Jumaat, 13 Mac 2015

Pertandingan Bowling Taman Impiana Casa Meriah

 
1.Salam geng..malam semalam penat sikit,sakit tangan pun tak hilang lagi dek kerana menyertai acara pertandingan bowling anjuran KRT Taman Impiana Casa Kluang.Hahaha sebenarnya aku ni tidak pandai langsung bermain bowling,namun atas dasar untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk maka aku join jugak la sekadar nak bergembira bersama rakan rakan setaman...tak kisahlah main baling aje bola tu janji dapat sertai game anjuran dorang ni kira ok la kekeke..
 
 
2.Alhamdulilah penyertaan penduduk taman Impiana Casa untuk game ini amat mengalakkan,dapatlah kita saling berkenalan dan saling bermesra antara satu dengan yang lain  eratkan hubungan sesama kita..hahaha yang pasti aku dah duga pun tak kemana aku nyer balingan hahahaha..tapi Alhamdulilah balingan aku tak la kerap sangat masuk longkang..tak kerap masuk longkang dah dikira terbaik dah tu hahahaha...dulu pun ada game macam ni juga 10 kali baling 10 masuk longkang wakakakaka..lantak dia lah janji happy hahaha..
 
 
3.Terima kasih pihak penganjur..kamu punyer program memang terbaik!!!riuh rendah Ampang Superbowl Kluang Mall hahahaha..dasyat hangpa semua kakaka..Tapi aku rasa suara aku lagi kuat kot..itu tak hairan geng..aku nyer pejabat 3 tingkat dari aras bawah sampai atas memang dengar suara aku..normal geng hahahaha...
 
 

Rabu, 11 Mac 2015

Operasi ke atas majikan yang tidak mendaftar perkeso@Kluang

 
1.Salam geng..hari ini aku sempat menyertai Operasi untuk mengesan Majikan yang masih gagal untuk mendaftar perusahaan mereka dengan pihak perkeso.Operasi ini dinamakan OPS KESAN.Nama Operasi tidak pernah berubah hahaha tetap OPS KESAN sejak beberapa tahun yang lalu.OPS KESAN hari ini dilakukan dikawasan yang telah dikenal pasti lokasinya di sekitar Daerah Kluang.
 
 
2.Untuk makluman seperti biasa jika kalian mempunyai perniagaan dan mengajikan sekurang-kurangnya 1 pekerja maka adalah wajib untuk kalian mendaftar perusahaan kalian dengan pihak perkeso,ianya selaras dengan peruntukan seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969) dan Peraturan-Peraturan Am Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
 
 
3.Operasi pada hari ini disertai oleh 12 Anggota penguatkuasa pejabat perkeso Kluang, di mana Operasi yang bermula jam 10.00 pagi telah berakhir jam 5.00 petang telah dengan jayanya memeriksa sebanyak 116 premis majikan dimana hasilnya 6 majikan masih didapati gagal mendaftar perusahaan mereka dengan perkeso,lantas ke enam-enam majikan tersebut telah dikompaun,nilai kompaun kesemuanya berjumlah RM5500,jika gagal menjelaskan kompaun dalam masa ditetapkan maka tindakan Mahkamah akan diambil seleras dengan peruntukan Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969) dan Peraturan-peraturan AM keselamatan Sosial Pekerja 1971 yang memperuntukkan hukuman denda sebanyak RM10000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
 
 
3.Operasi mengesan majikan ingkar mendaftar perusahaan dengan perkeso akan dilipat gandakan dari semasa ke semasa, ini memandangkan masih wujud lagi majikan yang enggan mendaftar dengan pihak perkeso setelah mempunyai pekerja bahkan mereka telah sedia maklum tentang perkara tersebut namun bertindak mengabaikan kebajikan pekerja mereka sendiri dengan tidak mendaftar dan mencarum pekerja dengan pihak perkeso.

Isnin, 9 Mac 2015

Skuad Pantas PERKESO Johor

 
1.Hari ni ke Pejabat PERKESO Johor hehe ada mesyuarat Skuad Pantas PERKESO seluruh Negeri Johor..Alhamdulilah mesyuarat berjalanan dengan baik..banyak kejayaan kejayaan yang telah dicapai oleh Skuad Pantas ni..cukup cepat dalam menyelesaikan sesuatu kes..hebat skuad ni,nak harap pujian orang tak dak nyer baik puji diri sendiri hahaha..bab2 aduan bab2 nak cepat selesai kes bising sana bising sini bila dah selesai tak dak ehhh terima kasih ka apa hahahaha..puji jauh sekali hahaha but no hal itu kerja punye pasal lalalala berkhidmat untuk rakyat lalalala dari rakyat untuk rakyat kekekeke
 
 
2.Sebut pasal Skuad Pantas PERKESO ni ia diwujudkan untuk menyelesaikan sebarang tuntutan kes dengan kadar segera..kes2 yang mendapat perhatian umum,kes2 yang dapat dikesan melalui liputan media massa akan diserahkan kepada Skuad Pantas untuk diselesaikan dengan segera. Syukur Alhamdulilah setakat ni Skuad Pantas PERKESO seluruh negeri Johor memainkan peranan yang cukup berkesan...menyelesaikan kes dalam masa 1 hari sebaik maklumat diterima...ini telah menjadikan Skuad ni amat istimewa...dapat bertindak dengan cepat dan tepat.
 
 
3.Sebenarnya banyak sangat kejayaan Skuad Pantas ni..tapi mana boleh nak didedahkan disini hehehe..kewujudan Skuad ini tidak meminggirkan kes2 tuntutan yang dihantar dengan cara biasa hehehe kes2 itu diberi keutamaan seperi biasa siasat dengans egera inshaallah bayaran dibuat dengan kadar segera jika kes tuntutan itu adalah betul2 melibatkan bencana kerja..

Jumaat, 6 Mac 2015

santai bersama geng2 SRS :)

 
1.Malam tadi seperti biasa jika tak ke mana mana aku pasti akan keluar ronda bersama geng SRS Impiana Casa Taman Seri Impian hehehe,lepak bersama mereka adalah saat2 mengujakan dan setiap malam adalah malam yang berbeza penuh dengan gelak ketawa,peristiwa lucu,mendebarkan,bahkan keseriusan mereka dan usaha-usaha mereka dalam mencegah jenayah adalah sesuatu yang amat membanggakan..kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai membuktikan tahap profesionalisme mereka dalam bertindak dalam apa jua keadaan seolah olah mereka sudah cukup terlatih hehehe..tahniah geng.
 
 
2.Rondaan demi rondaan yang dilakukan telah berjaya mencegah anasir yang tidak baik berlaku dikawasan kediaman.Mewujudkan sebuah taman yang cukup aman dan bahagia hidup dalam harmoni memerlukan sedikit pengorbanan..mereka tidak dibayar satu sen pun,mencurah bakti dan keringat di sepanjang malam tanpa bayaran,mencurah masa tenaga dan wang ringgit tanpa meminta dari mana mana pihak..sejujurnya semangat mereka cukup kuat dan kental untuk memastikan penghuni taman dapat hidup dalam keadaan tenteram tidur tidak diganggu dengan perasaan takut...pehhhhh hahahaha..tak cukup tidur semata mata nak jaga rumah orang lain hahahaha..kamu sanggup???
 
 
3.Ohhh..ada ketika kita serius dan ada ketika kita gelak ketawa hahaha ade ketika kita santai2 bersama..itu yang membezakan setiap malam..dan ianya tidak memboringkan hahaha..pelbagai aktiviti dilakukan untuk memeriahkan suasana..ada malam kita BBQ,ada malam kita lepak2 kedai mamak hahaha..ada malam kita Operasi hahaha..sebab itu tiap malam adalah cukup bebeza rutinya..nak tahu nak rasa kelainan maka kena join geng SRS ni.
 
 
4.Ada orang sebenarnya begitu berkira dan takut untuk menyertai geng SRS..katanya mengantuk,katanya kerja dan bla bla bla hahahaha woit2 untuk makluman geng2 ronda SRS semuanya bekerja bukannya penganggur geng hahahaha depa pun masuk kerja macam hangpa jugak jam 8.00 pagi sampai ke petang..so ada beza ka???hahaha depa pun ade anak bini jugak kakakaka..aduhaiiiiii..takpa yang penting keikhlasan..tiada paksaan ianya sukarela hahaha tak suka dan tak rela tak yah keluar la kakaka takpe cuma beri kerjasama pada diorang pun dah cukup baik kan kan hehehe..yoooo masa untuk rehat malam tadi berjaga sampai ke subuh geng..
 
 
Ada masa santai..
 
 
 
ada masa tidur bertemankan pokok buluh kakakaka
 
 
 

Khamis, 5 Mac 2015

banyak soalan berkaitan perkeso tak sempat nak jawab :(



 
1.Salam Geng..pehhh penuh email aku geng..banyak sangat soalan2 duk tanya pasal PERKESO, Alhamdulilah ini bermakna minat masyarakat untuk mengentahui perkara2 berkaitan perkeso semakin bertambah ini lah yang kita mahu kan...tak tahu tak paham tak pe leh tanya..boleh jawab aku jawab hahahaha lau tak leh jawab aku usahakan jugak jawab wakakakaka..pe pun dek banyak sangat soalan2 berkaitan mengenai hal2 tuntutan kemalangan dengan pihak perkeso maka aku terpaksa ambil masa sikit nak menjawab satu persatu..banyak geng hahahaha jenuh nak menaip jawab soalan...tapi takpa aku tetap jawab jangan risau cuma ambil masa sikit..lagi pun sekarang ni busy sikit banyak kes kemalangan yang aku dok siasat..minta maaf banyak2 lau soalan hangpa ada yang tak sempat dijawab lagi.
 
 
2.Berkenaan kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja,semasa kemalangan balik kerja dan semasa kemalangan dalam perjalanan hendak ke tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkan maka perlu diingat seperti biasa Laporan polis wajib,peta lakaran arah perjalanan wajib,MC/sijil cuti sakit asal wajib,puch card/rekod kedatangan wajib yang lain2nya majikan yang akan uruskan sepeti slip gaji/butiran gaji 6 bulan sebelum kemalangan...hahahaha senang je kan...ini imbasa aje kakakaka nak lengkap cari sendiri kat blog aku ni dah jenuh dok tulis benda yang sama..rajin2 la baca..
 
3.Hari ni banyak jugakla kes kemalangan yang aku siasat kebanyakkannya adalah perjalanan melibatkan pergi dan balik kerja...
 
kes hari hari ni..
 
hehehe intipan juga kikiki..kena tengok betul kadang2 time jumpa kita masa siasatan macam2 sakit sangat2 sakit hahaha tapi bila jalan keluar balik rumah punyer la laju jalan dan tak plak sakit..hahaha dia tak tahu kita siasat sampai habis geng..jadi jangan cube2 nak berlakon...bagi kes yang real jangan risau..tak de apa2...kita kerja dengan baik InshaAllah...tiada lambat2 ni..