak menyukarkan sikit aku nak masuk kawasan ladang2..tanah merah beb...

2.Time hujan2 ni perut asyik lapar je..nak kuar malas..malas nak buka pintu pagaq..hujan lebat hahaha..hujan zaman moden ni leh demam tuuuuu..hujan asid la mcm2 lagi..tengok kat dapuq megi da habis hahaha dalam hati tiap2 tahun duk niat tak nak lagi makan megi tapi bedal jugak benda tu..tak tahu la pasal apo...

3.Mugo lapar tok leh tahan mako aku suh wife aku buat kuih pulut hahahaha..kuikuikui tunggu nyer tunggu kejap aku masuk dapur kejap masuk dapuq buka apo nak pastikan kuih masak cepat2 kakakaka..

lambatnya nak masak :)

4.Pulut ni kalau kena time hujan sedapppppp woooooooo

dah nak masak ni :)

5.Biasa aku suka makan benda2 berat la tok setiap sarapan pagi..asalkan kenyang leh dibawa sapa tengahari hahaha sebab tengahari belum tentu lagi aku sempat makan atau tidak...biasanya kalau aku kerja luar kompem tak makan la tengahari...dalam seminggu ada 2-3 hari jah makan tengahari..hehehe makan pagi lau bukan Nasi goreng gak kompem char kueh teow la..tak pun kueh teow thai beb..sdap tuuuuu

best wooooo@ Kluang

mamat ni pun setuju dengan aku kakakakaka@warung sejahtera kluang :)

5.Hari ni balik kerja aku pusing2 kat tapak pasar malam kampung melayu kluang yang baru...tapak luas la jugak tapi peniaga tak dak pun eh...setakat ni x dak pe pun...hujan kot hari ni pasai tu depa tak niaga..dulu kat tapak lama ok la jugak...ada nasi kerabu best kat sini..tapi jap ada jap tak dak..hm mcm sekut bata plak peniaga ni..

tapak pasar malam baru kampung melayu kluang..hm hm tak dak benda lah..

Sabtu, 12 November 2011

:: PAS gesa kaji semula guru kerja 9 jam sehari

KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Idris, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya lagi.

Kerajaan juga ujarnya perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas.

Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai.

Beliau menasihatkan kerajaan agar tidak jadikan guru sebagai makmal percubaan, sepertu sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI.

"Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.

"Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini," katanya.

Harakahdaily...

Jumaat, 11 November 2011

:: tak ngatuk


1.Hari ni saja selesai 5 kes siasatan..namun masih banyak lagi yang berbaki..seakan akan tidak terkejarrrrrr..peh bertali arus..ibarat mudik air ke muara hehehe..macam mau lemas dah ni...hairan sungguh aku...tiap2 hari ada aje kes masuk adeiiiii banyak plak tu..selesai 5 kes masuk semula lima kes...ini mcm bila mau rest daaaaaaa..

@guocera tile Industries kluang

2.Sebut pasal rest hm hm dah lama aku merindui perkataan itu..agak lama aku tak menikmati erti Rest yang sebanar benarnya...di pejabat kerja luar sampai petang..balik pejabat buat laporan siasatan..balik rumah terbawa -bawa kerja lagi adeiii

sakit jantung@kluang

3.Tak lama lagi cuti sekolah bakal menjelma..isteri dah tertanya tanya bila mau balik kampung daaaa..aku just buat de jeee..untuk smentera waktu but sampai bila mampu bertahan dengan alasan deeeeeeeeeeeee je hahahaha..untuk bercuti dalam jangka masa panjang bagi aku seumpuma meletak pisau di leher sendiri..seandainya aku bercuti seminggu maka naik kerja nanti kompem pengsanla aku melihat lambakan kes...apatah lagi di kluang ini hanya kami berdua sahaja pegawai penyiasatnya..

site visit@kluang area

4.Ia bukan berakhir disitu sahaja...buka setakat menyiasat kes2..bahkan terpaksa membuat semakan2 dan menandatangi baucer bayaran juga..yaaaa sudah pasti juga memerlukan penelitian yang jitu..bukan main tanda tangan je...karang tak pasal2 aku masuk "dalam"

semak cek bayaran/baucer@opis kluang

5.Aku jugak tak faham dengan ragam manusia ni..malam2 pun dok telefon tanya kes itu dan ini...weiii babuk baso tak reti bahasa..aku keje siang je malam aku anak bini ade jangan duk bongok sangat la!jam 1-2 petang biasa aku kat masjidla tak pun surau mcm mana sekali pun aku siasat kes mesti singgah kat surau terdekat..yang bengong duk telefon masa rehat buat apa!!!!betul2 sakit jiwa jugak lau ada telefon ni..tak dak lagi bagussss bosan!

