Ahad, 15 Januari 2012

Hutan Lipur Gunung Berlumut@Kahang timur


1.Kali terakhir aku ke Hutan Lipur Gunung Lumut@berlumut rasanya kira-kira 4 tahun yang lalu..lama sangat dah tak pi sana..setakat masuk kahang timur tu biasa atas urusan kerja tapi tak la sampai gunung lumut hehehe kalau sampai sana sorang2 pun nak buat menatang ape kakaka, pepun Gunung lumut@berlumut agak bersih sepertimana yang pernah aku pergi dulu dalam 4 tahun yang lepas, cuma kalau nak ada pun sedikit perubahan yang ketara parking FREE hahahaha dulu kalau masuk kena la jugak bayar masuk..la ni FREE jah!lantakla nak masuk FREE kekeke masuk kolam gunung lambak nak ne bayaq kat sini FREE lagi best air terjun kakakaka..coollll..


2.Semalam aku ke Endau sebab urusan rasmi yang tak dapat dielakkan ..biasanya setiap hari sabtu aku wajib keluar dengan femeli kemana mana saja yang kami mahu..just jalan2..so nak gantikan hari sabtu yang aku kena bertugas maka hari ni aku cover balik..so adil kan.


3.Dalam jam 9.00 pagi dah siap sedia keluar rumah..yang utama pi beli sarapan dulu..kasi bungkus Nasi  berlauk,Nasi kerabu laksam nak bawa makan kat Gunung berlumut hehehe..makan kat dalam hutang ni best walaupun makan nasi dengan ikan kering


4.Yang tak biasa ke Gunung lumut jalannya cukup mudah..kalau dari kluang hangpa tuju je ke Mersing hehehe selepas kampung gajah (penjara kampung gajah) hangpa naik sikit nanti jumpa simpang ke Kahang Timur di sebelah kanan..Nah masuklah simpang jalan tu..lepas tu naik lagi sampai jumpa simpan kiri masuk ke Felda kahang timur..lepas tu naik sikit lagi masuk ke Ulu dengar nanti jumpa la papan tanda ke Gunung lumut..tak jauh dalam 36 KM dari bandar Kluang. Antara jalan yang dilalui hehehe




5.Masuk ke Gunung Lumut FREE tanpa apa-apa bayaran pun..tempat parking kereta juga banyak!itu pun kalau tak penuhla..anda boleh parking je kat mana2 yang anda suka hahaha..jangan parking dalam sungai sudahla..itu kompem menyusahkan pihak bomba nanti kakakaka




6.Kalau dulu kat sini ada gerai makanan..boleh la makan2 lani ni gerai makanan macam tak berfungsi langsung tak tahu pasai apa!yang ada cuma gerai yang dibuka oleh penjaja..kira ok jugak la tu..ada macam2 depa duk jual!




7.Tak membuang masa jom kita masuk Hutan Lipur Gunung berlumu@lumut dulu hehehe...dah dengar dah desiran Air terjun kekekeke...trek berjalan kaki kat Gunung Lumut amat selesa sekali...hangpa boleh pilih nak mandi atau nak lepak kat mana ikut suka hangpa lah!sebab aku bawak anak2 kecik jadi aku dengan berat hatinya lepak je yang tempat air cetek adeiiiii  tak dapat aku nak mandi macam ni aiyaaaa..anak2 je lah yang mandi sakan



8.Airnya cukup2 sejuk!tak tahan aku weiii sejuk budak ni mandi selamba je...pengunjung plak ramai yang datang..aku ingatkan aku je yang datang hahahaha dari pagi tadi aku tengok sepanjang jalan kereta aku je masuk tapi bila sampai sana dah penuh dah rupanya...hari Ahad kot






9.Dalam 1 jam jugakla bagi peluang depa anak beranak ni duk main2..lepas tu aku ajak balik la..tak leh main lama2 sangat kot2 nanti demam aku gak yang susah, tapi sini bestla jgak dan dekat..best la boleh mandi budak2..yang dewasa nak mandi kena naik atas sikit la..baru air dalam!


10.Perjalanan pergi dan balik gunung berlumut ni tak susah dan kompem hangpa tak kan sesat punya..setiap simpang ada papan tanda sama ada semasa hendak ke gunung lumut mahupun semasa hendak keluar dari gunung lumut..cukup mudah!




stesen minyak kahang timur ada..so jangan risau takut minyak habis hehehe


kat Hutan Lipur Gunung lumut tak de benda ni kakakaka





Sabtu, 14 Januari 2012

Majlis Penyampaian Cek Faedah Perkeso@Endau



1.Hari ni aku diamanahkan untuk menyempurnakan majlis penyerahan cek faedah perkeso..hm hm  sempena tahun baru cina katakan..dapat arahan pun dah disaat akhir..buat plak hari sabtu ( hari wajib aku dan keluarga keluar jalan2) apa nak buat arahan nak ne pi la jugak...bab2 pi keluar majlis dan hadiri majlis tak kira besaq ke kecik aku la yang selalu jadi mangsa..dah cina anjur majlis ada ka patut majlis mula jam 6.30 petang adehhhh siot je..aku dah la jauh...so jam 3 petang dah nak ne tolak pi endau dah! Sampai2 depa pun tak dak lagi eh! kerusi banyak la :) kerusi banyak hidangan pun banyak..kehadiran mak oiiii ramai siot



2.Bertolak jam 3.00 anak2 nak ikau hahahaha depa biasa dah lau aku keluar semua nak join hahah depa ingat aku keluar jalan2 ka...tolak dari kluang jam 3.00 jam 5 aku dah sampai mersing dah..pekena goreng pisang tepi pantai dulu hahahahanak kasi hilang penat drive beb..sib baik penyimpan akaun pejabat aku ikut ..kalau tak kompem aku boring punyer lah!



3.Ramai jugak yang terlibat hari ni..so bila sampai aku di sambutla ala kadar tu..biasala..tak sambut pun aku tak kisah ehhhh..main redah pun takpe ehh..lagi best lau orang tak sambut hehehe




4.Masuk dewan orang dah ramai..dependekkan cerita aku sempurnakanlah pembahagian cek bayaran tu hah..main wi je lah hahaha..pehhhh hamper dan limau banyak terrrrrr



5.Disebabkan majlis mula pun dah lewat...so aku pun balik lewatla..dah la jauh..pe pun nak isi perut dulu la..lapar kat sini cina nyer makanan semua tak halal adeiii sengal!pusing2 aku pi makan kat De semak mersing hehehehe best beb..lepas kenyang balik rumah sampai kul 10.00 malam adehhhh penat







Rabu, 11 Januari 2012

Taman Seri Impian@Impian Casa telah selamat dimiliki :)

1.Alhamdulilah selesai sudah semua urusan proses pembelian rumah aku..InsyaAllah pertengahan tahun ni berakhirlah bab sewa menyewa ni..boring dah aku asyik duk sewa rumah ni. Pehh penat jari jemari hari ni asyik duk tanda tangan surat perjanjian bla bla bla...dah la dalam pejabat pun nak ne tandatangan baucer juga...juga penat gak tu..




2.Hari ni aku ke Kahang timur..jalan nak pi mersing tu hah..siasat beberapa kes..paling menarik kes perebutan pencen penakat antara ayah si mati dengan menantu(suami si mati)adehhh macam2...kalau dah anak mati kompemla pencen tu dapat kat suami beb apa yang nak gaduh2!siap kata menantunya gagal dikesan dah bertahun tahun..tak tahu mana tinggal kakakaka..alkisah maka aku pi buat siasatan secara  mengejut@risikan hahaha nahhhh kan dah kantoi hang malu maluterrrr hahaha rupa rupanya  menantu tinggal satu rumah lagi dengan bapa mertua...celaka la dapat bapak mertua macam ni adehhhh..pusing2 nak tipu duit pencen punyer pasai..sanggup bikin cerita 1001 rasa..


