Jumaat, 10 Disember 2010

rogol isteri??antara tanggungjawab isteri dan undang2 ciptaan manusia!!!

1.Aku petik daripada Harian Metro dua hari lepas..

AYER KEROH - Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas mengangguk faham pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi. 

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh di dalam rumahnya di Taman Melaka Baru Fasa 3, Melaka Tengah, telah menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya, yang berumur 29 tahun kira-kira jam 5 pagi pada 2 Jun 2008.

Tengku Shaiful Nizam yang kini masih dalam proses penceraian didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tempoh lima tahun.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus dalam pendakwaannya menawarkan jaminan RM7,000 terhadap tertuduh.
Muhammad Hazri kemudian membenarkan jaminan RM6,000 bagi setiap penjamin selepas rakan tertuduh yang turut hadir ketika pendakwaan memohon wang jaminan dikurangkan.
Beliau turut menetapkan 20 Januari 2011 sebagai tarikh sebu­tan untuk lantikan peguam bela.

2. Aku sedikit terkedu..woi dah tanggungjawab isteri melayan suami pasai pa hangpa tuduh si suami perogol???kitab mana hang pa buka ni???undang2 mana hangpa guna???dalam islam tiada istilah rogol isteri laaa!!! bahlol! kot ye pun si suami paksa dan isteri menolok tak kan nak caj merogol????dunia akhir zaman nampaknya! Aku dulu belajar tak la hebat sangat..tapi bab Pengajian Islam aku buat Minor di Universiti..dan aku tahula sedikit sebanyak undang2 islam..bab usul fiqh boleh la tahan.apatah lagi berkaitan Munakahah!!!aku bukan menyebelahi lelaki..tapi ianya bertentangan dengan prinsip kekeluargaan islam!itu pendapat peribadi akula dan hasil pembelajaran aku...er er Dr Asri bekas mufti perlis bekas lecture aku dulu tu..baik aku nak ulas secara apa yang aku belajar dulu..bab dera mendera ni aku rasakan berpunca dari tolakan ajakan suami tuuuu hahaha aku agak la hehehe...kalau dera aku sokong kena tindakan!isteri bukan untuk didera dan dimaki hamun!

3. Sebelum aku pergi jauh..aku menulis ini semata-mata untuk peringatan buat diri aku sendiri tanpa menjurus kepada mana-mana pihak, aku tak sanggup lihat si suami yang pernah tidur bersama dan pernah membahagiakan dalam hidup pasangan di aibkan dimahkamah atas dakwaan yang agak tidak munasabah dan amat bertentangan dengan prinsip kekeluargaan Islam!Masalah dera pukul itu isu yang beransingan!lebih aneh bilamana kes ini didakwa di mahkamah sivil dan bukanya syariah!!!!!!!!!!!nak dakwa boleh tapi atas kesalahan mendera tapi BUKAN ATAS KESALAHAN MEROGOL ISTERI! ya isteri untuk disayangi dibelai dimanjakan tempat mengadu dan berkongsi hidup tempat zuriat kita berkembang dan mcm2 lah..


4.Aku jelaskan sekali lagi ini adalah pendapat peribadi aku!buat apa masalah dalam kelambu kita bawa ke mahkamah!!!hangpa tak malu ka setiap inci setiap sudut setiap saat malam bersetubuh akan diceritakan nanti diMahkamah!!!apa nak jadi ni woiii..kalau pun bukan kamu mengambil atau menuntut Ilmu agama tak kan la dulu masa nak kahwin depa tak ikuti kursus perkahwinan???ka kursus tu dah lapuk??sampaikan dah lupa tanggungjawab masing2! caj tuduhan mendera aku terimala..but caj tuduhan merogol aku sama sekali tak terima!

