Khamis, 29 Mac 2012

Ambil tindakan segera kemaskini borang 117 perkeso!

                                            contoh akuan tahunan 117

1.Hm hari ni aku keluar siasat kes macam biasa..nama pun dah pegawai penyiasat tak kan duk main guli plak kakakaka..but sebelah tengahari dapat arahan untuk kesan penerima Faedah (pencen) perkeso yang masih belum mengembalikan Borang Akuan tahunan ( Peraturan 117), adeiiii tang ni aku lemah sikit ni..lemah bukan kerna apa sepatutnya depa yang menerima faedah perkeso ni tau dengan sendirila tiap2 tahun depa duk kena isi borang akuan tahunan 117 ni...tak kan lupa kot...dah la banyak plak tuuuu...

                                            banyak senarai aku nak ne cari..

2.Kalau depa tak isi dan tak lengkapkan borang akuan tahun peraturan 117 atau lebih senang kita panggil je borang 117 tu, maka pencen bulanan mereka akan ditahan@sekat buat sementara waktu sehinggalah borang 117 dikembalikan dengan kata lain bukan kembalikan borang 117 yang kosong weiiii nak kena isi la hahaha kalau kembalikan yang kosong gak oarang kelate kata gong pelik la! yang lengkap bermaksud semuanya di isi dengan betul dan ditanda tangani dah disahkan oleh mana2 pegawailah..pesuruh jaya sumpah pun boleh..ketua balai pun boleh lantak hangpa la..jangan ketua tabit@ketua dukun@ketua bomoh sudaahla.

                                             contoh akuan tahunan 117

3.Siapa yang sebenarnya yang perlu mengisi dan mengembalikan Borang Akuan tahuanan (peraturan 117) ni?
mereka yang kena isi adalah terdiri daripada penerima-penerima faedah perkeso seperti:

i.penerima yang sedang menerima pencen Ilat
ii.penerima pencen penakat
iii.pencen faedah orang tanggungan (FOT)(mati semasa bekerja@kemalangan,pergi balik kerja)
iv.faedah hilang upaya kekal berkala.

                                             contoh akuan tahunan 117

4.Borang 117 (Akuan tahunan) ini cukup penting kepada pihak perkeso untuk membolehkan pihak perkeso mengemaskini maklumat terkini penerima!contohnya dari segi alamat kediaman, status sama ada berkhawin semula atau tidak, yang ilat sudah sihat atau tidak atau status sama ada penerima pencen itu masih hidup atau 
sebaliknya dan banyak lagi la..sebab itu borang akuan tahunan ini penting! Oleh sebab itu jika borang 117 ini tidak dihantar maka pihak perkeso terpaaksa tahan bayaran pencen untuk mengelakkan situasi bayaran tersilap dibayar berlaku..contohnya bayaran pencen dibuat pada penerima pencen yang telah meninggal dunia!

                                             contoh akuan tahunan 117

5.Ada beberapa alasan popular (alasan biasa) yang didakwa punca mereka tidak hantar atau gagal menghantar borang 117 antaranya;

i.tinggal dikawasan terpencil@ladang sawit yang jauh
ii.tidak menerima borang 117 yang dipos perkeso (salahkan posman la tu hahaha)
iii.hilang@cuai lupa letak borang 117 (buat bungkus kacang la kot)
iv.tak berapa ambil kisah (kaya la tu)
v.keuzuran (dimaafkan)


                              yang ni sihat dan  kaya..patut malas isi :)

5.Adalah diharapkan depa2 yang berkenaan peka la untuk diri hangpa sendiri..kalau hangpa tak isi akuan tahunan tu maknanya hangpa tak nak pencen dan tak nak duitla tu..hehehe dengan kata lain dah kaya la kot :)

                                ni yang aku maalas ni..anjing2-3 ekoq

                                ladang chamek@ mengesan penerima faedah


                                ladang paloh@mengesan penerima faedah



Rabu, 28 Mac 2012

penangan jeruk bunga dala

                                             jeruk bunga dala

1.Sejak balik dari kampung hari tu aku nyer selera makan memang tiada tolak bandingnyer hehehe..bukan kerna lauk pauknya tapi sebab penangan bunga dala@bungo dalo kata ore kelate...aku tak tahula kalau tempat hangpa panggil nama pe kat bunga dala ni..yang pasti jeruk bunga dala ni memang aku suka sejak dari kecil lagi! Nak cari benda ni kat kluang kompem tak de punyer..kat kelantan kalau ada pun kat kawasan kampung..umah mak aku ada lagi 2-3 pokok hehehe jadi jeruk bunga dala ni leh la tapau bawa balik kluang.

