Sabtu, 31 Disember 2011

Jenguk rumah dalam pembinaan


1.Hari ni cuaca agak baik.Alhamdulilah..cuaca baik anak pun dah baik..dah tak demam lagi dah.So macam biasa hari sabtu hari untuk kami berjalan-jalan..biasanya hari sabtu kompem makan pagi kat luar hehehe..macam biasala lepak kat kedai siam bantai kueh teow siam..best!


2.Lepas makan kami anak beranak  ke lokasi kedua hehehe rumah kami yang masih dalam pembinaan..hm hm rumah ni nak selalu kena pantau..dah lama aku menyewa rugi plak rasa so aku beli je lah sebuah..takpe nanti balik kampung aku buat rumah lain..just buat aset tak salah..hampir 70 persen dah rumah tu..InsyaAllah tahun depan leh masuk dah


3.Aku beli rumah ni pun kerana beberapa sebab..pertama sebab ianya aset boleh dijual kemudian hari..kedua ini rumah dekat sangat dengan Hospital Besar..so senang kalau ada sakit demam terus ke sana 5 minit je..sebab ketiga rumah ni duk tengah2 antara tempat kerja aku dan tempat kerja wife aku..so adil hehehe sebab ke empat banyak geng2 polis dan tentera serta nurse yang beli rumah kat sini..jiran aku polis kekeke harap2 lagi la selamat J


4.Aku beli pun tertarik dengan rumah ni simple..tak payah serabut..aaah lagi pun rumah untuk aset takpe,masjid pun dekat,ada balai polis nanti..ada bank so nak buat pa lagi..pemandangan berbukit hehehe kompem tak banjir beb



5.Perumahan ni cukup besar...nak sampai rumah aku de 2 bulatan dalam taman ni kekeke..semua jenis rumah ada nama bunga..so aku tertarik kat tulipcia..ok la mahal tu biasa dah rumah johor mana ada murah..



6.Aku dah stanby nak ubah suai sikit2..sikit je tak banyak hahahaha nanti mana tahu nak balik kampung nanti kompem nak jual ni hehehehe





7.Ada rezeki aku nak beli lagi rumah..takpa biar banyak..setakat ni puas hati cepat plak rumah ni nak siap..harap tahun depan er er pertengahan tahun dah leh masukla...biasa kalau hujung tahun aku dapat cuti tapi tahun ni hahahaha adehhh tak leh bercuti sambut tahun baru kakakaka awal2 lagi cuti da ne beku aiyaaaaa




Selasa, 27 Disember 2011

Nur Qaleesya Humaira@Wad hospital kluang


1.25hb Disember lalu anak kedua aku Nur Qaleesya Humaira terpaksa dikejarkan ke Hospital kerna demam panas, pada mulanya aku rasa demam dia biasa2 aje..ye lah sejak seminggu lalu dia memang demam sekejap ok dan sekejap demam semula..mulanya aku rujuk aje ke Klinik Panel Jabatan aku..makan ubat Klinik jap ok sihat jap malam panas semula..seminggu berlalu...ya seminggu!


2.Masuk 25hb disember bersamaan hari krismas aku dapati anak aku tu demam makin teruk panas...seolah olah nak terbakar badan..oleh kerana hari tu semua klinik tutup maka aku kejarkan anak aku tu ke Hospital..masa tu aku anggap mugkin doktor akan kasi ubat dan balik semula..namun bila diperiksa suhu badan melebihi 40 darjah celsius..panas!!!!!!!!!!!!!aku bersyukur datang cepat walaupun agak lewat sebenarnya..sepatutnya aku rujuk terus ke Hospital jika anak demam..hantar ke klinik panel tak de guna punyer!!!!bagi ubat dan balik itu je depa tahu!

hari pertama di wad..

3.Balik pada anak aku tu..depa cek darah ada jangkitan kuman..dan juga demam panas..demam panas aku cukup takut..bahaya beb..memang bahaya jika budak yang kena..leh bagi kesan pada otak juga anggota badan..anak aku tu terus ditahan dan dimasukkan ke wad untuk rawatan segera..pertama ambik darah..dan terus masukkan air...3 botol jugak la..aku serahkan semua urusan tu pada pihak hospital janji anak aku selamat.Hakikatnya aku menyesal hantar klinik panel...lain kali demam aku tka nak lagi hantar klinik panel..aku nak rujuk terus ke hospital..hantar klinik panel buang masa aje!

hari ke dua di wad..