5.Aku sama sekali tak menyokong si suami yang ganas dan bersifat binatang mendera si isteri..namun keganasan itu berpunca dari apa perlu di rungkaikan!Aku pernah terjumpa hasil kajian yang menyatakan salah satu punca pemberontakan dan keganasan suami terhadap isteri berpunca dari kurangnya layanan seks si isteri..er er ada kebenarannya dan ini Fakta!

6.Islam itu Maha Indah dan institusi perkahwinan dalam islam itu sememangnya lengkap!jangan di aibkan pasangan kamu la weiii sampai bawa kes bersetubuh pun dalam mahkamah..adeiii..

7.Aku pernah belajar beberapa potongan ayat Al-Quran berkaitan kes sebegini dulu..tahkala mengambil kursus Munakahah..er er dapat A+ tu hahahaha..antaranya..
dalam Al-Quran Allah SWT memberikan "kebenaran' kepada suami untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya pada bila-bila saja. Hal ini seperti dinyatakan dalam firmanNya yang bermaksud:

"Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai." (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Bagaimanapun, sebenarnya dalam ayat itu ada beberapa ajaran yang tersirat, iaitu  

"Mendatangi sawah ladang mestilah dilakukan pada waktu dan masa yang sesuai, bukan sesuka hati".

ok..bab time yang sesuai ka tak sesuaika itu kita fikir kemudian...malas aku nak komen yang tu..yang aku marahnya Caj pertuduhan Rogol isteri adalah tidak kena pada tempatnya!

8. "Jika suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya lalu dia menolak ajakan tsb. hingga ia menjadi marah, maka para malaikat akan melaknatinya sampai subuh." (HR.Ahmad, Bukhari dan Muslim)

"Hak suami terhadap isterinya adalah tidak menghalangi permintaan suaminya kepadanya sekalipun sedang di atas punggung unta".
 
9. maksud hadis diatas amat jelas beb..tetapi janganlah kita menggunakan ayat ini untuk melakukan seks ditempat2 yang tak sepatutnya hahaha didalam kereta pun jangan oooo tu sebagai contoh la. Tapi ayat itu bermaksudnya bertapa pentingnya permintaan sang suami yang tidak boleh ditolak oleh sang isteri dalam melakukan hubungan seks.nah apatah lagi nak caj sang suami merogol isteri???aduuuh tang ni la aku masih tak setuju lagi bab tuduhan rogol isteri..aku bukan nak mempertikaikan tuduhan di mahkamah mahupunmencampuri urusan mahkmah mahupun membuat ulasan mengenai perbicaraan ..namun aku cukup geram..geram kerana Institusi kekeluargaan Islam kini bersimpang siul..mahkamah sivil dan mahkamah syariah malas aku nak komen hahaha apatah lagi baru je hari ni hakim mahkamah tinggi syariah di pulau pinang di tangkap bersekedudukan!aduh malu!!!!!!!harapkan depa tegak dan membela syariah depa plak buat hal!

10.Rasulullah saw bersabda:
"Bagi kamu melakukan jima' (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawabnya: bagaimana pendapatmu kalau dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala."(HR. Muslim )
 
 11.Cukup setakat tu bekali hahaha aku malas nak ulas panjang2 sat lagi jadi tesis plak..

3 ulasan:

  1. t. reti den nk komen....mungkin keganasan rumahtangga kot...

    BalasPadam
  2. keganasan berpunca tidak memperolehi layanan kot..but tuduhan caj merogol isteri tak sepatutnya dibuat,caj dimahkamah sivil atas kes dera but depa caj dimahkamah sivil kes rogol isteri???mcm mana ni....heran heran :)

    BalasPadam
  3. Bila dh jahil ilmu agama inilah yg akn berlaku.dlm perkahwinan tiada istilah rogol ia adalah nafkah batin ia adalah wajib bt suami beri kpd isteri.kaum hawa jngn lah tunjukkn kejahilan dan kebodohan pd pihak ramai.sy kaum hawa pon malu dngn kaum sendiri yg jahil dlm agama.buat malu kaum sendiri je..

    BalasPadam