                            ni pokonya tapi time ni bunga dah semuanya dipetik..

2.Sebut pasal bunga dala ni bukan semua orang kelantan kenal pun eh hahahaha aku nyer wife pun dalam hidup dia tak pernah makan pun bunga dala...tapi bila dah kahwin dengan aku balik kampung siap tapau juga hahahaha..dek sebab stok jeruk bunga dala ni terhad maka kami hadkan kuantiti memakan bunga dala ni adeiiii lowak sunggoh!bagi aku la kalau tak de lauk pun takpe janji ado bunga dala ni...huh best siotttt...memang sedap wa cakap luuu..

                                        ini bukan tempat simpan jeruk bunga dala :)

3.Kalau berminat nak cubo maila kelate antara bulan januari-mac..rasanya time tu la dia berbunga..tu pun kalau aku tak silapla..pokok bunga dala ni pun berbunga setahun sekali jah...

                                          tauke jeruk bunga dala kakakaka

Sabtu, 24 Mac 2012

tengok rumah@Impiana casa


1.Dah 2 minggu aku tak tengok rumah..nak kena selalu pi pantau..kalau seminggu tak tengok dah rasa lain macam!so hari minggu mcm ni aku pi la jenguk2 rumah aku kat taman seri impian tu..Alhamdulilah pembinaan dan perkembangan yang cukup positif..dah nak siap pun ehh





2.hehehe cepatla siap nak rest tempat yang tenang ni heh..





Jumaat, 23 Mac 2012

Perkeso Bina Pusat Rehabilitasi bertaraf Antarabangsa!



1.Aku baru saja sampai rumah..penat tok sah kata la...sekadar nak update jah sebab aku kalau dah terlampau penat jadi susah nak tidur!


2. Hari ni dari jam 10.00 pagi aku dah bertolak ke Melaka with 3 rakan setugas yang lain semata-mata  diarah untuk hadiri Majlis pecah tanah pembinaan pusat Rehabilitasi Perkeso yang dikatakan bertaraf antarabangsa dan merupakan satu satunya yang ada di kalangan negara Asean!....heheh tapi kalau pusat Rehabilitasi saja yang dah bertaraf antarabangsa tak kan gaji kakitangan duk takuk lama lagi kotttttt!!!!lagi pun pencen penerima faedah pun  depa leh naik...jangan anak tiri kakitangan plak weiii...

                                  Pemandu pertama kekeke

                                 Pemandu kedua hahaha

2.Berbalik pada Majlis pecah tanah projek Pusat Rehabilitasi Perkeso ini, ia sedang dalam pembinaan yang melibatkan keluasan tanah kira-kira seluas 22.26 hektar yang terletak di Bandar Hijau di Alor Gajah Melaka...tempatnya sungguh strategik dan bertepatan dengan konsep Bandar hijau...masih dilitupi Hutan Hijau hehehe..nun jauh masuk kedalam ...tempatnya buat masa ni sunyi...hehehe betul2 hijau :)

                                 Laluan masuk ke Pusat Rehabilitasi Perkeso

                                 Kawasan Bandar Hijau Alor Gajah Melaka

                                 Tapak Projek Pusat Rehabilitasi Perkeso


3.Banyak kemudahan dan juga perkhidmatan yang akan disediakan di pusat Rehabilitasi Perkeso ini apabila ianya siap kelak.Projek ini bermula pada september 2011 dan dijangka siap sepenuhnya pada september 2013..dah tak lama lagi la tu. Antara perkhidmatan dan juga kemudahan yang disediakan di Pusat Rehabilitasi Perkeso apabila ianya siap kelak adalah seperti berikut:

a. Klinik Rehabilitasi
b. Program Pemulihan fizikal
c. Program Pemulihan Vokasional
d. Program Return to work
e .Program Pemulihan industri
f. Program kaunseling
g. Program Khidmat sosial
h. Wad jagaan Harian
i. Pusat pembangunan dan penyelidikan teknologi Rehabilitasi
j .Pusat pembuatan prostetik dan Ortortik
k .Asrama
l. Kawasan Rekreasi
m. Program latihan hidup berdikari.

