Selasa, 28 Februari 2017

Selamat Pengantin Baru Mr Polis :)


1.Hahaha kesibukan kerja dan tugas hakiki ni tak habis sampai bila2 geng kekadang balik rumah pun dok fikir nak cepatkan selesaikan kes tuntutan ni adeiii tu tak masuk khidmat nasihat bla bla bla jawab kawan2 dok tanya lagi tu kikiki..ada masa kita lupakan kejap bab2 kerja ni hahaha kalau dok fikir bab kerja sokmo lama2 darah tinggi leh naik ni hahaha..dua tiga hari yang lepas aku bersama-sama dengan rakan setaman meraikan kawan kami yang satu2nya bujang kat taman ni menamatkan zaman bujang purbanya kah kah kah..ni la nikmatnya hidup setaman hahaha tang sambut dan rai pengantin kita gomo cukup2 hahaha..bila rai kawan setaman kahwin ni semangat kita pun turut berkobar kobar nak kearah tu untuk kali kedua hahahahha kakakakaka tapi tu la nak dapat 'PERMIT' bukan senang wooo kakakakaka..bertempurla jawabnya di medan perang kakakaka..selamat pengantin baru buat sahabat setaman,kawan ronda bila bertugas meronda taman bersama sama kikiki ..la ni tak leh kalau dah la jawabnya hiang kejap patner ronda aku hahahaha..semoga kekal bahagia sepanjang hayat geng..selamat pengantin baru Mr Polis Sharkawi Mislan @Impiana casa Bandar Sri impian :)
 

Isnin, 27 Februari 2017

Kursus Retreat Pelantikan Duta Integriti Perkeso 2017

1.Minggu lepas selama 4 hari 3 malam aku hadir Kursus Retreat dan lantikan Duta Integriti Perkeso hahaha bila sebut aje 'Duta' kadang2 dengar lain macam kah kah kah seram sejuk besaq tu 'Duta'..Duta pun duta lahhh hahaha sekurang kurangnya dapat jugak gelaran tu wakakakakaka kecik2 dulu berangan jugak aku nak jadi duta kah kah kah tapi hampeh tersasar jauh jadinya..nak jadi duta 'budu cap ketereh' pun tak lepas kah kah kah inikan pula betoi2 duta..terima kasih atas perlantikan untuk penggal kedua sebenarnya kikiki..terima kasih bahagian Integriti pejabat Perkeso yang masih menaruh kepercayaan hehehe..hehe aku ni kadang2 nakal leh tahan jugak bos kikiki..kursus yang dikendalikan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama 4 hari 3 malam telah diadakan di Silka Maytower jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur..haha hotel ni nak habaq hangpa kalau nak pi shoping memang strategic kikiki toleh kiri Jakel,toleh kanan Sogo,toleh depan jalan TAR kah kah kah..Alhamdulilah tempat kursus selesa bagi yang berpoket penuh wakakakaka..leh shoping2 pas kursus.
2.Modul Kursus sepenuhnya dari SPRM maka penceramah2 selama 4 hari tu semuanya terdiri dari geng2 sahabat dari SPRM hehehe thanks SPRM Putrajaya..banyak ilmu yang di kongsikan..banyak juga pencerahan yang diberi..Anda memang terbaik teruskan usaha2 murni ini!kikiki depa dedahkan banyak ilmu2 tentang Integriti bla bla bla banyak yang kami pelajari..4 hari tu tak dak lain perkataan selain perkataan Integriti kikikiki..juga didedahkan dengan seksyen2 berkaitan undang2 rasuah bla bla bla seksyen 16(a) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegaharan Rasuah Malaysia 2009 bla bla bla meminta dan menerima rasuah hahaha..juga didedahkan perkara2 berkaitan seksyen 18 bab2 mengemukakan tuntutan palsu hahaha wo wo bahaya wooo buat tuntutan Palsu hangpa kalau buat tuntutan Palsu dengan Perkeso kalau guna akta ni sakit jugak ni kakaka..banyak lagi lah kalau nak ulas satu2 mau tak siap aku nyer post malam ni kah kah kah..apa pun memang seronok bila kita belajaq seksyen dan undang2 yang berbeza dari undang2 yang kita biasa kuatkuasakan hehehe..dan yang menarik bab2 seksyen ni aku sangat tertarik dengan seksyen Akta Perlindungan pemberi maklumat 2010 pehhh banyak maklumat bab2 ni kalau nak tulis hehehe satu malam aje dok citer bab ni kikiki perlindungan :)
3.Pada hari ketiga Kursus ini kami dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hahaha..cantik jugak bangunanya dari luar kikiki tu belum lagi masuk dalam mungkin did alamnya staffnya lawa2 kah kah kah..tapi memang betul pun lawa2 baq hang kah kah kah nak tengok jomla lawat opis depa wakakakaka...lawatan kali ni kami dibawa ke bilik siasatan rakaman bervideo (IVR) dalam tu bilik depa ni lebih canggih dari bilik bertugas kami wakakakaka..bilik depa ni siap ada 4 video geng..pehhh nak pukul payah jugak la sebab katanya CD ni tak leh nak edit..kalau edit kita boleh tahu hihihi hebat jugakla..kalau aku nyer siasat kat mana2 aje silap2 dalam dok mencamgkung dalam lading sawit tanpa meja pun kena menulis kikiki..kita siasat benda berbeza kan kan bang SPRM kikiki..pengalaman masuk ke bilik kawad cam juga amat mengujakan hehehe boleh la nak test2 cuba2 jadi suspek tu..banyak teknik rupanya depa laksanakan kawad cam ni..peh kalau tak pi sana tak tahu geng..juga dibawa melawat konti radio MACC hahahaha selama aku hidup ni tak tahu plak SPRM ni ada radio sendiri rupa2nya dah lama pun ada radio SPRM ni..kikiki  DJ nyer pun alahaiiiiii manis2...kah kah kah kah..lokap aje tak dapat nak tengok hahaha..
4.Berbalik pada Duta Integriti tadi seramai lebih kurang 45 lantikan duta integrity ni akan balik ke pejabat masing2 dan sudah tentu 'ada' peranan masing hehehehe..woooo lantikan kan tak melibat apa2 bayaran jangan risau ianya kerja seikhlas hati hahahaha..jangan risau tak habis mana2 dana kikikiki..lupa plak nak Tanya nama DJ radio SPRM tu lahaiiiii
hehehe citer bab2 kursus duta integriti perkeso ni ada juga di laman web sprm hehehe..
 

Khamis, 23 Februari 2017

cara kami eratkan hubungan rakan setaman..duhaii indahnya :)

1.Hahaha salam geng..seronok geng bila dapat sama2 ber bbq dengan kawan2 setaman ni kikiki seronok geng..hilang rasa stress dan penat bekerja geng..aku ngasala taman2 perumahan la ni mana ada buat benda2 macam ni hahaha cuba habaq mai kot2 ada yang ada jiran sebelah rumah pun dak kenail itu banyak kakaka..kami kat sini boleh kata dalam setahun 4-5 kali ber bbq kakaka pantang ada masa cukup korum jalan la program ni hahaha..memang terbaik..bbq ni biasanya mula jam 10 atau 11 malam hahahaha sebabnya lepas bbq kita sama2 ronda taman..apa lagi sama2 jadi geng srs jaga taman la..mana ada orang sanggup bersengkang mata macam kami ni kikiki..payah nak cari la ni geng...yela tidoq dengan bini kat rumah lagi best kan kan takpa takpa biaq pi kat depa hahaha..kita pun keja juga kikiki tapi bezanya kami leh korbankan sikit masa tidur untuk penduduk lain tido lena hahaha..

2.Ada bbq kawan2 sponser lagi la best hahahaha..depa ni tak berkira masing2 tahu apa yang nak dibuat..yela ada yang bagi ikan,ada yang bagi kambing,ada bagi arang bla bla bla lengkaplah bbq dengan sama2 top up apa yang patut haha..cumanya kalau ada YB yang nak bagi dan hangatkan bbq ni dengan sponsornya lagi la afdal wakakakaka..yela yela ianya bias terjadi dalam mimpi kakakaka payah wooo nak rasa Yb bagi sponsor bbq ni kalau ada pun tunggu nunnnn dekat2 nak pilih dan raya kikiki kalau ada la haha..program2 sebegini sudah pasti pertamanya mengeratkan hubungan sesame kita..hehe geng orang muda katakan ni hahaha..orang2 muda ni tak remeh temeh dalam nak bersatu..nah dalam program macam ni pun salah satu caranya..kenyang dapat,ukhwah persaudaraan dapat,jalan tugas ronda pun lancar bila kenyang katanya ada tenaga hahaha..hangpa cuba la buat kat taman2 hangpa pasti seronok kikiki jangan dok tunggu time2 raya baru buat bbq tak best geng masa tu..raya setahun sekali jah kikiki ni tiap2 bulan bleh buat hahaha tak yah tunggu raya2 eh dan tak payah tunggu pilihan raya nak mai baru nak bbq hahaha..

3.Hahaha geng hangpa tahu dok kalau hangpa kerja kat hotel atau resort kan alahhhh kalau resort2 yang tepi2 pantai tu biasala kalau ada hari keluarga ka bla bla bla reunion ka kan ada depa tempah untuk ber bbq dan depa tak nak bakaq2 sendiri depa suh resort yang buat untuk depa la kan.. nah masa tu kalau hangpa pekerja resort dan diarah untuk ber bbq hahaha maksud aku hangpa yang dok bakaq ayam ka kambing ka bla bla bla dengan tiba2 sambil2 dok kipas bara arang bbq tu masuk mata hahahaha aku andai serpihan arang lah hahahha bla bla bla mata sakit pi segeralah ke hospital dan jika dapat cuti sakit/mc 4 hari boleh claim dengan perkeso sebab hangpa bekerja masa tu bahahahahhaha sempat lagi aku selit bab perkeso kan kan kan kah kah kah ini citer benar ni bukan aku main2 nooo..tapi kalau kami geng2 taman ni mana boleh sebab kami bukan bekerja hahahaha..aku habaq tadi kalau hangpa pekerja resort kah kah kah jangan dok salah paham tak tentu pasai plak nanya aku nanti kikiki..ok la geng aku nak rest sat..seminggu aku dok kursus duta integrity geng hahaha bab2 tu nanti aku tulis lain nooo la ni nikmati bbq dari geng srs kami dulu nooo hahaha..tu lah indahnya hidup jika kita saling mengenali saling bergaul saling bekerjasama antara satu dengan yang lain..nikmatnya hanya yang menyertai saja tahu kah kah kah tok sah dok habaq nikmat tido dengan bini tu semua orang tahu..kah kah kah yang aku nak habaq nikmat berkawan bergaul mesra antara penduduk taman itu nikmat besaq yang mana bila hangpa terlibat dan sertainya baru hangpa tauuu hahaha..
 
 
 
 

Khamis, 16 Februari 2017

tuntutan kemalangan perkeso adalah perkara biasa pegawai perkeso hadir ke rumah/hospital

