Selasa, 16 November 2010

lawat ladang nenas-syarikat bas-lokasi

1.Tiap hari inilah kerja aku.pusing sana pusing sini periksa sana periksa sini.penat tak mampu diluahkan dengan kata-kata.Makan tengahari sentiasa berlalu begitu sahaja.Itulah nikmatnya kerja.

2.Semalam aku lawat ladang nenas di ladang nenas terbesar dijohor barangkali..cukup besar sayup nun jauh mata memandang.huh luas sungguh.lawat punyer lawat sebijik nenas pun tak dapat.Takpa janji kita buat kerja dengan Ikhlas.Nak makan nenas beli sajala bukannya mahal pun kan.


3.Ya cukup luas kawasanya hinggakan aku tersesat diladang ini selama 2 jam..bayangkan pusing punyer pusing.Minyak kereta dah berliter liter rugi.

4.Balik dari ladang nenas terus menuju ke premis yang perlu segera dilawati.Syarikat bas.Apa yang menarik disana?Kalau setakat syarikat bas tak mungkin menarik.Oh rupanya pemandunya langgar kereta.Itu perkara biasa.Hasilnya beliau cedera dan inilah akibatnya.hebat juga pemandu kereta tak pula cedera.


5.Selesai di premis ini aku bergegas ke lokasi kejadiaan.Masa ni perut punyerla lapar.bunyi macam irama rap dah,makan tengahari lumrah tak kan sempat.Lalu aku ke lokasinya.Hm jalan lurus je.Dah nak jadi jalan lurus ka bengkok ka, yang nak jadi tetap akan terjadi,jika sudah sampai saatnya dan ketikanya tiada siapa yang mampu menghalangnya dari terjadi.Lokasinya di mersing..


6.Kalau dah sampai mersing rugila kalau tak membeli kerepok lekor dan kerepok losong.jadi aku ke lokasi kedai menjual kerepok losong.Di mersing dijual agak murah.

7.Bagi yang tak kenal mersing,nah inilah mercunya tandanya



8.Cukuplah untuk kali ni...Esok (17.11.2010) cuti hari raya korban.Aku keseorangan disini...jumpa dilain kali.Macam biasa aku tulis aku baca untuk kenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan