Isnin, 31 Disember 2012

selesai daftar kelahiran puteri ke 3 (Nur Qairina Humaira)


1.Ehem sebenarnya tak de pe yang nak aku tulis sini buat kali ni..cukup sekadar masuk nak update sikit je hehehehe...tak leh lama2 beb aku masuk sini pun kejap2 je...hahahaohhh ya baby aku yang baru lahir ni jadi tumpuan gomolan kakak2 nyer adehhhh penat aku nak kawal wooooooo..rotan sentiasa ade di sisi kakakakakaka baru dua kakak tu tak kacau lau tak kompemla mcm2 depa buat kat baby tu..rotan tu bukan nak bedal pun kakakaka main acah je le tu pun dah takut hehehe


2.Hari ni jugak aku setelkan pendaftaran kelahiran anak aku tu kat JPN Kluang hehehe macam biasala lau pi JPN ni adehhhh penuh dan agak sesak..jenuh tunggu baru nombor giliran kita timbul...aku sempat dua kali lelap wakakakakakaka..apa nak buat..


3.Sebenarnya banyak cadangan nama yang diberi sanak saudara dan rakan taulan untuk anak aku yang ketiga ni..mcm biasala depa semua dah tahu anak2 aku ni bermula didepan NUR ditengah nama baru dan dibelakang kompem adaa HUMAIRA untuk perempuan la..sebab semua anak aku perempuan aiyaaaa..


4.Setelah dipertimbangkan maka anak aku itu diberi nama nur qairina humaira (cahaya kebaikan yang kemerah merahan maksudnya)hehehehe...setakat ni lengkaplah puteri2 yang aku miliki didahului oleh nur qaisara humaira..di ikuti nur qaleesya humaira dan terbaru nur qairina humaira hehehe..


wasalam..nak rehat beb berjaga malam aku ni weiiiii

Jumaat, 28 Disember 2012

Alhamdulilah puteri ketiga selamat di lahirkan


1.Alhamdulilah tepat jam 2.55 pagi 28/12//2012 isteri aku telah selamat melahirkan puteri ketiga kami, sesuatu yang tidak dijangka bersalin seawal dari tarikh jangkaan hehehe kelam kabut juga dibuatnya..apatah lagi ia berlaklu seawal pagi..hehehe aku mengantuk beb..jam 2.00 pagi ke Kluang specialist Maternity Centre Sdn Bhd...jam 2.55 pagi dah bersalin.


2.Oleh kerna ia berlaku seawal pagi agak kelam kabut sebab anak2 aku si Nur Qaisara Humaira dan adiknya Nur Qlaeesya Humaira sedang Nyeyak tidur terpaksa kejutkan mereka...Nur Qaleesya Humaira aku hantar ke rumah pengasuhnya tapi macam biasa anak sulung aku si Nur Qaisara Humaira agak sukar nak pisah dengn aku dan ibunya melalak nak ikut jadi terpaksa bawalah budak manja tu adehhhh...nak jaga dia lagi nak jaga ibunya lagi..hehehe mengantuk bebbb terlelap gak le kat bilik menunggu..


3.Sebab bawak si sara anak aku ni tak boleh dengar mak dia sakit ..dengar je mak dia sakit dia nangis adehhhh terpaksa aku keluar dewan bersalin ..hm hm adehhhh tunggu dan lepakla aku kat bilik menunggu yang tak jauh dari dewan bersalin..tapi boleh dengarla suara ibunya...tapi Alhamdulilah tak lama kemudia bersalin dengan selamatnya isteri aku ni...sudah pasti ia anak ketiga kami yang bakal membawa bersamanya 1001 amanah dan tangungjawab untuk kami pikul dalam membesarkanya InsyaAllah.


4.Hehehe ramai kawan2 sanak saudara kata 'wahhhhhhh baby girl lagiiiiii hahahahaha' aku sebenarnya dah punyai 2 anak pempuan masuk yang ini tiga lah..ahhhhh tak pa lah no hal itu rezeki dan amanah Allah tak kisahla beb janji baby tu sempurna sihat selamat semuanya Alhamdulilah..er er baby girl ni lah yang akan teman aku pi stadium tengok bola nanti hahahahahaha..apa nak buat tak dak rezeki lagi setakat ni nak dapat baby boy hehehe..berat anak aku yang ketiga ni kurang sikit dari kakak2 nya..beratnya 2.9 kg saje..kira ok la tuh!

5.InsyaAllah akan diberi nama sikit masa lagi hehehehe yang pasti macam 2 kakaknya juga nama bermula NUR.............dan berakhir HUMAIRA hehehehe di tengah2 itu pasti bermula huruf Q!!!!

Khamis, 27 Disember 2012

jualan gudang ekstrem parkson kluang :)


1.Macam biasa hari ni aku siasat kes2 kemalangan, pun begitu sayangnya tak de yang menarik nak dikongsikan dengan kalian, sebab kes kemalangan yang biasa2 sahaja hehehe kalau de kes yang luar biasa nanti aku kongsikan hehehe..well lepas habis kerja aku pusing kejap kat Parkson Kluang Parade dengar kata kat situ ada Jualan Gudang Eksterm bermula 20 Disember lalu sampai 1 Januari 2013..biasala aku sibuk jadi dah jadi kebiasaaan selalu tertinggal info2 bab2 beli belah ni hahahaha..tapi belum terlambat lagi beb hahaha jom jom..


2.Nak jugak tahu pe benda Jualan Gudang Ekstrem ni..lalu aku pun pi lah lepas kerja tadi dengan member aku ni hah hahahaha dengan satu niat nak tengok pe yang ekstrem sangat jualan murah ni...betullll ke Eksterm murah atau gimik semata hahahaha..tiba kat tempat dituju aku tengok banyak la poster2 diskaun yang depa dok gantung...potongan sehingga 70% beb...pehhhh ni betul2 Ekstrem lalu aku belek2 la pakaian yang ada..hm hm hm bila tengok harga...tak la beberapa ekstrem sangat tapi bolehla...murah sikit dari harga biasala..lagipun kita pun tak tahu stok pakaian yang dijual kat jualan ekstrem tu stok baru atau stok dah berapa lama...entahlah..tapi yang jenama bolehla beli kot..murah la kot :)


3.Tapi setakat nak beli pakaian dengan barangan berjenama kira bolehlah..nak kata harga betul2 murah tahap Ekstrem tu rasanya tak la sangat kot hehehehe tapi murahla jugak..terutama pakaian kerja aku ,hehehe de la jugak yang murah..tapi pakaian kanak2 aku tengok macam sama je harga hehehe ade yang murah namun de yang sama aje harga dia hahahaha..biasala la tu strategi kan kan


4.Jualan murah bahagian pakaian sekolah pun ada tapi macam aku kata tadi tak berapa ekstrem sangat macam biasala...begitu juga pakaian perempun boleh tahan harganya..tapi kalau yang berjenama tu kira murah jugaklah leh kata de la bau bau eksstrem hahahahahaha..er er er yang ni pun murah gak ni aku tengok :)


5.Hm niat hati nak cari baju kerja tapi hari ni tengok2 harga dulu hehehehe nak tengok satu2 yang mana betul2 haarga murah Ekstrem wakakakakakakkaa


Hmmmm penat aku dok tunggu member aku ni adehhhh..betul surver harga punye olang hahahahaha :p


Selasa, 25 Disember 2012

kecederaan atau malapetaka disebabkan banjir semasa bekerja boleh buat tuntutan dengan perkeso!


1.Sekarang musim banjir..sana sini air banjir dah melimpah..banyak pekan dan bandar serta kampung ditengelami air tak kira dalam atau cetek kedatangan air banjir setiap tahun meragut nyawa..ingatla berhati2 jaga insan yang tersayang..jangan seronok sanggat main air banjir sampai lalai dan lupa mara bahaya yang mampu mengundang musibah.

2.Menyentuh berkenaan musibah banjir ni aku nak kaitkan sikit dengan perkeso moga2 ia mampu memberi sedikit info yang berguna mana tahu hangpa menghadapi masalah ini dalam masa2 tengkujuh/banjir sebegini..dalam sehari dua ni aku tengok banyak kedai yang dimasuki air bahkan ada yang tenggelam terus..aku bukan nak komen bab2 sistem perparitan atau susun atur bagunan atau lain2 cuma aku nak bagitahu JIKA SEKIRANYA berlaku apa2 jua kemalangan yang melibatkan berkaitan ancaman banjir ni semasa hangpa DALAM SITUASI HENDAK KE TEMPAT KERJA, SEMASA BALIK KERJA ATAU SEMASA BEKERJA ATAU SEMASA DALAM SITUASI KECEMASAN MELIBBATKAN HANGPA NAK MENYELAMATKAN HARTA BENDA MAJIKAN KETIKA BANJIR MAKA JIKA BERLAKU APA SAHAJA KECELAKAAN ATAU KEMALANGAN maka hangpa BOLEH membuat tuntutan dengan pihak perkeso!hal ini cukup jelas jangan buat tak tahu dan dihebahkan oleh menteri aku sejak banjir besar dulu tapi mungkin ada yang tak ambil perhatian.hehehe cuba tengok gambaq kat bawah ni..kalau situasi begini masa nak pi kerja dan mendapat kecederaan dapat cuti sakit 4 hari leh la hangpa buat tuntutan dengan perkeso..prosedur macam biasa laaaaaaaa sian kat abang ni kan kan..

3.Dikesempatan ini aku nak ceritakan serba ringkas situasi yang aku maksudkan tadi..INI SERBA RINGKAS sahaja hehehe nak panjang lebar hangpa pi pejabat perkeso la weiiii.Baik dalam situasi PERTAMA, katakan dalam perjalanan hendak ke tempat kerja tiba-tiba hangpa terperangkap dalam situasi banjir dan kenderaan hangpa dihanyutkan air atau masuk sungai atau tenggelam atau hangpa lemas disebabkan hangpa erperangkap disebabkan banjir semasa hendak ke tempat kerja itu maka seandainya berlaku apa sahaja musibah sama ada hangpa lemas,atau cedera maka tuntutan boleh dibuat dnegan pihak perkeso..begitu juga melibatkan perjalanan balik kerja katakanlah situasi banjir besar dan hangpa kena juga pergi kerja dan terpaksa naik sampan atau motobot dan seandainya sampan terbalik dan hangpa cedera atau lemas juga boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso.


4.Waktu banjir ancaman ULAR dan binatang liar lain seperti kala jengkin atau LIPAN tidak boleh dipandang ringan!!!!Ancaman ULAR masa banjir perkara biasa..baik katakanlah ketika hangpa sedang bekerja tiba2 air masuk kedalam premis secara tiba-tiba bersama-sama ular yang hanyut hehehe dan katakanlah hangpa tak nampak ular tersebut tiba2 terus mematuk hangpa maka hangpa mendapat kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital lalu dapat cuti sakit 4 hari atau lebih maka hangpa juga boleh buat tuntutan dengan pihak perkeso hehehe..itu baru bab binatang...er er kalau air banjir masuk kedai dan mmenyebabkan hangpa kena kejutan eelektrik pun leh claim perkeso wooooooo apa sahaja hehehehe..


5.Baik ni situasi 'SAAT KECEMASAN ' saat kecemasan ni merujuk kepada dalam konteks BANJIR la yang aku nak habaq sebab SAAT KECEMASAN ni banyak situasi kan kan..OK katakanlah sekarang ni musim banjir dan hujan masih kuat pada tahap kronik hehehe..tiba-tiba kedai baju/kain atau apasahaja lah kedai majikan hangpa telah dimasuki air dan jika tidak selammatkan barangan itu maka majikan hangpa akan mengalami kerugian seperti kain,baju,beras dan apa sahja yang majikan hangpa niaga MUSNAH jika tidak diselamatkan..MAKA DIKALA MELIHAT AIR YANG MASUK KE KEDAI DALAM SAAT KRITIKAL MAKA HANGPA PUN SEBAGAI PEKERJA YANG TAAT DAN DEDIKASI LALU HANGPA SEGERA MEMBANTU MAJIKAN DENGAN MENYELAMATKAN SEMUA BARANGAN ITU DARI DITENGELAMI AIR MUNGKIN DENGAN CARA HANGPA AMBIL BAJU2 ITU ATAAU AMBIL BARANG2 DAN CUBA PINDAH KE KEDAI ATAU TEMPAT  LEBIH TINGGI..AKAN TETAPI DALAM SITUASI KECEMASAN ITU DIKALA HANGPA NAK MEMBANTU MENYELAMATKAN HARTA MAJIKAN DITEMPAT HANGPA KERJA TIBA-TIBA SEMASA HANGPA NAK L;INTAS JALAN TANPA DISEDARI DILANGGAR MOTOBOT (hehehehe sebab dah banjir kan jalan dah jadi HIWAY motobot hehehe) dan menyebabkan ANDA MENGALAMI KECEDERAAN YANG SERIUS MAKA TUNTUTAN KEMALANGAN DENGAN PIHAK PERKESO BOLEH DIBUAT SEPERTI BIASA!!!

6.Hehehe itu secara ringkas banyak lagi contoh aku nak beri tapi tak sempat nak taip lah hahahaha lain kali aku bagi contoh lagi serta situasinya sekali hahahaha...cara nak claim perkeso sama seperti aku habaq sebelum ni cari sendiri kat blog aku ni pasti jumpa lalalalalala sejuk woooo time2 banjir ni :)

Isnin, 24 Disember 2012

teruk juga banjir kilat di kuantan

1.mungkin berpunca dari taburan hujan yang cukup luar biasa semalam diparah kan lagi dengan sistem perparitan yang gagal menampung aliran hujan dan inilah kesannya untuk penghujung tahun 2012
 
 
 
 

kemalangan semasa menyertai program/aktiviti/pertandingan sukan/kursus anjuran majikan boleh buat tuntutan dengan perkeso


1.Sejak akhir2 ni banyak plak yang duk tanya pasal tuntutan perkeso yang melibatkan aktiviti pejabat/kompeni/syarikat/kilang dan seumpamanyaalah dimana aktiviti itu syarikat wajibkan hangpa menyertainya...depa dok tanya boleh claim atau tidak jika berlaku sesuatu musibah...contohnya jika mewakili syarikat dalam perlawanan bola sepak lawan dengan syarikat lain dan mendapat kecederaan adakah boleh claim dengan perkeso??? untuk makluman sebenarnya dah banyak kali aku duk jawab benda ni..pe pun ini kali aku habaq sekali lagi hehehe..lalalalala supaya hangpa cari kat google senang jumpa bila jumpa ILMU ni maka hangpa bacalah doa untuk aku bahagia murah rezeki dunia akhirat heheheh amin amin amin..

2.Sebenarnya apa sahaja aktiviti/pertandingan/kursus yang melibatkan anjuran pihak majikan dan jika seandaikan hangpa dipilih untuk mewakili syarikat sememangnya jika berlaku kecederaan maka sudah pastilah anda layak membuat tuntutan dengan pihak perkeso dengan syarat2 tertentu hehehe..lalalala..ade syarat jugak tuuuuuu huhuhu..nak kahwin pun ada syarat sah dia woooooo hangpa jangan mai bantai je hahaha..


3.Syarat yang cukup senang..pertama pastikan ada arahan dari pihak majikan untuk sertai sesuatu pertandingan yang mewakili syarikat...kedua pastikan nama hangpa terdapat dalam senarai aktiviti tu...arahan itu mungkin dalam bentuk memo syarikat atau boleh juga melalui email dan sebagainya lah hehehehe sesuaka hati boss hangpa nak kakakaka takkan tu pun nak ne habaq kakakakaka lalalala..ada bukti kehadiaran hangpa dalam aktiviti tersebut..kalau ada puch kad ke ganbaq ke hangpa lampirkan sekalilah lagi senang hehehe ..ni antara contoh memo hehehe..tak leh tunjuk banyak satu sudah lalalala

cara nak isi borang tuntutan berkaitan kes nni hehehe sekadar contoh hehehe lalalala



4.Sebaik memo dikeluarkan untuk arahkan pekerja mewakili syarikat untuk menyertai sesuatu pertandingan yang melibatkan hangpa mewakili syarikat contohnya pertandinagan bola sepak ke bola jaring ke badminton ke perayu naga ke perahu rimau ke lantak hangpa la janji hangpa meakili syarikat maka sebarang kecerderaan contohnya dikala main bola sepak dalam pertandingan itu hangpa di bentes lalu patahla kaki hangpa maka ianya dikira bencana kerja kerana hangpa mewakili nama pihak majikan hangpa maka ianya boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso...itu baru masuk bab sukan hehehehe..kalau dah namanya pertandingan mesti ada jadual pertandingan kan kan kan maka hangpa lampirkan lah sekali dengan borang kemalangan tu...ehem ehem ni contoh senarai nama peserta yang terlibat hehehe sekadar contoh lalala