                                 Tapak Projek Pusat Rehabilitasi Perkeso

4.Apa dia Pusat Rehabilitasi Perkeso ni? Kos pembianaan pusat itu saja dah mencecah RM 238 juta??? secara ringkasnya pusat ini akan menyediakan kemudahan rawatan pemulihan yang lengkap termasuk dari sudut fizikal dan Vokasional kepada pencarumnya (pencarum Perkeso), senang cakap hangpa pastikanla majikan hangpa semua mencarum dengan perkeso! senang cerita jika hangpa dilanda bencana kerja dan mendapat kecederaan yang teruk maka hangpa akan cuba dipulihkan semula disini dan akan dipulihkan agar hangpa leh kembali semula ke alam pekerjaan seperti sediakala hendaknya...itu dengan kata mudahla...sebab sebelum ini semua kes perkeso yang melibatkan kes pemulihan yang memerlukan ianya dirujuk ke pusat rehabilitasi kepuanyaan hospital awam dan swasta...kalau dah ada sendiri maka lagi la senang nak urus dan kendalikan kes!

                                 sekitar majlis pecah tanah projek

                                 menunggu ketibaan Ketua Menteri Melaka

5.Pusat Rehabilitasi ini yang merangkumi keluasan sekitar 22.26 hektar ini juga akan meliputi bagunan pentadbiran, bangunan Rehabilitasi Perubatan ,Pusat latihan kesihatan, dewan makan, asrama dan juga Bangunan Rehabilitasi vokasional.


6.Adalah diharapkan dengan terbinanya pusat Rehabilitasi ini ia dapat membolehkan Perkeso meningkatkan lagi mutu penyampaian faedah Pemulihan kepada Orang berinsurans (pencarum) dan sekaligus berusaha untuk memulihkan mereka sedaya upaya untuk mempastikan mereka kembali ke alam pekerjaan.

                              rest jap..makan tengahari@subaidah nasi kandar

                                 Solat jumaat@Masjid A'alami@MITC

                                 hehehe asyik makan je bro ni..driver penat :)

                                 @Masjid selat Melaka



 


                             Bye Melaka...de masa aku berkunjung lagi :)




Khamis, 22 Mac 2012

Kerja kosong@kako suntax kluang

1.Hari ni mcm biasa banyak kerja..mcm2 kerja da kena buat..hari ni aku masuk kilang siasat kes macam biasa, kali ni kes kemalangan di kilang Kako suntax hehehe mcm name kilang jepun je...puas aku duk pusing2 dalam kilang ni ternyata tempat kerja kilang ni amat selesa sekali..sekali tengok seolah olah depa duk melepak je hahaha..kat kluang lau de sape nak join kilang ni boleh la..banyak nak pakai pekerja...


Nak cari kilang ni senang je ehhh..hangpa yang kat Kluang kompem tahu ehhh..terletak di kawasan perindustrian Lau Kim teck berhadapan dengan pejabat MIC bahagian sembrong tu hah...aku bukan nak promote mic lah ehhh kakakaka hangpa tak yah pi perjabat MIC la deh hahahaha..

 Ni hah kilang Kako Suntax...er er gambar dalam kilang tak leh nak tunjukla bro..manager dia tak bagi tunjuk la..hangpa nak kerja sini pi la..


2.Sentuh bab kerja ni tak leh nak rest langsung adeee je..orang kata tak habis habis ehhh..balik siasat kes dan bertimbun fail masuk..ya le nak ikutkan kerja ni tak habis sampai bila bekali..


cukup la malam ni sekadar nak update jah hehehe sok aku pagi2 lagi nak kena pi melaka..hm sok de majlis kat melaka nak ne pi la...nak buat macam ne majlis rasmi...jumaat plak tu adeiii

Rabu, 21 Mac 2012

Perkeso naikkan kadar pencen!

1. Berita yang agak mengembirakan untuk semua penerima pencen Perkeso dimana kira-kira 270 595 orang akan menikmati kenaikan kadar faedah pencen yang mereka terima.

2.Kenaikan kadar faedah pencen itu melibatkan kadar kenaikan antara 1.3 hingga 3.7 peratus dan ianya akan berbeda mengikut tempoh penerimaan pencen..

3.Lebih mengembirakan kenaikan kadar faedah pencen itu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun lepas dan ianya melibatkan pembayaran pelarasan kadar pencen melibatkan kira-kira RM 35.2 juta!

4.Dalam pada itu Perkeso juga mengumumkan berita baik dimana kadar pencen minima dibawah skim ilat yang mulanya sekadar RM 250 telah dianaikkan menjadi RM 475 dan ianya berkuatkuasa pada 1 Januari lalu.

Ahad, 18 Mac 2012

Bawa anak2 lepak@Holiday Villa Cherating

1.Sebelum cuti sekolah bermula aku bantai pulun kerja habis habisan so tak sempat plak aku nak jenguk aku nyer blog ni hehehe..lagi pun balik kampung 1 minggu tuuuu..1 minggu sememangnya percutian agak panjang buat aku...sebabnya aku bukan cikgu kalau cikgu setakat 1 minggu biasa sangat dah ehhh hehehe..depa punyer cuti bulan 12 laghi panjang ehhh :)

                                 Sara@umah atoknye :)

                                 @pasar tani meranti..pasir mas kelate

                                 Er er gelap la plak@pengkalan Chepa
                               
                                bestla depa pi Kundasang sabah

2.Dek kerna wife aku pun cikgu jugak maka aku terpaksa joiin dia nyer cuti la..lau tak ikut cuti sekolah bila masa lagi aku nak balik kampung...hehehe sebut pasal sekolah terkenang plak sekolah lama aku..sekolah tempat aku mula2 belajar a,b,c


3.Balik kampung seminggu kira puas la jugak..alang2 dah balik kampung aku pi bercuti sekali la..kali ni aku pi ke Holiday Villa cherating kat kuantan pahang..ni kali ketiga aku pergi kat Holiday Villa Cherating..kali terakhir aku pi sana agak2 dalam 2 tahun lepas kot..agak lama jugakla.



4.Tak tahu napela aku nyer keluarga satu kepala dalam bab2 percutian ni...sebut je cuti kompem pi la melepak kat mana2...kalau bukan pantai kompem kolam hehehe...hm mungkin nak rest bersama anak2..bab duit kita fikir kemudian..selagi ada nyawa...selagi ada tenaga selagi ada kesempatan aku tak lokek bawa anak2 jalan...dalam negara je lah..kakakaka kalau nak luar negara pi golok boleh la hahahaha..masuk kat cherating aku tercari cari arah kiblat..dulu depa letak kat atas syiling kan kan lani ni setelah puas aku cari last2 terjumpa dalam laci adehhh senggal betul la depa ni kekeke..

                                          penunjuk arah kiblat dalam laci


5.Macam dulu jugak kat Holiday Villa Cherating pahang ni tak de perubahan sangat..jika dulu time aku pi sana Ombak kuat langsung tak leh mandi laut..la ni time aku pi semalam Ombak ok plak dan leh mandi...

                              marah camera man la plak ..siap bagi warning terrr




6.Namun anak2 aku tak suka pantai..depa lebih suka kolam kat cherating tu so depa bantai mandi kat situ la berjam jam!












7.Ops..aku Chek in kat Holiday Villa dah agak lewat hehehe dalam jam 4 petang baru chek in itu pun bukan salah aku pun salah depa bilik mcm penuh hehehe terlampau ramai orang beb..pada mulanya aku seperti biasa tempah Garden Villa hehehe sebab Garden villa murah sikit dan agak cantik ooooo betul2 tepi kolam...tapi dek penuh entah macam mana la depa ni tempah awal pun leh penuh adehhh...so depa dengan rela hati terpaksa beri Bilik Istana Wing..ala dekat2 bilik Honeymoon suite la..bilik Ok la lebih besar dari Garden Villa yang biasa aku pernah duduk..

                                 Ni Garden Villa yang aku duduk dulu

                            Ni bilik yang baru semalam aku menginap..tak tahu name pe




                                 tak berapa jauh dari kolam


8.Brek pes kat sini pagi aku bantai nasi dagang..Restoran depa masih macam dulu tak dak perubahan langsung adeiiii masih kat tepi pantai tapi sentuhan,gubahan tetap sama..hm hm mcm tak dak kesegaranlah depa ni :)



                               bestkan restoran holiday villa tepi pantai



                                 hehehe pandangan dari jauh..


                              huh si kecik ni komplen pe la kat mama dia nih

9.Ok la sebenarnya aku baru sampai ni nak rest dulu lah..nanti aku bagi tips2 lain plak lau nak pi Cherating hehehe..makanan kat sini malal beb hahahahaha..yang tu hangpa kena percaya kakaka


                                 penaja rancangan kakakaka

                                 ini blok honeymoon oooooo

                                 hehehe.apa salahnya sesekali kekeke

                              ni hah bilik aku hehehe..honeymoon gak la bekali kakaka