Isnin, 31 Ogos 2015

Sambuatan Hari Kemerdekaan Ke 58 Peringkat Daerah Kluang JDT

 
1.Salam Geng..hari ni sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke 58 seperti biasala kena hadir perbarisan, seperti biasa geng2 aku ni just sertai perbarisan statik aje la..staff tak ramai beb nak berbaris pun mcm tak beh jadinya hahaha..aku macam biasa la awal2 pagi jam 7.00 pagi dah sampai ke lapangan macam tahun2 yang lepas sambutan kemerdekaan peringkat Daerah Kluang di adakan di hadapan Kluang Mall jalan Rambutan tu..hahaha seperti biasa tahun ni naik pentas utama juga la hahaha tak dak apa2 istimewa ehh kakaka pandai2 bawa diri sendiri kakaka...lenguh kaki tuhan je tahu kakakaka..untung kawan2 aku duk kat bawah leh gak duk berteduh dikala panas hahaha..best la hangpa..duduk dengan VIP ni hahaha semua nak kena jaga kakaka..hangpa seronok bebenor dok borak2 nampak hahaha..


2.Majlis perarakan sambutan Kemerdekaan Peringkat Daerah Kluang 2015 bermula jam 7.30 pagi yang mana ianya di sertai pelbagai jabatan Negeri,Persekutuan,NGO, Pasukan Keselamatan,Sekolah2, adik2 tadika juga geng2 parti Politik (pemerintah aje) hehehe..tak ketinggalan Mat2 Motor Besor pun join sama huhuhu, tahun ni wakil rasmi Menteri Besar untuk Daerah Kluang adalah YB Puan Hajah Asiah binti Md Ariff Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Johor.
 
 
3.Hmmm punyerlah nak cepat pagi ni tak sempat pun nak sarapan pagi adehhh tahan ajo lah perut..bertabahlah hahahaha mau tak lapar malam tadi berjaga malam jaga taman sampai kul 3.00 pagi jugak la..balik rumah nak tidur tak leh tidur takut tak terbangun pagi ni mampusla aku kalau tak bangun pagi tadi hahahaha..bila tak tidur perut lapar woooo..kena pulak pagi ni tak sempat sarapan pagi pehhhhh dalam hati tuhan je tahu laparnya kakaka..seronokla geng2 aku yang kat bawah pentas kompem depa leh makanan punyer hahahaha..jaga hangpa..hangpa tahu dak aku lapar hahaha..dok atas pentas mana leh makan woooo sob sob sob..


4.Masuk tahun ni dah tahun ke Sembilan aku hadir berturut-turut untuk sambutan rasmi hari kemerdekaan Negara peringkat Daerah Kluang..untuk tahun ni sesi perbarisanya adalah sama sahaja..cuma penyertaan anak2 TADIKA KEMAS yang agak ramai..untuk yang lain2 tu macam biasa aje la..tak dak perubahan apa sangat..gimik pun biasa2 aje..lepas belon aje..dulu terjunan dari atas bumbung Kluang Mall siap bawa bendera (Jlaur Gemilang) tahun ni tak tahu lah sikit kurang kot hehehe..kurang rasanya hahahaha..tak macam tahun sudah2 rasanya la..tu pendapat peribadi aku la..lagipun 9 tahun dah aku dok join acara ni.
 
 
5.Cuaca hari ni Alhamdulilah baik..Majlis tadi tamat sekitar jam 11.00 pagi..lepas tu aku pi cari kedai makan la hahaha..sebenarnya ada acara2 yang di pertandingkan seperti tahun2 lepas la..perbarisan terbaik,sepanduk macam2 lah..tapi aku tak ingat sapa menang sebab yang aku dok dengar asyik MPK,Pejabat Tanah,Pejabat Daerah aje hahahaha pusing2 putar2 depa tu aje lah  yang menang kakakaka..depa penganjur depa menang tak dak hal la kakaka seperti tahun2 sudahla..tapi dari segi penyertaan,pakaian, komited memang depa patut menang pun..depa ada bajet beb..kami ni pakaian pun bantai baju korporat buat sendiri guna duit sendiri hahahahaha tiap2 tahun macam tu la..tak dak bajet untuk program sebegini.Huwaaaa tak dak gambar aku pun..adehhh dok snap gambaq orang je ehhh...nasibla dok atas ni tak dak peluang la nak posing sana posing sini macam hangpa kat bawah tu ehhh :)
 