4.Kini dah 3 hari anak aku dalam wad kanak2..alhamdulilah ada perubahan positif!walaupun tiap2 malam pihak perubatan ambil darah namun aku tahu itu untuk tujuan puliapat hkan anak aku...takpa..rela dalam paksa nak buat macam mana..sian anak aku..darah susah nak dapat 6 kali cucuk baru leh darah..melalak melaunglah sehabis suara..

hari ke tiga di wad..

5.Dalam tempoh tu jugak agak sukar dek kerna aku dengan wife aku tak de saudara mara disini..so wife aku la bersengkang mata jaga anak aku tu..dah la nak solat,nak pi tandas amat susah sebab anak aku tu baru 1 tahun..tak nak pi dengan orang lain...aku plak masuk tak boleh lama..polisi wad tak benar anak pertama aku umur 3 tahun masuk bersama..terpaksa tinggal anak sulung aku kat pak guard di luar wad..sian kat dia...


6.Oleh kerana anak sulung aku tu tak leh masuk wad dan tak dibenar melawat adik dia kerna takut jangkitan..maka terpaksalah aku duk tunggu dan tengok dari luar..dari luar tingkap hehehe sian dia rindu adik dia tu...sanggup berdiri tungu kat luar...





7.Kini Nur Qaleesya Humaira makin pulih Alhamdulilah,banyak pengalaman aku dapat..lagipun Hospital ini tidak asing bagi aku..dulu kakaknya Nur Qaisara Humaira juga dah masuk wad ini selama seminggu..my wife plak masuk wad ini juga dekat juga 3 hari kot...aku je belum lagi..ahhhh tak nak aku kesini lagi..hope hope n hopeeeeeeeeeeeee!lagi pun Hospital ini 30hb disember ni dah pindah ke tempat baru..di jalan kota tinggi..dekat dengan rumah dalam perancangan hehehe

Sabtu, 24 Disember 2011

rest time sabtu


1. Sabtu mcm biasa aku bawak pemeli pusing2..tapi kat sini musim hujanla tiap2 hari hujan so tak leh nak jalan2 jauh..kecuali masuk shoping complex je la..selamat dari hujan buat sementara hehehe..yang tak selamatnya kawasan aku ni masih dalam liputan banjir lagi..belum leh nak tinggal rumah jauh2 beb...hmmmm nak jugak miliki rumah yang bebas banjir ni..adehhh asyik risau je kalau musim banjir ni..


rumah kat taman sri impian ni kompem tak banjir rasanya hehehe..hm hm hm sekadar aset ok la jugak



2.Bawak anak2 masuk shoping complex ni adehhh tak tahan asyik nak beli mainan jek hehehe kat rumah dah macam kedai mainan macam2 ada laaaa..kalau tak beli kompem panjang muncung beb hehehehe..mogok lapar la jawabnya hahahaha


3.Sebabkan hari hujan dan banyak kedai makan tutup so sarapan pagi aku dan pemeli hari ni bantai Ciken rice shop je la hehehe..hm sebenarnya kat Kluang Mall ni amat banyak sangat pilihan makan..mcm2 ada kat sinid alam bawah satu bumbung..nak Piza Hut,KFC,Laksa Shake,Secret recipe,ciken rice shope aaaa mcm2 lah


4.Lepas puas pusing2 kasi layan anak2 dulu...



Jumaat, 23 Disember 2011

Habis jahanam kalau dapat isteri mcm ni!


[SH] GEORGETOWN – “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.

Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.

Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.

Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.

Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.

Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.

“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.

Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.

“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.

Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.

Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.

“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.

“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa.


::) pada akula..alangkah hinanya perempuan ini..dia lebih takut akan suaminya tahkala ditangkap khalwat..namun tidaklah dia takut dan malu kepa Allah sebelum melakukanya?????

Rabu, 21 Disember 2011

Kursus siasatan penyakit khidmat@de palma Hotel


1.Dari 18/12/2011 until 21/12/2011 aku diarah hadir Kursus Penyiasatan Penyakit Khidmat..macam biasala bila bersifat arahan mahu ka.. tak mahu ka.. kompem nak ne pi la jugak..biarpun pada masa itu tuhan aje yang tahu perasaan aku ni..dengan anak yang demam terlantar dirumah di tambah plak dengan suasana banjir disini adehhhh nak buat macam mana tak pergi nanti aku jugak yang kena...kerja makan gaji macam ni la....kadang kala nyawa keluarga jadi taruhan....sian anak aku hari tu demam 40 darjah C tau..hampir nak ne tahan wad!Banjir dah di belakang rumah!!!!denagn berat hati aku bertolak ke de plama KL...demi tugas dan amanah..


kena gak ambik darah..sian Nur Qaisara humaira

2.Oleh kerna nak pi Kursus pun dah berat hati dek anak demam teruk di tambah dengan amukan air banjir yang pada bila bila masa boleh memasuki rumah maka aku berlepas ke de palma agak lewat..tiba di KL suasana dah magrib dah..Kursus mula lepas Isyak..adehhh kelam kabut aku..namun sempat gak le masuk sebelum Kursus ni dirasmi :)


3.Kursus penyiasatan penyakit khidmat ni amat penting bagi aku dan geng siasatan...banyak yang nak kena aku belajar..yang nyata kursus ni macam kursus nak jadi Doktor beb hahaha yang ajarq aku pun 3 orang Doktor pakar beb..leh kata kursus macam kursus kedoktoran la hahahaha..dari 18-21/12/2011 aku diajar bermacam macam teknik siasatan penyakit khidmat dan pelbagai penerangan berkenaan penyakit khidmat..antaranya penyakit berkaitan trauma,penyakit berkaitan aasbestos,bunyi bising,timah hitam, dan banyak lagi lah..ianya semua berkaitan pekerjaan..ye aku janji Ilmu yang aku dapat ni akan aku kongsi dengan korang...tunggu aku rest dulu la hahaha ni baru nak rest selepas balik kursus ni...relax dulu beb..banyak nak kongsi brooo


4.Hari kedua kursus sarat dengan pelbagai pengajian..pehhhh pening aku dnegan istilah perubatan yang agak asing bagi aku..macam2 lah!yaaa betul la kursus ni macam belajar nak jadi doktor beb hahahaha..nasib baik 3 doktor yang mengajar aku dan geng siasatan semuanya baik!!!



5.Hari ke 3 aku dan geng siasatan mula masuk kilang buat siasatan dan kilang itu biarlah rahsia :)banyak kes penyakit khidmat kat sini..hm hm layan gambar dulu beb..nanti episod akan datang aku hurai satu persatu bab2 Ilmu yang aku belajaq tu demi pekerja yang tercinta hehehe..kerja demi Agama bangsa dan negara ..biar pengorbanan aku berbaloi hadir kursus ni..biar rakyat yang berhak pesakit yang berhak dapat apa haknya..





6.OOO ye sebut pasal penginapan kat sini Alhamdulilah..hotel de palma Ampang sememangnya mesra Islam..dengan surau di tingkat 3 sentiasa melaungkan Azan ketika masuk waktu solat 5 waktu..Alhamdulilah sejak Pakatan menguasai selangor hotel ini amat berubah sama sekali..ia cukup positif!!!Bab makan Alhamdulilah..makan tengahari ada budu dan ulam ulaman yang tak pernah putus...ada jantung pisang,pucuk ubi aaa macam2 ulam lah!



7.Last day hehehe aku dah tak sabaq nak balik jenguk anak bini..dengar berita siang malam tak lena tidur..kursus tetap hadir tetap jalan macam biasa..jauh disudut hati aku tak lena tidur sebab pikir anak tak sihat dan banjir...


Yesssss balik rumahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...aku janji ada masa sikit nanti aku habaq la kat sini satu persatu bab2 sakit@penyakit khidmat yang berpunca dari pekerjaan...bla bla bla leh tuntut dengan perkeso@socso OK!

sejuk hati@Nur Qaleesya humaira..

Selasa, 13 Disember 2011

Majlis Hari Kualiti dan Inovasi@pejabat Perkeso Kluang


1.Syukur Alhamdulilah ini kali ke 7 rasanya aku menyambut Hari Kulaiti dan Inovasi peringkat pejabat Perkeso Kluang..maknanya dah 7 tahun aku kat kluang...dimana lorong,denai,ladang ceruk mana sekalipun telah aku jelajahi semata-mata untuk memberi khidmat kepada pekerja yang dikasihi..dalam masa 7 tahun itu pelbagai rasa,pelbagai ragam,pelbagai manusia aku jumpa...biasala ada kala kita disenangi adakala kita dicemuh dengan kata2 kerna ketegasan dalam meguatkuasakan undang2 negara..itu normal dan itu juga rencah dan ulam ulaman dalam kerja



2.Berbalik kepada Majlis Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi peringkat pejabat Perkeso Kluang..syukur alhamdulilah majlis tahunan itu berjalan dengan baik dan ia ternyata membangkitkan semangat kami untuk mempertingkatkan lagi khidmat kepada rakyat jelata..


3.Hari ni Majlis dimulakan dengan bacaan doa..selepas itu nyayian Negaraku dan lagu rasmi perkeso..diikuti juga dengan lafaz Ikrar semua anggota..



4.Macam baisa selepas itu Boss akan baca perutusan Ketua Eksekutif perkeso...bla bla bla siap baca...hehehe time makan la plak kekekekeke...