1.Tak banyak masa lagi yang tinggal untuk golongan wanita yang
bekerja sendiri dalam pelbagai sektor Informal untuk merebut peluang keemasan
mencarum dibawah Program SPS Prihatin Wanita! Hope hangpa semua bangkitlah
wahai wanita yang bekerja sendiri haha..ya gaiss tinggal 2 bulan lebih sahaja
lagi gaiss SPS Prihatin Wanita akan tamat pada 31 Disember 2021. setelah ia
bermula secara rasmi sejak 1 April 2021.Tak banyak masa dah ni rugi jika tidak
direbut peluang ini gaiss hehe bukan jejaka ‘hensem’ sahaja yang perlu ‘direbut’
gaiss tapi peluang untuk diri dilindungi juga wajar di ‘rebut’ gais haha.
2.Sejak SPS Prihatin Wanita di umumkan oleh YAB Perdana Menteri
dibawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada 17 Mac
2021 golongan wanita yang bekerja sendiri dari pelbagai sektor Informal
akan dilindungi PERKESO dibawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
dibawah SPS Prihatin Wanita.Untung Wanita siap ada SPS Prihatin Wanita..tak dak
plak SPS Prihatin Lelaki hahaha yang ni jangan tanya aku la, memang tak leh nak
jawab hahaha barangkali lelaki sukar untuk di Prihatinkan bahaha..diri untuk
menyayangi bukan untuk disayangi gais kah kah kah..
3.SPS Prihatin Wanita ini bukti prihatinnya YAB Perdaa Menteri
untuk melindungi golongan wanita yang bekerja sendiri dalam pelbagai
sektor Informal, apakan tidaknya gaiss bayaran caruman untuk SPS Prihatin
Wanita ini 70% nya dibiayai pihak Kerajaan manakala hangpa wanita sekalian
hanya perlu bayar 30% sahaja, ia adalah lebih dari berbaloi dengan pelbagai
faedah yang bakal dinikmati dibawah pelan caruman 2 yang disediakan pihak
PERKESO, dimana pelan ni sebenarnya carumanya adalah RM232.80 namun seperti aku
katakan tadi hangpa just bayar 30% iaitu RM69.80 manakala selebihnya 70% lagi
dibayar oleh pihak Kerajaan sebanyak RM163.00.
4.Gais Pelbagai Faedah SPS Prihatin Wanita ini seandainya berlaku sesuatu
kemalangan/kecelakaan semasa berkaitan kerja..pi kerja kemlaangan atau balik
kerja kemalangan ataus emasa kerja kemalangan atau yang berkaitan kerja lah
dapat ajo cuti sakit minima 4 hari boleh la buat tuntutan dengan PERKESO setiap
1 hari dari cuti sakit itu PERKESO akan bayar RM41.33, jika meninggal dunia
disebabkan kerja tadi bayaran Pencen bulanan untuk Faedah Orang Tanggungan
sebanyak RM1395,Bayaran Faedah Pengurusan Mayat RM2000 dan banyak lagi lah..hangpa
boleh pi terus baca sini gais haha..👇
https://www.perkeso.gov.my/images/pemerkasa/prihatinwanita/210331_FAQ_SPS_Prihatin_Wanita_-_Final.pdf
5.Banyak Cara untuk mendaftar dan membuat Caruman SPS Prihatin
Wanita ni gais..boleh sahaja buat secara Online dan boleh juga terus berkunjung
ke pejabat PERKESO terdekat..bawa lah salinan ic,salinan apa2 lesen sepeti SSM
atau permit niaga atau apa2 lesen perniagaan hangpa ada..jangan lupa bawa duit
RM69.80 juga hahaha..lebih afdal bawa cukup2 RM69.80 haha kaunter baisa payah
ada duit pecahan ni hahaha..sebenarnya banyak libat urus dengan pelbagai
pihak/agensi/wakil masyarakat setempat untuk war-warkan tentang SPS Prihatin Wanita
ni tapi macam tu lah tak semua golongan wnaita kita ambil kesempatan yang
terhidang ni gaiss..rebutla peluang ni dah tak lama dah ni nak sampai tarikh
tutupnya 31 Disember 2021.Gaiss hanya bayaran RM69.80 sahaja untuk setahun
perlindungan mana nak dapat macam ni gaisss!!!