Selasa, 25 September 2018

Ekoran penutupan Kilang Malaysia Mosaic Kluang 450 pekerja hilang Pekerjaan..Perkeso hadir membawa Sinar

1.Aku ada terbaca dalam liputan sebuah Akhbar tempatan hari ni ada dinyatakan seramai 450 orang pekerja Malaysia Mosaic Kluang akan diberhentikan kerja ekoran penutupan kilang tersebut, yang difahamkan akan dilakukan pada 1 Oktober nanti..Pertamanya tak berapa terkejut sebab dah dapat makluman awal..masa tu aku doakan ia tak menjadi kenyataan, keduanya dah kedengaran ura-ura dah pun..tapi yang mengejutkan Allahu ramainya pekerja hilang pekerjaan bertabahlah wahai rakan2 sekelian..sudah tentu kita akan bayangkan bagaimanala nasib mereka nanti..setelah diberhentikan kerja ini??Para sahabat sekelian kamu harus kuat dan perlu membantu diri kamu sendiri berusaha untuk terus bertahan kuatkan semangat carilah peluang2 kerja lain yang ada diluar sana..berusaha inshallah kalian berjaya. Apa pun 1 Oktober nanti tutupla kilang ini secara rasmi...bukan semua 1 kilang saja dari 2 kilang yang ada..tapi tu la 450 pekerja hilang pekerjaan..ramai wooo..hmm tinggal kenangan..baik sangat aku dengan big bos HR kilang ni hehehe apa nak buat kilang dah mampu bertahan lagi..ramai kawan2 yang bekerja disini :(

2.Namun pihak kerajaan tidak sesekali membiarkan pekerja yang diberhentikan ini berseorangan dalam menghadapi situasi sukar yang langsung tidak diduga serta genting sebegini ianya sebuah kilang kukuh ramai pekerjanya ratusan orang tiba-tiba gagal bertahan siapa sangka..namun pihak kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah bertindak pantas dimana sebaik sahaja dimaklumkan oleh pihak Majikan ,yang mana memaklumkan kilang mereka akan menutup operasi dan seramai 450 pekerja terpaksa diberhentikan maka kita (perkeso) telah bertindak segera ke kilang tersebut menemui pihak pengurusan kilang dan juga menemui pekerja kilang terbabit,bahkan bukan itu sahaja pihak Perkeso turut membantu mereka mendaftar/membuat permohonan bantuan Interim di mana bantuan RM600 sebulan diberikan kepada para pekerja yang diberhentikan ini, semalam sahaja kira-kira 200 pekerja telah pun mengisi permohonan bantuan Interim ini dari pihak Perkeso..pehhh betapa Prihatinnya Perkeso..itu la nasibla SIP (Sistem Insurans Pekerjaan) telah diperkenalkan sedikit sebanyak dapat membantu!!!RM600 sebulan tu dibayar selama tiga bulan dengan syarat dalam tempoh 3 bulan tu masih gagal mendapat pekerjaan dan pekerja pula aktif mengikuti program penempatan pekerjaan dengan pihak Perkeso..kalau dah dapat kerja awal maka tiada lagi bayaran Interim untuk bulan berikutnya..hehe kena faham tu..hope dengan bantuan Perkeso ini ia mampu memberi sinar baru kepada para pekerja ni..
3.Bukan sekadar bantuan Interim sahaja para pekerja ini akan nikmati dari pihak Perkeso, bahkan mereka juga akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan baru dengan majikan yang lain melalui skim penempatan pekerjaan..percayalah kerajaan melalui pihak Perkeso sesekali tidak akan mengabaikan pekerja2 ini susah senang kita akan bersama sama mengharunginya geng..so selain mendapat bantuan dari pihak Perkeso jom kalian juga perlu membantu diri kalian sendiri ayuh bersama gembleng tenaga dan kerjasama untuk menyelesaikan masalah ini dengan jayanya..kerjalah dengan majikan yang menawarkan pekerjaan kepada kalian melalui skim penempatan pekerjaan ini..Inshallah semoga di permudahkan urusannya, dengan syarat janganla pilih kerja disaat kesukaran begini...
4.Bagi pekerja yang hilang pekerjaan sebab diberhentikan kerja seperti masalah penutupan kilang sebegini kalian boleh lah membuat permohonan bantuan Interim dari pihak Perkeso..Untuk makluman hangpa semua permohonan untuk bantuan Interim ini bolehlah dibuat secara Online di https://sip.perkeso.gov.my/ib/registration atau memuat turut borang tersebut atau terus hadir ke kaunter Perkeso terdekat atau hangpa pilihlah mana satu cara yang aku nyatakan tadi hehehe..jangan lupa dokumen diperlukan untuk permohonan ini adalah salinan kad pengenalan,salinan nombor akaun bank dan surat perberhentian kerja dari pihak majikan!tapi kalau tak faham jugak mai opis Perkeso lah lagi senang hahaha..

