Rabu, 31 Oktober 2012

Ops Kesan 2012 perkeso bermula ESOK!!!


1.Operasi mengesan majikan yang masih gagal mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak perkeso akan mula digerakkan secara besar-besaran secara serentak di seluruh negara esok!!!dalam Operasi ini jika didapati atau tertangkap majikan yang belum mendaftar perusahaan mereka dengan perkeso..maka kompaun serta merta akan dikeluarkan..

2.Nasib aku..jika hangpa majikan..maka cepatlah bertindah segera mendaftar perusahaan anda dengan perkeso seawal pagi esok..jangan tunggu premis anda diserbu terlebih dahulu...jika kalian menyerah ke pejabat InsyaAllah kompaun tak kena..jika tertangkap masa diserbu maka kompaun kompem serta merta!!!

3.Operasi besar-besaran ini digerakkan selama sebulan bermula 01 November 2012 yakni ESOK!!!! cara nak daftar dengan perkeso macam mana???ahhhhhaaaa..hangpa carila kat post aku dalam blog ni ada aku ajar satu persatu..


wasalam..
salam operasi :)

Mmmm..

Hmmmm..macam2 sekarang ni :)



Isnin, 29 Oktober 2012

siasat kes 6 pekerja cedera van kilang terbalik


1.Hari ni aku siasat kes kemalangan 6 pekerja Kimberly clark Kluang yang ditimpa kemalangan semasa hendak balik kerja..kejadian berlaku dalam jam 11.15 malam di KM 67 Jalan Batu Pahat-Mersing...jalan ni selekoh dan kiri kanan jalan semuanya pokok sawit kira waktu malam memang gelap kawasan ni..rutin depa kerja sentiasa pergi dan balik kerja dengan dihantar oleh Van kilang syarikat tempat depa ni kerja..

                                          ..er er sekadar gambar hiasan..

2.Nak jadikan cerita Van kilang yang depa naik seramai 6 orang ni telah terbabas lalu terbalik dengan keadaan semua tayar keatas...kesemua penumpang van kilang ini adalah pekerja Kimbberly Clark product (m) Sdn Bhd Kluang...depa terpaksa merangkak keluar dari Van kilang itu melalui pintu cermin belakang yang pecah!Punca kejadian dikatakan pemandu Van kilang yang depa berenam naiki ini cuba mengelak lori yang datang dari arah bertentangan yang masuk laluan van mereka...kerana mengelak lori itulah van yang dinaiki terbabas lalu terbalik dan teerpelosok ke dalam ladang sawit tepi jalan itu...Oleh kerana agak lewat malam..maka lewat jugak la bantuan terima..mereka agak bernasib baik kerana semuanya tidak tersepit dan boleh merangkak keluar dengan selamat...dan mereka juga bernasib baik kerana van kilang itu tidak terbakar!


3.Apa yang sedikit melucukan adalah kesemua meraka 6 pekerja ni adalah wanita yang dimana penghujung nama mereka adalah berakhiran dengan nama ..DAH!rasidah..samsidah..rafidah dan lain2 hehehe..kebetulan la tu..



4.Alhamdulilah aku jumpa meraka hari ni..6 pekerja semuanya perempuan...5 cedera ringan..sekadar luka-luka..tapi seorang patah tulang bahu..cuti sakit panjang jugakla lau patah tulang bahu gak..tulang atas bahu tu kat leher nak panggil tulang apa aku lupa la adeiii


5.Gambar kejadian depa tak sempat ambik sebab panik.. dan keenam enam yang terlibat tak benarkan aku uplod kat sini hahahaha depa malu..takpa la...ke enam-enam pekerja wanita tu 2 dari Nitar mersing 2 kampung gajah 2 kahang hehehe..lepas siasat kes ni aku lapaq pi makan sat kat Nasi Gulai kawah kat flat haji manan kluang hehehehe best woooooo




Ahad, 28 Oktober 2012

bunuh diri@kluang Mall

1.Tak tahu apa masalah..mungkin tekanan perasaan..mungkin juga ada masalah lain..berbangsa cina..terjun dari Kompleks membeli belah Kluang Mall di bandar Kluang Johor...tak sempat nak siasat hari ni cuti beb..sok aku cuba dapatkan maklumat kot2 layak dapat pencen Penakat Perkeso sape tahu...kan kan .kalau cukup caruman perkeso dan belum umur 55 tahun bunuh diri pun layak dapat pencen penakat wooooo..ni yang aku nak siasat sok..harap2 leh jumpa waris si mati ni..



Sabtu, 27 Oktober 2012

Khamis, 25 Oktober 2012

raya haji di perantauan untuk ke lapan kalinya :(


1.Ini kali kelapan Hari Raya Haji@Korban aku tak dapat balik kampung..dah tak rasa ape dah..raya macam tak raya..tak dak ketupat daun palas..rasa tak beh langsung...tak dak riuh rendah budak2 datang jalan rumah pun..depa sini raya puasa je jalan2..hm hm raya haji depa pi mana la tak nampak muka pun hahahaha


2.Macam biasa aku pi surau je untuk solat sunat hari raya korban ni..surau betul2 dekat rumah hehehe..macam biasa sebab dekat rumah maka aku dengan siak surau tu la yang paling awal sampai..hm hm..dah kul 8 pagi dah ni tapi hanya kami berdua je ada kekekeke

3.Jam 8.30 pagi baru dorang datang ramai2...kira penuh jugakla surau taman aku ni hah..khutbah tentang pengorbanan..Alhamdulilah banyak pengajaran dari Khutbah raya tahun ni..sebab raya haji tahun ni jatuh hari jumaat maka depa nak buat korban sembelih lembu lepas jumaat katanya...takpa la lepas jumaat nanti aku pi la..elok jugak korban lepas jumaat sebab takut tak sempat nak siap melapah lembu tu kot2 dekat solat jumaat bekali...tapi seelok eloknya lepas solat sunat raya tadi dah korban kan bagus..entah la depa pikiq apala aku pun tak tahu...hm hm..


4.Lepas solat sunat raya tadi aku  balik umah tibai mee goreng je huwahahahaha..janji kenyang..begitula beraya tiap2 tahun di perantauan..kakakaka tak dak kuih muih mahupun kerepek kakakakaka..ketupat jiran bagi penuh meja ada..still menjadi hiasan tak dak sapa makan lagi..layan perasaan masing sebab tak dapat balik raya adeiiiii

5.Satu-satunya rumah yang sempat aku kunjung di pagi raya ni adalah rumah pengasuh anak2 aku je hehehehe..kat sini banyak makanan ada kakakak macam stor stock bekalan makanan..kenyang wooooo...er er petang nanti tak tahu la nak pi mana..tido umah je la jawabnya..sat gi nak solat jumaat plak..

selamat hari raya aidil adha semua..maaf zahir dan batin jika terdapat apa jua coretan dan pertanyaan dari pengunjung yang tak sempat saya jawab..

Rabu, 24 Oktober 2012

Siasat kes kemalangan@Felda Linggiu


1.Esok dah cuti yeahhhhhhhhh..aku saja aply cuti...tapi hm hm tak dapat balik raya kampung jugakla..setakat 3 hari cuti macam ne nak balik kampung..drive saja dah dekat 10 jam perjalanan..adehhhh..tiap2 tahun raya Haji kat perantauan aku ni..tak merasa daging korban dan ketupat daun palas la nampak gaya..daging korban nak harap depa bagi langsung tak dapat hahahaha..tak usah mimpi woooooo..sini lain dari tempat aku..


2.Hari ni hari terakhir kerja namun kerja tetap on beb..aku siasat kes kemalangan kat Felda linggiu Kota tinggi ni..jauh jugakla perjalanan aku hari ni dekat2 nak sampai kat air terjun kota tinggi dah tu...hehehe ada dua kes kemalangan yang aku siasat kat sini...biasala kes kemalangan semasa hendak datang kerja...dah tak payah terangkan dah hehehe sebut pasai kemalangan semasa hendak ke tempat kerja depa semua dah tahu leh claim dengan perkeso..hangpa kalau dok baca blog aku pun dah bijak bab2 perkeso aku rasala..tapi Alhamdulilah banyak jugak yang bertanya..terutama entry berkaitan tuntutan perkeso..jika berkelapangan aku jawab..kalau tak sempat jawab mybe lewat sikitla..tapi seboleh bolehnya aku jawab dengan kadar segera permasalahan yang diaju..setakat yang boleh jawab la ..



3.Kadang2 dalam masa nak pi siasat sesuatu kes itu aku boring jugak drive sorang2 ni...dah la jauh..hm hm kadang kala penat sekali rasanya..nak buat macam mana..alangkah baik jika pi berdua...tak la boring hm hm...drive kompem penat..penat lagi memerah otak nak tanya itu dan ini...lagi penat nak kena tulis semula apa yang aku soal dan jawaban yang diberi..adehhh kira penat semuanya la beb..



4.Tapi dalam dua kes yang aku siasat ni .satu kes agak lucu jugak la hahahahahaha...aku tak tahu la pak cik ni..entah macam mana sebegitu besar tunggul kayu depan opis Felda Linggiu ni dia boleh langgar kakakakakaka adehhhhh dah nak jadi nak buat macam mana kakakaka...naik motor pejam mata ka atau pak cik ni dok berangan angan ka adeiiiii heran aku...besar tunggul kayu balak ni dia leh pi langgar adehhhh..maybe dia termasuk gearr motor terus jalan tak sempat nak brek hahahaha...macam2


tapi penat macam mana pun kalau anak ajak makan aku tak tolak punyerrr hehehehe..DIA sentiasa menjadi terapi pada kepenatan aku...Alhamdulilah.



Selasa, 23 Oktober 2012

suami kahwin lain wife stresssss nak calim dengan perkeso aiyaaaa


1.Hari ni agak pelik sikit kes yang aku siasat hahaha sebab kes ini peribadi dan agak peribadi maka biarla aku cerita sikita aje..cukup sekadar info dan tak lebih dari itu..hehehe sebab kes ini agak peribadi maka tak dak gambaq la beb hehehe


2.Kisahnya begini..si isteri bekerja di sebuah syarikat GLC..bla bla bla..suami jauh di utara isteri di selatan..suami balik hujung minggu aje..sedar2 sang isteri dapat tahu suami telah kahwin lain..maka bermula dari saat itu sang isteri mula menjadi pendiam dan stress..dan mula mengambil cuti (mc) dan unpaid leave memanjang...


3.Maka entah macam mana timbul idea nak buat tuntutan dengan pihak perkeso dengan memberi alasan kononya stress di tempat kerja beliau membuat tuntutan dengan pihak perkeso melalui skim penyakit khidmat,penyakit khidmat ni sakit yang disebabkan oleh pekerjaan yang kita sering lakukan..contohnya jika kita sering kerja dimesin yang mengeluarkan bunyi bising lama-lama kita jadi pekak badak mmaka itulah penyakit khidmat yang boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso,..atapi dalam kes wanita ini bukan!!!adehhhhhh macam-macam dia ingat senang ka nak tipu macam tu...so bila borang tuntutan dihantar maka aku siasatlah..bab siasatan dan cara aku siasat tu tak payah habaq la...korek punye korek punyer korek last2 mengaku juga dia stress bukan sebab tempat kerja atau tekanan kkerja namun beliau stress kerna suaminya kahwin lain aiyaaaaaaaaa


4.Hmmmm banyak cantik strees suami kahwin lain nka claim dengan perkeso adehhhhh  macam ni pun ada ka..itu satu hal..Pihak majikan yang aku jumpa plak menafikan sekeras kerasnya tempat kerja tu memberi tekanan pada pekerja ni..lalu aku buatla siasatan di tempat beliau kerja guna taktik pennyamaran..hm hasilnya tak dak tekanan pun ehhhhh..kerja huwa huwa jugak ketawa memangjang jugak ehhhh adehhh la siot sungguh


5.Last sekali bila tembelang dah pecah mau tarik balik kes tuntutan itu..hm hm buang masa je beb..buang masa aku siasat kes tipu macam ni..adehhhh geram lucu macam ada...


6.Pesan aku jangan hangpa duk ulang kesilapan kakak ni....tuntutan ditarik balik yang dapat hanya malu hm hm..er er best woooo join TRW UTHM tengok bola hehehe..


wasalam

Sabtu, 20 Oktober 2012

Aku..TRW UTHM (The Red Warriors Universiti Tun Husien Onn Malaysia)@Final Piala Malysia 2012!!!


1.Semalam aku pagi2 lagi bertolak ke Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat sebab kat sana dah ramai Warriors sedang menunggu hehehe mereka adalah TRW UTHM (The Red Warriors Universiti Tun Hussien Onn Malaysia) misi utama ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan bersejarah antara TRW vs ATM..final piala malaysia yang telah diketahui umum berpihak kepada geng TRW yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...3-2 terrrrr



2.Aku join TRW UTHM sebab nak merasai semangat anak2 muda kelantan diperantauan ni..depa ni cukup bagus..baik dari segi pelajaran mahupun aktiviti luar..hangpa memang terbaik lah!!!!dari UTHM kami bertolak dua buah bas...tapi akunyer team tolak lewat sedikit..tu pun sebab masalah bas rosak kakakakaka aiyaaaaa...takpala janji dapat pi..lewat tak jadi hal beb..lu orang dah usahakan yang terbaik..rosak ka apa ka bukan dibawah kawalan kita...



3.Bagus nyerrr TRW UTHM ini depa ni bukan saje boleh buat rombongan dengan jayanya..bahkan persedian ke Stadium Shah Alam juga dibuat begitu rapi...bahkan siap dengan jualan mafla,ada banner khas..ada baju khas untuk Ahli TRW UTHM woooo hehehe aku sambar satu lah buat kenang-kenanangan..mudah mudahan tahun depan leh join keseronokan denegan adik2 ni lagi..



4.Sampai Stadium terus cari tempat duduk kakakaka..hujan beb hujan lebat dikala time kami tiba..pehhhhh basah woooooooooo..tapi semangat punyer pasal kami leh redah jua hujan itu dan kami ibarat ia satu keseronakan yang mungkin sukar untuk dinikmati tahun tahun akan datang..mungkin...sebab kami ada semangat The Red Warriors beb hahahaha..





5.Masuk stadium dah penuh sesak..tapi dapatla berkumpul kat betul2 di sebelah scorebod hahahahaha leh dikatan semua geng kami kat situ wakakakakakak seronok wooooo



6.Bab perlawanan tak usah dicerita memang best..dan amat menarik beb..paling best aku rasa setakat ini dalam sejarah Piala Malaysia dan ia merupakan jaringan terbesar dengan 5 gol dihasilkkan!!!Suara aku dan serak...serak seseraknya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...