Jumaat, 31 Disember 2021

Sampah buang merata gais!

 

1.Esok kita dah tahun baru 2022 cepatnya masa berlalu. Semoga tahun baru memberi 1001 kebaikkan Inshallah. Semoga tahun baru ini memberi azam untuk kita berubah ke arah lebih baik dari segi segenap segi..elok sangatla tinggal yang buruk-buruk jangan dibawa ke tahun baru.

2.Dalam sehari dua ni saja aku dok perhatikan kawasan buangan sampah sebuah taman Perumahan di Pasir Mas ni,elok sangat pihak Majlis Daerah Pasir Mas dah letak kan punyer la besar tong untuk pembuangan sampah namun tabiat buang sampah ikut suka dan sesedap rasa segelintir manusia ni mengundang sakit mata orang ramai. Sampah dibuang sesuka hati diluar tong yang disediakan..jadah sungguh. Sampah main tabur sesuka hati..tidak pelik banyak kali Nota amaran ditinggalkan agar mereka-mereka ini buang sampah di tempat yang betu namun pemikiran kolot dan sakit jiwa tetap mengulangi mungkin bertambah seronok untuk mengulanginya..

3.Hmm hari ni pun sama hahaha sahaja pusing pagi..ada sampah juga diletakkan diluar tong..pusing tengahari hahaha nahhh mesin basuh plak gaiss hahaha syaitonnn betul hahaha..




Khamis, 23 Disember 2021

TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO/PENCEN PERKESO TAHUN 2022

Gais pihak PERKESO telah mengeluarkan jadual tarikh-tarikh bayaran Pencen PERKESO/bayaran berkala faedah PERKESO bagi tahun 2022..sila klik link dibawah ni gais :)

klik link jadual bayaran pencen perkeso tahun 2022

Sabtu, 6 November 2021

SIP EMP+ WAHAI BUKAN PENCARUM PERKESO YANG MENGANGGUR REBUTLAH PELUANG INI!

1.Bertemakan'Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera'intipati bajet 2022 disifatkan agak menyeluruh untuk membantu rakyat berteraskan tiga prinsip utama iaitu Memperkukuh Pemulihan,Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan. Bajet 2022 ini berjalan sejajar dengan Rancangan Malaysia ke 12 (RMK 12).

2.Apabila bercerita tentang bajet 2022 ini, ramai yang bertanya kamu dapat apa kau dapat apa aku dapat pa kita dapat apa?yup semua rakyat Malaysia/Keluarga Malaysia dapat apa sebenarnya?rasanya semua telah mengentahuinya bahkan sedang berkira-kira dan menunggu untuk menikmatinya.

3.Biarlah rakyat ulas dan bercakap mengenai bajet 2022 itu hak mereka kita bebas melontarkan pendapat walaupun wujud pertentangan pendapat biarkan ia sekadar memeriahkan suasana bukan pemanas suasana..waima di kedai kopi pun bab bajet 2022 masing belum reda hehe termasuk bab pengeluaran kwsp RM10 ribu kan kan..

4.Bajet 2022 juga memberi cabaran besar juga pada sesetengah Jabatan untuk menyampaikan apa yang diputuskan dan diberi melalui bajet 2022 secara langsung mahupun tidak langsung kepada sasaran, melalui Bajet 2022 pihak PERKESO diberi peranan penting untuk melipatgandakan usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada keluarga Malaysia dengan pelbagai inisatif terutamanya dibawah #jaminkerja-inisiatifpengajian!haha walaupun pun bukanlah keparakan saya untuk bercakap benda berat sebegini tapi setakat sembang di kedai kopi boleh la.Sebenarnya banyak inisiatif yang diberi oleh pihak kerajaan melalui PERKESO dalam bajet 2022 untuk keluarga Malaysia terutamanya untuk membantu rakyat memperoleh pekerjaan dan membantu meringankan usaha keluarga Malaysia ini untuk mencari kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga beroleh pekerjaan yang diinginkan!

