Khamis, 25 Februari 2016

Siasat kes sampai aku ke taman negara endau rompin@tuntutan perkeso/socso

 
1.Semalam aku ke Taman Negara Endau Rompin untuk siasat satu kes melibatkan kemalangan staff mereka..hehehe macam biasala masuk taman Negara nak kena lapor diri ke pejabat taman Negara dulu..pejabat mereka ada kat pekan kahang tu..alang2 dah ke situ kebetulan pengurus taman Negara endau rompin ada di pejabat terus rakam pernyataan dulu hehehe..pengurus taman Negara endau rompin encik Herman baik orangnya...mudah memberi kerjasama..thanks bro Herman..orang Melaka.
 
                                          pengurus taman Negara endau rompin
2.Macam biasa aku drive sorang2 masuk ke taman Negara..lagi pun dah banyak kali aku ke Taman Negara Endau rompin so tak menjadi masalah..bab jalan dah hafal dah hehehe..bagi mereka yang tak pernah sampai ke sana mungkin takut nak masuk sorang2 hahaha maklumlah jauh juga masuk kedalam....nak masuk ke taman Negara jangan duk main redah macam tu aje..kena lapor diri dan ambil permit dulu geng...semua urusan kena buat kat pejabat taman Negara pekan kahang...setel semua aku gerak masuk hehehe..drive sorang2..
 
                                           dari pecan kahang ini jalan masuknya
3.Kalau ikut cara pemanduan akula leh sampai 1 jam baru sampai taman Negara..hahaha aku kan bawa slow aje kah kah kah..tapi jalan sini jalan merah beb..jalan yang di lalui lori sawit,lori balak dan segala jenis kenderaan lain kakaka keta kebal aje tak lalu lagi hahaha..so layan drive guna jalan ni memang menyeronokkan..secara realitinya kenderaan 4x4 memang bestla...tapi ramai aje bawa ViVA,waja,wira no hallll boleh aje jalan..boleh je masuk sampai ke taman Negara!
 
                                           jalan masuk ladang bukit cantik
jalan risau hangpa takkan sesat sebab ada banyak papan tanda..
 
foloww aje papan tanda sehinggalah tiba di KAMPUNG PETA hahaha..
 
 
 Dari ladang bukit cantik jalan sikit nanti akan jumpa jalan berturap untuk ke taman Negara endau rompin....pehhh jalan ni jangan bawak laju2 jalan nye lap saja kakaka..daan awas mulut jangan duk celupar jalan ni banyak gajah dan jangan duk heran sangat kalau tahi gajah ada banyak kat atas jalan kakakaka..
 
 
 
 
 
4.Tiba ke taman Negara dah jam 1.30 petang hahahahaha...adehhh sib baik En.Herma bos taman Negara endau rompin dah maklumkan kat staff depa tunggu aku...maklumlah aku sampai dah time depa rehat :).. thanks encik Rado staff yang sambut aku sanggup tunggu hahaha..Rado ni anak tok batin kampong PETA taman Negara..so si Rado ni lah yang bawa aku ke hulu ke hilir...selesaikan siasatan aku dulu...termasuk ke rumah staff yang kemalangan...
 
5.Selesai Urusan di rumah staff taman Negara yang kemalangan ada lagi masa sempat meninjau taman Negara..alang2 dah dengan anak tok batin mesti dia tahu kawasan nya hahaha..thanks Rado...si Rado lah jadi mangsa buli aku kakakaka..kena tunjuk tempat2 kat dalam taman Negara..memang menarik geng..tapi dek kerana tengah kerja tak leh la nak pi semua...sempat melawat pusat penyelidikan dan jeram di Kuala Jerai aje le hahahaha...tak sempat nak pergi Kuala Marong dan Upeh giling huwaaaaaaaa...
 
 
banyak tempat-tempat menarik kat taman Negara ni ermmm kalau up gambar sini semua mati la aku wakakakakaka..hangpa pi sendiri lah..aku pi kerja sambil2 singgah aje ni karang ada kata aku pi jalan2 plak wakakakaka..resort punyer kawasan ada 3 tempat tau...maksud aku ada 3 lokasi resort kat sini..luas wooooo puas hati woooo..mandi sungai woooo air terjun woooo..

Ahad, 21 Februari 2016

membantu pelanggan membuat tuntutan perkeso@pegawai siasat perkeso sentiasa turun 'padang'

1.Dalam kebanyakkan kes kemalangan jalan raya sama ada melibatkan situasi perjalanan pergi/balik kerja,perjalanan dalam waktu rehat  yang dibenarkan untuk makan dan juga perjalanan berkaitan pekerjaan kebanyakan kes biasanya akan disiasat untuk mempastikan tuntutan kemalangan itu betul atau sebaliknya dengan kata lain kemalangan berlaku betul untuk situasi berkaitan perjalanan ke tempat kerja,perjalanan balik kerja,perjalanan dalam waktu rehat dibenarkan untuk makan dan perjalanan berkaitan kerja...jika siasatan mendapati tiada lencongan dan kemalangan berlaku betul2 melibatkan situasi yang disebutkan diatas maka sudah pasti pihak perkeso/socso akan memutuskan ke sebagai bencana kerja dan bayaran hilang upaya sementara (HUS) akan di bayar berdasarkan cuti sakit yang di terima..hehehe perjalanan peribadi kalau kemalangan sendiri tanggung..kecualilah jika melibatkan kematian..kalau cukup syarat kelayakan caruman maka boleh di buat tuntutan pencen penakat...bab pencen penakat dah banyak kali aku dok citer :) hehehe cari dalam ni ada la tu hehehe..