1.Jangan risau jika hangpa terlantar di rumah kerana terlibat dalam kemalangan berkaitan kerja,tak kiralah kemalangan nak ke tempat kerja ke,balik kerja ke,atau sedang bekerja ke usah kuatir dan usah bimbang jika hangpa dihubungi pihak Perkeso untuk ditemuduga dan diambil pernyataan untuk siasatan..habaq ja kat depa hangpa sakit ada kat rumah Inshallah pegawai terbabit akan berkunjung ke rumah hangpa...hangpa tunggu aje kat rumah..hehehe itulah Perkeso sentiasa prihatin..tapi tu lah nak puaskan hati semua pihak bukan mudah hahaha lagi2 yang tak faham depa main bantai aje kah kah kah tapi takpa itu tak jadi masalah kat sini aku sedaya upaya akan bagi segala info setakat yang aku mampu dengan harapan banyak lagi orang2 kita tahu hak2 mereka bila mana ditimpa kemalangan dan musibah berkaitan kerja hehehe panjang intro malam ni hahaha..
2.Apa yang paling penting dan mustahak adalah hangpa selepas kemalangan tu kena habaq kat majikan cepat2 jangan dok tunggu sihat dulu baru nak habaq kat majikan masa tu sudah lambat la..bila lambat majikan pulak lambatla nak hantar Laporan Kemalangan kat Perkeso bila lambat majikan hantar nanti hangpa salahkan Perkeso lambat selesaikan kes wakakakaka tu lah yang biasa berlaku jenuh nak habaq jenuh nak jelaskan tangtu jugak dok salahkan Perkeso hahahahaha..tapi takpa dah kalih dah ehhh hahahaha..sebaik baiknya tanya dulu diri sendiri bila habaq kat majikan dan bila majikan hantar laporan kakakaka nah situlah jawapannya kikikiki..bukan nak cepat2 tuding jari bla bla bla lambat kakaka bla bla bla mengadu kat media kah kah kah..
3.Cara paling senang bila terlibat dalam kemalangan ni lepas habaq kat majikan kalau kemalangan jalan raya kena la report polis..jangan tunggu sihat dulu baru nak buat report polis antara sebab paling banyak kes lambat adalah lewat nak buat laporan polis tentang kemalangan jalan raya sama ada nak balik kerja atau pergi kerja hehehe ada banyak sebab depa dok main2 lambat buat lapor polis ni..ada kata nak tunggu sihat dulu ada yang dok berperang sebab lesan tak dak hahahaha mana2 pun laporan polis WAJIB dibuat!bab saman polis tu hangpa bayaq la kikikiki yang penting tuntutan hangpa dengan Perkeso dapat diselesaikan dengan cepat,lagi satu Peta Lakar..astik tertinggal aje benda ni bukan payah pun hangpa buat aja lakaran arah perjalanan semasa nak pi kerja tu atau semasa nak balik kerja tika kemalangan lah..senang aje ehhh ini pun satu hal kadang2 bila kita kuiri minta peta lakar ni mau berminggu minggu majikan nak balas hahaha mau kes tak lambat!!!hahaha bila lambat respon maka lambatla kes selesai bila lambat selesai lambat la bayar loooooo hahaha mudah nak faham kikikiki..dalam blog aku nak ada post2 yang cukup lengkap aku dok habaq cara nak buat tuntutan supaya dapat membantu percepatkan proses tuntutan cara yang betul kikiki hangpa cari kompem ada lah!
4.Hehe berbalik pasal isu lawatan pegawai Perkeso ke rumah atau ke Hospital atau mana2 tempat yang pesakit terlantar tak jadi hal ia sudah pasti akan membantu hangpa dan mempermudahkan urusan hangpa sebenarnya hahaha jangan dok takut jangan dok kalut depa ni tak minta apa2 pun depa ni tak minta untuk di hiding dengan makanan atau air minuman pun hahahaha takpa ehhh sebab depa bekerja bukan nak pi makan angin hahahaha..geng lebih puas hati sebenarnya jika dapat melawat dan mengambil pernyataan pesakit di depan mata hehehe ambil plak tanpa menyusahkan depa keluar dari rumah/hospital aduhhh perkhidmatan macam mana lagi hang dambakan hahahaha wahai pencarum perkeso kikiki..Perkeso tak susah proses tuntutannya jika kita di PIHAK YANG BETUL itu saja..tak salah jika kita tak tahu untuk bertanya..aku amat suka orang bertanya ni kita boleh salur maklumat yang betul..kalau kita tahu dan faham peraturannya kita tak kan sumpah seranah yang bukan2 dan menabur cerita yang bukan2 seakan akan tuntutan Perkeso itu amat rumit dan payah sehingga melahirkan katakutan pada pencarum untuk membuat tuntutan perkeso..itu satu bidaah yang sungguh menyedihkan jika ada yang termakan dan mempercayainya!
 
 
 
 
 
 

Rabu, 15 Februari 2017

Ini tarikh-tarikh hari bertemu pelanggan perkeso di seluruh negara!!!

 
1.Ayuhhhhh kawan2 ke pejabat PERKESO seluruh negara pada tarikh2 diatas hehehe hari bertemu pelanggang PERKESO ni agak istimewa dalam sebulan ada 1 hari aje iaitu setiap Khamis pertama setiap bulan hehehe istimewanya sebab hangpa boleh berurusan terus dengan bos2 perkeso hahahaha..Kalau pergi hari biasa jumpa petugas kaunter aje leee jawabnya kah kah kah..takpun leh la jumpa Pegawai Bertugas..hari bertemu pelanggan ni hari tanpa sekatan ehhh hahahaha ada masalah jumpa terus bos depa kah kah kah..jangan jumpa dok adu aku macam2 dah la bro kah kah kah

Ahad, 12 Februari 2017

Laporan Perubatan Bukan Perkeso Keluarkan..Pi beli kat Hospital

1.Salam dan Selamat Malam geng..harap hangpa semua sihat hendaknya..hehe malam ni aku nak habaq sikit bab2 berkenaan Laporan Perubatan hehehe..ada yang dok salahkan pihak Perkeso bab2 Laporan perubatan ni..tak banyak tapi ada la dok duk bla bla bla entah apa2 dah lapor plak kat media bla bla lapor benda karut hahahaha bila lapur yang karut banyak fakta lari dan terpesong jauh pening la nak tepis wakakakaka..macam2 hahahaha..
2.Mai nak habaq dan berkongsi ilmu sikit kikiki..Laporan Perubatan sama sekali TIDAK dikeluarkan oleh pihak Perkeso,tolong faham tuuu..adalah sesat dan menyesatkan mengatakan dan mendakwa Laporan perubatan dikeluarkan oleh pihak Perkeso, hahaha dengan bahasa mudahnya Perkeso sama sekali tidak pernah dan tidak dalam apa2 keadaan mengeluarkan Laporan Perubatan si Pemohon tuntutan Perkeso hahaha..aku pun pening laporan akhbar sehari dua lepas kah kah kah seolah oleh Perkeso yang keluarkan laporan perubatan!ikikiki pelik2..kot nye pun nak buat cerita biaq logic sikit kikiki..
3.Laporan Perubatan hanya BOLEH dikeluarkan Oleh mana2 Hospital/Klinik yang merawat pesakit itu sahaja..itu faktanya! Namun amat malang mengatakan pihak perkeso yang mengeluarkan Laporan Perubatan hahaha..macam ni..kalau hangpa kemalangan katala dalam perjalanan nak ke tempat kerja bla bla bla selepas kemalangan off coz la dapatkan rawatan katala hangpa dapatkan rawatan di Hospital Kajang..bla bla bla patah kaki dapat cuti sakit 3 bulan bla bla bla majikan lapor kat Perekso dan perkeso siasat lalu bila disahkan bencana kerja maka pihak perkeso akan membayar cuti sakit (MC) tersebut bla bla bla bila habis bayar cuti sakit/MC dan hangpa pun dah pulih jadi tengok2 kaki yang patah tu bengkok jadi nak pulak tuntut/claim Hilang upaya Kekal (Cacat Kekal)Masa ni lah Laporan Perubatan di perlukan..Geng Laporan Perubatan ni bukan beli kat Perkeso wahaiiiiii kawan2 hahaha BORANG aje yang ambil kat Perkeso/ambik kat internet pun boleh..borang pun FREE yang kena bayar Laporan Perubatan!!!dan bayar pun bukan bayar kat PERKESO tapi BAYAR kat Hospital hahahaha sebab nya laporan perubatan Hospital yang keluarkan bukan pihak PERKESO kah kah kah jangan duk pening gak!!Katakan tadi Hangpa dapatkan rawatan masa kemalangan tadi di Hospital Kajang..Maka PERLU dapatkan Laporan perubatan di Hospital Kajang laaaaa kan senang..yang dok keliru tu pasai pa..sampai masuk paper bagai adehhh..hahaha dapatkan Laporan perubatan/Beli Laporan Perubatan di HOSPITAL yang merawat hangpa!!!yang dok kata nak beli kat Perkeso pasai pa hahaha adehhh..
4.Penututnya ..sama sekali tidak benar JIKA ada yang mendakwa Laporan Perubatan dibeli di Perkeso hahaha..Perkeso tak dak jual dan tak dak keluarkan Laporan Perubatan hehehe..isunya mudah nak paham dan senang nak selesai tapi dok selesai cari wartawan inilah jadi pening wakakakakaka..aku pun pening bila masa pulak Perkeso keluar laporan Perubatan plak ni hahahahahaha..keluar Laporan Perubtan pun tidak Jual Laporan perubatan pun tidak..celah mana mai berita ni tak tahu laaaa

Khamis, 9 Februari 2017

Program 5S@Perkeso Kluang 2017

1.Haha tak dan masa geng nak update blog hahaha mau dekat seminggu dah ni kikiki kadang2 hangpa bosan kot asyik duk update pasal perkeso ja kan hahaha tapi takpa tak nak baca ka baca ka hngpa nyer pasai kikiki..abg2 hensem akak2 comel mohon maaf jenuh dok nungu turn soalan nak dijawab kakaka ampun2 aku cuba jawab pelan2 geng hahaha..banyak woo kikiki..sehari dua ni sempena cuti thaipusam Inshallah aku jawab semua kikiki..Oh ya dua tiga hari lepas banyak masa dok habis kat opis aje..haha ada taklimat ada cuti umum bla bla ada program 5S haha..hoho Program 5S
2.Gotong royong satu pejabat sempena program 5S ni kadang2 seronok walaupun penat kikiki,banyak benda leh jumpa bila kita dok kemas2 ni,kemas2 yang selama ni dok bersepah hahaha banyak ruang selama ni dok kata sempitla tak dak ruangla namun bila kemas sana kemas sini banyak plak ruang2 yang boleh disimpan dokumen dan barang2 lain hehehe ..
3.ohhh ya dalam duk buat aktiviti 5S ni,tak kirala di mana2 opis sekalipun maksud aku tempat kerja hangpa la,dalam dok kemas2 tu terjatuh ka terpatah tulang ka ini bleh claim dengan pihak perkeso hahahahaha...dalam masa dok angkat kotak2 untuk dialih ke tempat lain ka tiba2 gedebuk kotak jatuh menimpa hangpa hahahaha jatuh plak atas tangan maka patah tangan jangan dok risau hahaha boleh claim dengan perkeso hahahaha sebab semua itu masa bekerja!!!!kah kah kah sempat lagi aku selit bab-bab claim perkeso kan kan kan wakakakakaka..aduhh aku pun tak tahu hidup aku ni leh kata tak leh pisah dengan perkeso ni hahahaha bukan apa aku nak bantu nak tolong nak sebarkan maklumat pasai perkeso ni ramai lagi yang tak tahu hahaha tu niat aku nyer..cara kumpul pahala tu geng tak dak niat lain.
 

Khamis, 2 Februari 2017

kaya mengejut selepas 16 tahun hidup susah@pencen penakat Perkeso@tanjung resang!