6.Satu contoh mudah untuk dinyatakan disini, mereka yang belum mencarum PERKESO dan belum pernah bekerja sekali pun apatah la menyumbang caruman pada PERKESO pun PERKESO bantu untuk meringankan bebanan kalian dalam mencari pekerjaan..caranya cukup mudah semudah ABC!!!melalui SIP EMP+ untuk kepada BUKAN PENCARUM PERKESO kalian hanya perlu mendaftar ke portal myfuturejobs dan membuat pencarian kerja disitu dan hadir 3 temuduga dalam hanya SEBULAN..tiga kali dalam sebulan sahaja bukan 30 kali dalam sebulan kalau lebih lagi bagus sebab nak kepada kerja kan!..selesai temuduga update dalam Aplikasi prihatin perkeso atau matrix atau mana2 portal yang akan diumum kemudian (kot2 ada cara/portal baru plak la pasni)hangpa akan dibayar RM300 atas usaha hangpa mencari kerja untuk diri hangpa SENDIRI!kalau tak dapat lagi kerja untuk sebulan itu maka bulan kedua carilah kerja lagi hadirlah temuduga 3 kali secara bersemuka atau online claim plak dengan PERKESO dapat lagi RM300..tak dapat lagi kerja masuk plak bulan ke 3 buat benda sama Inshallah hadir 3 temuduga lagi secara bersemuka atau online dapat lagi RM300!!!beb RM300 ini bukan GAJI bukan saja-saja bagi hangpa enjoy haha beli rokok atau shiha beb ini untuk modalkan hangpa hadir mana-mana temuduga bukan untuk sesiapa tapi untuk diri dan masa depan hangpa sendiri..hangpa USAHA dan Ikhlas hangpa dapatlah nikmatnya Inshallah!dapat kerja dalam tempoh 3 bulan atau mana awal dari tu PERKESO bagi pulak RM400 free aje gaiss..bukan kena bayar balik pun. Ambik peluang ini tolonglah gaiss!

7.SIP EMP+ untuk BUKAN PENCARUM PERKESO ini adalah satu peluang terbuka untuk kalian gunakan sebaik mungkin!tidaklah susah..hanya sebulan 3 kali temuduga sahaja..dulu kita keluarkan duit poket kita sendiri naik bas bagai nak hadir temuduga..naik prebet sapu, la ni ada grab gaiss..la ni lagi senang tak payah hadir bersemuka ada online temuduga lagi! Kita nak kerja bukan nak pada RM300 tu!

9.Pejabat SIP Perkeso seluruh Negara banyak menganjurkan karnival pekerjaan bahkan hujung minggu pun ada sahaja temuduga secara online yang mereka aturkan,rebutlah peluang ini bukan RM300 yang nak dikejar namun kerja idaman untuk mencari nafkah rezeki yang halal untuk diri dan keluarga kalian! haha panjang pulak..ni baru bab SIP EMP+ untuk AWAM/BUkan Pencarum PERKESO belum lagi bercakap bab PENCARUM PERKESO lagi ni esok-esok plak gaiss.

https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/

#kreadit gambaq aku rembat kat FB rasmi PERKESO

Selasa, 2 November 2021

Terima Kasih BOMBA Kelantan!

 

1.Terima kasih Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, hari ni mereka lakukan proses sanitasi lagi di ruangan kaunter dan sekitarnya, kalau tak silap sepanjang tahun ni dah 3 kali Alhamdulilah kerjasama mereka ni amat baik sekali.Thanks Bomba Kelantan!Semoga khidmat bakti kalian di balas Allah s.w.t jua..

2.Kerja-kerja sanitasi secara berkala ini cukup penting gaiss, ekoran kaunter sentiasa dikunjungi pelanggan dalam jumlah yang banyak tak kira musim walaupun musim pandemik!Kawasan kerja barisan hadapan mesti di nyahkuman sepanjang masa gaiss demi melindungi petugas dan juga pelanggan yang berkunjung.



3.Walaupun pada hari bekerja setiap waktu pagi, tengahari dan petang proses pembersihan sentiasa dilakukan oleh pekerja pembersihan namun secara berkala kena jugak minta bantuan pihak Bomba ni hehe..cepat2 la pulih dari serangan covid ni.




Ahad, 31 Oktober 2021

PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0 BERAKHIR 31 OKTOBER 2021

1.Gais Program Subsidi Upah (PSU 4.0) yang dikuatkuasakan pada 1 Ogos yang lalu bakal melabuh tirainya secara rasmi hari ini iaitu 31 Oktober 2021..diam tak diam gaiss berakhir hari ini, yang sudah pasti sedikit sebanyak membantu para Majikan yang tekesan dan mengalami kekurangan jualan/pendapatan/ hasil perniagaan 30% dalam  sebulan berbanding tahun sebelumnya.

2.Bantuan kepada majikan ini selama dua bulan berjumlah RM600 untuk setiap pekerja yang dicarum dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2021. Rasanya tak perlu nak ulas panjang lebar sebab PSU 4.0 ini berakhir dah hari ni hehe kita sama-sama tunggu Program Subsidi Upah (PSU) bersasar untuk Sektor Pelancongan pula sepertimana yang diumumkan YB Menteri Kewangan semasa perbentangan bajet 2022 hari Jumaat lepas! Pasal PSU bersasar sektor Pelancongan kita sama-sama tunggu FAQ nya.


Khamis, 28 Oktober 2021

Futsal JTK Kelantan vs PERKESO Kelantan


1.Sesekali kena kasi peluh keluar gaiss walaupun peluh keluar itu bukan kerana dapatnya kaki ini sepak bolanya, haha sekadar lari-lari keliling pun jadilah pastu ketawa sorang-sorang kah kah kah. Terima kasihlah kawan-kawan yang selalu dok ajak bersukan ni kalau nak harapkan aku memang bukan kaki sukan la gaiss..hidup mudah pi kerja, balik kerja duduk rumah dengan anak bini hahaha nak berkebun masih tak de kebun la gaiss. Ape pun terima kasih geng Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan (JTK) yang sudi bersukan bersama kami..Pengarah depa ni terbaik sungguh dengan anak-anak buahya..tak kedekut plak tu hahaha terima kasih belanja air isotonik.Pengarah siap turun padang geng..

2.Ini sebenarnya salah satu cara untuk kami hilangkan stress bekerja sejak pandemik ni kerja tak tentu masa gaiss..kerja opis..balik opis sambung kerja..malam layan whatssap masuk pun bab kerja gaiss..pandemik pun ratusan pelanggan tiap hari kena layan gaiss, wajar sangatla dapat hilangkan stress sebegini. Syukur Alhamdulilah kerana kamis emua frontliners dua dose dah lama lengkap gaiss Alhamdulilah. Sukan sebegini juga mengeratkan hubungan bukan sahaja antara kami satu jabatan bahkan mengeratkan hubungan kami dua jabatan dalam Kementerian yang sam Alhamdulilah sejak tahun lepas lagi bersama! Haha yang seronok main futsal ni dapat tarik-tarik dapat tolak-tolak dapat ketawa-ketawa hahahaha eratkan silaturahim gaiss hahaha..tapi Boss mereka memang best!

Selasa, 26 Oktober 2021

AYUHH BEKERJA JANGAN TUNGGU LAGI!PROGRAM MALAYSIANIZATION PERKESO AKAN TAMAT 31 DISEMBER 2021!!!

 

1.Program Maysianization anjuran Pertubuhan Keselamatan sosial (PERKESO)dijangka tamat mengikut jadual asalnya pada 31 Disember 2021 ini,masih berbaki 2 bulan lebih sahaja lagi bakal melabuh tirainya..pelbagai program temuduga terbuka dianjurkan khas untuk mencari pekerja untuk menjayakan Program Malaysianization ini dengan pelbagai insentif untuk Majikan dan juga pekerja tempatan yang menyertai program Malaysianization ini.

2.Saban minggu ada sahaja temuduga khas untuk program Malaysianization ini, yang sudah pastinya dianjurkan oleh pejabat PERKESO seluruh negara melalui cawangan sistem Inusrans Pekerja (SIP), program yang dirangka dengan matlamat cukup murni untuk membantu pekerja tempatan memperoleh kerja di musim pandemik Covid 19 ini dengan cara menganti pekerja tempatan untuk ditempatkan/mengisi kekosongan yang lazimnya diisi pekerja warga asing!