adegan menantu n bapak mertua @rumah bapak mertua kakakaka kantoi siot
3.Hari ni jugak sempat masuk swamill..lagi kes putus jari...sawmill ni bahayala geng..sib baik aku nyer anak beranak tak de kerja sawmill..habuk leh bikin asma beb..kecederaan bila2 masa







4.Balik dari kerja ajak anak2 keluar ..orang kata sebagai terapi hilangkan kepenatan hahahaha





Rabu, 4 Januari 2012

Nur Qaisara Humaira@Tadika Didik Harmoni


1.Tahun lepas boleh dikatakan hampir setiap hari anak aku yang sulong Nur Qaisara Humaira bertanya bila nak hantar dia ke sekolah..pada masa tu usianya baru 3 tahun..pada aku dia bercita-cita agak tinggi juga ingin menguasai bahasa cina dan bahasa pengantar dunia tak lain tak bukan bahasa inggeris..aku cuma janji bilamana cukup umur 4 tahun baru leh masuk belajar..itu janji aku


2.Tahun ni apa yang dijanjikan aku kena tunaikan..apatah lagi usianya kini dah 4 tahun..lalu aku carikan sebuah tadika khas untuknya..tak berapa jauh dari rumah aku pun, bahasa pengantar di tadika itu sememangnya bahasa Inggeris dan turut mengajar bahasa cina..yaaa sepertimana yang dia hajatkan maka aku turuti..


3.Langkah pertama aku daftar..yurannya tak payahla cakap kesemua nak hampir 1 ribu la jugak..hm nak belajar punyer pasal takpela lagipun aku tengok tadika ni amat baik dari segi pengurusan dan juga pembelajarannya..selain aspek bahasa..ada diajar juga kemahiran komputer dan lain2..aku kira ok dah.Bab pemakanan pulak kena bawa makan sendiri sebabnya tadika ini berbilang bangsa..ada cina(ramai)hehehe melayu india..opsss yuran bulanan boleh tahan adeiii


4.Oleh kerana isteri aku ni cikgu dan mengajar plak jauh jadi seawal pagi 6.30 pagi dah bertolak untuk ke sekolahnya..maka aku kena buat pelbagai persedian untuk hantar anak sulung aku ni ke tadika..dari A sampai Z! kekeke tak pandai aku nak solek2 budak ni ehh :)


5.Hari ni hari pertamanya aku nak pastikan Nur Qaisara Humaira ni happy untuk belajar..seawal pagi jam 6.30 dia telah bangun dari tidur..lalu aku rebuskan air panas..hahaha teringat aku memori masa kecik2 dulu Ibu aku juga pernah buat benda yang sama pada aku..panaskan air panas dan masukkan dalam besen dan campur air lalu mandi hehehe tak la jadi sejuk bila mandi..baik sangat Ibu aku..hm hm..rumah kampung mana ada pemanas air...


6.Lalu episod memanas air untuk mandi pagi aku warisi pula hehehe..rumah aku ni tak de benda nak panas air tu hah!main rebus air je lah!!!lepas rebus air aku pakaikan pakaian untuk ke tadika anak aku ni..Isteri aku dah pi sekolah dah..jadi aku bantai je lah pakai dan bedakkan anak aku ni hehehe..sapu bedak losen tak pandai nak buat rambut apa2 main sikat je lah hahaha sian anak aku ni..lau masuk carta maka paling terburuk bekali hahahaha..aku mana nak pandai mekap budak heh!


7.Sebelum hantar tadika aku pi keluar dnegan anak aku ni cari bekalan bekal untuk dia makan time rehat..hari ni aku beli je bihun goreng dan masukkan ke dalam bekas makanannya..lepas itu terus hantar anak aku ke tadika..kena pantas sebab aku kerja hari ni..jam 7.30 pagi aku dah hantar anak aku tu..Alhamdulilah dia ok..nampak gaya leh jaga diri..masa tu bilamana tengok anak dah leh bawa diri Alhamdulilah..aku puas!!!


8.Lagi puas jika kiranya cita-citanya untuk menjadi pakar jantung kanak2 tercapai!