1.Program Subsidi Upah(PSU)PERKESO ini amat mudah untuk dimohon dan yang penting diluluskan dengan segera, syaratnya semua dilengkapkan dengan betul,ya lah ini kali pertama program ini dilaksanakan, yang kita tak jangka sama sekali bahkan kalau tiada pandemik Covid 19 sudah pasti program ini tidak akan wujud pun. Matlamat program ini memang untuk membantu majikan untuk membayar gaji pekerja ya itu kita semua maklum. Oleh itu apa yang sangat penting semasa mengisi atas talian(online)berhati hatilah jangan tersalah isi yang menyebabkan permohonan lambat diluluskan ekoran permohonan yang kita lakukan di kuiri oleh pihak PERKESO. Bila dikuiri memang lambat la jawabnya..ia berbalik pada respon majikan sendiri kalau majikan cepat respon apa yang dikuiri PERKESO ia tidak ada masalah namun apabila di kuiri majikan mengambil masa yang lama untuk menjawab kuiri tersebut maka sudah pasti banyak masa terbuang disitu. Kesilapan kita, kena kita akui jangan la jadikan pihak PERKESO Panching bags!Melepaskan kemarahan bertubi-tubi padahal silap sendiri adalah sesuatu yang amat memalukan!
2.Berdasarkan pengalaman saya terdapat pelbagai kesalahan dikesan semasa pihak majikan mengisi permohonan Program Subsidi Upah(PSU)PERKESO. Ya seperti kita sedia maklum kesalahan utama pihak majikan adalah silap dalam mengisi nombor BRN ia mencatat peratusan paling tinggi sebanyak 79.88% inilah antara punca besar mengapa kes yang telah diluluskan namun wang bayaran tidak dapat dimasukkan ke akauan majikan!Nombor BRN ini bukan permintaan PERKESO namun ia adalah syarat utama pihak bank untuk pembayaran melalui FPX jadi mahu tidak mahu kita kena ikut!Nombor BRN itu sebenarnya cukup mudah kalian pergi sahaja ke bank kalian dan tanya bank apa nombor BRN bank syarikat kalian..bukan payah pun!Dan kalau tidak ada akaun bank syarikat khususnya majikan yang menggunakan bank persendirian nombor BRN jangan sekali kali mengunakan nombor SSM/Pendaftaran syarikat!!!ia TIDAK BETUL!!!bertindak pandai memandai ni yang menjadi masalah!Kalau tak tahu mohon bertanya bukan main belasah..bila salah kita pulak dimakinya hawau sungguh!Untuk syarikat yang tiada Akuan Bank Syarikat dan mengunakan bank peribadi majikan maka nombor BRN adalah nombor KAD PENGENALAN MAJIKAN tanpa ada tanda(-)hahaha tulis nombor sahaja!OK bila kita dapat kesan kesilapan nombor BRN ini pihak PERKESO bukan peluk tubuh gais sesedap rasa je kata tak kuiri senyap bisu tiada Pegawai PERKESO hubungi depa..nak ketawa ka nak nangis saya pun tak tahu lah haha untuk makluman pihak PERKESO melalui Pegawai Penyemak bekerja siang malam 7 hari seminggu gais..bila begini kami akan kuiri dengan cara pertamanya melalui panggilan telefon dan keduanya melalui email.Jadi bila kami hubungi sila la jawab!bila email sila la jawab!Bila hangpa jawab dan mengambil tindakan SEGERA membuat pembetulan maka ia lebih mempercepatkan kelulusan dan pembayaran wang Program Subsidi Upah lebih cepat!
nombor BRN perlu di isi tanpa tanda (-)
majikan dihubungi melalui pangilan telefon,sms dan email!