2.Siasatan sememangnya akan dilakukan dengan pantas dan cepat..jangan risau...hangpa yang kemalangan just rehat secukupnya di rumah atau di hospital hehehe nikmatilah segala kemudahan hospital dengan sebaiknya supaya pemulihan dapat di lakukan dengan cepat!dan usah fikir pasal tuntutan perkeso/socso kerna itu tugas majikan hangpa yang perlu uruskan hehehe dari mengambil borang 21(laporan kemalangan) dan perlu mengisinya dan perlu menghantar ke pejabat perkeso/socso dengan kadar segera!


3.Hangpa tak payah pening..walau hangpa terbaring sekali pun duduk la di mana hospital sekalipun atau di rumah pedalaman mana pun InshAllah pegawai perkeso/socso akan sampai ke rumah anda..


Sabtu, 20 Februari 2016

Bangunan Baru Jabatan Tenaga Kerja (JTK)Kluang :)


1.Semalam aku hadir ke majlis penyerahan bagunan baru Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kluang..majlis di sempurnakan oleh Dato Seri Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian sumber Manusia..pehhh cantik menarik bangunan baru JTK Kluang ni..dengan kata pembinaan bangunan ini dibina dengan kos 5 juta (kalau tak salah dengar aku semalam hahahaha kalau silap dengar mohon ampun dan maaf)..pembinaan bangunan ini amat menarik..dapat disiapkan dalam tempoh begitu singkat 10 bulan sahaja..kontraktornya bumiputera..pehh tahniah binaan memang menarik!


2.Ruang dalam bangunan tersebut menarik...luas dan cukup selesa untuk pelanggan berurusan dengan pejabat Tenaga Kerja Kluang ini...bangunan ni terletak di tempat/tapak asal pejabat tenaga kerja yang lama iaitu di No.1, Jalan Pejabat Kerajaan Kluang..


3.Hehehe sesekali join majlis agensi dibawah kementerian yang sama ni seronok la juga :)


Rabu, 10 Februari 2016

minggu lepas banyak siasat kes penyakit khidmat :)

1.Hahaha masih dalam mood raya cina..kakaka dengan kata lainya aku masih bercuti geng..time bercuti macam ni la baru leh jenguk2 blog sat..maaf banyak2 lambat sikit nak reply segala komen2 kat inbox...sory geng..akan jawab satu persatu..pelan2 kayuh hahaha..kakaka kena jaga baby geng huwaaaa..
                                       Sakit belakang beb..berat bahan kimia ni
2.Lagi pun blog aku ni asyik dok citer pasai perkeso perkeso dan perkeso kakakaka aku rasa hangpa pasti bosan wakakakaka...takpa takpa..ni saje lah yang aku leh citer..nak citer pasai lain aku tak tahu kakakaka..Minggu lepas mcm biasala buat siasatan kes..untuk minggu lepas kes tuntutan banyak kepada tuntutan penyakit khidmat perkeso..penyakit khidmat macam yang aku pernah bagitahu sebelum ni la..penyakit yang di sebabkan kerja yang kita lakukan hari2 bertahun2 lamanya..hahaha contoh kerja tempat mempunyai mesin kilang yang besar dan mengeluarkan bunyi bising..lama lama bertahun2 kerja lama lama pekak badak kakaka hilang pendengaran atau kurang pendengaran itulah penyakit khidmat hahahaha banyak dah aku dok bagi conoh dalam blog ni hangpa cari lahhh.
                                     mesin buat pembentungan..bising sangat2
3.Pelbagai kes penyakit khidmat yang aku siasat minggu lepas..ada kes penyakit khidmat hilang pendengaran disebabkan kerja di kawasan bising..ada penyakit khidmat sakit belakang back pain back ache disebabkan kerja2 berat atau factor ergonomic ada juga sebab katarak mata disebabkan oleh kerja...banyak lahhh
 
4.So bila pihak perkeso dapat tuntutan macam ni...pertamanya kes akan di daftar dan akan diberi pada pegawai untuk siasat...selesai siasatan barulah di rujuk ke Jemaah Doktor Khas (JDK)jika ianya penyakit tu berpunca dari pekerjaan..kalau bukan disebabkan pekerjaan biasanya akan dihantar ke cawangan perubatan dan pemulihan untuk pandangan..kalau dah tak de kaitan dengan kerja maka tak boleh la buat tuntutan geng...hehehe senangkan..kadang2 kita sendiriakan tahu apa sebenar punca sakit kita tu...kalau main bola sepak petang2 menyebabkan sakit maka tiada kaitanla dengan kerja kan..
                                     sakit belakang factor egonomik..duduk lama2
5.Banyak kawan2 bertanya pihak Jemaah Doktor Khas hanya sentuh dan tengok sekejap jee  dan suruh keluar kan kan kan..sebenarnya pihak Jemaah Doktor Khas telah mengkali setiap kes melalui laporan perubatan yang hangpa kemukakans emasa membuat tuntutan tersebut...depa dah kaji..dah study..cuma panggil untuk lihat..dan ada kalanya depa ni ada tanya2 juga dan ada juga buat ujian..depa tengok kes2 juga la..bab Jemaah Doktor (JD) dan Jemaah doctor Khas (JDK) ada aku bincang dalam blog ni..cari la ada tuu hahaha..Ok lah nanti de masa aku update lagi k.Hehehe nak taip panjang2 tak sempat geng..anak kecil biasala jap2 nangis jap2 kacau hahahaha...buat setakat mampu aje la...semata mata nak sampaikan info untuk kawan2..mudah mudahan aku dapat pahala..