5.Jika sekiranya pihak syarikat anjurkan kursus..tak kirala kursus motovasi ke kursus apa ke hehehehe er er jangan kursus kahwin sudah!!! lalalalala..woit jika sekiranya dalam modul kursus itu ada latihan hangpa kena panjat pokok kelapa dan perlu memetik buah kelapa maka sekiranya dalam masa hangpa dok panjat pokok kelapa itu tiba2 hangpa jatuh lalu patah kaki atau patah tangan atau patah tengkuk hahahaha hangpa boleh buat tuntutan dengan pihak perkeso kerana ianya juga adalah bencana kerja yakni program panjat pokok kelapa itu ada dalam modul latihan/kursus yang hangpa ikuti hehehehe lalalala yang aku cakap ni serius beb betul belaka itu sekadar contohla hehehe ada jugak program kurus kepimpinan syarikat yang dalam moodulnya kena main paintball jadi bilamana main benda ni adala kes yang aku siasat lari dari di tembak paintall lalu jatuh kedalam longkang dan patah kaki pun ada beb..ini program felda mana yang anjur aku lupa hahahaha...maklumat aku sampaikan ni betul woooo bukan main2 kalau salah maklumat nanti bos aku kompem marah aku bagi maklumat yang salah wakakakakakaka...blog aku dipantau oleh bos2 beb hangpa jangan memain wakakakaka lalalalala..ohhh ye untuk buktikan adanya program atau aktiviti atau modul latihan kurusus itu maka hanpa semasa hendak hantar tuntutan pada pihak perkeso hangpa lampirkan la senarai aktiviti yang hangpa lakukan dalam masa kursus itu..ala photostat aje tentatif aktiviti itu kan senang hehehehe lalalalala..er er ni lagi contoh hehehehe

sekadar contoh nak isi dalam borang tuntutan kemalangan hehehe


6.Aku cakap kat atas semua betul tu hangpa jangan kata aku main2 plak hehehehe...dan jika masa anda ikuti program atau permainan itu ada puch kad maka photostatla puch kad itu macam biasala..itu pun nak ne habaq ka hahahaha..ohhhh ye jika kemalangan semasa nak hadir kurus juga sudah tentu ianya juga bencana kerja itu sudah jelas hehehe..bab2 kemalangan semasa kerja dan cara tuntutannnya dengan pihak perkkeso aku dah post kat blog ni tak lama dulu so hangpa cari sendiri dengan penuh sabaq kompem akan jumpa hahahaha..

7.OK la cukup setakat ni sahaja untuk kali ni aku nak tengok bola sat hahahaha..ini baru mukadimah hahahaha secara ringkas aje ni nak panjang lagi nanti aku buat karangan lain kalilah..aku sendiri pun kadangkala pening nak baca apa yang aku tulis wakakakakka harap hangpa faham lah..tak faham tanyalah bukan ne bayaq pun ehhhhh..layan bola dulu beb..wo wo wo sebelum terlupa nak claim perkeso macam biasal la beb sekurang kurang 4 hari cuti sakit hehehe yang dihantar tu cuti sakit asal bukan yang di photostat..hantar semua yang aku habaq kat atas tadi beserta borang laporan kemalangan (borang 21) borang 10,rekod kedatangan,slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan,jika melibatkan jalan raya  perlu laporan polis dan peta lakar...tu jangan lupa benda basic dalam nak buat tuntutan dengan perkeso...pe pun hangpa cari la kat blog aku ni dah aku tulis berkenaan tuntutan dan cara nak buat maka cari sendirilah..wasalam


Jumaat, 21 Disember 2012

subsidi suntikan erythropoietin (EPO) dan kemudahan dialisis untuk orang berinsurans PERKESO (anda patut tahu ni!!!)




1.Malam ni aku nak cerita serba ringkas(mungkin teramat ringkas) berkenaan kemudahan bantuan rawatan dialysis yang disediakan oleh pihak perkeso secara percuma kepada penerima pencen Ilat, Untuk makluman bagi yang belum mengentahui nya ia, dimana perkeso telah menyediakan bantuan rawatan dialisis kepada pesakit buah pinggang dan ianya mula diperkenalkan oleh PERKESO  pada  tahun  1999 sebagai  satu  faedah  pemulihan untuk membantu penerima-penerima pencen ilat yang mengidap penyakit  buah pinggang  di  peringkat  End  Stage  Renal  Failure (ESRF), di mana kos rawatan dialysis yang dilakukan di pusat-pusat  dialysis  panel  ditanggung  seumur  hidup  oleh PERKESO. 