Sabtu, 22 September 2018

RM140 Trip Island Hopping berbaloi@Team Aluha Mersing


1.Dengan berbekalkan trip RM140 dari team Aluha boat Service Mersing, hangpa boleh pusing2 sambil snorkling beberapa buah pulau yang menarik kat Mersing Johor,jangan pandang rendah pada harga pakejnya yang rendah ituuu hahaha.. sememangnya harga terendah pernah aku temui untuk satu2 pakej snorkling setakat ini..snokling sambil pusing beberapa pulau yang menarik..bukan tu aje..termasuk sarapan pagi,makan tengahari yang terbaik setakat ini..trip termasuk makan minum hahaha..jarang2 ditemui tapi di Mersing sememangnya ada :)

2.Hmmm sebenarnya nak citer hehehe hari ni dengan gigihnya lepas subuh pandu kereta sorang2 pi Mersing..tak jauh pun dari rumah aku ni..dalam 1 jam perjalanan aje nak laju2 tak boleh geng lori banyak pagi2 jalan Kluang-Mersing tu..tiba Mersing walaupun ada disediakan sarapan pagi oleh penyedia pakej, aku macam biasa tak  lepaskan peluang makan nasi dagang best kat Mersing ni hehehe..lepas makan nasi dagang perut da kenyang baru pi jeti hehehe..jam 9.30 pagi dah naik bot hehehe maka bermula lah episode round2 pulau untuk trip kali kedua sebenarnya..


 
3.Setiap kali pi trip team Aluha depa tak jemu2 menyediakan aktiviti hiking walaupun dalam trip round island dan snorkling hahaha so buat kaki2 hiking leh la sekadar nak keluar peluh sambil menikmati view menari dari atas pulau cantik beb..jika trip pertama dulu aku ikut depa pi hiking di pulau tinggi yang mana bila kita hiking pulau tinggi atasnya ada air terjun..leh mandi2 dan kali ni tak masuk pulau tinggi..kita dibawa pula ke pulau seribuat hehehe hiking jugakla kat situ..hiking kat pulau seribuat ni ok la boleh la keluarkan peluh hahaha nak kata mencabar takla mencabar sangat.. namun bila sampai kat atas tuuu Allahuakbar cantik pemandangannye hehehe..buat kaki2 yang suka bergambar boleh la snap bebanyak gambar yang hangpa suka..hehehe hiking kat sini ada tali n ada trek ok aje pompuan leh naik dengan jaya nye kikikiki..sebelum mendaki depa bagi sarapan pagi...hangpa tahu depa bagi sarapan pagi apa??nasi dagang,mihun goreng,buah2 an minum..Allahuakbar kenyang buat kali kedua aku kah kah kah..



4.Selesai aktiviti hiking di pulau seribuat kami berlepas plak ke destinasi seterusnya ke ke sandbank pulau seribuat hehehe macam beting pasir yang panjang dan bersih..kat sini boleh bergambar..boleh mandi sepuasnya air cantik..hehehe tapi tak snokling kat sini..mandi dan jalan2 atas beting pasir yang memutih tu boleh melegakan keserabutan untuk seketika kah kah kah..



5.Lepas bosan lepak2 di sandbank kami dibawa pula ke pulau hujung hahahaha kat sini baru bermulanya episod snokling berjemaah hahaha pulau hujung airnya cantik jernih..kat sini boleh tahan coral2 boleh dikata menarik jugak..ikan pun banyak gak geng..geram aku macam nak tangkap bawa balik goreng pum sodap kot..sepsis nemo dan ada juga ikan menatang apa besar2 aku tah tahu namanya hahahaha..puas snorkling kami dihidangkan makanan tengahari pehhh lepas makan makan best wooooo bila snorkling perut cepat lapar..lapar aje dah ada makan tengahari terhidang apa nak kata lagi dengan pekej RM140 aku kira ia berbaloi la..hahaha best layan mamat bawa bot hahahaha professional..dua kali ikut trip ni Alhamdulilah best layan bot yang depa pandu pehhhh terangkat siot hahaha basah!!!



6.Berjam juga snokling di pulau hujung..lepas tu pi pulak pulau tengah hahaha kat sini snorkling lagi sampai lebam hahahaha..banyak ikan kat sini tapi coral kurang..ikan banyak..ka aku yang tak jumpa coralnya hahahaha..kami pergi lima bot..kelima-lima bot membuatkan suasana meriah penuh dengan 'geng kami' yang hakikatnya aku pi sorang2 aje hahahaha..last destinasi kami ke pulau Besar hehehe..kat pulau besar ni aktivitu bebas..maka berjalan lah aku menjelajah dari satu resort ke satu resort hahaha kalau lah masa panjang diberi kat sini mau aku pi jalan sepelusuk kawasan di pulau besar ni..hahahaha niat hati nak jumpa penduduk nak jumpa penghulu hahahaha tak sempat geng oiiit..hm kat sini sempatla pi jalan2 resort asenia, d coconut dan beberapa resort lain di pulau besar..hm tu la lain kali kalau sempat aku nak jelajah kat kampung2 di pulau besar ni hehehe mana tahu leh buat program kat sini kan kan





 
 

Khamis, 20 September 2018

Hampir 9 tahun budak bakong dengan Cerita Perkesonya ha ha ha

1.Pehh..diam tak diam hampir 9 tahun rupa-rupanya aku terjebak dalam dunia blog ni hahaha..macam mana boleh bertahan hingga 9 tahun ni tak tahu la nak habaq macam mana  haha 9 tahun..ya masih baru lagi..nasibla dalam 9 tahun ni masih mampu bertahan hahaha kadang-kadang kalau berkelapangan update la ia hahaha kalau tak berkelapangan mau berbulan juga la jawabnya diam membisu hahaha..bukan apa kadang-kadang line internet payah jugak nak dapat geng..hangpa tahu apa..berputar putar nak masuk satu2 gambar tauuu kikiki..itu satu hal..balik rumah dari kerja berperang pulak aku dengan 4 Humaira adoiiiii..kadang2 bila 4 Humaira ni bergabung tenaga haru geng macam rusuhan dah jadinya kah kah kah bila darurat kena la layan depa berempat tu dulu..last2 tak jadi ehhh update blog kah kah kah..ye la update pun masa free aje..kadang2 tertido awal pun hahaha..
2.Ramai gak kawan2 dok tanya pasai pa la blog hang ni kosong tak de iklan bagai..hahaha geng  memang aku sengaja tak pasang iklan bagai tu, sebab blog aku ni aku dah anggap satu pelaburan 'akhirat' Inshallah..doa la apa yang aku dok sampaikan kat sini boleh sedikit sebanyak pahala..hangpa doa aku murah rezeki panjang umur bahagia dunia akhirat dah cukup dahhh..hahaha maklumat yang baik hangpa ambikla..yang nakal2 tu hangpa jangan dok ambik plak kah kah kah..tapi aku memang seronokberkongsi maklumat dengan hangpa semua..kadang ia cukup membuatkan hati aku terhibur dan bahagia :)
3.Ada kawan2 dok tanya hang tak bosan ka tiap kali tulis blog tak habis habis update dan bercerita pasal Perkeso..tak bosan ka?haha aku cakap aku update pasai Perkeso dan bercerita pasai Perkeso sebab ramai orang tak tahu pasai Perkeso..dan kebetulan plak aku tahu hahahaha..tahu pun tak banyak sangatla setakat nak kongsi2 maklumat tu boleh lah..hangpa Tanya pelik-pelik ternga nga jugak aku heh hahaha..Namun Alhamdulilah beribu ribu pembaca blog aku mendapat manfaat..dan aku yakin dan sangat percaya ia lebih dari itu..sesungguhnya ia satu kepuasan yang sukar digambar dengan kata2.
4.Haha hangpa tahu dak bila melayan dan menjawab satu persatu soalan demi soalan,pertanyaan demi pertanyaan dari kalian menyebabkan aku tak pernah alpa untuk membuka blog ni pada setiap hari..geng amat rasa bersalah sangat aku jika tak sempat melayan hangpa..rasa bersalah sangat menyebabkan hangpa tertunggu tunggu..aduhaiiiii tpi apakan daya..bila penat dah datang sudahnya berdengkur di bantal jugak pengakhirannya hahahahaha pengakhiran yang membahagiakan kah kah kah..Tapi Alhamdulilah lambat atau cepat aku cuba sedaya upaya jawab dan beri maklumat setakat yang mampu..selebihnya hangpa pi opis laaa hahahaha..
 
 

Program Saringan Kesihatan Perkeso Makin Mudah!!!


Khamis, 13 September 2018

Cedera Ketika bersukan Mewakili Syarikat Boleh Claim Perkeso!!!

1.Akhir-akhir ni banyak pula soalan dari rakan-rakan kita, yang dok bertanya kat blog aku ni berkenaan kemalangan dan kecederaan yang berlaku ketika pekerja terbabit menyertai acara/pertandingan sukan mewakili majikan/syarikat/jabatan dalam pelbagai acara sukan sama ada boleh claim dengan Perkeso atau tidak hahaha..ramai geng yang dok tanya..aku rasa dah banyak kali dok habaq tapi takpa sebab hangpa tanya jadi aku habaq sekali lagi hehehe semoga ia boleh sikit sebanyak membantu hangpa menambah ilmu berkenaan Perkeso ni..terutama sekali geng2 HR( Sumber Manusia) ni biar depa celik sikit tentang apa yang kita patut dapat dari Perkeso itu hak kita kan kan..tuntut selagi dibenarkan tuntut hehehe.
2.Macam ni..yang aku maksudkan ni adalah kecederaan ketika hangpa terlibat dalam acara2 sukan yang mana dalam acara tu hangpa mewakili team majikan hangpa,baik sebagai contoh hangpa main bola sepak mewakili kilang cawangan A dan bertemu plak dengan team kilang cawangan B dari majikan yang samala..main2 bola pong pang pong pang tiba2 kena terjah kikiki patah kaki hahahaha maka kecederaan ketika bermain sukan mewakili majikan itu adalah boleh claim dengan pihak Perkeso!!!itu hanya contoh la banyak lagi la contoh lain..katalah hangpa ada karnival sukan di mana Zon Selatan lawan Utara main lah sukan apa pun bila cedera ketika pertandingan mewakili majikan maka boleh claim dengan Perkeso ingat aku cakap ni boleh CLAIM!!!
 
3.Cara buat tuntutan macam biasalah geng..minta majikan hangpa la buat tuntutan dengan mengunakan borang 34 Perkeso...haaa isi bahagian kemalangan..kat situ bagitahu la kecederaan apa dan bagaimana kejadian berlaku..contohnya ketika sedang menyertai pertandingan badminton mewakili kilang A lawan Kilang B tiba2 raket yang di pegang lawan telah terkena kepala saya lalu pecah kepala hahahaha boleh aje claim..hahahaha itu contoh oiiit hahaha banyak lagi lahhh..hahaha
4.Tapi kena ingatla geng bila mana nak buat claim ni macam biasalah..hangpa kena usaha la sikit..pastikan MC/Cuti Sakit kena ada 4 hari la..pastu dilampirkan bersama bukti-bukti hangpa terlibat dalam pertandingan sukan tu..contohnya gambar pertandingan,senarai nama peserta,jadual pertandingan..haaaa tak susah senang sangat fotostat aje surat2 atau email berkenaan pertandingan yang hangpa serta yang pasti ia mesti Mewakili pihak majikan!!!kalau main suka2 main2 kampong main2 lepas kerja dengan kawan2 ITU TAK BOLEH CLAIM hahahaha..yang aku dok habaq ni claim kecederaan kerana menyertai sukan rasmi yang dianjurkan majikan!!!!hahahaha yang dianjur pati polik kampong sorry bro tak leh claim kalau hangpa cedera lagi2 kalau dok gaduh bagai kah kah kah..
5.Tak susah pun tuntutan ni,bila tuntutan di hantar macam biasa kita cepat aje buat siasatannya dan jika benar hangpa cedera ketika pertandingan itu maka sudah pasti setiap cuti sakit yang hangpa terima akan dibayar oleh pihak Perkeso..bukan itu sahaja bil2 perubatan pun Perkeso bayar,pemulihan dan sebagainya..naaaaa prihatin kan Perkeso!!!sapa nak bagi sebaik Perkeso ni hehehe..jangan kata susah bila kita tahu ia menjadi amat amat senang geng..tak faham lagi mai tanya aku ni hah!!!
 