 

Hm banyak gambar2 sempena perbarisan sambuatan hari Kemerdekaan ni tapi tak larat aku nak masuk semua hahahaha lagi pun bukan de gambaq aku pun hahahaha



 Er er baru de satu keping gambar pentas hahahah jauh bebenor ambil gambaq pun ehhhh mana nak nampak aku huwaaaaa hangpa ni hahaha tak kesian kat aku ke oitttt wakakakaka
 

Sabtu, 29 Ogos 2015

::Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 'Sehati Sejiwa'


Setiap Khamis Program Mengaji Al-Quran PERKESO Kluang@Tenangnye Jiwa:)

1.Salam geng..harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Hari Khamis di Negeri Johor kami kerja sampai jam 3.30 petang sahaja (Ikut jadual kerja kerajaan Negeri hehehe), Setiap pagi  Khamis juga macam biasa kami kat pejabat perkeso Kluang akan adakan program bacaan Al Quran, Program ini sebenarnya telah bertahun di jalankan namun atas beberapa sebab ia terhenti  buat seketika namun kini bersambung semula bermula Ramadhan yang lalu. Program ini tidak mengambil masa yang lama sekadar setengam jam sahaja termasuk bacaan Al Quran dan juga huraian terjemahan nya sekali.Alhamdulilah dengan adanya aktiviti ini secara tidak langsung setiap Khamis dapat juga kami membaca Al-Quran.

2.Alhamdulilah program yang baik ini telah mendapat sambutan dari kalangan staff di sini..jadi setiap pagi Khamis kami akan berkumpul dan membaca Al-Quran yang di pimpin oleh seorang dari kami..dengan cara begini kita dapat membaca Al Quran dengan cara yang betul tajwidnya dan selain itu dapat juga mendengar huraian terjemahan beserta khidmat nasihat berkaitan ayat yang dibaca pada hari tersebut.

3.Selepas program selesai adalah sedikit makan2 yang di taja oleh kakitangan kami sendiri hehehe..kongsi makan apa yang ada, pakai duit poket sendiri je setakat ni Alhamdulilah masing2 berebut2 nak bagi makanan hahaha.

Rabu, 26 Ogos 2015

Penat tapi puas@siasat kes tuntutan kemalangan PERKESO

1.Alhamdulilah hari ni sempat siasat 4 kes kemalangan jalan raya yang melibatkan tuntutan dengan pihak perkeso..4 kes yang aku siasat hari ni seperti kes2 tuntutan kemalangan yang telah aku siasat sebelum ini tiada kelainan sangat..dan tak beberapa menarik untuk nak kongsikan bersama...cuma nak bagitahu hangpa semua kalau siasat 4 kes dalam sehari penatnya menulis dan merakam percakapan tu tuhan sahaja yang tahu..penat dan lenguh tangan nak menulis dan mencatat setiap pernyataan yang diberi si penuntut yang terlibat dalam kemalangan...lenguhnya tangan menulis kadang2 leh bawa ke dalam mimpi geng...balik rumah penat sangat2 nak gurau senda dengan anak2 pun dah tak bermaya rasanya...hehehe cukup mudah untuk tertidoq awal.
2.Kenapa perlu siasat banyak kes dalam sehari?hahahaha..geng kalau nak percepatkan bayaran,nak percepatkan proses tuntutan dan nak membantu pekerja yang kemalangan maka terpaksa la kita berkorban..hangpa tahu tak kadang kala aku punyer makan tengahari sentiasa lari temponya..makan tengari jam 3 atau 4 petang adalah perkara biasa...pasai tu lah aku pastikan sarapan pagi aku bukan ringan2 tapi terus kena 'berat' yang mampu untuk bertahan sehingga petang..kalau tak perut ni akan berirama dangdut minta diisi.
3.Tapi jauh disudut hati aku amat puas dapat menyelesaikan sesuatu kes dari sehari ke sehari..siasat catat dan bongkar ianya tidak menjemukan..ada kes yang mencabar..ada kes yang boleh disahkan bencana kerja ada yang ditolak itu lumrah dalam siasatan..tak puas hati dengan siasatan yang dibuat ada mekanisme untuk membuat rayuan hehehe bab2 rayuan aku dah hurai panjang lebar kat blog ni makanya pandai2 la cari sendiri hahahaha.
 

Isnin, 24 Ogos 2015

COMBI Impiana Casa@Program Temu Mata@PKD Kluang

1.Alhamdulilah petang semalam sempat hadir ke sesi perjumpaan antara skuad COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kluang (PKD Kluang)..Terima kasih Geng2 Pejabat Kesihatan Daerah Kluang kerana melayan kami dengan baik sekali.Peluang yang hadir terutamanya sesi perjumpaan sebegini telah lama kami nantikan sebenarnya hohoho..thanks geng..banyak persoalan dan kekaburan terjawab dengan begitu baik dan dalam keadaan penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan...hohoho bertambah bersemangat berkobar-kobar jadinya geng2 COMBI Impiana Casa beb hahaha terbaiklah hangpa semua.
2.Rombongan kami seramai 10 orang Ahli devit COMBI Impiana Casa sebenarnya telah dijemput untuk hadir ke pejabat Kesihatan Daerah Kluang (PKD Kluang) untuk membincangkan pelbagai perkara berkenaan perjalanan COMBI Impiana Casa..banyak perkongsian maklumat telah diperolehi pada pertemuan tersebut Alhamdulilah..niat yang baik tekad yang baik kerjasama yang baik sudah pasti membuahkan hasil yang baik InshaAllah, berbekalkan kepimpinan COMBI Impiana Casa yang begitu berkaliber disokong dengan jentera Ahli Devit COMBI Impiana Casa yang begitu komited dan berkebolehan dalam pelbagai cabang Ilmu sudah pasti ianya kelebihan ini dapat digemblengkan untuk menghasilkan out put yang terbaik untuk COMBI Impiana Casa.
3.Pada sesi pertemuan ini juga pihak kami membentangkan sedikit sebanyak kejayaan pelbagai program yang telah dijayakan di Taman kami iaitu di Impiana Casa khususnya dalam mendidik masyrakat berkenaan bahayanya demam denggi..banyak program2 berbentuk pencegahan dilakukan seperti penghapusan tempat2 yang berpontensi menjadi tempat pembiakan Nyamuk Aedes..dengan kerjasama pelbagai pihak khususnya NGO,pihak Pemaju,Majlis tempatan,BOMBA dan penyelamat,perbadanan sisa pepejal,SWM dan tak lupa para penghuni Impiana Casa telah berjaya menjadikan lokaliti Impiana Casa dalam keadaan terbaik dari aspek kebersihannya dan InshAllah kerjasama sebegini akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
4.Ehem2 untuk makluman ini kali pertama Combia Impiana Casa telah terpilih untuk mewakili Daerah Kluang ke Pertandingan COMBI peringkat Negeri Johor hahahaha..teruja wooooooo..serentak dengan itu pelbagai persediaan untuk menyertai dan menjayakan pertandingan itu sedang rancak dilakukan..semangat untuk berjuang dalam pertandingan itu terbukti dengan semangat setiap ahli COMBI Impiana Casa yang bertungkus lumus sehingga larut malam bagi menyelesaikan pelbagai perkara berkaitan pembentangan itu nanti..
 

Rabu, 19 Ogos 2015

segeralah lapor kemalangan pada perkeso..hargailah pekerja kamu


1.Hari ini aku ada siasat satu kes kemalangan jalan raya…melibatkan majikan/syarikat yang cukup besar dalam perniagaan pizza..sebuat pasal pizza jadi lapar plak hahaha..pekerja syarikat ini bekerja sebagai penghantar pizza dalam syarikat itu jawatanya disebut ‘rider’ bagi la apa nama pun itu tak penting..apa yang mengecewakan yang aku nak utarakan kat sini ialah kes kemalangan ini berlaku tahun 2013…ye tahun 2013 hari ni tahun 2015 dalam bulan Ogos dah kita ni, bayangkannnnnn berapa ratus hari barulah laporan kemalangan pada pihak perkeso baru dibuat untuk membuat tuntutan perkeso pada pekerja tersebut!!!!pehhhh pening aku..nak marah pun tak guna..marah banyak alasan bla bla bla.tapi ia cukup tak bertanggungjawab.

