Sabtu, 31 Disember 2011

Jenguk rumah dalam pembinaan


1.Hari ni cuaca agak baik.Alhamdulilah..cuaca baik anak pun dah baik..dah tak demam lagi dah.So macam biasa hari sabtu hari untuk kami berjalan-jalan..biasanya hari sabtu kompem makan pagi kat luar hehehe..macam biasala lepak kat kedai siam bantai kueh teow siam..best!


2.Lepas makan kami anak beranak  ke lokasi kedua hehehe rumah kami yang masih dalam pembinaan..hm hm rumah ni nak selalu kena pantau..dah lama aku menyewa rugi plak rasa so aku beli je lah sebuah..takpe nanti balik kampung aku buat rumah lain..just buat aset tak salah..hampir 70 persen dah rumah tu..InsyaAllah tahun depan leh masuk dah


3.Aku beli rumah ni pun kerana beberapa sebab..pertama sebab ianya aset boleh dijual kemudian hari..kedua ini rumah dekat sangat dengan Hospital Besar..so senang kalau ada sakit demam terus ke sana 5 minit je..sebab ketiga rumah ni duk tengah2 antara tempat kerja aku dan tempat kerja wife aku..so adil hehehe sebab ke empat banyak geng2 polis dan tentera serta nurse yang beli rumah kat sini..jiran aku polis kekeke harap2 lagi la selamat J


4.Aku beli pun tertarik dengan rumah ni simple..tak payah serabut..aaah lagi pun rumah untuk aset takpe,masjid pun dekat,ada balai polis nanti..ada bank so nak buat pa lagi..pemandangan berbukit hehehe kompem tak banjir beb



5.Perumahan ni cukup besar...nak sampai rumah aku de 2 bulatan dalam taman ni kekeke..semua jenis rumah ada nama bunga..so aku tertarik kat tulipcia..ok la mahal tu biasa dah rumah johor mana ada murah..



6.Aku dah stanby nak ubah suai sikit2..sikit je tak banyak hahahaha nanti mana tahu nak balik kampung nanti kompem nak jual ni hehehehe





7.Ada rezeki aku nak beli lagi rumah..takpa biar banyak..setakat ni puas hati cepat plak rumah ni nak siap..harap tahun depan er er pertengahan tahun dah leh masukla...biasa kalau hujung tahun aku dapat cuti tapi tahun ni hahahaha adehhh tak leh bercuti sambut tahun baru kakakaka awal2 lagi cuti da ne beku aiyaaaaa




2 ulasan: