1.Dulu masa zaman aku belajar sekolah rendah,aku belajar kat sekolah kebangsaan bakon,biasala masa tu sekolah luar bandar..seingat aku elektrik yang 24 jam baru ada kot time tu
2.Aku guna silibus KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah). Masa itu kena ikut 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira. Zaman aku mula guna silibus nie dari tahun 1985 – 1990,dan kalau tak silap aku..geng akulah permulaan untu PMR yang mengantikan SRP..kira anak sulung PMR la aku ni.
3.Ikut kiraan dari tahun aku belajar adalah sudah 25 tahun dan ikut tahun sebenar KBSR nie sudah berusia 27 tahun. Tapi subjek besa2 ja.. setakat BM, BI, Matematik, PI, PJK, alam dan manusia. PI, PJK dan alam dan manusia tak masuk pun dalam peperiksaan UPSR. Betapa mudah pada masa itu (mudah-mudah pun aku tak score jugak).Maklumlah time tu budak kampung asyik duk main-main lagi hah..lau tak silap aku time ni tengah popular cari belalang untyuk dijual pada taukeh dari singapura..hm hm 10 ekor dijual 10 sen hehehe..time tu budak-budak dah kira cukup seronok dah tu..
4.Zaman beralih zaman silibus KBSR diganti dengan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) bermula 2011 iaitu beberapa hari sahaja lagi. Aku cuma pelik sikit kenapa guna perkataan standard. Bukan ke itu perkataan mat saleh?? KSSR menggunakan konsep 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Mena’akul. Apa itu mena’akul? Mena’akul ialah membantu kita dalam membuat pertimbangan secara logik. Dengan kata lain mengajar kita mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang positif dan mana yang negatif supaya kita dapat tahu perbezaan antara dua itu. Penambahan satu konsep ini lagi amat bagus kerana kanak2 nie memang patut diajar perbezaan kedua-dua itu supaya mereka dapat melindungi diri mereka.
Kali ini subjek yang akan mereka pelajari antaranya:
* Modul Teras Asas seperti BM, BI, BC, BT, Matematik, Pendidikan Kesihatan dan Jasmani, Pendidikan Islam, Moral
* Modul Teras Tema seperti Dunia Seni Visual, Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Muzik
* Modul Elektif seperti Bahasa Cina SK, Bahasa Tamil SK, Bahasa Arab, Bahasa Iban
* Elemen Merentas Kurikulum seperti keusahawanan, Kreatif dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
arrrr mengantuk lain kali la aku kupas bab2 ni hehehe lari tajuk dah ni
dah konfius...ni pegawai penyiasat or pegawai pndidikan? heheh
BalasPadamhehehe campur sikit ni...sok cuti umum kemana gerangan sefemily ni?
BalasPadam