Khamis, 20 Januari 2011

PRK ke 15 di N27 Merlimau


1.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

2.Takziah kepada keluarga arwah dan Alfatihah sedekahkan untuk Allahyarham ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam sebentar tadi. Sama-samalah kita berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat.Walaupun kita berbeda ideologi politik namun dalam bab sebegini kesedihan harus dikongsi bersama..

3.Aku bukan bermaksud untuk tergesa-gesa untuk membicarakan soal pilihanraya kecil, namun di sini disertakan Keputusan Penuh Pilihanraya Umum 2008 yang lalu bagi DUN Merlimau mana la tahu ianya berguna hehehe..lepas ni agaknya bertimbun-timbun pulak la projek segera di merlimau gamaknya...tabur janji lagi la..modal apa la UMNO nak bawa kat sini hahaha tak kan modal politik pembangunan lagi kot..kata melaka maju..

N27 MERLIMAU
Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)
(Majoriti: 5,087 undi)

4.Nampak gaya berjuta-juta plak la duit rakyat habis dek projek segera..agak2 najig demam la kot lepas ni..baru je tenang nak mula..berjankit ke merlimau..dan sedia menunggu kota seputeh kedah kekekeke

3 ulasan:

  1. Al-Fatihah. Ajal maut ditangan tuhan. tak kira tua atau muda. tak kira zahirnya nampak sihat atau uzur. Bila ajal tiba, takkan dicepatkan dan dilewatkan walaupun sesaat.

    BalasPadam
  2. Al fatihah...

    harap bkempen n mengundilah secara sihat n aman.

    BalasPadam