3.Ramai antara kita mengeluh hilang pekerjaan tahkala pandemik..kerajaan merangka program cukup mantap melalui Malaysianization bukan sahaja memberi peluang kerja bahkan pelbagai insentif turut diberi untuk pekerja dan majikan yang menyertai program ini..begitu juga kelonggoran diberi..cukup memberi manfaat dan membantu mengurangkan penganguran jika pekerja tempatan tidak terlalu berkira untuk memilih pekerjaan.

https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=205347

4.Namun walaupun program temuduga Khas Malaysianization dianjur  pelbagai promosi dibuat dan pelbagai libat urus dibuat pelbagai insentif diberi namun masih ada sektor tertentu seperti sektor 3D (kotor,bahaya dan sukar)seperti sektor perladangan umpamanya kurang diminati pekerja tempatan kita dan ini memaksa pihak Kementerian Sumber Manusia  akan membawa masuk secara berperingkat mulai awal bulan depan seramai 32 000 pekerja asing khas untuk sektor perladangan!Sukar hendak dipercayai namun itulah hakikatnya..

5.Masih berbaki dua bulan lebih untuk Program Malaysianization ini ke penghujung garis penamatnya pada 31 Disember 2021..masih ada waktu wahai rakan2 sekelian..jenguk-jenguk lah facebook rasmi PERKESO atau PERKESO Negeri mereka sentiasa update program temuguda khas untuk Malaysianization ini..rebutlah peluang kerja ini buktikan rakyat tempatan juga mampu menganti kerja yang dilakukan pekerja asing lain..bukan sahaja dapat gaji bahkan dapat insentif dari PERKESO!Cepat bertindak gaiss!



Jumaat, 22 Oktober 2021

SPS Prihatin Wanita..Rebutlah Peluang ini Wahai Wanita Bekerja Sendiri !

 

1.Tak banyak masa lagi yang tinggal untuk golongan wanita yang bekerja sendiri dalam pelbagai sektor Informal untuk merebut peluang keemasan mencarum dibawah Program SPS Prihatin Wanita! Hope hangpa semua bangkitlah wahai wanita yang bekerja sendiri haha..ya gaiss tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi gaiss SPS Prihatin Wanita akan tamat pada 31 Disember 2021. setelah ia bermula secara rasmi sejak 1 April 2021.Tak banyak masa dah ni rugi jika tidak direbut peluang ini gaiss hehe bukan jejaka ‘hensem’ sahaja yang perlu ‘direbut’ gaiss tapi peluang untuk diri dilindungi juga wajar di ‘rebut’ gais haha.

2.Sejak SPS Prihatin Wanita di umumkan oleh YAB Perdana Menteri dibawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada 17 Mac 2021 golongan wanita yang bekerja sendiri  dari pelbagai sektor Informal akan dilindungi PERKESO dibawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dibawah SPS Prihatin Wanita.Untung Wanita siap ada SPS Prihatin Wanita..tak dak plak SPS Prihatin Lelaki hahaha yang ni jangan tanya aku la, memang tak leh nak jawab hahaha barangkali lelaki sukar untuk di Prihatinkan bahaha..diri untuk menyayangi bukan untuk disayangi gais kah kah kah..


3.SPS Prihatin Wanita ini bukti prihatinnya YAB Perdaa Menteri untuk melindungi golongan wanita yang bekerja sendiri dalam pelbagai  sektor Informal, apakan tidaknya gaiss bayaran caruman untuk SPS Prihatin Wanita ini 70% nya dibiayai pihak Kerajaan manakala hangpa wanita sekalian hanya perlu bayar 30% sahaja, ia adalah lebih dari berbaloi dengan pelbagai faedah yang bakal dinikmati dibawah pelan caruman 2 yang disediakan pihak PERKESO, dimana pelan ni sebenarnya carumanya adalah RM232.80 namun seperti aku katakan tadi hangpa just bayar 30% iaitu RM69.80 manakala selebihnya 70% lagi dibayar oleh pihak Kerajaan sebanyak RM163.00.

