Isnin, 27 Mac 2017

Cetusan Idea Penubuhan Pusat Rehabilitasi Perkeso cukup mengkagumkan ini buktinya...

1.Salam geng..hari ni aku ke Pusat Rehabilitasi Perkeso yang terletak di Hang Tuah Jaya Bandar Hijau Melaka, haha seingat aku ini kali ketiga aku ke sana hehe kali pertama ketika majlis pecah tanah Pusat Rehabilitasi ini yang diadakan pada 23 Mac 2012 kira-kira 4 tahun yang lalu lama dahh, kikiki masa tu kawasan ini macam hutan tak dak apa-apa geng..sunyi plak tuu,yang ada masa tu hanya khemah-khemah untuk program perasmian majlis pecah tanah sahaja..masa tu dengan pelaburan berjumlah RM230 juta maka didirikan pusat rehabilitasi yang serba canggih ini dan yang pertama seumpamanya di asia Tenggara hehehe masa tu bangga dan cukup teruja hehe teruja sebab kos boleh tahan juga..kikiki apatah lagi ianya 100 peratus hak milik Perkeso!duit Perkeso tu duit kita semua para Pencarum!!!hah duit aku pun ada kat sini hahaha..ya la melalui caruman kita kan :) kalau tak de kita maka tak de la Perkeso :)
 
                                        Ini gambar masa aku pi majlis pecah tanah
2.Pusat Rehabilitasi yang menyediakan latihan Pemulihan fizikal dan vokasional kepada Orang Berinsurans (OB) pada awalnya seolah olah satu projek yang umpama mimpi dalam mimpi yang tidak pernah terfikir ianya bakal menjadi reality..namun dengan kepimpinan yang bervisi tinggi yang berpandangan jauh melangkaui masa nunnnn jauh kedepan 1000 langkah tahap pemikirannya maka hari ini Perkeso khususnya boleh berbangga projek Pusat Rehabilitasi Perkeso ini menjadi nyata dan proses pembinaan yang bermula September 2011 akhirnya selesai dan ianya mula beroperasi dengan jayanya bermula Oktober 2014..dan hari ini bila diberi peluang untuk melawat Pusat rehabilatasi ini ianya sukar digambarkan dengan kata-kata...pehhh Alhamdulilah dengan bangunan yang tersergam indah lengkap segalanya Allahuakbar ia benar2 satu projek yang menjadi kebanggaan bukan sahaja pada Perkeso dan warga kerjanya bahkan dalam konteks yang lebih luas ia mengharumkan nama negara di pentas dunia :)

 
3.Jika dulunya aku hadir untuk majlis pecah Tanah pembinaan pusat rehabilatasi ini nahhh pada hari ini didepan mata sendiri dapat aku saksikan betapa ianya berjalan dan berfungsi dengan begitu jaya..buktinya Pusat Rehabilitasi Perkeso yang serba lengkap ini telah berjaya memulihan ribuan Orang Berinsuran (OB) yang mengalami kecacatan fizikal ekoran bencana kerja yang menimpa mereka, bahkan apa yang lebih membanggakan telah ramai yang mampu kembali bekerja dengan jayanya..ini adalah bukti sangat jelas betapa kewujudan pusat Rehabilitasi ini memberi impak yang begitu besarr dalam landskap jaringan keselamatan sosial negara nahhhh ia betul2 menerajui jaringan keselamatan social yang unggul :)

 
4.Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dan hari ini sempat jugaklah melawat ke bahagian-bahagian tersebut seperti di bahagian pemulihan fisoterapi yang mana kat sini depa memberi khidmat terbaik untuk memulihkan anggota badan yang mengalami kecderaan..tiap2 hari dok fisioterapi lama2 pulih geng hahaha ini berbeza dengan mana2 hospital di Malaysia yang program fisioterapinya diadakan berkala bukan tiap2 hari hehehe hebat kan pusat ni kikiki..ada juga kemudahan pusat akuatik juga bertujuan memulihkan Orang Berinsurans..ahhh banyaklah ada peluang kalian boleh pergi melawatnya sendiri tak rugi hehehe..kat sini juga ada dilengkapkan dengan kemudahan wad hehe lebih canggih dan lebih selesa hehehe..jangan risau kat sini para doktornya baik2 dan muda2 belaka kikiki.

