Rabu, 30 Mac 2011
tarian poco-poco haram!!!
1.Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.
Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.
"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.
Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.
2.Bagi aku tarian poco-poco ni sejak dulu lagi patut diharamkan!apa kejadahnya tengok golongan wanita terhegeh hegeh goyang sana goyang sini menari tarian poco-poco ini, sekali tengok malu beb depa ni mcm tak sedar diri pun ada!
3.Tarian dalam Islam menurut pendapat Dr. Yusuf Qoradhawi dalam kitabnya yang bernama Fatwa Muasarah :
1. Tidak bertentangan dengan adab Islam dan ajarannya. Tarian yang menamppakkan aurat, yang membawa kepada kelalaian, adanya ikhtilat jelas keharamannya. Karena bertentangan dengan perintah Allah Swt.
2. Memperhatikan bentuk tariannya. Tarian yang membangkitkan syahwat juga dilarang dalam Islam.
3. Tidak boleh mengiringinya dengan sesuatu yang haram. Seperti meminum khamar, memperlihatkan aurat, memanggil jin dll. Apabila sudah dicampur dengan sesuatu yang haram maka tarian itupun jadi haram.
4. Tidak melampaui batas dan berlebih-lebihan. Segala yang melampaui batas dan berlebih-lebihan dilarang didalam Islam.
5. Berkenaan dengan yang melihat dan mendengarkan. Setiap orang yang melihat tarian ataupun mendengarkan lagu-lagu sehingga membangkitkan syahwatnya, menimbulkan fitnah dan menghilangkan akal sehat wajib dijauhinya.
sila rujuk garis panduan tarian yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang bertarikh 14 Januari 2009 sebagai rujukan masyarakat Islam Malaysia seperti berikut :
1. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
2. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
3. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
4. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
5. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan
Kenapa hukum tarian poco-poco haram?
Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian..
Mengikut pembacaan akula,Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.
Lihatlah bagaimana pergerakannya membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu.
Marilah kita sama-sama fikirkan. kerana ianya menimbul persoalan, kenapa tarian ini dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri saya dan kenalan sebangsa dan seagama saya semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
wallahwalam..
jangan sampai tiba bencana..kerna kerosakan yang kita lakukan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan