Ahad, 15 Januari 2012

Hutan Lipur Gunung Berlumut@Kahang timur


1.Kali terakhir aku ke Hutan Lipur Gunung Lumut@berlumut rasanya kira-kira 4 tahun yang lalu..lama sangat dah tak pi sana..setakat masuk kahang timur tu biasa atas urusan kerja tapi tak la sampai gunung lumut hehehe kalau sampai sana sorang2 pun nak buat menatang ape kakaka, pepun Gunung lumut@berlumut agak bersih sepertimana yang pernah aku pergi dulu dalam 4 tahun yang lepas, cuma kalau nak ada pun sedikit perubahan yang ketara parking FREE hahahaha dulu kalau masuk kena la jugak bayar masuk..la ni FREE jah!lantakla nak masuk FREE kekeke masuk kolam gunung lambak nak ne bayaq kat sini FREE lagi best air terjun kakakaka..coollll..


2.Semalam aku ke Endau sebab urusan rasmi yang tak dapat dielakkan ..biasanya setiap hari sabtu aku wajib keluar dengan femeli kemana mana saja yang kami mahu..just jalan2..so nak gantikan hari sabtu yang aku kena bertugas maka hari ni aku cover balik..so adil kan.


3.Dalam jam 9.00 pagi dah siap sedia keluar rumah..yang utama pi beli sarapan dulu..kasi bungkus Nasi  berlauk,Nasi kerabu laksam nak bawa makan kat Gunung berlumut hehehe..makan kat dalam hutang ni best walaupun makan nasi dengan ikan kering


4.Yang tak biasa ke Gunung lumut jalannya cukup mudah..kalau dari kluang hangpa tuju je ke Mersing hehehe selepas kampung gajah (penjara kampung gajah) hangpa naik sikit nanti jumpa simpang ke Kahang Timur di sebelah kanan..Nah masuklah simpang jalan tu..lepas tu naik lagi sampai jumpa simpan kiri masuk ke Felda kahang timur..lepas tu naik sikit lagi masuk ke Ulu dengar nanti jumpa la papan tanda ke Gunung lumut..tak jauh dalam 36 KM dari bandar Kluang. Antara jalan yang dilalui hehehe




5.Masuk ke Gunung Lumut FREE tanpa apa-apa bayaran pun..tempat parking kereta juga banyak!itu pun kalau tak penuhla..anda boleh parking je kat mana2 yang anda suka hahaha..jangan parking dalam sungai sudahla..itu kompem menyusahkan pihak bomba nanti kakakaka




6.Kalau dulu kat sini ada gerai makanan..boleh la makan2 lani ni gerai makanan macam tak berfungsi langsung tak tahu pasai apa!yang ada cuma gerai yang dibuka oleh penjaja..kira ok jugak la tu..ada macam2 depa duk jual!




7.Tak membuang masa jom kita masuk Hutan Lipur Gunung berlumu@lumut dulu hehehe...dah dengar dah desiran Air terjun kekekeke...trek berjalan kaki kat Gunung Lumut amat selesa sekali...hangpa boleh pilih nak mandi atau nak lepak kat mana ikut suka hangpa lah!sebab aku bawak anak2 kecik jadi aku dengan berat hatinya lepak je yang tempat air cetek adeiiiii  tak dapat aku nak mandi macam ni aiyaaaa..anak2 je lah yang mandi sakan



8.Airnya cukup2 sejuk!tak tahan aku weiii sejuk budak ni mandi selamba je...pengunjung plak ramai yang datang..aku ingatkan aku je yang datang hahahaha dari pagi tadi aku tengok sepanjang jalan kereta aku je masuk tapi bila sampai sana dah penuh dah rupanya...hari Ahad kot






9.Dalam 1 jam jugakla bagi peluang depa anak beranak ni duk main2..lepas tu aku ajak balik la..tak leh main lama2 sangat kot2 nanti demam aku gak yang susah, tapi sini bestla jgak dan dekat..best la boleh mandi budak2..yang dewasa nak mandi kena naik atas sikit la..baru air dalam!


10.Perjalanan pergi dan balik gunung berlumut ni tak susah dan kompem hangpa tak kan sesat punya..setiap simpang ada papan tanda sama ada semasa hendak ke gunung lumut mahupun semasa hendak keluar dari gunung lumut..cukup mudah!




stesen minyak kahang timur ada..so jangan risau takut minyak habis hehehe


kat Hutan Lipur Gunung lumut tak de benda ni kakakaka





2 ulasan: