Jumaat, 29 September 2017

Ceramah PERKESO@Seminar Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Di Sektor Pelancongan

1.Salam geng harap hangpa semuanya dalam keadaan sihat dan ceria selalu dan jika ada yang terlibat dalam 'bencana kerja' harap2 banyak bersabarrr dugaan tu geng.. semoga cepat la pulih seperti sedia kala hehe.. Ohh ya semalam aku dijemput oleh pihak NIOSH wilayah Selatan untuk sampaikan ceramah berkaitan PERKESO dan faedah2 yang disediakan pihak PERKESO di Seminar Kesedaran Keselamatan &Kesihatan Pekerjaaan Di Sektor Pelancongan yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Mersing Johor. Seminar ini adalah anjuran pihak NIOSH dan juga pihak Jabatan Pelancongan Negeri Johor. Alhamdulilah terima kasih pada pihak penganjur yang sudi dan tak jemu2 menjemput kami dari Perkeso untuk berkongsi maklumat yang sememangnya amat berguna untuk para peserta seminar tersebut.
2.Sejujurnya begitu ramai lagi antara kita yang masih tidak tahu,tidak faham dan tidak mahu mengambil tahu hal hal berkaitan PERKESO dan faedah2 yang disediakannya hmm rugi geng sejujurnya hangpa semua wajib tahu! Begitu banyak program2 pencerahan telah diadakan, seminar, sesi perkongsian ilmu, sesi ceramah kepada pemimpin masyarakat setempat, promosi media elektronik/cetak dan media bentuk baru namun ia seakan akan masih lagi tidak memberi impak yang sepertimana di harapkan..yaaa ada perubahan namun masih ramai yang tidak tahu!Hahaha kalau dalam ceramah yang biasa aku hadiri kalau tidak dihujani pertanyaan  demi pertanyaan maka ia sesuatu yang AMAT ganjil hahaha..yang biasa pastinya akan dihujani dengan pelbagai soalan2 yang cukup menarik daripada peserta..kompem dan amat biasa tidak cukup masa!! Namun itu tidak menjadi masalah bahkan itulah yang kami sentiasa harapkan bertanyalah sebanyak mungkin ketika mempunyai kesempatan dan dihidang dengan kesempatan sebegini kerana kami tidak tahu apa yang kamu tidak tahu haha..jadi tanyalah dan terus bertanya..sudah pasti kami tidak akan jemu untuk menjawabnya..macam kat blog aku ni laaaa walaupun beratus kali dok tanya soalan yang sama aku dok setia jawab jugak hahaha..
3.Tahniah sekali lagi untuk pihak penganjur..para peserta seminar kali ini yang terdiri daripada Pengusaha2 Resort yang terlibat aktif dalam sector pelancongan yang pada aku rata-ratanya masih lagi tidak faham dan tidak tahu berkenaan faedah2 yang disediakan oleh pihak PERKESO..pehh banyak geng depa dok Tanya macam2 soalan masa aku dok ceramah...jangan risau Inshallah kami akan cari tuan2 nanti untuk kita 'khatam' bab2 PERKESO ni Inshallah akan ada tindakan susulan nanti..sebenarnya apabila kita menyampaikan ceramah berkenaan PERKESO  ia memakan masa berjam jam hehehe 1-2 jam adalah masa yang normal diberi untuk sesi ceramah kami namun ia biasanya tidak pernah CUKUP hahaha..sebab banyak sangat faedah2 yang disediakan pihak PERKESO yang harus diceritakan sedalam dalamnya pada mereka ini agar mereka faham hak2 mereka dan sebarkan kepada kakitangan jabatan masing2 dan sebarkan kepada kawan2 dan sanak saudara agar ia sentiasa berkembang! kikiki semalam 1 jam 1/2  hanya sempat cerita dua faedah yang disediakan pihak PERKESO sahaja masa tak cukup hahaha..pastu dihujani soalan demi soalan, sebenarnya berpuluh-puluh slide lagi tak sempat nak citer hahahaha...kalau nak citer semua mahu bawa ke petang belum tentu akan habis!
 

Rabu, 27 September 2017

Safari Park Bukit Gambang

 
1.Hahaha hangpa pernah pi tak Safari kat Bukit Gambang Resort tu?Hmm seronok ka?hahaha dua minggu lalu aku cuba la pi saja nak tengok best ka tak hahaha layan anak2 ni hah nak tengok binatang la apa la haha..macam biasala nak masuk kena tiket loooo..tiket tu sekali beli aje dan kalau hangpa nak keluar dan masuk balik tak kena tiket dah hehehe sah lakunya satu hari :)
 
2.Ok dah beli tiket maka masuklah kami bahahaha..dalam Safari Park bukit Gambang ni luas jugak beb..bangunan 4 tingkat jenuh lenguh kaki nak jalan nak habaq mai ni hahaha..tu tak termasuk betul2 kawasan Safari yang hangpa akan lihat binatang di lepas bebas..kikiki nak pi situ naik kenderaan khas dia la...kalau jalan tak naik kenderaan dia memang kena makan kat singa la jawabnya bahahaha
 
3.Nak kata banyak binatang tak jugak hahaha nak kata kurang binatang pun tak jugak hm hm boleh la setakat nak rasa pi Safari tu hehehe.Sempat juga la bagi beruang makan hahaha hangpa beli roti yang bersalut madu yang depa jual kat dalam tu maka boleh la bagi beruang makan,selain bagi makan beruang makan hangpa jugak leh bagi rusa makan bahahaha
 
 
4.Tapi dok pusing2 dalam Safari Park Bukit Gambang ni letih dan penat jugak la sebab luas kawasanya berpeluh la beb.. 
 
 
5.Kalau ada masa boleh la cuba pi jalan jalan sini..nak kata best tu tak la sangat tapi boleh la hahaha sambil2 mandi kolam kat Water Park tu..

Rabu, 13 September 2017

Ramai Pekak Kerana Kerja Betul Ke??

1.Salam Geng berdasarkan pengalaman aku memang ada benarnya..sejak akhir-akhir ini ramai kawan2 kita yang mengalami masalah kurang pendengaran dan ada yang hilang pendengaran akibat terdedah kepada suasana kerja yang cukup bising, antaranya yang bekerja di kilang2 mosaic,kilang kelapa sawit dan seumpamanya..Apa yang harus hangpa lakukan jika mengalami masalah ini disebabkan kerana kerja????ho ho ho seperti yang aku dok cerita setiap masa hangpa boleh lah buat tuntutan dengan pihak PERKESO kerana penyakit yang disebabkan kerja sebegini kalian boleh buat tuntutan degan pihak PERKESO dibawah skim tuntutan Penyakit Khidmat!!!!sekali lagi aku ulang ia adalah tuntutan penyakit khidmat!!! senang aje pi pejabat PERKESO terdekat ambil boring 34 dan isi di ruangan tuntutan Penyakit Khidmat hahaha tak susah tak payah pun dan semua urusan ini ADALAH PERCUMA!

Ahad, 10 September 2017

Tuntutan Kemalangan Pemandu Teksi Pertama di Johor dengan PERKESO

1.Salam geng..Hari ini ke stesen teksi dan kereta sewa Kluang,bukan pi sorang tapi pi bersama my Bos..pi sana bukan nak pi cari teksi nak pi melancong, bukan nak tempah teksi nak ronda sana sini kikiki bukan nak pi tengok awek dok tunggu teksi kikiki tapi pi sana untuk sampaikan ‘cek’ bayaran Hilang Upaya Sementara (HUS) atau senang cakap bayaran MC lahhh..kepada Encik Mustakim bin Jalel pemandu teksi yang telah terlibat dalam kemalangan semasa bekerja..semasa dok bawa teksi lahh..kebetulan Encik Mustakim ni jugak Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Daerah Kluang..depa pandu teksi kita panggil bekerja la tu bukan main2 tau penat wooo kerja mandu teksi ni hangpa tak cuba tak tahu hahaha kena bangla Vietnam naik teksi mampuih dok berperang tak faham bahasa nak murah tambang la bla bla bla kikiki.. aduhhh melarat kok lain dah aku ni..hehe hangpa jangan tak tahu PERKESO kini telah mewujudkan Skim khas untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemandu-pemandu teksi di negara ini..sedap dengar kan ‘steatment’ tuhhhh kikiki..betul2 melindungi kebajikan pemandu yang ditimpa ‘bencana’ semasa bekerja Inshallah melalui kewujudan Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri percayalah ia akan banyak membantu dikala kalian dilanda musibah kemalangan semasa bekerja..sat gi aku habaq noo..skim ni baru aje berkuatkuasa pada 1 Jun 2017 yang lalu…baru lagi dan masih belum dapat dihadam oleh geng2 dan Otai2 pemandu teksi lagi sebab ia benda baru kakaka benda baru biasala..lama2 ok la tuuu..kalau bini baru Inshallah hari2 hadam kah kah kah..Inshallah bini baru wakakakaka..kita boleh kah kah kah..ehh ini bukan bini baru TAPI ini SKIM BARU hahaha..tidur luar aku silap2 malam ni kikiki..
2.Adehh berbalik pada citer pi stesen teksi Kluang tadi..Alkisahnya Encik Mustakim bin Jalel ini adalah Pemandu teksi dari kumpulan yang terawal mendaftar dan mencarum dengan pihak PERKESO melalui Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri ini, yakni sebaik sahaja Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri ini diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 1 Jun 2017  beliau terus mendaftar dan membuat caruman dengan PERKESO dan nak di jadikan cerita selesai pendaftaran dan pembayaran caruman, pada 30.6.2017 beliau ditimpa kemalangan semasa sedang bekerja menghantar pelanggan dari stesen teksi Kluang hendak ke terminal bas Larkin huh gedebommmm kat lebuh raya utara selatan masa nak pi Larkin tuuu beb..mujur kemalangannya tidak melibatkan kecederaan yang teruk..mujur luka2 biasa ja hehehe namun dapat jugak la merasa 7 hari cuti sakit hehehe..dan sebenarnya kes ini adalah kes kemalangan Pertama melibatkan claim/tuntutan dibawah skim ini namun beliau pada masa itu mengambil sedikit masa untuk mengemukakan dokumen jadinya lambat pi hantar kat PERKESO jadi ia menjadi tuntutan kedua di Malaysia dibawah skim ini dan pertama di Johor di bawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri..hehehe masuk statistic dah Encik Mustakim ni kikiki kedua pun kedua lahhh hahaha..kalau boleh kita semua memang tak mahu kemalangan nihhh namun apa nak buat..ia datang tanpa kita jemput woooo..alih2 merasa katil hospital kikiki.
3.Alhamdulilah sebaik menerima permohonan tuntutan pihak PERKESO segera memprosesnya dan bayaran segera telah pun dibuat!!!Dapat juga rasa bayaran cuti sakit dari PERKESO walaupun 7 hari sahaja kikiki..jumlah bayaran tok sah habaq la duit orang kah kah kah..Namun cuba hangpa bayangkan kalau tiada caruman dibuat dengan pihak PERKESO dan jika kemalangan itu mengundang kecederaan yang teruk, yang parah..atau menyebabkan kematian apa akan jadi????sapa nak tangung anak bini nanti?Alhamdulilah dengan adanya skim ini jika berlaku kecederaan teruk mana sekalipun pihak PERKESO akan menguruskannya..pemandu teksi boleh buat tuntutan sepertimana pekerja lain..boleh tuntut claim MC boleh tuntut cacat kekal boleh tuntut bil perubatan dan jika melibatkan kematian waris pemandu teksi ini akan menerima Pencen sepertimana skim yang lainnya…samaaaaaa tapi di bawah skim yang berbedaaa haha..tak faham mai la jumpa aku habaq sampai faham kikiki..sama aje geng situasi kemalangan dengan skim yang lain iaitu kemalangan pi kerja balik kerja semasa bekerja..hehehe nak panjang lebar nanti lain kali aku tulis lagi secara detail.
4.Hahaha panjang lebar aku dok citer ni bukan apa aku nak minta hangpa war war kan agar pak cik2 hangpa yang memandu teksi, abang2 hangpa yang memandu teksi, kawan2 hangpa yang memandu teksi habaq la kat depa mencarumlah dengan PERKESO tak rugi baq hang..caruman PERKESO rendah sahaja ikut kemampuan kita..ada 4 jenis caruman pilihan hehehe senang cakap la..bahasa mudahnya ada RM157.20 setahun ada RM232.80 setahun ada RM442.80 setahun dan pilihan Maksimum caruman bagi skim ini RM592.80 setahun..bayaq setahun terus dan hangpa terus dilindungi…akak2 yang ada suami pandu teksi tu habaq la kat suami abang abang kalau abang sayang saya mencarumlah dengan PERKESO hehehe..sebab apa kalau jadi apa2 kat abang..PERKESO sedia membantu hahahaha..betul ni tak tipu sikit pun!!!habaq tauuuu..
5.Cara nak daftar jangan dok pening kepala hangpa pi aje ke pejabat PERKESO terdekat hehehe Inshallah depa akan bantu sebantu bantunya jangan dok risau jangan dok takut pi aje…kebanyakkan depa hensem2 macam aku waaaakah kah kah kah..pi la..hangpa tak kan menyesal kikikiki..

Sabtu, 9 September 2017

Penyakit Khidmat Claim dengan PERKESO

 
1.Penyakit Khidmat senang cakap dan dengan bahasa mudahnya merujuk apa sahaja penyakit yang terbit disebabkan kerja yang kta lakukan, penyakit ni bukannya hadir secara semula jadi atau hadir disebabkan  warisan turun temurun tapi ia hadir kerna kesan dari pekerjaan yang kita lakukan sehari hari.
2.Dalam blog ini sahaja dah berpuluh kali aku dok ceritakan berkenaan Penyakit Khidmat ni,tapi macam biasalah aku takkan jemu dok cerita benda yang sama dengan harapan dapat membantu hangpa semua.
 