4.Gais Pelbagai Faedah SPS Prihatin Wanita ini seandainya berlaku sesuatu kemalangan/kecelakaan semasa berkaitan kerja..pi kerja kemlaangan atau balik kerja kemalangan ataus emasa kerja kemalangan atau yang berkaitan kerja lah dapat ajo cuti sakit minima 4 hari boleh la buat tuntutan dengan PERKESO setiap 1 hari dari cuti sakit itu PERKESO akan bayar RM41.33, jika meninggal dunia disebabkan kerja tadi bayaran Pencen bulanan untuk Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM1395,Bayaran Faedah Pengurusan Mayat RM2000 dan banyak lagi lah..hangpa boleh pi terus baca sini gais haha..👇

https://www.perkeso.gov.my/images/pemerkasa/prihatinwanita/210331_FAQ_SPS_Prihatin_Wanita_-_Final.pdf

5.Banyak Cara untuk mendaftar dan membuat Caruman SPS Prihatin Wanita ni gais..boleh sahaja buat secara Online dan boleh juga terus berkunjung ke pejabat PERKESO terdekat..bawa lah salinan ic,salinan apa2 lesen sepeti SSM atau permit niaga atau apa2 lesen perniagaan hangpa ada..jangan lupa bawa duit RM69.80 juga hahaha..lebih afdal bawa cukup2 RM69.80 haha kaunter baisa payah ada duit pecahan ni hahaha..sebenarnya banyak libat urus dengan pelbagai pihak/agensi/wakil masyarakat setempat untuk war-warkan tentang SPS Prihatin Wanita ni tapi macam tu lah tak semua golongan wnaita kita ambil kesempatan yang terhidang ni gaiss..rebutla peluang ni dah tak lama dah ni nak sampai tarikh tutupnya 31 Disember 2021.Gaiss hanya bayaran RM69.80 sahaja untuk setahun perlindungan mana nak dapat macam ni gaisss!!!

 

 

Rabu, 20 Oktober 2021

'KIT' Saringan Covid 19 Fasa Pemulihan Secara PERCUMA dari PERKESO untuk Pencarum Aktif

 


1.Gaiss hangpa tahu dak PERKESO kini kembali mengadakan Program Saringan Covid 19 untuk para pencarum 'aktif'nya, yezaaa.. jika dulu mereka hadir dengan dua program yang berlainan namun matlamat yang sama iaitu melalui Program Saringan Prihatin PERKESO(PSP) dan Program Saringan Covid 19 Pekerja asing (PSPA) kini  melalui Program Saringan Covid 19 Fasa Pemulihan PERKESO nampaknya masih bermurah hati dengan menyediakan 'KIT' saringan covid 19 kepada pencarum aktifnya melalui majikan secara 'PERCUMA'

2.Melalui program saringan covid 19 Fasa Pemulihan ini pihak PERKESO nampaknya melakukan sedikit perubahan dimana jika dahulu pihak PERKESO menyediakan 'KIT' saringan Covid 19 Rapid Test Antigen (test by doctors) yang mana perkeso hanya memberi 'KIT' ujian secara percuma namun majikan akan menangung kos 'klinik' yang melakukan saringan,Namun kini PERKESO juga turut menyediakan 'KIT" saringan kendiri /covid 19 Rapid Test Kit Antigen self-test (Saliva) dan ianya diberi secara PERCUMA melalui majikan kepada pekerja 'aktif'yang dapat disemak melalui sistem 'assist' PERKESO!Bagi pekerja yang tidak mencarum dan tidak berdaftar aktif dengan PERKESO adalah sememangnya tidakla layak untuk menikmati kemudahan ini.

3.Namun begitu harus dimaklumi bahawa bukan kedua-duanya 'KIT" ini dapat..gaiss kamu sebagai majikan perlu membuat pilihan untuk pekerja kamu.. pilih la mana satu mengikut keperluan..jika telah memilih untuk memohon 'KIT' Rapid  Test Kit Antigen (test by Doctors) maka 'KIT' test kendiri-Saliva tidak boleh lagi di mohon..senang cakap pilih sahaja salah satu!

4.Apa yang menariknya jika pencarum pernah menyertai saringan melalui dua program terdahulu iaitu melalui Program Saringan Prihatin(PSP) dan Prgram Saringan Covid 19 Pekerja Asing (PSPA) mereka masih lagi LAYAK untuk memprelolehi 'KIT' test covid terbaru ini melalui Program Saringan Cvid 19 Fasa Pemulihan!!!