2.Sebenarnya dah berkali kali aku dok cerita kat blog aku ni…tolonggggg la..sekurang kurangnya kita jangan ambil mudah jangan bertindak kejam kepada pekerja sebegini..hanga pa tahu tak jika perkara sebegini dibuat apa kesan pada pekerja?apa kesan pada anak bini pekerja tu???apa kesan pada keluarga mereka???adehhhh tak yah cakap banyakla..kalau ada rumah..rumah pun kena lelong macam ni..kalau ade kereta..sampai bila boleh bertahan???setakat 3 bulan aje..kompem bank akan tarik…setelah kemalangan kompem majikan tak bayar gaji…tambah2 cuti sakit beratus hari!sapa yang nak bayar???tak bayar gaji pekerja yang dah sakit ada tanggungan..habis pekeraja nak makan apa geng…sapa nak bayar rumah?sapa nak bayar kereta?sapa nak bagi makan anak bini kalau yang dah berkeluarga???aku benar2 kesian kalau dapat kes sebegini..tolongla peka dan ambil berat hal kebajikan pekerja kalian…tak tahu mustahil!
3.Marah pun tak guna mentang2 majikan besar la katakana..bos2 dah kaya raya…hal pekerja jarang nak ambik peduli hal kejabikan mereka…tapi bukan semua majikan begitu..namun akhir2 ni banyak yang aku jumpa macam nil ah…4 bulan baru nak hantar laporan kemlangan…jenuh la kais pagi makan pagi la pekerja macam ni..lau ada simpanan pun boleh habis..


4.Dalam kes yang aku siasat ni kejadian tahun 2013 berlaku di Ipoh perak..pekerja tu dah balik kampong ke negeri asalnya dah pun dah x leh kerja dah pun cacat kekal selepas kejadian kemalangan semasa bekerja tersebut…aku pi jumpa pekerja ni…soal siasat semula nak tanya kejadian tahun 2013 terkial kial dia nak jawab…bendanya dah lama beb..
5.Kesiannn..kecederaanya juga teruk..sehingga kini beliau gagal mendapatkan kerja lain untuknya sebab kecederaan kekal yang beliau terima disebabkan kemalangan semasa bekerja menyebabkan majikan lain tak terima beliau bekerja…kompem pening baca ayat aku kat perenggan ni wakakakaka sebab emosi nak marah bercampur geramla ni!!!
6.Untuk majikan sebegini tindakan kompaun serta tindakan Mahkamah menanti anda..perlu diingat kemalangan jalan raya melibatkan kerja harus dilapor kepada perkeso dengan kadar segera..tidak lewat dari tempoh 3 bulan..lepas aje 3 bulan kompaum rm1000…di tempat kerja tak boleh lebih 1 bulan…
 
7.Hmmm lebih 1 bulan kompaun rm1000, itu kompaun aje dulu tapi jangan ingat hangpa lepas begitu sahaja..tindakan Mahkamah belum lagi…walaubagaimana pun dalam ketegasan ada budi bicaranya…tengok macam manala…setakat sebulan ok lagi..aku selalu pesan pada majikan seandainya pekerja kemalangan cukup mudah..dapat aje 4 hari cuti sakit/mc terus lapor kemalangan tersebut pada pihak perkeso…YANG SUSAH SANGAT NAK IKUT KENAPA!!!!! Payah sangat ke nak lapor kemalangan pada perkeso???suasah sangat ke???adeeeh..er er aku dok marah hangpa pun aku bukan dapat pe pun dapat dosa aje ni wakakakaka tapi takpa la..janji mudah2 han lepas ni jika berlaku kemalangan pada pekerja cepat2 lah hantar borang laporan kemalangan pada pihak perkeso..tolonglah pekerja kamu…kasihanilah mereka..bukan kasihan kat aku…aku tak nak apa2..aku nak ilmu ini akan jadi pahala untuk aku bawa bekal ke akhirat nanti..InsyaAllah.
 
8.Kes yang aku siasat ni walau pun kejadian tahun 2013 dan baru sahaja dilapor pada pihak perkeso pada ogos 2015 ianya tetap di proses..siasatan telah lengkap dijalankan InsyaAllah bayaran akan dibuat dalam tempoh terdekat.



Selasa, 18 Ogos 2015

Seminar Kelestarian Keselamatan Negara@INTAN Wilayah Selatan


1.Hohoho hari ini tiada sesi siasatan dijalankan sebab aku hadir ke seminar Kelestarian Keselamatan Negara “Cabaran Dalam Menangani Isu ISIS di Malaysia” hehehe berat jugak tajuk seminar hari ni..cukup aku tak suka benda-benda yang serius ni hahaha..Seminar Kelestarian Keselamatan Negara ini diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan di Kluang Johor...tak jauh pun hari2 aku duk pusing tang tu jugak ehhh
2.Ohhh ya..untuk makluman peserta seminarnya terdiri dari kalangan kakitangan agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang selebihnya aku tak tahulah..rasanya semua kaki tangan awam kot hehehe segak bergaya nampaknya..2 ahli panel yang terlibat dalam seminar pada hari ini adalah YBhg Dato'Prof Hj. Mahamad Naser bin Disa iaitu Ketua Pengarah Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) sebelum ni aku pun tak tahu menatang apa itu IKSIM hahahaha hari ni baru tahu adehhh banyak yang aku tertinggal rupenye.. dan panel kedua ialah YDH Dato' Ayob Khan bin Mydin Pitchay iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Polis Diraja Malaysia.Hohoho bahagian yang sentiasa bergerak aktif mencegah apa yang dikatakan 'pengganas'...aku pun masih keliru hahaha yang berjihad itu tak semuanya penganas...yang melaungkan negara mereka negara keamanan dan polis dunia juga sebenarnya menaja penganas juga seperti israel hahahaha..tapi betulll jihad bukan sahaja dengan senjata..bukan dengan perbuatan kejam...banyak lagi boleh berjihad..jihad dalam ekonomi,jihad dalam ilmu dan banyak lagi lah..
3.Ucaptama seminar pada hari ni disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir bin Baharom iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seminar yang berlangsung jam 9.00 pagi ini telah berlarutan sehingga jam 1.30 tengahari.Apa yang menarik walaupun aku tak berapa nak setuju bab 1MDB yang diceramahnya namun bab2 agama aku suka Menteri ni ceramah hahaha.. tak berubah masih seperti cara beliau sebelum masuk politik seketika waktu dahulu..ceramahnya jelas..berfakta dan tidak mengantuk untuk didengar...tapi bila masuk bab politik mual nak muntah aku jadinya hahahaha..bab tanah tabung haji aku tak nak komenla..mereka2 yang terlibat lebih mengentahuinya..kita terlepas didunia..di akhirat belum tentu selamat hehehe..lagi pun bukan bidang aku nak letakkan value tanah sekian sekian hahahaha..
4.Banyak isu hal2 keselamatan Negara telah diulas dalam seminar pada hari ni... terutamanya dari YDH SAC Dato Ayob Khan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman..menurut beliau banyak jugaklah tangkapan2 yang geng2 Counter Terrorism Bukit Aman lakukan..kebanyakkan yang ditangkap dikatakan hendak ke syria untuk sertai ISIS..menurut Dato Ayob ni lagi kebanyakan dari mereka adalah terdiri dari golongan bijak pandai..ada lelaki dan ada perempuan..mungkin mereka terpengaruh dengan jihad..seperti aku katakan tadi banyak yang keliru tentang jihad..depa nak berjihad..mungkin caranya salah..aku pun tak tahu niat mereka..hanya mereka dan Allah maha mengentahuinya..rasanya jabatan agamalah yang perlu memainkan peranan cukup penting untuk memperjelaskan, memperbetulkan dan memberi penerangan dengan sejelas-jelasnya bab2 berkenaan jihad ini...
5.Hehehe sebenarnya banyak yang disampaikan tapi bab2 keselamatan Negera ni tak berani la aku nak nyatakan kat sini hahahaha..lagi pun seminar tadi terlalu ringkas nak kejar masa katanya hahaha jadi bukan semua dapat djelaskan dan diterangkan..1MDB kakakakakaka biarkan si luncai menjaga labu dan labinya muhahahaha..semua orang tahuuu





Isnin, 17 Ogos 2015

Mangkuk tandas@penyakit khidmat perkeso

 
1.Minggu lepas banyak sangat majlis rasmi termasuklah program Kembara Mahkota Johor(KMJ 2015) so tak sempat la geng nak update apa yang patut..naik kerja hari ni baru kelam kabut nak selesaikan kes..hahaha dah mula bertimbun kes yang perlu disiasat adehhhh..mau tak mahu nak kena selesaikan segera..kebajikan pekerja harus dijaga itu aku pegang sejak dulu sampai kini..
 
 
2.Untuk hari ni Alhamdulilah aku selesai siasat 3 kes kemalangan jalan raya dan 1 kes melibatkan tuntutan penyakit khidmat perkeso..3 kes kemalangan jalan raya yang aku siasat hari ni tak da la menarik sangat untuk dikongsikan..lagi pun aku percaya hangpa semua dah hebat dan luas ilmu pengentahuan bab2 tuntutan kemalangan jalan raya melibatkan tuntutan dengan pihak perkeso..hehehe rasanya kalau asyik dok jenguk blog aku ni kompem tak de masalah kot..leh faham kot..tak pun hangpa kompem bosan sebab aku dok citer pasai kes kemalangan aje kat sini kan..hahahaha tak menarik untuk dibaca..
 
 
3.Kes penyakit khidmat yang aku siasat hari ni melibatkan seorang pekerja kilang yang bekerja sebagai operator di bahagian pembuatan mangkuk tandas...hehehe jangan dok gelak kerja ni ok beb gaji leh tahan dan yang pasti halal..cukup untuk menyara keluarga...kerja la apa sekalipun janji halal alhamdulilah itu rezeki kita kan..buat mangkuk tandas best jugak hehehe..sekali masuk kilang ni penuh dengan magkuk tandas..baru ku tahu bagaimana ianya dibina hahahaha...mangkuk tandas.
 
 
4.Dikatakan pekerja ni sentiasa bekerja dalam keadaan berdiri dan lama kelamaan lutut beliau mula sakit..lama-lama bertambah sakitnya..pekerja ni dah lama bekerja sejak tahun 1988 lagi..lama juga tu..mangkuk tandas yang dihasilkan juga adalah seberat 10kg setiap satu..beliau mengadu masalah utamanya sakit lutut disebabkan berdiri lama..lalu siasatan dibuat macam kebiasaannya...dan hasilnya akan dikemukakan kepada pihak cawangan perubatan dan pemulihan perkeso sebelum di rujuk kepada Jemaah doctor untuk menentukan sakit yang dihidapi oleh pekerja ini ada bersangkutan dengan kerja yang dilakukanya atau sebaliknya.
 
 
5.Namun untuk hari ni penyakit kencing manis yang beliau hidapi juga boleh jadi punca juga beliau sakit lutut disamping faktor usia dan juga faktor berat badan beliau yang agak tidak ideal dengan ketinggian yang beliau miliki juga mempengaruhi sakit lutut tersebut....hehehe berat badan beliau kompem tak dapat ditanggung lututnya aku rasa..berat badan 91kg dengan ketinggian 150cm agak tidak ideal rasanya..mungkin dapat mungkin tidak bergantung pada Jemaah Doktor...hasil siasatan aku tak leh la nak kongsikan kat sini hehehe...SULIT wooooo nanti aku kena woooo..cukup untuk berkongsi ilmu dan pengentahuan aje boleh la..sakit2 disebabkan kerja boleh tuntut penyakit khidmat perkeso.