2.Pembiayaan  ini  termasuk  kos  penyediaan  “Arterior  Venous Fistula” untuk persediaan pesakit menjalani rawatan dialisis. Untuk makluman juga sejak tahun  2003, bantuan rawatan dialisis ini telah  meliputi kaedah rawatan  Continuous  Ambulatory  Peritoneal Dialisys (CAPD) memandangkan ada orang berinsurans PERKESO yang terpaksa menjalani rawatan melalui kaedah ini. Mulai 4 Jun 2009, PERKESO telah meluaskan lagi kemudahan kepada orang berinsurans dengan menyediakan  bantuan  subsidi  suntikan erythropoietin  (EPO) untuk  membantu  orang  berinsurans  membiayai  kos  suntikan tersebut yang agak mahal!


3.Untuk tahun 2011 dan 2012 aku tak mempunyai data lengkap lagi..tapi data sehingga  Jun 2010, PERKESO telah meluluskan sejumlah  4925 permohonan daripada penerima-penerima  pencen ilat dan bukan ilat sejak kemudahan ini diperkenalkan pada tahun 1999. Setakat ini,  untuk  kemudahan  orang berinsurans  menjalani  rawatan dialysis, sejumlah  285 buah pusat rawatan dialysis telah dilantik sebagai  panel  dialysis  PERKESO di  seluruh  negara.  Jumlah keseluruhan kos bagi kemudahan ini juga meningkat setiap tahun. Misalnya  pada  tahun  2009,  PERKESO  telah  membelanjakan sejumlah  RM  53  juta bagi  membiayai  kemudahan  bantuan rawatan dialysis kepada Orang Berinsurans PERKESO. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 23% jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PERKESO untuk tahun 2008 iaitu RM43.44 juta. Sehingga Jun 2010 sahaja, PERKESO telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak  34.1 juta untuk membiayai kos rawatan dialisis ini. Untuk perbelanjaan berkaitan dialisis bagi tahun 2011 dan 2012 aku tak mempunyai data lagi..InsyaAllah sikit masa lagi jika mendapat data yang betul dah sahih akan dimaklumkan kemudian.


4.Bukan itu sahaja aku juga nak maklumkan Pihak PERKESO juga pada 21/3/2012 telah meluluskan subsidi untuk suntikan jenis "Micera" yang mana suntikan ini juga untuk pesakit buah pinggang di mana ia disuntik sebulan sekali pada kadar RM240 sebulan!!!! dan dalam perkembangan TERBARU pihak PERKESO juga telah bersetuju untuk untuk penetapan subsidi suntikan Erythropoietin (EPO) sebanyak RM240 (maksimum) sebulan kepada Orang Berinsurans PERKESO yang mengidap penyakit buah pinggang yang mendapat pencen Ilat dan pemberian subsidi RM240 (maksimum) sebulan ini untuk suntikan Erythropoietin (EPO) ini dilaksanakan dengan kaedah2 dan syarat2 tertentu.

5.Rasanya cukup setakat tu ajelah..nak lebih lanjut hangpa kunjungi pejabat perkeso terdekat...hehehe itu serba ringkas..ringkas pun penat gak aku dok menaip ni ehehehehe..aku nak BBQ sat hehehe





Rabu, 19 Disember 2012

Layan 2 Humaira hehehe :)


1.Kerja hari ni penat badan dan penat otak la beb adehhhh la..hari ni aku balik awal dari opis hehehe kul 5 terus blah hehehe otak aku da jem hari ni..baanyak kes pelik2 buat aku tersumbat otak...bagi aku bilamana otak tersumbat nak cool semula senang ajje hahahaha aku balik rumah ambik dua humaira aku ni bawak pi jalan kat bandar hahahaha jalan2 talk beli apa2 pun tak pa janji jalan2 wakakakakakakaka tu terapi terbaik aku wakakakakakaka...adehhhh tapi kes hari ni memang buat aku jem otakla..kes kemalangan melibatkan pengunaan bahan kimia ni bukan senang nak siasat beb..nak kena ambik semua bahan2 kimia apa diguna apa kesan bahan kimia tu bla bla bla nilai PH la bla bla bla pening aku beb..baik aku balik awla layan dua anak aku hehehe 2 humaira tu hah kompem leh tenangkan dan segarkan otak aku semula hahahaha..