Jumaat, 21 Julai 2017

Majlis Rumah Terbuka Malaysia 2017

1.Hehehe 15 julai yang lalu sempat jugak la pi Majlis Rumah Terbuka Malaysia 2017 yang di buat kat Taman Seri Lambak (T6) dalam Parlimen Sembrong hehehe..kawasan Parlimen yang di wakili YB Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas2 Khas kikiki H20@ Dato Seri Hishamudin Hussin lah..depa jemput kita pi la..bukan apa pun kikikiki undi tetap rahsia bahahaha..
2.Punya la sesak ajalan aduhhh jenuh bersusun kereta geng..adehh.ada kad jemputan pun depa tak layan ehhhh nak masuk parking pun jenuh dok cari hahahaha..jemput ala kadar la tuuuu kikiki..tak pa la depa jemput kita pi la..punye jauh menapak jalan kaki dari tempat parking kereta hahahaha..sebelum pi tu aku da bantai nasi dulu kat rumah...dah tahu dah kalau pi majlis macam ni kompem lambat nak boleh makan lagi2 dok kat kerusi VIP ni bahahahaha..payah wooo geng..dok dengar ucapan dan tengok persembahan aje kah kah kah nak makan tak leh lagi, tak kan nak makan dok atas kusi depan orang dok berucap kikiki..tapi sebab aku dah siap2 makan rumah legaaaa bahahahaha..kalau tak lapaq la geng kikiki..
3.Dok kat kerusi belakang mana nak nampak pentas utama kah kah kah pi mai pi mai dok dan dengar sorakan aje lah hahahahaha kalau nak tidoq kat kerusi pun tak pa kot kikiki..persembahan kat pentas utama pun aku tak nampak kakakakaka dengar suara depa dok berucap dan nyanyi aje lah kah kah kah..last2 belum habis majlis aku dah balik kah kah kah..bukan apa sebab tak rasa apa sebab tak dapat tengok apa pun kah kah kah dok kerusi belakang katakana kikiki..
 

Rabu, 19 Julai 2017

PERKESO tanda tangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) 2017

1.Salam geng..aku baru saja balik dari program konvensyen Integriti Perkeso 2017 yang diadakan di Hotel Pearl International..tak lama dalam 3 hari aje programnya..pelbagai pengisian diberikan termasuklah menampilkan penceramah-penceramah yang berkaliber dari pelbagai agensi antaranya PDRM,SPRM,IIM,LHDN..kiranya dok dengar ceramah aje dalam 3 hari tu hehehe..hebat2 depa ni best berkongsi pengalaman dengan depa ni..
2.Dalam sesi ceramah ni pelbagai pendedahan diberi kiranya bertuah jugala dapat hadir majlis sebegini..banyak ilmu yang kami dapat..tak kirala dari pihak SPRM atau PDRM semuanya memberi pelbagai ilmu yang berguna..inshallah akan digunakan dengan sebaik mungkin!Dalam konvensyen Integriti ni apa yang lebih penting hari terakhir tu kami akan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah dan BIG BOSS akan tanda tangani IBR tersebut..huhhh besaq maknanya tu geng..
3.Hari terakhir kami berikrar untuk bebas dari RASUAH..hehehe BIG BOSS mengepalai bacaan Ikrar..Ybg Dato' Dr Mohammed Azman bin Dato' Aziz Mohammed..sambil tu beliau jugaklah yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuh (IBR) pada hari ni hehehe alhamdulilah..memang selama ni pun tak dak ruang untuk kami sentuh benda2 tu..minta selisih Allahuakbar!!!Dulu tahun 2014 kami dah tandatangani Ikrar jugak dengan pihak SPRM ni masa tu Ikrar untuk kategori Koporat..hehehe la ni depa dok buat IBR plak..takpa la janji azamnya satu aje tolak rasuah!!
4.Hehehe Cuma satu aje nak habaq hahaha makan kat Hotel tu tak sedap kah kah kah.. 2 jenis lauk dok pusing hang tu je 3 hari kah kah kah..baguih lagi makan kat restoran biasa lagi sedap kikikikiki..
 

Rabu, 5 Julai 2017

Apa yang perlu ada dalam laporan polis untuk claim Perkeso

1.Salam geng..Hari ni aku nak sentuh sikit berkenaan pentingnya laporan polis yang lengkap tepat dan padat untuk mempercepatkan tuntutan kalian dengan pihak Perkeso khususnya melibatkan kemalangan jalan raya hehe hangpa nak ikut ka tak nak ikut ka lantak hangpa lah kakakaka..hangpa tahu dak salah satu sebab yang sentiasa melewatkan proses tuntutan adalah benda2 yang di dilihat nampak kecil isunya tapi besar impaknya kalau benda ini tidak diambil perhatian yang serius..geng laporan polis adalah salah satu dokumen wajib dilantar bersama borang tuntutan kemalangan(borang 34) jika ianya melibatkan tuntutan kemalangan jalan raya khususnya dalam claim dengan pihak Perkeso..apa ciri-ciri penting laporan polis yang perlu ada untuk claim Perkeso??hangpa tahu dak ni..sejujurnyabanyak lagi laporan2 polis yang hangpa dok buat lintang pukang bahkan tak pelik jika terpaksa buat pembetulan demi pembetulan laporan polis sebabnya laporan polis kali pertama dibuat tentang kemalangan yang berlaku langsung tidak lengkap!!! banyak sebab tidak lengkap laporan polis yang kalian buat nanti aku habaq satu satu :)
2.Pertamanya kesalahan seringkali yang diulang ulang oleh kebanyakan pencarum Perkeso ketika membuat laporan polis ketika berlakunya kemalangan jalan raya adalah tidak menyatakan  dengan jelas "tujuan perjalanan " dari mana hendak kemana semasa kemalangan jalan raya itu berlaku..senang cakap hangpa main bedal aje buat laporan polis...contohnya ada yang membuat laporan polis seperti ini" ketika berada di jalan dollah tiba2  jatuh motorsikal" oiiit geng lengkap ka laporan polis macam tu?bahahaha...mana yang tak lengkapnya?mai nak habaq geng..setiap laporan polis mesti ada tujuan perjalanan dari mana hendak kemana INI AMAT penting dalam laporan polis khususnya untuk claim dengan pihak Perkeso..hangpa kena sejelas jelasnya nyatakan dalam laporan polis tersebut tujuan perjalanan itu..contohnya "saya dari rumah hendak ke tempat kerja bla bla bla..." ataupun "saya dari tempat kerja hendak balik ke rumah bla bla bla " senang kan kan...
 
3.Perlu juga dinyatakan dengan jelas hangpa naik motorsikal ke naik kereta ka atau naik lori ka atau apa sahaja jenis kenderaan? ini tidak...banyak yang tak nyatakan naik kenderaan apa.. jilake betul hahahaha..sepatutnya nyatakan sama ada naik motorsikal atau sebarang jenis kenderaan dan PERLU ada dimasukkan nombor plat pendaftaran  kenderaan itu..ini banyak yang dok buat laporan polis menunggang motorsikal langsung tak dimasukkan nombor pendaftaran motorsikal tersebut..itu tidak betul geng!tak pasal pasal nanti kena buat penambahan masukkan nombor plat pendaftaran motorsikal dalam lopran polis baru kiki ini semua buang masa dan melambatkan proses tuntutan dok pi balai dan pi balai kakakakakaka..hangpa pi banyak kali silap2 kena tazkirah kat abam2 polis padam muka kah kah kah..
4.Dan jangan lupa juga tarikh kemalangan dalam loporan polis itu adalah tarikh kemalangan yang betul hahahaha..sila bertenang dan ambil masa untuk semak dan baca semula laporan polis yang dibuat sebelum menandatanganinya kikiki...banyak kes laporan polis dibuat dengan tarikh kemalangan yang silap!!!ada yang silap tarikh kemalangan ada yang silap tahun dan ada yang silap masa/time kemalangan itu berlaku hampeh tul lahhh hahahaha..baca dulu geng laporan polis tu sebelum kalian meninggalkan balai polis terbabit..baca berulang kali bagi puas hati hahahaha..
 
5.Hangpa jugak kena ceritalah dalam laporan polis tu dengan jelas jangan dok pusing sana pusing sini asyik langgar anjing je memanjang hahahaha aku yang hari hari dok baca laporan polis pun naik bosan asyik baca cerita langgar anjing kakakaka modal sama aje hangpa ni..oiit geng kalau jatuh sendiri hangpa cakap ajelah dalam laporan polis tu jatuh sendiri tak dak apa ehhhh Perkeso terima asalkan ia benar benar berlaku...contohnya "ketika saya sedang menunggang motorsikal jenis kriss modenas bernombor hazri 5453 dari tempat kerja hendak balik ke rumah sebaik tiba di jalan najib 1 tiba-tiba babi melintas jalan dan melanggar motorsikal saya lalu saya jatuh keatas jalan raya" bahahahahahhaha salah babi yang langgar motorsikalnya kikikiki ..kalau langgar babi kena habaq dilanggar babi kah kah kah tok sah dok malu malu habaq benda yang betuii kah kah kah..
6.Akhirnya jika semua telah dimasukkkan dalam lopran polis jangan lupa juga dalam laporan polis tu masukkan jugaklah anggota mana yang cedera..hehe kalau patah tangan kanan maka nyatakanlah dalam laporan itu patah tangan kanan dan begitulah selanjutnya..senang kan kan jadi lepas ni jangan la lagi dok buat pening buat laporan polis hentam sesuka hati kikiki..ini nombor motor pun tak masuk dalam laporan polis adeiiii ..senang benor hangpa buat laporan polis kah kah kah..pasai tu lah kena ambil masa pi buat la pembetulan dan pindaan rugi masa geng!
7.Hahaha suka aku nak habaq kat hangpa juga..bahawa setiap laporan polis yang dibuat ianya mestilah dibuat oleh individu yang terlibat dalam kemalangan tersebut!!hangpa yang kemalangan maka hangpalah yang kena buat laporan polis dan BUKANNYA ORANG LAIN sepeti ayah atau abag itu pihak Perkeso tak terima kecuali melibatkan kes mati ok la..dah hangpa mati mestilah waris yang buat laporan polis hehehe tak kan hangpa nak bangkit dari kubur semata mata nak buat laporan polis plak kikiki saja..melawak ja geng ehhhh..tapi ingat tu laporan polis kena kita sendiri yang buat bukannya dari individu lain!!!
 
Ok lah geng cukup dah tu banyak2 tulis bukan hangpa dok baca pun kah kah kah kah

Selasa, 4 Julai 2017

Bila Cuti sakit dah lebih 180 hari@claim socso

1.Hahaha lama jugak aku cuti raya tahun ni geng kikiki naik aje kerja terus selesaikan kes2 yang belum selesai..tak dak masa nak santai2 dah ni..banyak lak tu kes2 kemalangan jalan raya time2 dekat raya ni..apa nak buat kita selesai satu persatu hehe..
2.Dalam 4 kes yang aku pi siasat hari ni ada satu kes yang melibatkan cuti sakitnya lebih 180 hari..macam biasala lah bila capai MC pekerja capai 180 hari kita kena pi siasat tengok pasai apa tak pulih2 lagi kecederaan yang dialaminya..lama tu cuti sakitnya..dan biasanya kalau kes2 melibatkan cuti sakit yang lebih 180 hari ni kita biasa akan minta Laporan Perubatan dari Hospital yang merawat pekerja yang mengalami kemalangan ni..dan biasanya pekerja ini akan dirujuk ke Jemaah doctor untuk menilai sama ada pekerja ini telah mencapai status MMI atau sebaliknya hehehe..tu bidang kuasa Jemaah Doktor kita pihak Perkeso tak dak campur tangan bidang kuasa depa..apabila Jemaah Doktor putuskan pesakit dah capai MMI maka depa akan nilaikan terus berapa percent tahap cacat kekal pesakit ni..alahhh senang cakap rujuk terus ke HUK lah hehe HUK tu maknanya Hilang Upaya Kekal atau bahasa mudahnya cacat kekal hehehe..
3.Ada pekerja yang cukup risau apabila MC mereka telah capai MMI dan pekerja masih terlantar sakit...jangan risau geng..selagi Jemaah Doktor putuskan belum mencapai MMI maka pihak Perkeso akan membayar juga cuti sakit hangpa tu KECUALI bila mana Jemaah Doktor putuskan hangpa sebenarnya telah pulih dan telah mencapai MMI maka time tu hangpa akan terus dinilai dan diberi per sen cacat kekal maka lepas per cen cacat kekal di beri makanya tiada lagi cuti sakit akan dibayar selepas tu hahaha kalau hangpa tak paham mohon makan lemang raya banyak2 wakakakakaka..sila la berkunjung ke pejabat perkeso terdekat untuk maklumat lanjut kikikiki..