cool@bukit gambang

Rabu, 9 November 2011

Melawat balu kematian suami

1.Dek kerna tuntutan tugas yang semakin menimbum aku tak sempat nak jenguk langsung kat blog aku ni dalam sehari dua ni..pun begitu ada banyak benda yang aku nak kongsikan cuma dek kerna keterbatasan masa lalu ia menyebabkan peracangan tergendala seketika..

2.Diruangan masa yang terhad ini dlam sehari yang lepas aku telah berkunjung ke salah seorang rumah balu yang kematian suami..kiranya suaminya meninggal dunia sebelum umur 55 tahun dan kelayakan mencukupi untuk beliau mendapat pencen Penakat dari pihak perkeso..pencen Penakat aku dah citer banyak kali dah kan kan kan...

kerumah balu..

3.Balu ini mempunyai 1 anak hasil perkahwinannya dimana anak itu baru berumur 3 bulan..dan belum kenal akan ayahnya..Allah lebih menyayangi Bapanya...

4.Dalam lawatan itu aku telah selesaikan semua dokumen dan maklumat yang diperlukan dan kes selesai pada hari yang sama Alhamdulilah..balu ini akan menerima pencen penakat seumur hidupnya!

sedaya upaya selesaikan secepat mungkin...

5.Sebut pasal balu ni..aku betul2 simpati..sebab apa simpati biarla rahsia..nantikan aku plak kena OSA (Akta Rahsia Rasmi kerajaan)

semoga Allah s.w.t murahkan rezeki keatasnya dan harap beliau sentisa bersabar melalui detik2 yang mendatang..

Jumaat, 4 November 2011

Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Lumpuh

KULAIJAYA: Siapa sangka eksekutif komunikasi korporat Kumpulan Media Prima Berhad yang dulunya cergas dan ceria kini terlantar di rumah keluarganya di Jalan Merak, Bandar Putra di sini, tanpa mampu melakukan sebarang pekerjaan.

Menceritakan kembali tragedi menimpa Eddy Sulaiman, 43, abangnya, Saleem, 47, berkata, Eddy tergelincir di tangga pejabatnya di Sri Pentas, Petaling Jaya, akhir Julai lalu sebelum lumpuh dua minggu kemudian.


“Doktor merawat adik memaklumkan penyakit dihidap Eddy sebenarnya lambat dikesan dan dirawat. Eddy yang menyangka kejadian dia jatuh tangga hanya kemalangan kecil sempat pulang ke sini tanpa mendapatkan rawatan.

“Kini, Eddy lumpuh di sebelah kanan badan memerlukan penjagaan rapi dan perhatian khas kerana dia tidak mampu melakukannya secara bersendirian,” katanya selepas menerima kunjungan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Johor, Ismail Abi Hashim, di sini, kelmarin.


Hadir sama Penolong Akauntan Majlis Agama Islam Johor (Maij) Daerah Kulaijaya, Kasyfullah Abdullah, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kulaijaya, Mohd Fadhil Misnan dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kulai, Haspalela Mohamed Hassan.


Perkeso turut menyampaikan bantuan kerusi roda, alat bantuan pemulihan serta lampin pakai buang manakala Maij dan Jasa menyumbang barangan keperluan asas juga wang tunai.

Teks Khutbah Raya Haji Negeri Johor-2011

Hari ini kita dianugerahkan lagi dengan sambutan idul adha. Kita berada di dalam hari ibadat dengan penuh kegembiraan. Ketahuilah, bahawa setiap perayaan yang disyariatkan oleh Allah Taala, ada bersamanya pengajaran. Iaitu, pengajaran yang terkandung dalam idil adha adalah, kesatuan ummah. Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan Negara. Umat Islam adalah umat yang bersatu dengan mengadap kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu, iaitu Allah Rabbul Alamin.

Lihatlah bagaimana Allah Subhanahu Wataala mewajibkan semua umat Islam, melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat. Dengan niat yang sama dan mengucapkan ucapan talbiah, tahmid dan takbir yang sama, menunjukkan umat Islam, umat yang bersatu.