1.Salam geng..harap hangpa semua sihat hendaknya hehe aku alhamdulilah masih diberi kesihatan yang terbaik syukur..adalah batuk2 sikit mabuk limau gong xi fa coi bekali hahaha..geng kelmarin aku ada buat lawatan bersama big bos ke kampong tanjung resang Mersing hehehe yang tahu depa tahu la kampong tu kat mana yang tak tahu takpa la hahaha.. sebenarnya kampong ni agak terkenal dengan keindahan pantainya..banyak juga resort kat sini dan cantik2 serta murah belaka..hm aku dah biasa sangatla ke kampong ni, namun bukan tujuan aku nak kongsi bab2 kecantikan pantai mahupun kecantikan orang kampong ni hahaha cerita banyak2 kan tak pasai2 sangkut plak jadi orang tanjung resang kan wakakaka..hmm berbalik pada bab kunjungan aku dengan big bos ke kampong ni sebab nak ziarah sambil sampaikan cek dekat satu keluarga kat kampong ni..hm pasni aku habaqla cek apa hehehe..cek pasti cek perkeso la takkan cek dari kompeni plak kikikiki..ini bukan cek ang pow raya cina ni..
2.Geng..pelbagai usaha penerangan tentang Perkeso dan faedah2 Perkeso telah diberikan dan disampaikan ke segenap lapisan masyarakat tak kiralah masyarakat yang dok kat Bandar,bandaraya ibu kota mahupun di kawasan luar Bandar..masuk ke kampung2..panggil tok2 penghulu tok ketua2 kampong melalui program bersama pemimpin masyarakat bla  bla bla sampaikan ceramah kat depa dengan harapan depa masa turun padang boleh habaq kat penduduk kampong anak2 buah depa..buat lagi pelbagai promosi dan program tentang perkeso di pelbagai media kikiki jutaan kos nya..tapi ada lagi yang masih tercicir dari mendapat maklumat tentang Perkeso..selagi hayat ada Inshallah aku akan sampaikan apa yang aku tahu supaya kes2 sebegini yang akan aku habaq sekejap lagi tak akan berulang...aduhhh sedih!maafkanlah daku jika gagal jumpa kalian sebelum ini!!!
3.Kisahnya begini..di kampong tanjung resang ni ada seorang makcik..sudah tua geng..umurnya 63 tahun..kira kira 16 tahun yang lalu iaitu tahun 2002...16 tahun geng..16 tahun lalu suaminya telah meninggal dunia,16 tahun tu bukan jangkamasa pendek geng....sebab sesak nafas katanya punca kematian..meninggalkan makcik ni bersama 3 orang anak..susah kehidupanya geng..dapat bayangkan macam mana kesusahan untuk besarkan anak2 bila tempat bergantung telah tiada...yaa kita pas ni leh tengok sampai hari ni beliau susah dan sia sia kesusahan masih ada hingga kini..2 hari lepas dengan dibantu Allah s.w.t..digerakkan mak cik ini untuk ke pejabat Perkeso untuk membuat semakan caruman Perkeso arwah suaminya yang meninggal dunia kira2 16 tahun lalu..arwah suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan/jaga/pak guard..jadi datangnya beliau ke pejabat Perkeso di temani anak2..bila tiba di pejabat Perkeso maka mak cik ni buatlah semakan..Allahuakbar rupa rupanya arwah suami makcik ni pernah mencarum dengan pihak Perkeso dan apa yang lebih mengejutkan caruman allahyarham layak dari segi kelayakan caruman dan kelayakan umur menyebabkan beliau layak mendapat Pencen Penakat dari pihak Perkeso..pehhhhh 16 tahun!!!16 tahun baru sedar dan 16 tahun sengsara sepatutnya beliau telah lama menikmati apa yang beliau sepatutnya dapat!mungkin factor tempat tinggal sikit ke pedalaman..aduhhh berkemungkinan tak sampai maklumat bla bla bla mungkin juga masyarakat setempat tak tahu arwah adalah pencarum Perkeso aduhhh maka terlepas pandang jadinya..banyak lagi kerja yang perlu kami lakukan dan lakukan..hebah dan hebah dan hebah maklumat..api tu la bukan semua mahu dengar bila kita nak kongsi berkenaan Perkeso..ada saja alasan ada saja yang buat pekak..cabaran..aku suka cabaran tu takpa!
4.Setelah semakan dibuat dan arwah suaminya layak maka kami segera memproses tuntutan Pencen Penakat arwah suami makcik ini dengan segera..dan dalam tempoh dua hari selesai diproses tuntutan itu..alhamdulilah..hangpa tahu berapa makcik tu dapat?yaaaa duit itu takkan dapat menebus kesusahan yang beliau anak2 hadapi sebelum ini..namun ia sikit sebanyak melegakan..allahuakbar diusia2 emas sebegini sempat lagi merasai haknya..ya haknya!pencen bulanan dibayar sejak dari tarikh kematian arwah suaminya..jumlah 79 ribu lebih!Pencen bulanan semasa akan terus masuk ke akaunnya sebanyak rm400 lebih sebulan!Allah senang hati melihat makcik ni gembira..tungggu ada lagi ada lagi nak habaq ni..hangpa tahu dak mak cik ni sebelum kematian Suaminya kira kira 16 tahun lalu anaknya meninggal dunia dulu?anaknya meninggal tahun 2001 akibat kemalangan jalan raya...aduhhh adakah anaknya juga layak Pencen Penakat Perkeso??
5.Hari yang sama 2 hari lalu sambil menyemak kelayakan Caruman Pencen Penakat arwah suaminya pihak kami juga membuat semakan terhadap kelayakan caruman arwah anaknya yang meninggal dunia pada tahun 2001..Allahuakbar semakan mendapati rupa rupanya anak makcik ni yang meninggal dunia tahun 2001 juga layak mendapat Pencen Penakat!!!!!maknanya  arwah suami layak pencen penakat,Arwah anak juga layak pencen penakat!!lalu terus kami proses tuntutan itu pada hari yang sama dan Berjaya diselasaikan dalam tempoh singkat..hangpa tahu dak perkeso bayaq pencen penakat tu bermula dari tarikh kematian arwah anaknya..16 tahun lalu jumlah pencen terkumpul rm44 ribu lebih!!!Pencen bulanan semasa akan terus dibayar ke akaun makcik ni..bla bla bla..ada lagi kedua dua arwah juga dibayar Faedah Pengurusan Mayat rm1500 setiap satu(khairat kematianlah kalau bahasa biasa)
6.Pencen Penakat ini untuk bulan semasa akan dibayar terus ke akaun bank mak cik ini untuk sepanjang hayatnya@sehingga mak cik tu meninggal dunia la..bab pencen Penakat Perkeso ni dah berbuih mulut aku dok cakap..dah berpuluh kali aku cerita kat blog aku ni dah beribu ribu aku sampaikan kat masyarakat..harap sangat ia membantu..nak pergi bagitahu sorang sorang tak termampu aku Allahuakbar..
7.Jadinya kelmarin tu aku dan big bos berkunjung ke rumah mak cik ini untuk sampaikan cek bayaran yang terkumpul untuk arwah suami dan arwah anaknya..banyak jumlahnya..ratusan ribula tapi ya la macam aku katakana tadi ia tidak mampu untuk menebus kepayahan hidupnya selama 16 tahun yang lalu!Pesan aku mudah je..kalau kerja pastikan majikan carumkan kalian dengan Perkeso..pesan kat anak bini kalau meninggal dunia sila lah buats emakan dengan Perkeso semak kelayakan caruman untuk tuntut Pencen Penakat Perkeso..kita bantu sesame kita kita kongsi maklumat yang kita tahu tak rugi tuan2..