Isnin, 10 Ogos 2015

Putus Jari Kaki kena pembahagi jalan@tuntutan PERKESO/SOCSO


1.Apa khabar mat2 motor..harap2 semuanya sihat belaka, hehehe ramai kawan2 kita pi kerja dengan menunggang motorsikal..jimat minyak beb cepat sampai..tak dak lagi yang pi kerja tunggang unta tau kuda setakat ni kakaka..aku pun kalau boleh nak tunggang motorsikal tak tahan geng…hari2 minyak kena tuang..pokai aku..hari ni aku nak berkongsi sikit pasal satu kes yang aku siasat berkenaan dengan kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motorsikal ketika dalam perjalanan hendak ke tempat kerja.

2.Kes ini unit sikit pasai tu aku nak kongsi hahahaha lagipun tuan badan bagi kebenaran jadi ok la leh kongsi la hehehe..citernya begini..dalam perjalanan nak ke tempat kerja kedai maks audara dia je pun..pekerja ni tunngang motorsikal mcm hari2 kebiasaanya..namun tabiat pekerja ni tiap kali pi kerja pakai selipar je…naik motor pun bantai selipar..jadi nak dijadikan cerita semasa dalam perjalanan pi kerja tibalah untuk membelok masuk ke jalan/laluan ke tempat kernya dah dekat dah nak sampai Cuma kena belok masuk jalan seberang je adala dalam 50 meter tapi kena lintas jalan jugakla..masa nak lintas mcm biasala dia berhenti tempat lintas jalan ada pembahagi jalan maka letaklah kakinya di bucu pembahagi jalan…time tak dak kereta dia nak mulakan perjalanan Vrooooooommm tipa2 jari kakinya terasa ngilu sakit bila tengok ada darahhh keluar..rupa2nya batu pembahagia jalan yang serpih di bucunya tajam rupanya dah bergesel menyebabkan jari kakinya luka parah juga…sekali fikir macam tak logic pun ada kejadian ni hahaha tapi semakan dengan pihak2  perubatan dan agensi berkenaan memang betul kejadian ni berlaku..
3.Bawak pi hospital kena potong buang yang cedera parah tu….pehhhh teruk juga lukanya geng…hmm nasihat aku pakai la kasut bila naik motorsikal ianya lebih selamat Inshaallah..dalam kes ini ianya dikira bencana kerja sebab berlaku juga kejadian kemalangan itu dengan objek pembahagia jalan namun siasatan rapi tetap dibuat untuk pastikan betul2 kompem kejadian itu benar2 berlaku hehehe pelik sebab jari kakinya yang tengah yang luka bukannya ibu jari kaki tau yang nombor dua tu..sudah tentu boleh buat tuntutan dengan perkeso jika ianya benar2 berlaku dan perlu buat laporan polis tentang kejadian tersebut jangan malu2 citer yang sebetul betulnya pada pihak polis dan sertakan juga peta lakar arah perjalanan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja itu..pihak majikan pula akan lengkapkan borang 21 disertakan salinan slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan macam yang dah aku citer sebelum ini la...

Sabtu, 8 Ogos 2015

Perkeso@Program Advokasi tarell Kluang


1.Alhamdulilah Jumaat lalu sempat ke Kilang Terall Kluang untuk adakan program Advokasi perjalanan selamat ke tempat kerja. Program diadakan sempena minggu keselamatan kilang tersebut. Alhamdulilah kami  dari pihak perkeso Kluang telah diberi layanan yang cukup baik dari pihak kilang/tuan rumah.

2.Majlis bermula jam 8.00 pagi berakhir jam 1.00 petang, kami diberi satu slot khusus untuk membicarakan tentang perjalanan pergi/balik tempat kerja dengan selamat. Alhamdulilah pelbagai perkongsian maklumat telah diberikan moga2 ia sedikit sebanyak membantu dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dalam perjalanan pergi dan balik kerja kilang tersebut.

3.Dalam majlis ini juga pihak perkeso dengan bermurah hati menyumbangkan kira2 18 topi kaledar keselamatan untuk 18 penunggang motorsikal yang telah dikenal pasti terlebih dahulu. Topi kaledar ini berkualiti dan menepati ciri2 keselamatan yang ditetatapkan..nilainya RM63 setiap satu,cukup berbaloi untuk yang berjaya memilikinya semalam.