Firman Allah Taala, Surah Ali Imran 103:
Bermaksud : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada Allah (iaitu agama Islam). Dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu, ketika kamu bermusuh-musuhan, (iaitu pada zaman jahiliyah dahulu). Lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatupadu dengan nikmat Islam). Maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu, orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah). Lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahnya..

Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar…..Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar… Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Idul Adha juga dinamakan Hari Raya Korban kerana salah satu amal ibadat yang disunatkan pada hari ini, ialah melaksanakan ibadat korban.

Firmah Allah Taala’, Surah Alkauthar 1-3:
Bermaksud: Sesungguhnya kami telah menunaikan kepada mu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak. Oleh itu, kerjakanlah solat kerana tuhan mu semata-mata dan sembelihlah korban. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Berdasarkan kepada firman Allah tersebut, jumhur ulama berpendapat, bahawa hukum melakukan ibadat korban adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut. Kedudukannya lebih tinggi daripada sunat biasa. Manakala nilai pahalanya pula, lebih dan amat besar.
Muslim muslimat yang dikasihi Allah sekalian…

Di dalam peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, seorang bapa telah diperintahkan supaya menyembelih anak kesayangannya. Kita dapat mengambil kesimpulan di antaranya ialah:

Kepatuhan dan ketaatan anak terhadap bapanya begitu hebat. Betapa sucinya pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua-dua iaitu bapa dan anak. Dengan keimanan kepada Allah yang begitu tinggi, maka keduanya sanggup untuk menjungjung perintah Allah Subhanahu Wataala.

Sebagai umat Islam, sudahkah kita berkorban untuk menegakkan syiar Islam ? Seorang bapa sudahkah berkorban memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya ?Seorang suami, sudahkah kita berkorban untuk kebahagian rumahtangga ? Dan sebagai anak watan, adakah kita sudah menunaikan satu pengorbanan suci untuk tanahairnya ?

Sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud: Barangsiapa yang mempunyai kelapangan untuk berkorban tetapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia dating mendekati tempat kami bersolat ini.”
Dari hadis ini, dapatlah difahami bahawa, ibadat korban itu amat penting sehingga hukumnya seolah-olah lebih kepada wajib terutamanya kepada orang yang berkemampuan dan mempunyai rezeki yang lebih.

Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar…..Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar..Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian.
Jelaslah kepada kita bahawa ibadat korban itu disunnahkan sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimin untuk memupuk semangat berkorban dengan cara mengeluarkan sebahagian dari nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin, seterusnya dapat meninggikan lagi syiar Islam.

Sebagai kesimpulannya. Antara nilai-nilai yang terkandung dalam ibadat korban antaranya ialah :

1.Melatih kaum muslimin supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezekinya dan dikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.
2.Sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah Taala.
3.Menghidupkan sirah Nabi Ibrahim a.s yang kemudian disunnahkan oleh Rasulullah.

Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar…..Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar….

Oleh itu, marilah kita bermuhasabah diri tentang, apakah bentuk pengorbanan yang mampu kita laksanakan ? Semoga, dengan pengorbanan yang kita lakukan, mendapat keberkatan dari Allah dan kita tergolong dalam golongan hamba yang bersyukur.

Di kesempatan ini juga, marilah kita berdoa agar ahli keluarga, sahabat handai kita, serta umat Islam seluruhnya yang sedang menunaikan ibadat Haji di Tanah Suci Mekah pada saat ini, sentiasa dilindungi oleh Allah dan semoga dipermudahkan amalan mereka sehingga memperolehi Haji yang mabrur serta selamat pulang ke tanahair.

Firmah Allah Taala, Surah Al-Haj ayat 37:
Bermaksud: Daging dan darah binatang korban atau hadian itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuknya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha, supaya baik amalannya.

Diambil dari blog Tuan Kadi Kluang http://kadikluang.blogspot.com :)

Selasa, 1 November 2011

penyesalan seorang suami

1.Cerita ini kisah benar..aku lupa kat blog mana aku ambik sebab dah lama aku simpan dalam pen drive..hangpa bacala sebagai pengajaran..dulu aku sengaja save kat PC aku, kat opis untuk aku baca dikala memerlukan..jauh ke depan cerita ni leh buatkan kita sayangkan wife masing2 :)
ianya adalah surat dari sang suami kepada seorang Ustaz..bacalah kalian..aku dah berapa kali khatam dah..

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright….tajuknya now and forever…