 
 

Sabtu, 8 September 2018

Kunjungilah Booth Pameran Perkeso@Tanyalah Pelbagai Persoalan berkenaan Perkeso Jangan Malu2

1.Setiap kali ada jemputan untuk mengadakan pameran atau ceramah berkenaan Perkeso Inshallah Perkeso jarang sekali menghampakan jemputan yang datang kepadanya..hehehe pantang dijemput Inshallah depa pi la tempat hangpa atau program hangpa, dan jangan risau khidmat pameran dan ceramah dari Perkeso sentiasa PERCUMA, Inshallah jika tak bertembung dengan program atau jemputan lain yang mana terdahulula kompem depa pi nye lahhh..kebanyakkan program pameran dan ceramah ni plak banyak yang jatuh pada hari cuti hahaha. biasa macam tu la kah kah kah..jangan risau cuti pun kami mai dek oiiii kerja nyer pasai hahaha..apa yang lebih utama ialah, penyampaikan maklumat kepada masyarakat dapat direalisasikan dengan jayanya seperti mana matlamat pihak yang menjemput kami..kikiki masuk kampong masuk taman perumahan masuk penempatan orang asal..masuk ladang2 heheh masuk pasar2 ikan pun dah jadi perkara biasa dek oiii kikiki..
2.Namun kebanyakkan pameran2 yang kami sertai (tempat aku la kikiki tempat lain tak leh aku nak komen kah kah kah )kunjungan dan sambutan untuk booth pameran kami ni tak la semeriah booth2 pameran lain hahaha walaupun yang ditampilkan bukan sahaja bahan pameran terbaik dari kami dan terkini dari Perkeso, lebih dari itu penjaga booth pameran plak hensem dan jelitawan semuanya hahaha ala2 model kah kah kah..kita kena akui biasanya pameran berbentuk 'berat', ilmiah dan teknikal macam ni tak kan ramai orang akan mengunjungi hehe dengan kata lain tak ramai akan singgah berbanding booth2 pemeriksaan kesihatan..booth2 makanan..booth2 gajet dan lain2 lah hahaha..yang singgah banyak yang tanya kerja kosong ada ka bang hahahaha..nak keje dengan Perkeso..
3.Alangkah baiknya jika peluang2 pameran sebegini yang disertai Perkeso hangpa pi dan ambik peluang berjumpa dan mengenali lebih dekat peranan dan fungsi Perkeso dan cuba fahami faedah2 yang disediakan dan cara bagaimana nak buat tuntutan dengan Perkeso..mana tahu berguna nanti kompem bergunalahhh..bertanyalah seberapa banyak soalan yang yang hangpa tak faham,bukan semua yang tahu pa itu Pencen Penakat, bukan semua tahu apa itu Pencen Ilat..tanyalah apa sahaja yang bermain difikiran yang tak faham2 berkenaan Perkeso masa depa dok buat pameran tu Inshallah depa jawab secara berdepan biar depa jawab sampai hangpa puas hati..so sepatutnya guna peluang yang ada tu macam2 boleh tanya..tapi tu la bila ada pameran macam ni jarang kami dihujani soalan hahaha..hangpa tahu dak kalau hangpa tak tanya apa-apa hangpa rugi..dan yang lebih lagi besar impaknya adalah ia menjadi ubat paling mujabarab untuk melenakan kami di booth pameran hahahahaha..bosan woooo kalau hangpa tak jenguk booth kami :)
 

Rabu, 5 September 2018

teliti punca sebenar penyakit baru claim penyakit khidmat jika ia berpunca dari kerja!

1.Tuntutan Penyakit Khidmat ni senang aje nak faham hehe tak susah pun untuk hangpa memahaminya..dalam blog aku ni dah banyak kali dok bicarakan bab tuntutan penyakit khidmat kalau tak paham lagi nak kena sekeh ni bahahahaha..geng penyakit khidmat ni adalah penyakit yang ada dalam jadual kelima socso..ada lah jenis2 penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit khidmat yang  sudah pasti penyakit itu muncul disebabkan kerja..alaaa kalau kerja tempat bising hari2 bertahun tahun lama2 pekak tu penyakit khidmat la tuuu kikii..
 
2.Tapi ada juga  pekerja yang dapat penyakit secara semula jadi..penyakit diwarisi keturunan seperti asma,darah tinggi dan lain2 ia bukan penyakit khidmat..namun banyak yang dok hantar hahaha hangpa ni main hentam aje hahaha..apa pun kalau dah hantar kat perkeso/socso mau tak mahu kita kena siasat macam biasala..tak leh nak tolok macam tu aje geng..baru adil baru dinamakan Perkeso itu Prihatin hehehe.
3.Macam dalam kes aku siasat hari ni adalah kes rabun mata..sebenarnya pekerja ni rabun mata/penglihatan sejak umur 8 tahun lagi..masa umur 8 tahun dah kena pakai kaca mata..sooo bila dewasa bila dah kerja dia pi kata rabun matanya sebab kerja ..sebab tengok computer...iya la semua kerja sekarang guna computer..tapi itu la bila kita siasat kita tengok semua sekali termasuk sejarah perubatannya..macam aku habaq tadi walau kita tahu matanya rabun dari kecil namun kalau dah hantar kita kena proses macam biasa...kena siasat macam biasa dan kena buat lawatan ke tempat kerja macam biasa..yang putusnya nanti adalah pihak Jemaah Doktor Khas yang akan bersidang sama ada kes ini boleh disahkan mengalami penyakit khidmat atau tidak...tapi macam aku habaq tadi penyakit khidmat adalah penyakit yang disebabkan kerja!!!kalau sakit tu semuala jadi..sakit yang dah ada ia bukan penyakit khidmat!Senang aje nak faham kan geng :)

Selasa, 4 September 2018

kemalangan tempat kerja perlu dapatkan rawatan segera!

1.Hahaha banyak yang dok tanya aku berkenaan  boleh atau tidak claim dibuat bila mana lewat dapatkan rawatan selepas alami kemalangan di tempat kerja..hehe jawabnya boleh pasai pa tak boleh jika benar berlaku kemalangan di tempat kerja!!!sudah pasti boleh geng sapa habaq tak boleh hahaha tu hak kita!!!boleh sahaja claim dengan Perkeso namun macam aku selalu dok nasihat hangpala..bila berlaku kemalangan di tempat kerja jatuh ke atau ditimpa barang berat ke menyebabkan berlaku kesakitan,bengkak pada anggota badan jangan dok tangguh untuk dapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital pada hari tu jugak!ini selain untuk memastikan hangpa dapat rawatan awal untuk kecederaan hangpa dan satu lagi ia cukup membantu menyenangkan hangpa membuat tuntutan degan pihak Perkeso ia lah jatuh hari ni..hari ni jugak pi hospital bukan tunggu 2-3 hari tangan dah bengkak dan lebam dan tak leh angkat tangan baru nak pi hospital!!!hahaha..geng pilihlah jalan yang senang jangan pilih jalan berliku liku hahahaha..tangguh 2-3 hari nanti macam2 leh syak kat hangpa kikiki..
2.Macam kes aku jumpa hari ni pun sama,jari kelingking tangan kiri retak di hempap kotak ketika kemas dan susun barang kat stor tempat kerja..selepas kejadian sakit2 sikit aje..dia tak pi dapatkan rawatan..sebelah malam dah mula denyut2 esoknya tak pi lagi hospital sebaliknya terus datang kerja seperti biasa hahaha..3 hari kemudian bila dah tak boleh tahan jari dah bengkak baru lah terkial kial pi klinik..pi klinik doctor kata retak baru lah kelam kabut pi hospital...hehe dapat cuti sakit lama plak tu aiyaaa..so kalau dah 3-4 hari kejadian baru pi hospital baru pi rawatan bukan tak boleh claim boleh sahaja geng..cuma rumit sikit siasatannya..tu yang aku selalu nasihat pi dapat rawatan segera di mana mana klinik atau hospital jika berlaku kemalangan di tempat kerja tak kiralah kecil ka besar ka kemalangan tu..
lambat kan dapat rawatan..kena 9hb..retak tuuu..pi hospital 13hb??ini yang rumit sikit..kalau hangpa pun hangpa akan syak macam2 kan kan kan..sooo nak senangkan dan tak nak rumitkan tuntutan macam aku cakap tadi kemalangan aje terus dapatkan RAWATAN hari yang sama!hehehe selesai masalah.