 
4.Hahaha ayat standart hari ni beb kui kui kui..

 

Rabu, 5 Ogos 2015

langgar palang besi pos kawalan keselamatan@tuntutan kemalangan perkeso


1.Alhamdulilah semalam sempat selesaikan 3 kes siasatan kemalangan jalan raya yang berkaitan tuntutan dengan pihak perkeso, dalam  3 kes kemalangan yang disiasat ada la satu kes yang agak menarik perhatian aku hehehe..kes kemalangannya berlaku di Ladang See Sun renggam..Ladang See Sun ni milik Kumpulan Kuala Lumpur Kepong Berhad..Ladang Kelapa sawit geng.

2.Dalam kes ini seorang pekerja telah terlibat dalam kemalangan di dalam perjalanan hendak ke tempat kerjanya di Ladang sawit tersebut..dengan menunggang motorsikalnya..tak laju la sebab jalan ladang mana leh nak laju ladang jalan tanah merah la..kelajuan ade la dalam 40-50 kilometer  sejam..masa tu beliau guna jalan ladang milik majikannya la..kalau jalan ladang buat masa ni tak memerlukan laporan polis untuk buat tuntutan dengan perkeso..tapi kalau jalan luar kena macam biasa la..wajib laporan polis beb..undang2 jalan raya tu.
3.Tiba2 dalam perjalanan nak ke tempat kerja tersebut dalam keadaan hujan renyai2 ( sebenarnya baru lepas hujan lebat ) beliau yang lengkap memakai helmet sebaik sahaja meghampiri pos kawalan keselamatan ladang tempat kerjanya beliau mendakwa di panah petirrrr kuat bunyinya gedebummmmmm kena dahinya adehhhhh jatuhla pekerja ini ke atas jalan ladang tu…betul betul betul berlaku di depan pondok kawalan ladang/pos kawalan keselamatan ladang yang dijaga oleh polis bantuan ladang/pengawal keselamatan ladang.

4.Lepas kejadian berlaku ramailah yang datang membantu sebab time tu ramai pekerja dalam perjalanan hendak masuk kerja..maka orang yang datang awal membantu sudah pasti polis bantuan ladang/pengawal pondok kawalan keselamatan yang pekerja itu jatuh di depannya…maka katanya pekerja tu dia dipanah petir lalu jatuh bersama motorsikalnya…hahahaha tergelak-gelak la orang2 yang datang nak membantunya kesian jugak kat pekerja ni dalam sakit2 pun dorang gelak wakakakaka…pakkkk cikkkkkkk…pakcik BUKAN DIPANAH PETIR LAAAAA..yang pakcik pi LANGGAR PALANG BESI KESELAMATAN POS keselamatan ladang sape yang suruhhhhhh wakakakakakakaka, palang besi beb kerassss wooooo…gedebummmm mau tak kuat bergegar palang besi tuuu..terkejut pengawal tu hahahaha palang besi tu lau masuk ditempat yang betul tak kan kena punyerrr.

5.Sebenarnya pekerja ini telah melanggar palang besi pos keselamatan di depan pondok pengawal/pintu masuk ladang yang beliau hari2 melaluinya hahahaha..mungkin juga beliau salah masuk bahagian yang sepatutnya beliau masuk..bahagian yang sepatutnya beliau masuk lebih tinggi namun pekerja ni pi langgar palang plak hahahaha gedebumla bunyinya kuat plak tu…luka teruk juga palang besi beb..kena 11 jahitan kat kening dahi kanan hehehe..yang nak gelak tu pada mulanya dia leh kata kena panah petirrr hahahaha macam2..betul kata orang malang tidak berbau hahaha kemalangan boleh terjadi di mana-mana sahaja…hehehe pak cik ni malu n tak bagi gambarnya di publish kat sini wakakakakakaka..jadi tak leh la nak masuk sini wakakakakaka.Walau apa pun kecuaianya kes ini tetap bencana kerja..dan perkeso akan membuat bayaran mengikut faedah2 yang sepatutnya beliau layak.