1.Hari ni aku siasat kes di sebuah syarikat yang agak disukai kaum wanita kerana hasil pembikinan pinggang mangkuk syarikat ini cukup baik dan berkualiti, sebenarnya dah banyak kali aku ke syarikat ni dan cukup kenal baik dengan Timbalan Pengurus Besar Sumber Manusianya..Madam Tan,syarikat yang aku maksudkan Clay Tan la..hm lokasi kat Air hitam tu hah..
2.Masuk Pagi lagi dan keluar hampir 1.30 petang hm..banyak kes jugakla dan kes yang aku bagi tumpuan pada hari ni berkenaan kes Carpal Tunnel syndrome..mengikut penelitian aku ada 2 kes carpal tunner syndrome di syarikat ini..agak-agaknya depa kat kompeni ni banyak kerja sangatla kot menaip non stop bekali.hmmm bla bla bla with timbalan pengurus sumber manusia dan PA general Manager Clay tan fine china..
3. Apa itu CTS, Carpal Tunnel Syndrome adalah penyakit yang terjadi pada pergelangan tangan serta jari yang disebabkan oleh tekanan yang sering terjadi pada bahagian tersebut. Dan biasanya sering diakibatkan karena terlalu/sering memakai keyboard dan mouse. Walaupun banyak penyebab lainnya tetapi pemakaian komputer yang terlalu lama menjadi salah satu penyebab yang paling banyak terjadi untuk penyakit persendian pergelangan tangan ini. Tanda-tandanya antara lain seperti sering sengal,kebas atau ngeri pada bahagian pergelangan tangan maupun juga jari tangan, terutama pada bahagian ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Wanita biasanya mempunyai risiko 3 kali ganda lebih banyak untuk terkena Carpal Tunnel Syndrome dibandingkan dengan golongan hensem lelaki kekeke. Hal terburuk yang mungkin terjadi?? jangan dianggap mudah dengan masalah CTS ini karana CTS mengakibatkan putusnya sendi pergelangan tangan sehingga tangan tidak dapat berfungsi dengan sebagaimana mestinya bahkan mungkin tidak dapat digerakkan sama sekali...lewat plak aku keluar kilang ni heh...
Dari pemerhatian aku rupanya macam ni la depa kerja..cara duduk dah tak kena dah..
hm..patutla
er er ni beli ni kekekeke...
baru tau....thnx 4d info. sila ambik award, gantung kt dinding ye!
BalasPadamhehehe tq tq
BalasPadamAssalammulaikum tuan.
BalasPadamSy nk tanya, boleh ke sy claim socso utk carpal tunnel ni. Sy akan buat operation esok 23 Oct 2015. Tangan kanan Dan sy berkerja sbgi tukang masak.
waalaikumusalam mie..
Padam1.Carpal tuner ni memang boleh claim dengan perkeso dibawah tuntutan penyakit khidmat mie..walaubagaimana pun punca penyakit itu mesti diketahui apah ianya berpunca dari kerja yang mie buat atau disebabkan benda lain hehehe
2.Nasihat saya sebagai tukang masak mungkin saudara mie terlibat dalam banyak pergerakan mengunakan jari atau tangan..jadi tak salah untuk mencuba membuat tuntutan dibawah tuntutan penyakit khidmat dengan perkeso..
3.Buat la tuntutan itu hak kita sebagai pencarum
semoga cepat pulih mie hehehe..
Terima kasih atas perkongsiannya tuan.
PadamSaya telah jalani pembedahan kecik tu dan diberi MC 15hr + 1hr.
Telah mula berkerja semula. Tp masalah saya majikan suruh sy buat sendiri claim tersebut di PERKESO akan tetapi akan beri kerjasama.
Soalan sy?
1. Boleh ke sy yg buat claim tersebut?
2. Laporan perubatan diperolehi bgimana? Maksud sy bagaimana cara sy perlu buat utk peroleh laporan tersebut?hehehe 1st deal with sosco. Majikan pun xtau.. Hehehe company bru, HR pun xde yg ada kerani jer.
3. Bagaimana nak tau punca penyakit ni disebabkan kerja sy atau sbb lain? Hehehehe. Sbb sebelum sy kerja dimajikan ni sy berkerja sendiri dan x mengalami masalah kebas ni. Kebas ni dikesan awal Feb 2015. Sy join company ni Ogos 2014.
Apa pun terima kasih atas perkongsiannya.
Hehehe no hal bro..
Padam1.Tuan boleh membuat tuntutan penyakit khidmat dengan pihak perkeso dengan cara pergi ke pejabat perkeso terdekat dan ambil boring tuntutan penyakit khidmat..dalams et boring tersebut ada boring laporan perubatan/medical report yang tuan kena pergi ke hospital yang merawat tuan dan beri kepada hospital itu untuk isi laporan perubatan tersebut...hehehe biasanya makan masa 1 bulan tu bro...tabahkan la wahai hati kakakaka
3.Lepas dapat laporan perubatan barulah hantar ke pejabat perkeso beserta borang tuntutan penyakit khidmat tersebut...jangan duk hantar boring lain plak hehehe..
4.Selepas tu pihak perkeso akan jalankan siasatan apa sebab tuan mendapat sakit carpatunel sindrom tu hehehehe...kalau ianya betul kerana kerja baru bayaran akan dibuat berdasarkan % yang akan diberi oleh Jemaah Doktor KHas..hehehe bro para doctor akan menilai hang[a bukan perekso...doctor lebih tahu apa punca penyakit tu...
hehehe kalau tak paham2 jugak tatap mr kabutar lama2 mesti cepat faham wajkakakakakka..jangan marah bro..gurau je ehhh..
Sy diminta oleh Socso kemukakan gambar keterangan cara kerja, adakah nk bg gambar kitchen sy?
BalasPadamTerima kasih
Gambar tuan sedang bekerja tuan..hehehe jangan ambik gambaq dapur sahaja tuan..depa nak tengok cara tuan bekerja tu
Padamwasalam
Terima kasih tuan
PadamSalam...
BalasPadamSaya baru 4 hari operation CTS dan buat tangan kanan dahulu (both hand sakit) di Hosp. Ampang.
Saya bekerja sebagai Admin dan memang menggunakan komputer untuk urusan kerja.
Symptom kebas/lenguh sakit sejak 2009..
2013-2014 tidak bekerja kerana mengandung dan alah teruk. Namun Februari 2015 saya bekerja semula sebagai Admin juga. Tapi cuma bertahan 5 bulan (Julai 2015) sahaja kerana CTS makin teruk. Dan saya cuma mendapat rawatan dari Hosp. Ampang pada September 2015 sebab CTS semakin teruk hatta pegang sehelai paper A4 pun sakit dan mendapat rawatan susulan fisio dsb sehingga kini.
Soalannya, bolehkah saya membuat tuntutan perkeso walau saya dah tak bekerja ketika tuntutan dibuat?
Saya sangat berharap selepas sembuh dari luka operation saya dapat bekerja semula dan membantu suami saya.
Nini
wasalam puan...semoga cepat sembuh..
Padam1.Puan boleh membuat tuntutan dibawah tuntutan penyakit khidmat...nyatakans akit itu adalah berpunca dari kerja yang puan lakukan iaitu sentiasa menaip mengunakan computer.
2.Tiada masalah boleh buat tuntutan.
Assalammuailaikum...
PadamSaya datang balik hehehe.. Alhamdulillah tuntutan saya dah sampai final stage.
Feb17 lepas dah jumpa Jemaah Doktor dan Jemah sahkan right hand CTS 4% HUK, tak tahu la berapa yang akan dapat, sebab after operation tangan saya mmg tak pulih 100% dan masih memerlukan wrist hand and mouse support untuk deskjob.
Jemaah juga buat note left hand perlu buat physio dan bkemungkinan kena operate juga coz left hand saya getting worse coz banyak mgunakan left hand after right hand operate last year.
Terima kasih atas free advice dari Tuan.. Semoga dirahmati Ilahi...
hahahaha Waalaikummusalam Puan Hartini kikiki datang banyak kali pun takpa tak dak orang marah mai mai sini kikiki
Padam2.Alhamdulilah Puan syukurrr!saya harap puan panjangkan maklumat2 ini pada kawan2 puan..mungkin ramai kawan2 kita tak tahu dan mudah putus asa dan hilang punca selepas perkeso tolak atau quiri tuntutan mereka..hehehe setiap permasalah ada cara atasinya Inshallah hahaha
3.Wah tahniah puan 4% banyak tuuuu puan kikiki..Alhamdulilah
4.Doakan saya sentiasa sihat dan selagi ada masa dan ruang saya akan kongsikan segala yang saya tahu mengenai perkeso khusus buat rakan2 kita yang tidak ada maklumat tentang perkeso ini..
wasalam
Wah leh buat shoping baju raya la ..
Alhamdulillah...
BalasPadamTerima kasih atas maklum balas..
As salam...saya baru lepas operation untuk CTS ni pada 14/8/2018 untuk kedua belah tangan saya.Saya bekerja sebagai Quality Supervisor yang mana kerja seharian saya adalah 40% perlu menghadap komputer,manakala 40 % lagi perlu bnyk menulis.Untuk membuat tuntutan sosco ni...yang mana satu saya perlu buat dahulu?adakah saya perlu mengambil medical report daripada hospital terlebih dahulu atau pergi ambil borang dekat pejabat Socso dahulu?
BalasPadamWasalam,semoa puan cepat sembuh!
Padam1.PUan nasihats aya puan boleh cuba memohon tuntutan dengan perkeso di bawah TUNTUTAN PENYAKIT KHIDMAT.
2.Maklumkan pada majikan puan berkenaan masalah yang puan alami,selepas itu minta majikan isi borang 34 perkeso dengan mengisi bahagian tuantutan penyakit khidmat..lepas itu puan beli laporan perubatan dengan hospital yang merawat puan..laporan perubatan perlu dibeli dan diisi oleh doctor dengan mengunakan format laporan perubatan penyakit khidmat di mana borang itu ada dilampirkan bersama sama ketika puan memohon borang tuntutan penyakit khidmat di pejabat perkeso.
wasalam
semoga ia sedikit sebanyak membantu puan :)