 
5.Thanks geng2 Pusat Rehabilitasi Perkeso yang sudi melayan kami tadi kikiki..ada masa Inshallah akan ke sana lagi lahhh hahaha..banyak orang bertanya dan bertanya kena ianya tidak dibuka kepada umum sepenuhnya???hahahaha tunggu geng belum tiba masanya dibuka pada umum hahahaha ia hak milik Perkeso 100 peratus dan sudah tentu yang diberi keutamaan adalah para Pencarum Perkeso..merekalah pemegang saham perkeso merekalah yang diberi keutamaan...bagaimana nak masuk dan menerima rawatan di pust rehabilitasi ini???hahaha sudah pasti ia nya melibatkan kes2 Perkeso seperti kes bencana kerja dan kes2 mengidap keilatan dan biasanya disyorkan oleh pihak Jemaah doctor serta Pengurus2 kes yang ditempatkan di cawangan perkeso di seluruh pejabat2 perkeso di Malaysia :) ahhhh senang cakap hangpa jumpa Pengurus Kes lahhhh pi Perkeso habaq nak jumpa Pengurus Kes dan hangpa Tanya mereka lahhh hahahaha mereka lebih layak untuk bercerita bab2 sebegini!!!jangan takut jangan risau anda ditempatkan ke Pusat Rehabilitasi Perkeso untuk dipulihkan dan anda akan berjaya inshallah..percayalah kepakaran Pusat Rehabilitasi ini amat mengkagumkan!!!!

 
Hahaha cukup setakat tu aje lahhh geng nak tengok lebih-lebih sila berkunjung ke Pusat Rehabilitasi Perkeso..banyak ilmu yang hangpa boleh timba dan temui di sana tak rugi buat lawatan kat sini hehehe..


 
 

Jumaat, 24 Mac 2017

Skim Insurans Pekerjaan bakal di tadbir urus Oleh Perkeso!!!

Skim Insurans Pekerjaan baru sahaja diumum Y.A.B Perdana Menteri dalam 2-3 hari yang lepas..jadinya buat masa ini ia masih belum jelas bagaimana perjalanan sistem ini..apa yang pasti ia akan ditadbir urus oleh pihak Perkeso dan sememangnya Perkeso layak selayaknya untuk tadbir urus skim ini kerana ia cukup berkait rapat dengan skim2 yang telah di tawarkan oleh pihak Perkeso pada 6.5 juta para pencarumnya..dari segi perjalanan skim ini kita pakat2 tunggu hehehe..akan dikuatkuasa Inshallah Januari 2018 dan dijangkakan bayaran faedah boleh dikuatkuasakan mulai Januari 2019..bagaimana perlaksaannya sama2 kita tunggu..
Ohh antara intipati skim ini dinyatakan juga ianya satu skim yang akan memberi perlindungan jika pekerja diberhentikan kerja/hilang pekerjaan dan akan diberi saraan buat sementara waktu sehingga pekerja beroleh kerja/di bantu mendapatkan kerja..tempoh saraan dan bagaimana perlaksanaanya kita kena tunggu dulu hehehe bagi depa perincikan dulu di peringkat Parlimen bila dah lulus baru kita boleh tengok bagaimana ianya berjalan/dilaksanakan kikiki aku sendiri pun kabur lagi saat ni :)
 
 

Khamis, 16 Mac 2017

Perkeso dedah 46 pekerja mati atau cacat setiap hari !!!


Lebih 6,500 kes NCD dilaporkan tahun lalu dan kematian meningkat sebanyak 2 kali ganda sejak direkodkan sedekad yang lalu.
Mohammed-Azman_perkeso_60

 KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendedahkan penyakit tidak berjangkit (NCD) penyebab utama kematian dalam kalangan pekerja di bawah umur 60 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed mendedahkan statistik di mana secara purata 46 pekerja mati atau menjadi cacat setiap hari disebabkan NCD tahun lepas.

“Jika anda rasakan jumlah itu tinggi, ia sebenarnya masih rendah,” katanya dengan menambah rekod itu hanyalah di sektor swasta, ia belum termasuk jumlah sektor awam.

“Jumlah kematian disebabkan NCD paling tinggi berbanding penyebab lain termasuk kemalangan jalan raya,” katanya di Institut Strategi dan Kepimpinan Asia hari ini.

Beliau juga menambah lebih 14,000 pekerja menjadi cacat disebabkan NCD.

Mohammed Azman mendedahkan lebih 6,500 kes seumpama itu dilaporkan tahun lalu dan kematian meningkat sebanyak 2 kali ganda sejak direkodkan sedekad lalu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), NCD atau penyakit kronik yang tidak berjangkit kepada orang lain.
Empat jenis NCD ialah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok; kanser; sakit berkait dengan pernafasan kronik termasuk asma; dan kencing manis.

Berdasarkan WHO, NCD membunuh 28 juta rakyat setiap tahun dengan penyakit kardiovaskular, jumlah kematian paling tinggi (17.5 juta) diikuti kanser (8.2 juta) dan penyakit berkait dengan pernafasan (4 juta).

Beliau berkata pampasan yang dibayar Perkeso disebabkan NCD melonjak sehingga 50% sejak 5 tahun lalu.

“Tahun lalu saja, anggaran nilai pampasan ialah RM731 juta,” katanya sambil berkata Perkeso kini menginsuranskan kira-kira 6.5 juta pekerja.

“Jika aliran terus meningkat, tidak mustahil tabungan Perkeso akan habis dan seperti ia akan jadi kenyataan,” katanya.

Kata beliau pada 2030, NCD akan menanggung kerugian sebanyak 5% dalam GDP atau US$30 billion (RM133 billion).

Mohammed Azman berkata pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Perkeso menemukan 66% lebih dari 460,000 pekerja berusia lebih 40 tahun tidak pernah melalui pemeriksaan kesihatan sebelum ini.

Malah sebanyak 73% pekerja berumur 40 tahun ke atas mempunyai berat badan berlebihan, manakala 62% lagi mempunyai atau tinggi tahap kolestrol.

Selain itu, sebanyak 9% pekerja berusia atas 40 tahun penghidap diabetis, 20% hipertensi dan 12% pra-hipertensi.

“Hanya 4% pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan bila sudah berisiko tinggi terhadap penyakit kardio dalam tempoh 10 tahun.”

Mohammed Azman berkata jika pekerja ingin mengambil serius bagi menangani NCD, mereka kena pastikan persekitaran baik dan menjalani gaya hidup yang sihat

Isnin, 13 Mac 2017

Jatuh Di Tempat Kerja Jom Claim dengan Perkeso/Socso Jangan malu2

1.Salam geng..salah satu kes yang aku pi siasat hari ni adalah berkaitan kemalangan di tempat kerja..macam biasalah kalau kemalangan di tempat kerja, hangpa sudah pasti boleh claim dengan pihak Perkeso/Socso..dengan syarat hangpa dapat mc,cuti sakit 4 hari dari doctor dulu kikiki..pekerja ni bekerja di sebuah syarikat yang mana dia ni kerja di bahagian stor sejuk beku,hangpa mesti bayangkan bilik/stor sejuk beku ni kompem sejuk kan?yang aku masuk hari ni bukan sahaja sejuk bahkan mcm ada 'salji' dalam stor bilik beku tu aiyaaaa aku tak dapat nak bayangkan macam mana la depa boleh tahan bekerja dalam suasana sejuk sebegitu..siap ada 'salji' dalam tu geng..betul geng x tipu ni..Jadinya bila bekerja dalam suasana begitu pekerja banyak terdedah pada risiko kemalangan di tempat kerja kalau tak berhati-hati, macam kes yang aku pi siasat hari ni pekerja ni terjatuh dek terpijak 'salji'kat bilik beku ni hahaha licin beb..jatuh terkangkang dia geng..koyak wooo koyak celah kelangkang geng aduhhh sakit wooo..tisu koyak ni kalau tak kena caranya mau mc berbelas hari..lambat nak pulih geng..jatuh terkangkang pehhh kikiki nasib baik laki2 hahaha..
2.Kalau jadi kes macam ni, kes jatuh tempat kerja ni, aku nak nasihatkan hangpa dapatkan rawatan hari jatuh tu jugak jangan sesekali dok tunggu bengkak atau dah Lebam warna biru baru dok kelam kabut nak pi klinik tau hospital kikiki kalau 2-3 hari baru pi dapatkan rawatan satunya hangpa akan sakit tak tertahan kikiki satu lagi bakal merumitkan tuntutan perkeso sebab nanti depa curiga geng pasai apa tunggu lama baru nak dapatkan rawatan kikiki oi oi silap2 depa akan tanya hangpa jatuh rumah kaaa kikiki..so untuk elak perkara sebegini lagi elok lagi baik dan lebih afdal dapatkan segera rawatan pada hari yang sama kemalangan di tempat kerja berlaku terutamanya melibatkan kes jatuh sebegini hehehe..cuba dengar nasihat aku tuuu kikiki..
3.Satu lagi penyakit boleh kena tempat sejuk2 ni aku risau lama2 kena asma je takpun masalah paru2 hehehe kalau kena benda ni sebab bekerja/suasana kerja menyebabkan kena benda ni maka ni jangan dok claim sebagai kemalangan kikiki kena claim bawah tuntutan penyakit khidmat sebabnya penyakit khidmat ni dia makan masa baru akan timbul kesannya...kalau hangpa jatuh kesan jatuh mungkin terseliuh atau patah atau koyak tisu,tapi untuk penyakit khidmat ni dia makan masa baru timbul...deka kata lain sakit ni makan masa bertahun tahun baru kita kena sakitnya hehehe..yang ni juga boleh claim dengan perkeso..bab sakit khidmat ni aku dah banyak kali dok cakap kikiki ianya tak susah nak buat..cari kat blog ni ada ni hehehe...


 

Sabtu, 11 Mac 2017

Terkejut Menerima Tunggakkan Pencen Penakat Perkeso Berjumlah RM76 Ribu!

1.Seorang Ibu tunggal yang kematian suami sejak februari 1996 langsung tidak menyangka rupa-rupanya arwah suaminya pernah mencarum dengan pihak Perkeso tanpa beliau mengentahuinya dan beliau hanya mengentahui selepas 20 tahun kematian suaminya itu.Apa yang lebih menarik rupa-rupanya bilangan/jumlah bulan caruman perkeso arwah suaminya layak serta memenuhi syarat kelayakan Pencen Penakat Perkeso sekaligus ibu tunggal yang menetap di Felda Ulu Belitong ini telah memperoleh tunggakkan Pencen Penakat sejak kematian suaminya kira2 20 tahun lalu di mana tunggakan itu berjumlah RM76 ribu..dan seterusnya akan menerima pencen bulanan sehingga akhir hayatnya..
2.Bertemu buat kali pertama ketika berkunjung ke rumah beliau pada kira2 3 hari yang lalu..dapat dibayangkan betapa susahnya beliau ketika 20 tahun yang lalu apatah lagi dengan pada ketika itu penempatan felda tersebut baru sahaja dibuka..dapat bayangkan betapa susahnya untuk membesarkan anak2nya pada masa itu..hari ini beliau alhamdulilah berjaya membesar anak2 dengan jaya..memiliki rumah cantik dan anak2 yang berjaya itu nikmat yang tak terkata disamping kesihatan yang baik..nahhh tak disangka sangka pada hari kunjungan kami ke rumahnya,kami bawakan bersama cek bayaran terus ke rumahnya hehehe..beliau memperoleh RM76 ribu dari pihak Perkeso melalui Pencen Penakat tersebut...tiada siapa yang menduga langsung!!!bahkan bukan sahaja tunggakkan Pencen yang dibayar secara pukal/sekaligus itu beliau juga akan terima pencen penakat perkeso secara bulanan..Alhamdulilah pada ketika menerima kunjungan kami itu,beliau nampaknya  begitu terharu dan cukup gembira sekali!tak lekang dari bibirnya terima kasih Perkeso :)
3.Bagaimana beliau mengentahui tentang pencen Penakat Perkeso ini??selama kira2 20 tahun selepas kemtian suaminya?hehehe sudah pasti melalui maklumat maklumat serta informasi yang di war war kan oleh pihak Perkeso melalui media cetak dan juga elektronik telah sampai ke pengentahuan anak2nya Alhamdulilah tercapat hasrat kami...thanks buat rakan2 media..yang sentiasa melaporkan gerak kerja kami sehingga banyak maklumat2 telah Berjaya disampaikan kepada sasaran alhamdulilah telah banyak kejayaan mengesan pencarum-pencarum perkeso yang layak menerima Pencen Penakat berjaya dikesan!
4.Aku seperti biasa melalui blog ini sedaya upaya menyebarkan apa yang termampu untuk sama2 menyedarkan para pekerja khususnya pencarum Perkeso akan hak2 mereka,apa yang boleh dituntut pada pihak perkeso jika berlaku apa2 yang tidak diingini kepada kita sebagai pekerja yang di carum dengan perkeso..Ok la geng senang cakap kalau berlaku kematian atas keluarga terdekat atau jiran tetangga kita..maka nasihatlah waris2 depa ni pergi ke pejabat Perkeso terdekat dan buats emakan kelayakan untuk menentukan sama ada kes itu layak mendapat Pencen Penakat Perkeso atau sebaliknya..Pesan aku usah takutttt usahhh malu..usah segan..pi lah ke Perkeso.pihak perkeso TIDAK MENGENAKAN APA-APA CAJ UNTUK SEMUA URUSAN DARI PERKHIDMATAN MEREKA! SEMUANYA PERCUMA!!!Jika sekiranya kalian didatangi mereka2 yang mengatakan perlu membayar sejumlah wang untuk tujuan tersebut maka janganlah sesekali kalian berurusan dengan mereka ini... 'KETAHUI LAH BAHAWASANYA MEREKA ITULAH DARI KUMPULAN-KUMPULAN BABI HUTAN YANG CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN DARI KEDAIFAN MAKLUMAT ORANG-ORANG TANGGUNGAN (OT), WARIS-WARIS/PENCARUM  DAN MENGAMBIL KESEMPATAN DARI KESEMPITAN SERTA KESENGSARAAN ORANG LAIN UNTUK DEPA KAYA DENGAN JALAN TIDAK BETUL!!!