Rabu, 29 Jun 2016
Isnin, 27 Jun 2016
berkata benar dan jujurla semasa tuntut/claim perkeso/socso kerana ianya lebih baik buat anda ::
1.Hehehe dalam mood nak raya dan mood nak balik kampong sempat lagi masuk kilang geng kui kui kui..saat2 akhir kerja nak kena selesaikan dulu baru tenang jiwa hahaha..Hm hari ni masuk ke sebuah kilang siasat kes jatuh...katanya jatuh kat tangga..tiada saksi yang melihat kejadian plak tu hehehe...hm hm perkara macam ni biasa ni..taktikal kakaka..takpa kita siasatla setakat mampu.
kompius aku hahahaha
2.Siasatan dan lawatan ke tempat didakwa jatuh telah dibuat hari ni..alhamdulilah dapat banyak maklumat dan input..cerita sebenar beliau sebenarnya telah lama mengalami sakit slip disc..dah setahun pun dan masih dalam fisoterapi berkala...makanya kalau buat cerita jatuh di tangga dan tiada saksi dan doctor sahkan bukan jatuh baru ianya kesan slip disc bukan jatuh maka sudah pastilah kes sebegini bukan bencana kerja dan satu cubaan yang tidak betul kikikiki tak baik tauuuuuu...
jatuh sini kaaa
3.Kalau kerja berat menyebabkan sakit belakang claim dan tuntutlah di bawah skim tuntutan penyakit khidmat bukannya tuntutan bawah kemalangan...dan mengada adakan cerita jatuh juga satu kesalahan yang besar..hm hm leh diambil tindakan woooo..itula bab tuntutan ini kena habaq kena citer benda yang benar jangan dok pusing sana pusing sini last2 kita tauuuuu hahahaha..buat tuntutan palsu satu kesalahan besar yang mana boleh di hokum 10 ribu dan 2 tahun penjera atau kedua duanya sekali kikiki..kalau tak tahu bahagian mana tuntutan yang hendak dibuat itu satu hal lain boleh Tanya kita x de caj apa2 geng..berterus terang lagi bijak sana dari mereka dan melakon benda yang tak terjadi kikiki..
lagi seminggu nak raya kikiki ::
Lagi 2 hari nak balik kampung koh koh koh..lau dah balik kampung mau 1 minggu x buka blog la jawabnya hahahaha..pe pun sebelum balik ke kampung aku nak minta maaf banyak2 kot2 ade salah dan silap hehehe terkasar bahasa semasa menulis kot kot terguris perasaan kakakaka..geng mana2 yang tak sempat jawab tu maaf la geng banyak yang dok Tanya macam2 ampun ampun tak kesempatan sangat2..InshaAllah ada kesempatan aku jawab pelan pelan maaf ye geng :)
Sabtu, 25 Jun 2016
rosak mata kerja asyik mengadap komputer@cuba claim dengan socso/perkeso
1.La ni kalau kerja sentiasa guna computer baik hati2 ambil langkah2 perlingungan terutamanya bila menyentuh bab2 mata huhuhu..lebih elok pasang la 'skrin protector' ni untuk yang biasa kerja seperti masuk data ke masuk akaun ke bla bla bla yang mana penggunaanya sepanjang masa bekerja pehhhh kalau 8 jam kerja 8 jam la ngadap computer...bahaya jugak wooo..
2.Aku ada satu kes minggu lepas yang mana kerjanya sentiasa perlu mengadap computer sepanjang masa bekerja...kerjanya masuk data bla bla bla..mula2 kerja mata ok..x yah pakai kaca mata...lam-lama kerja dah masuk 10 tahun ni hehehe mata dah x leh tengok dengan baik geng...sian..dah jadi rabun dekat...dikatakan beliau dah kena pakai kaca mata khas untuk penggunaan computer atas nasihat doctor (aku pun x pasti ada ka dak kaca mata khas sebab masih dalam siasatan)..pun begitu kalau hangpa menghadapi situasi yang sama..ada masalah sebegini di sebabkan oleh/punca kerja maka boleh claim dan buat tuntutan dengan pihak perkeso melalui skim tuntutan Penyakit Khidmat...hehehe apa itu Penyakit Khidmat dah banyak kali dok ulang kikiki tuntutan yang ada kaitan penyakitnya berpunca atau disebabkan kerja yang kita lakukan setiap hari...
3.Bila tuntutan di buat macam biasala pihak perkeso akan rujuk dulu ke Ibu pejabat cawangan perubatan dan pemulihan serta bila dah dapat arahan rujuk ke Jemaah Doktor Khas baru kes akan di rujuk ke Jemaah Doktor Khas (JDK) untuk pemeriksaan para Doktor pakar bagi menentukan penyakit yang diterima oleh pekerja tuuu ada disebabkan oleh pekerjaannya atau tidak...kalau ada kaitan dan berpunca dari kerja barulah bayaran akan dibuat berdasarkan persen % yang di putuskan pihak JDK...kalau tidak diputuskan penyakit khidmat maka tiada bayaranla sebab penyakit yang dapat tu bukan disebabkan/berpunca dari kerja :)
4.Hangpa semua kompem boring sebab aku asyik dok update bab socso/perkeso je kan kan kan wakakakakakaka..apa nak buat yang ni aje yang aku tahu kakakakakaka sekadar berkongsi dengan kawan2..sambil2 kalau2 nak dapat pahala Alhamdulilah
Isnin, 20 Jun 2016
Port Dickson Ostrich Farm 2016
1.Layan anak2 nak tengok Ostrich hehehe burung unta hm ada masa sikit masa pi Port Dickson tempoh hari singgah la jap..aku pun dah lupa pe rm tiket nak masuk hahahaha..tiket dok tang mana tak ingat dah nak kena cari balik kalau nak tahu pe rm ..harganya boleh tahan jugak la..
2.Port Dickson Ostrich Farm ni bukan ada burung unta aje..selain tu adala binatang peliharaan yang lain..depa buat sampingan la kot..kuda arnab adala jugak kikiki kambing pun ada kakakaka..untuk aku budak kampong ni binatang2 macam tu tak heran la sangat setakat kambing kat umah mak ayah aku pun ada kakakaka...tapi tu la bila bertugas kat bandar2 ni anak2 kita kambing pun tak pernah nak sentuh bahahahahaha..alang2 dah masuk sini kasi depa main dengan kambing puas2 wakakakakaka
bahahahaha bukan main hepi lagi dapat main kambing kakakakaka..
apa la budak ni kambing pun tak pernah sentuh kikiki anak Bandar la sangat kakaka mai sini nak tengok Ostrich la mai bermanja dengan kambing wakpe kakaka nahhh ini baru betul kikikiki
Ostrich kat sini jinak2 dan suka bermanja manja hahaha..ada yang di lepas bebas..tapi jaga2 jangan duk tunjuk dedak kat depa ni nanti depa kejar nak pi makan dedak yang kita pegang..hehehe karang lau di patuk kat dahi baru tauuuu bahahaha..pehhh tapi tinggi betul la burung unta ni..kalau la beliau tendang mau terpelanting aku hahahahaha
ermm niat nak naik burung unta ni tapi besao sangat naik takut anak aku jadinya hahaha...bukan budak2 aje takut aku pun x berani kakakaka..naik kuda kecil aje lah geng :)
Dalam ni macam2 ada sebenarnya tapi tak larat dah aku nak redah semua hahahaha cukup layan budak2 tengok burung unta dengan kambing cukupla hahahaha bagi depa ada memeri indah sentuh kambing kah kah kah kah
Khamis, 16 Jun 2016
Jalan2 masuk kilang@siasat tuntutan/claim penyakit khidmat socso/perkeso
1.Hari ni sempat masuk ke beberapa kilang dan bengkel macam biasala lengkapkan siasatan tuntutan/claim perkeso hehehe..hari ni banyak kes tuntutan penyakit Khidmat..bab penyakit khidmat ini dah banyak kalid ah aku dok habaq hehehe tuntutan bila mana penyakit yang kita kena tu disebabkan kerja yang kita lakukan hari hari hehehe bukan sehari dua hari tapi bertahun tahun...contoh biasa yang aku bagi untuk senang nak faham contohnya kalau kerja di kawasan berhabuk seperti di kilang papan,sawmill,kilang mosaic lama lama kena asma tuuuu boleh claim dengan perkeso bawah tuntutan penyakit khidmat..kalau nak jelas lagi bab penyakit khidmat ni rujukla post2 aku yang sebelum ni lah hahaha..
2.Setelah permohonan di hantar satu siasatan akan dibuat termasuk mengambil semua pernyataan pihak2 yang terlibat terutama pekerja yang membuat tuntutan dan juga pihak majikan...setelah pernyataan direkodkan maka lawatan ke tempat kerja wajib di lakukan sebab nak tahu nak tengok nak menjiwai hahahahaha betul ke lakoasi kerja/tempat kerja sepertimana didakwa pekerja...selepas itu barulah ke di rujuk ke Ibu pejabat perkeso atau sekiranya kes2 itu terdapat dalam jadual kelima Akta Keselamatan Sosial 1969 maka boleh terus di rujuk ke Jemaah Doktor Khas (JDK) untuk menentukan penyakit yang dihidapinya ada kaitan dengan kerja atau sebaliknya :)
3.Hahahaha merepek sikit2 time2 puasa ni kikiki..penat jugak beb jalan2 masuk kilang ni hahahaha kena plak time puasa :)
Selasa, 14 Jun 2016
Ahad, 12 Jun 2016
Jatuh semasa dalam perjalanan balik kerja di luar rumah dan claim perkeso@socso boleh je :)
1.Salam geng..semalam aku sempat melawat tempat kejadian jatuh seorang pekerja...katanya semasa balik kerja terpaksa panjat pagar rumah untuk masuk kerana kunci rumah tertinggal...kunci yang satu lagi anak tak balik dari kerja lagi hehehe nak tunggu anak ballik lambat lagi..mau tak mau dia pi panjat pagar dengan harapan dapat masuk dalam rumah...
2.Time nak panjat tu tergelincir jatuh plak ke dalam longkang tepi pagar rumahnya...malang sungguh...akibat dari tu tumit kakinya telah retak...aku rasa patah sebab kena simen..lawatan ke tempat kejadian adalah perkeara biasa dalam sesuatu siasatan kes tuntutan perkeso...tambah2 lagi ianya berlaku di perkarangan rumah...maklumla kat halaman rumah...
3.Jatuh semasa ketika belum masuk lagi ke rumah yakni bila turun motorsikal...kasi tongkat dulu..sebab pagar berkunci lalu panjat dan jatuh...kalau tunggu tak kan nak berjam tunggu kat luar kan???jadi perkara sebegini boleh buat tuntutan dengan perkeso kerana pekerja belum lagi masuk ke dalam rumah...jatuh pula di luar/halaman rumah semasa balik kerja belum lagi masuk ke dalam rumah :) ayat aku ni berbelit dah ni wakakakakakaka...senang cakap jatuh ke tika balik kerja tapi bukan jatuh di "dalam " rumah...tak faham lagi aku tak tahu la wakakakakakaka..dalam rumah maksudnya dalam rumah lahhhh bukan halaman rumah hahahaha...ok la geng tak sempat tulis panjang2 hehehe..
4.Jika berlaku perkara sebegini habaq kat majikan boleh claim perkeso sebab jatuh tak masuk rumah lagi kikiki...
Ahad, 5 Jun 2016
Bercuti ke Eagle Ranch Port Dickson@Jun2016@cuti sekolah geng :)
1.Salam geng..kadang2 sempat update kadang2 tak sempat geng...aduu du du..sibuk memanjang tahun ni beb kes kemalangan kerja ni banyak sangat kot..hari ni tak nak update pasal perkeso/socso lah..nanti bosan plak hahaha..cerita lain lah plak..
2.wohoooo cuti sekolah Jun 2016 ni aku bawa anak2 jalan2 kat Eagle Rach Port Dickson hehehe..resort koboi beb ala ala koboi hahahahaha seronok woooo lain dari yang lain...bersih selesa..duduk dua malam pehhhh..leh naik kudaaaaa wakakakakaka..
3.Macam2 jenis penginapan boleh pilih..aku duduk kat rumah kampong aje..hehehe buka pintu dah kolam pehhh suka anak2..kikiki..rate bilik tak mahal ok la..selesa..bilik pun selesa..staff dia ok layanan baik..
4.Suasana malam amat tenang...tak rugila pi jalan sini hahaha..nak cari makan malam pun x la jauh beb..dekat aje kalau nak ke Bandar..berkereta 10 minit...hehehe jalan kaki jauh la sikit kakakaka
hehehe..
hehehe amacam..Nampak macam koboi ka geng..kakakakakaka
kikiki..macam perkampungan koboi plak ni :)
cantik tempatnya..
Kampung House..Eagle Rach :)