5.Apa tunggu lagi gaiss..wahai majikan semua yang mana mempunyai pekerja 'aktif' mencarum PERKESO blehlah memohon mana-mana 'kit' saringan covid yang diberikan PERKESO ini melalui pautan:

https://psp.perkeso.gov.my/

Hehe Ok gaiss..untuk maklumat lanjut bacalah di pautan ini hehe aku pun baca FAQ ni looo :)

https://psp.perkeso.gov.my/soalan-lazim-faq-bagi-program-saringan-covid-19-fasa-pemulihan.html


Isnin, 18 Oktober 2021

SEGERA KEMUKAKAN BORANG AKUAN TAHUNAN BORANG 117 BAGI PEMBAYARAN BERKALA/PENCEN PERKESO TAHUN 2022

 1.Salam geng..untuk setiap tahun Penerima Faedah berkala PERKESO atau mudah cakapnya ialah penerima Pencen PERKESO( ikut bahasa mudah aku peduli hapo kan kan hahaha)perlu kemukakan borang akuan 117 untuk membolehkan bayaran pencen masuk ke akaun hangpa seperti biasa untuk tahun berikutnya. Tahun ini begitu la jugak seperti tahun sebelumnya geng..isi borang 117 tahun ni untuk membolehkan bayaran pencen masuk tahun 2022 hehe tak paham lagi tak tahu la hahaha..

2.Akuan 117 ni biasanya pihak PERKESO akan pos pada setiap tahun sepertimana alamat hangpa bagi tu..namun kalau hangpa pindah rumah/pindah alamat baru dan hangpa tak maklum pihak PERKESO maka sudah pastilah tak sampaila borang akuan 117 ni,begitu jugak kalau rumah hangpa selalu ajo tak sampai suratnya haha kot2 posmen tak leh masuk atau tak jumpa rumah seperti rumah aku la..jadi jangan gelabah biawak tak tentu hala geng haha boleh sahaja di muat turun di laman web PERKESO atau boleh sahaja ambil dimana-mana cawangan PERKESO terdekat geng..

3.Kegagalan hangpa kemukakan Akuan 117 ni akan menyebabkan bayaran Pencen Berkala ni akan dihentikan sementara waktu sehinggalah hangpa kemukakan akuan 117 itu..senang ajo geng kasi isi itu borang dan pi lah cop/tanda tangan tok ketua kampung ka penghulu ka tok imam ka tok kadi ka senang baitu geng..jangan dok lengang kankong hahaha mai tak isi apa2 tak sign apa2 haha..senang ajo jumpa tok penghulu ketua kampung tok pengawa tok imam tok kadi setahun sekali ajooo hahaha..usaha tangga kejayaan gaisss..tok kadi aku jumpa sekali ajo masa kad nikah dulu hahaha..ingat tu geng kena cepat2 hantar borang akuan 117 tu lebih afdal sebelum habis bulan Oktober 2021 ni geng( akhir bulan ni lo)..kalau tak afdal tu ikut hnagpa lah bahahaha tak masuk duit pencen atau lambat masuk baru tauuuu haha..

Nah antara Akuan 117 yang popular biasa hanga cari dan perlukan..aku bagi link siap2 haha kalau dah ada tak yah la geng terus hantar ajo..ingat tu sign tok penghulu/ketua kampung/tok imam/tok kadi dan lain2 lah siap2 hahaha..bukan apo mudahkan urusan geng..

Borang akuan 117 untuk Pencen Penakat/FOT kematian Suami/Isteri Klik link ni

https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Faedah/perakuan117_2018/Akuan_Oleh_Balu_Atau_Duda_Bagi_Faedah_Orang_Tanggungan__Pencen_Penakat.pdf

 borang akuan117 Pencen Penakat/FOT untuk anak  kematian Ibu atau bapa klik link bawah ni

https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Faedah/perakuan117_2018/Akuan_Oleh_Anak_Bagi_Faedah_Orang_Tanggungan__Pencen_Penakat.pdf

Borang akuan117 untuk penerima pencen Ilat PERKESO klik link bawah ni..

https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Faedah/perakuan117_2018/Akuan_Bagi_Pencen_Ilat.pdf

Borang akuan 117 untuk penerima faedah berkala Hilang Upaya Kekal (HUK) klik link bawah ni..

https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Faedah/perakuan117_2018/Akuan_Bagi_Faedah_Hilang_Upaya_Kekal.pdf

Ok geng cukup la tu hahaha lain2 pi cari kat web PERKESO atau ke pejabat PERKESO terdekat deh haha..


Ahad, 17 Oktober 2021

Anugerah Media PERKESO 2021@Pengamal Media Jom sertai!

 

1.Pihak PERKESO ada menganjurkan Anugerah Media PERKESO 2021 untuk menghargai para pengamal media yang membuat laporan berita berkenaan PERKESO dari 1 Jun 2020 hinggalah 15 Oktober 2021. Tarikh tutup penyertaan bagi Anugerah Media PERKESO 2021 ni pada 21 Oktober 202.  So untuk maklumat lanjut boleh la ke FB rasmi PERKESO maklumat ada la kat sana hehe..pelbagai kategori dipertandingkan bla bla bla bla tak dak pun untuk kategori blog kot hahaha..kalau ada pun tak dapet den masuk jugak blog cabut macam ni geng tak dok di pandang orang hahaha sendiri2 syok tulis sendiri baco ajo lo..

2.Geng..diam tak diam dari tahun 2010 hingga 2021 ada kala tulis ada kala lamaaaaa tak menulis masuk tu selalu la dalam blog hahaha bukan apa geng bila kena bertugas di posisi selalu berjumpa puluhan manusia dalam sehari balik rumah dah penat geng..hahaha tak dan masa da nak buka laktop bagai kikiki makan2 lepak2 tidoq la jawab dia.

3.So mana-mana pengamal media yang ada tulis2 cerita PERKESO dari 1 Jun 2020 hingga 15 Oktober 2021 boleh la cuba nasib geng, mana tahu rezeki hangpa leh menang apa2 hadiah haha..

Sabtu, 16 Oktober 2021

Covid 19 tempat kerja Jom claim PERKESO!

1.Sorry la geng lama bebenor tak menulis, banyak kerja geng lagipun aku percaya hangpa semua bukan lagi suka masuk blog untuk cari maklumat iyo lahhh la ni banyak medium lain yang lagi best untuk cari maklumat kan kan hahaha..fb ado tik tok pun hadooo hahaha jaranglah jenguk blog kot..takpa takpa la aku nak tulis sikit bab claim covid ni sebab ramai sangat dok tanya kat komen hahaha sampai tak terbalas aku ni haha..


2.Senang cakap kalau hangpa bekerja dan mencarum PERKESO dan tiba-tiba dijangkiti Covid 19 ditempat kerja ekoran terjangkit dengan pelanggan atau rakan sekerja maka bolehlah buat tuntutan dengan pihak PERKESO, caranya macam biasala geng..minta majikan isi borang 34 dalam borang itu isi lah macam kebiasaanya nak claim dengan PERKESO..yang positif itu kena pastikan ia jangkitan ditempat kerja..dokumen:
-Salinan IC hangpa
-MC jika ada kalau tak dak surat kurantin pun boleh
-Surat Kurantin dari KKM
-Salinan muka hadapan buku bank/surat pengesahan akaun Bank/Bank stetment (maybank/bsn/bank islam/cimb dll)
-slip gaji enam bulan sebelum disahkan positif covid :)
-Kad perakam waktu/rekod kedatangan bulan kena covid tu :) 
 3.Geng nak habaq mai bukan sahaja yang positif covid 19 ditempat kerja sahaja yang boleh claim PERKESO tapi yang diarahkan oleh KKM untuk di Kurantin ekoran kontak rapat ditempat kerja juga boleh Claim PERKESO!!!hahaha syarat macam baisa MC 4 hari atau surat arahan kurantin 4 hari hahaha..cukup setakat ni dulu geng hahaha sajo up sikit2 bukti aktif lagi hahahahaha :)