3.Pelbagai jenis Penyakit Khidmat ni geng..ia berkaitan dengan kerja hakiki yang kita dok lakukan di tempat kerja, ok contohnya jika hangpa kerja di tempat yang bising serti mengendalikan mesin mesin yang besar berbelas belas tahun lamanya kerja lama kelamaan dulu tidak pekak la ni jadi pekak atau hilang pendengaran hehehe tu namanya hangpa dah mengalami Pentakit Khidmat..kalau dah pekak jangan dok tunggu lama-lama hahah claim lah dengan PERKESO pi opis depa ambil borang 34 maka bagi kat majikan ISI kikiki..
4.Dua tiga hari lepas aku ada ke sebuah kilang ayam..senang cakap kilang memproses ayam..kerja berbelas tahun di kilang ayam dok bermain dengan ayam dan kotoran ayam lama kelamaan habis rosak tangan sebab alahan pada bahan buangan ayam dan air dari ayam..habis tangan gatal,sakit berdenyut-denyut bengkak,rosak kuku dan sebagainya ia adalah penyakit khidmat dan boleh buat tuntutan dengan pihak PERKESO!caranya macam aku dok habaq tadi laaah..hangpa pi pejabat PERKESO terdekat ambil borang 34 dan minta majikan isi hehe..
5.Isi borang 34 tu pastikan isi di ruangan tuntutan Penyakit Khidmat sahaja, jangan dok isi tempat lain plak kakakaka...borang 34 tu senang aje ehhhh isi aje kiki..dan dalam tu akan disertakan borang Laporan Perubatan (LP) dan borang Laporan Perubatan tu kena hantar ke Hospital yang selalu hangpa dok terima rawatan..biasanya makan masa 2 minggu bekerja baru pihak Hospital keluarkan laporan Perubatan..pas dapat Laporan Perubatan tu hangpa hantarlah bersama borang 34 tu ke pejabat PERKESO terdekat...pastu tunggulah tak lama kemudian pihak PERKESO akan hantar surat panggil hangpa ke Jemaah Doktor Khas(JDK) Jemaah Doktor Khas (JDK) inilah yang akan menentukan hangpa mengalami Penyakit Khidmat atau tidak hehehe kalau alami Penyakit Khidmat nanti depa bagi la PERSEN(%) kikiki kalau tak alami Penyakit Khidmat maka tak dak apa2 bayaran lah hehehe..
 
6.Geng kesemua URUSAN ini adalah PERCUMA!!!!!

Khamis, 7 September 2017

Suami di rempuh lori balu tuntut pencen penakat Perkeso


1.Salam geng...maaf banyak2 geng..busy sokmo aku la ni haha banyak soalan2 dari hangpa memang x sempat nak jawab tapi aku cuba jugak jawab walaupun lambat..ampunnnn aku geng, banyak kes tuntutan perkeso nak kena aku selesaikan geng..pastu si blog aku ni plak buat hal hahaha jenuh tak dapat2 nak upload gambaq aduuuh ni baru la dapat tak tahu apa masalahnya..OK Geng..minggu lepas sempat juga aku membantu seorang balu india yang kematian suami akibat di rempuh sebuah lori yang mengundur dari tempat parkingnya dari atas bukit, kesian beliau meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital.
2.Apa yang nak aku habaq kat sini walaupun mati atas apa sahaja 'sebab' jika kita mencarum dengan pihak perkeso dan cukup dari segi kelayakan bulan caruman dan umur belum mencapai 60 tahun hangpa boleh tuntut Pencen Penakat dengan pihak Perkeso..Pencen Penakat ni aku sengaja dok ulang banyak kali sebab masih ramai yang masih kurang faham walaupun banyak dah dok ceritakan kat media..takpa aku takkan jemu cerita walaupun benda yang sama sebab aku yakin hangpa yang dok cari maklumat ni akan ada manfaatnya.
3.Jadi sebaik sahaja tahu akan kejadian tersebut aku pun pergila berkunjung ke kediaman keluarga yang baru kematian suami ni..jadi bila di buat semakan didapati suaminya layak dan  memenuhi syarat kelayakan pencen penakat jadi aku tolong isi borang tuntutan pencen penakat kat situ juga dan ambik segala dokumen yang di perlukan kat situ juga masa tu juga selepas semua siap aku bawa balik opis dan selesai hari yang sama!!!!Esoknya boss aku pi hantaq cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM)RM2000 kepada balu mendiang ni, balu si mati ini juga akan menerima pencen penakat secara bulanan sehingga beliau meninggal dunia,bagi syer anak2 pula hingga anak2 umur 21 tahun!!!!
4.Macam yang aku dok habaq tiap2 kali kat blog aku ni kalau berlaku sebarang kematian sila la ke pejabat Perkeso buat semakan dulu..tak rugi geng kita buat semakan kat perkeso untuk menentukan sama ada layak atau tidak tuntutan Pencen Penakat.SEMUA URUSAN ADALAH PERCUMA!!!