3.Saya tak nak sentuh pasal nombor akaun salah,nombor akaun tidak aktif!sebab saya tak jumpa lagi kesalahan melibatkan nombor akaun tidak betul dan nombor akaun tidak aktif so tak tak nak komen yang tu, lebih elok saya komen kesalahan majikan yang sering saya dapat mengesannya sepanjang dok semak kes permohonan Program Subsidi Upah ni. Kalau nak kira tak terkira pulak saya banyaknya majikan mengisi nombor Kod Majikan yang salah!Pelik hairan saya dibuatnya tak kan lah benda macam ni pun hangpa boleh salah tulis gais kemonlah gais!Isian atas talian(online)ni baca lah sampai hangpa puas hati semaklah betul-betul baru lah hantar..kelam kabut pi isi benda lain kat Kod majikan pasai apa!bila hangpa isi Kod majikan salah kita kena semak keseluruhan cari kod majikan yang betul buat hangpa..itu satu hal lagi satu hal bila dokumen wajib isi seperti borang PSU 50 hangpa bedal nombor SSM/Pendaftaran syarikat kat situ buat apa!nak pinda borang PSU 50 kami tak boleh suka hati pinda gais!kena la kuiri lagi satu hal!isu ni depa tak tekan kan tapi aku tekan kan sebab banyak majikans alah mengisi borang atas talian nombor Kod Majikan salah!Kod majikan salah kod majikan salah kod majikan!!!
nombor kod majikan salah
nombor kod majikan salah
Apakah kami diam bila kesalahan ini berlaku?peluk tubuh dan makan kuaci sahaja ka?gais apabila ia melibatkan dokumen wajib dan tidak boleh dibetulkan sesuka hati jadi kita hubungi majikan melalui panggilan telefon,kalau tak jawab kita sms tak jawab juga kita email!ia dinamakan kuiri!gais tolongla cepat ambil tindakan pembetulah jika sekiranya kami hubungi!Saya hubungi majikan ni banyakla saya tak suka benda tertangguh sebab akhirnya kita akan dipersalahkan hahaha nak salahkan orang cukup mudah gais lagi-lagi bab maki berjemaah dalam Facebook Rasmi kami haha cukup mendamaikan hati bila saya bacanya hm pahala free jangan ditolak gais!tapi bila anak isteri kami baca makian hangpa ia amat memedihkan hati!!!!!!Gais bukan seorang tapi ratusan yang kami kuiri kami pulak tunggu jawapan mereka berjam bahkan berhari-hari!padahal kuiri melalui sms,call dah ni bukan surat atau email gais hahaha..takpa la hangpa semua betul!bab maki bagi la kami berbakul takpa gais haha kami terima dengan redha dan sesuci hati!7 hari bekerja bawak ke malam sampai ke sahur duk semak permohonan ni..pengorbanan ni hangpa tak nampak gais!
tunggu email dari jam 1 dekat nak jam 6 baru email macam ni tak kuiri lagi ka
4.Semasa kalian mohon secara atas talian(online) semak betul-betul pada bahagian excel nama pekerja yang nak dimohon Program Subsidi Upah!banyak majikan mereka main belasah aje isi nama pekerja kat ruangan excel tu. Nasihat saya kalian isi nama pekerja yang betul-betul layak sahaja jangan la dicuba dan diuji kami dengan berbohong dengan cara mengisi nama pekerja tidak layak. Cubaan begini melambatkan kami untuk menapis satu persatu pekerja yang betul-betul layak! Gais pekerja yang layak adalah pekerja yang didaftarkan sebelum 1 April 2020!selebih dari tu tak layak dan janganla dok mencuba nak jugak isinya!lepas tu acah-acah tanya kenapa pekerja itu dan ini tak layak, sebab tak layak kamu sendiri tahu!kamu dah ambil pekerja lama..pakai depa bekerja tak carum PERKESO tak daftar mereka dengan PERKESO pastu tanya kenapa pekerja ini tak layak?haha kemonla..semasa mengisi excel nama pekerja itu semaklah dulu betul-betul puas hati dan elok kejadian excelnya baru lah hantar sedap mata kami membaca dan menyemaknya..gais banyak majikan yang saya semak saya dapati excel nama pekerja tiada!excel nama pekerja tak boleh dibuka!excel nama pekerja main letak nama sahaja tanpa bin binti aiyaaa..ini dokumen rasmi isi la elok-elok. Bila berlaku sebegini kita penyemak tak boleh main ubah-ubah atas talian sebab ia dokumen wajib isi majikan,so memang kita tak boleh ubahs esuka hati lalu mula lah episod menghubungi majikan seperti lazimnya haha mengunakaan kaedah saya nyatakan tadi..kalau kita semak waktu bekerja ok majikan terus kita hubungi call depa sahaja..kalau kita semak sampai malam bawak ke sahur kita terpaksa guna email dan sms sahaja dengan harapan waktu2 pagi buta sebegitu 1/2 malam esoknya majikan baca dan terus bagi maklum balas!takkan nak call hangpa jam 3-4 pagi!tapi itulah masa kami bekerja yang kalian tidak tahu dari pagi kerja biasa bawak la balik ke rumah sampai malam sampai pagi sampai sahur!
excel nama pekerja macam ni mana boleh nak baca gais
5.Akuan Pengisytiharan PSU 50 adalah dokumen wajib perlu di isi dan ditandatangani dengan betul.Borang ni pun banyak majikan buat silap! Kebanyakkan majikan buat silap bila mengisi borang ini di bahagian nombor Kod Majikan depa pi isi nombor Pendaftaran Perniagaan/SSM ini tidak betul sama-sekali, dan pembetulan borang ini tidak boleh dibuat oleh pihak PERKESO lalu kena kuiri hubungi majikan dan minta segera perbetulkan dan email kami balik untuk di masukkan dalam lampiran baru mengantikan dokumen lama yang salah!kat situ jelas dah tulis kod majikan kod majikan kod majikan nape la pi jugak isi nombor lain..tak tahu la sebab alasan ada pada hangpa semua. Gais perkara yang saya sebut itu seringkali majikan lakukannya sepanjang saya menyemak permohonan Program Subsidi Upah ni benda ni lah yang sebenarnya melambatkan proses kelulusan dan seterusnya pembayaran wang Subsidi Upah.Jujur saya katakan semakan dibuat oleh Pegawai Penyemak adalah cukup pantas dan bekerja 7 hari seminggu!Kes disemak dengan cepat tanpa meninggalkan aspek2 penting kesalahan yang hangpa buat perlu dibetulkan kami cari hubungi hangpa sampai isu selesai!Menuduh kami berdiam diri tanpa apa apa khabar berita adalah tuduhan tidak tepat sama sekali gais.
kuiri atas kesilapan mengisi borang PSU 50
Ok lah gais ini kali terakhir saya tulis bab Program Subsidi Upah haha lepas ni malas dah nak tulis bab ni kita patah balik bab tuntutan faedah lagi syok gais hahaha..program subsidi upah ni berjaya menengelamkan 1001 macam kebaikan PERKESO lakukan sebelum ini haiyaaa..haha gais isu ini akan berakhir sikit masa lagi..data rasmi menunjukkan 94 % permohonan telah pun diluluskan Alhamdulilah..lain-lain Inshallah permasalahan akan ke penghujung juga akhirnya nanti haha..Gais macam biasa saya menulis saje suka-suka nak menjawab makian di Facebook Rasmi bukan cara saya..nak gaduh kat situ bukan cara saya nak cari pasai bukan cara saya haha kita cerita benda yang betul saje la..kita cerita setakat mana boleh cerita la..atas pengalaman terlibat dalam benda ni secara langsung..tulisan ini dari diri saya yang hina dan kekurangan ilmu ia tidak melibatkan organisasi saya dan jabatan saya..tulisan saya lahir dari hati ikhlas dan ianya sentiasa ditulis tanpa suruhan arahan dan upahan sesiapa saya bebas menulis ikut suka hati saya hahaha..saya tulis bukan untuk kamu baca,sekadar simpanan dan rekod saya dikemudian hari tak suka pi main jauh2 hahaha..apa yang saya sebut itu betul dan contoh2 beratus tapi tak kan nak masuk semua gais!