1.Tentu hangpa masih ingat kes kemalangan maut yang melibatkan pasangan pengantin baru yang bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan lalu terbabas dan keretanya terbakar dan pasangan tersebut rentung terbakar di km 86.1 Felcra Sungai Ara Mersing Johor..Kejadian tu baru sahaja berlaku,hm kira2 seminggu yang lalu..masa tu pada sebelah malamnya boleh dikatakan semua chanel tv dok lapor berita ni dan pada malam tu jugak majikan mereka hubungi aku..bagus majikan depa ni,no hal malam pun kita tetap kerja..malam tu jugak kumpul maklumat yang ada..terus buat semakan kelayakan Pencen Penakat sebab depa terlibat dalam kemalangan jalan raya bukan disebabkan kerja, dengan kata lain semasa kemalangan berlaku depa berdua ni dalam urusan perjalanan untuk urusan peribadi, difahamkan nak ke gelang patah...Alhamdulilah pasangan ini kedua-duanya adalah pencarum Perkeso dan semakan mendapati caruman kedua duanya layak untuk tuntutan Pencen Penakat Perkeso..malam tu aku dah fikir esok kompem kedua-dua keluarga mesti busy uruskan jenazah..takpa hari pertama biarkan mereka tenangkan fikiran dan perasaan dulu..hari kedua aku cuba hubungi waris kedua-duanya alhamdulilah depa semua memberi kerjasama yang amat baik..mudah kerja aku..hajat di hati nak segera selesaikan kes ni,dan aku minta depa kumpulkan dokumen yang patut..maklumlah kebanyakan dokumen penting ada yang di simpan dalam kereta dan terbakar bersama pasangan pengantin baru tersebut..aduhhh takpa aku nasihat waris mereka kumpul apa yang patut esoknya hari ketiga aku nak turun ke rumah arwah pengantin lelaki dan arwah pengantin perempuan..arwah pengantin perempuan ibunya tinggal di perumahan PPRT Sri Pantai,manakala arwah pengantin lelaki tinggal di Felda Tengaroh 3..huh panjang plak mukadimah aku ni..
2.Seperti di janjikan hari ke tiga selepas kejadian barulah aku ke rumah keduanya..itu pun setelah dimaklumkan oleh keluarga waris bahawa semua dokumen telah ada, dah depa minta bantu apa yang perlu so vrommmm secepat kilat pi la ke Mersing..niatnya perlu selesaikan hari tu jugak! so rumah pertama yang aku singgah adalah rumah arwah pengantin perempuan di PPRT Sri Pantai arwah Suzana Jumri..hehehe pusing2 tak jumpa rumah, last2 call adik arwah ambil aku kat Masjid Sri Pantai alhamdulilah baik adik arwah ni, so pergilah aku ke rumahnya..tinggal di perumahan PPRT maknanya keluarga ni bukan orang senang maka niat hati aku mesti selesaikan dengan cepat..moga2 sikit sebanyak usaha ni mampu meringankan beban waris yang tinggal..masuk aje dalam rumah aku disambut ibu arwah Suzana binti Jumri..bla bla bla ceritala aku apa yang patut..aku kalau bab cerita payah nak berhenti hehehe dan mula la semak2 dokumen yang perlu dan pada masa sama ibu arwah pun bla bla bla cerita apa yang patut kat aku..ooooo fahamlah aku rupanya ini adalah perkahwinan kali kedua arwah..untuk perkahwinan kali pertama arwah telah dikurnikan 2 orang anak comel berusia 8 dan 11 tahun..aduhhh sedih plak aku lihat anak arwah..masih bersekolah..masa aku pi rumahnya anak-anak ni tak pi sekolah mungkin masih rindukan mamanya..sob sob sedih tengok anak2 ni kehilangan ibu..Allahukbar..
3.Ohhh ya oleh kerana arwah ada anak(dari perkahwinan terdahulu) maka Pencen Penakat untuk arwah ini akan jatuh pada anaknya sehingga anak itu berumur 21 tahun dan jika anak-anak tersebut berjaya lanjutkan pelajaran ke IPT maka bayaran Pencen Penakat tersebut akan dibayar sehinggalah anak-anak tersebut memperolehi Ijazah Sarjana Muda pertama..syukur alhamdulilah sedikit sebanyak aku yakin dengan Pencen Penakat ini ia mampu meringankan beban keluarga ini terutamanya anak-anak arwah yang ditinggalkan...ohhh ya siap kumpul maklumat lepas itu bermulalah sesi isi borang apa yang patut..alhamdulilah akhirnya selesai juga dekat kul 1 jugak la hehehe perut dan berbunyi kikiki. cari kedai makan dulu sebelum ke rumah seterusnya.ooohh ya bayaran faedah Pengurusan mayat bagi pihak pengantin perempuan ibu arwah yang tuntut..rm1500 perkeso bagi..selain itu pencen bulanan..untuk anak-anak arwah Inshallah akan dapat.
4.Selesai rumah arwah Isteri di PPRT Sri Pantai menghala pula aku ke Felda Tenggaroh 3,jauh jugakla perjalanan dari dua tempat ni hehe.so tiba di sana disambut ayah arwah mohd farid pak cik tumpang..ohh ya arwah ni adalah pekerja di SAJ Mersing,alhamdulilah layanan amat baik dan semua dokumen2 yang diperlukan berjaya diperolehi so macam kat rumah pertama tadilah sesi isi borang apa yang patut..selesai dekat petang jugak la beb hahaha,tapi takpa..petang pun petanglah janji hati puas dapat membantu..penat tu tak sah kiralah hehehe namanya kerja..
5.Dan selang 3 hari kemudian aku kembali lagi ke rumah mereka hehe lawatan kali kedua..untuk kali ni bukan berseorangan hehehe dengan bos sekali daaa kikiki sebab nak sampaikan cek bayaran Faedah Pengurusan Mayat kepada kedua dua keluarga waris, Alhamdulilah masing2 dapat Faedah Pengrusan Mayat rm1500,dan bagi kedua dua anak pasangan itu Inshallah Pencen Penakat akan mereka perolehi pada setiap bulan..Hmm apa itu pencen penakat?hehehe dah banyak kali aku dok cerita bab Pencen Penakat ni,Pencen Penakat ni jika kematian itu tiada kaitan dengan kerja cukup dari segi kelayakan caruman dan berumur bawah 60 tahun semasa kematian..Pencen Penakat ni kalau suami mati isterila yang dapat pencen(seumur hidup tuu)begitulah sebaliknya dan anak2 akan juga dapat syer bahagian anak sehingga umur 21 tahun bla bla bla nak tahu carilah dalam blog ni aku ada post khas tentang pencen ini kikiki..huh tak larat nak menaip dah hehehe sambung lain kali geng :)