Khamis, 29 Mac 2012

Ambil tindakan segera kemaskini borang 117 perkeso!

                                            contoh akuan tahunan 117

1.Hm hari ni aku keluar siasat kes macam biasa..nama pun dah pegawai penyiasat tak kan duk main guli plak kakakaka..but sebelah tengahari dapat arahan untuk kesan penerima Faedah (pencen) perkeso yang masih belum mengembalikan Borang Akuan tahunan ( Peraturan 117), adeiiii tang ni aku lemah sikit ni..lemah bukan kerna apa sepatutnya depa yang menerima faedah perkeso ni tau dengan sendirila tiap2 tahun depa duk kena isi borang akuan tahunan 117 ni...tak kan lupa kot...dah la banyak plak tuuuu...

                                            banyak senarai aku nak ne cari..

2.Kalau depa tak isi dan tak lengkapkan borang akuan tahun peraturan 117 atau lebih senang kita panggil je borang 117 tu, maka pencen bulanan mereka akan ditahan@sekat buat sementara waktu sehinggalah borang 117 dikembalikan dengan kata lain bukan kembalikan borang 117 yang kosong weiiii nak kena isi la hahaha kalau kembalikan yang kosong gak oarang kelate kata gong pelik la! yang lengkap bermaksud semuanya di isi dengan betul dan ditanda tangani dah disahkan oleh mana2 pegawailah..pesuruh jaya sumpah pun boleh..ketua balai pun boleh lantak hangpa la..jangan ketua tabit@ketua dukun@ketua bomoh sudaahla.

                                             contoh akuan tahunan 117

3.Siapa yang sebenarnya yang perlu mengisi dan mengembalikan Borang Akuan tahuanan (peraturan 117) ni?
mereka yang kena isi adalah terdiri daripada penerima-penerima faedah perkeso seperti:

i.penerima yang sedang menerima pencen Ilat
ii.penerima pencen penakat
iii.pencen faedah orang tanggungan (FOT)(mati semasa bekerja@kemalangan,pergi balik kerja)
iv.faedah hilang upaya kekal berkala.

                                             contoh akuan tahunan 117

4.Borang 117 (Akuan tahunan) ini cukup penting kepada pihak perkeso untuk membolehkan pihak perkeso mengemaskini maklumat terkini penerima!contohnya dari segi alamat kediaman, status sama ada berkhawin semula atau tidak, yang ilat sudah sihat atau tidak atau status sama ada penerima pencen itu masih hidup atau 
sebaliknya dan banyak lagi la..sebab itu borang akuan tahunan ini penting! Oleh sebab itu jika borang 117 ini tidak dihantar maka pihak perkeso terpaaksa tahan bayaran pencen untuk mengelakkan situasi bayaran tersilap dibayar berlaku..contohnya bayaran pencen dibuat pada penerima pencen yang telah meninggal dunia!

                                             contoh akuan tahunan 117

5.Ada beberapa alasan popular (alasan biasa) yang didakwa punca mereka tidak hantar atau gagal menghantar borang 117 antaranya;

i.tinggal dikawasan terpencil@ladang sawit yang jauh
ii.tidak menerima borang 117 yang dipos perkeso (salahkan posman la tu hahaha)
iii.hilang@cuai lupa letak borang 117 (buat bungkus kacang la kot)
iv.tak berapa ambil kisah (kaya la tu)
v.keuzuran (dimaafkan)


                              yang ni sihat dan  kaya..patut malas isi :)

5.Adalah diharapkan depa2 yang berkenaan peka la untuk diri hangpa sendiri..kalau hangpa tak isi akuan tahunan tu maknanya hangpa tak nak pencen dan tak nak duitla tu..hehehe dengan kata lain dah kaya la kot :)

                                ni yang aku maalas ni..anjing2-3 ekoq

                                ladang chamek@ mengesan penerima faedah


                                ladang paloh@mengesan penerima faedah



8 ulasan:

  1. salam - Tergelak2 saya baca kisah ini...jgn lupa tulis lagi ye...sgt seronok membaca nya...cabaran rupa nya kerja kat pekeso ni...sorry selama ini salah anggap pd pekeso...rupa2 kurang info...:) ishh..ishhh.

    BalasPadam
  2. hehehe thanks puan..akhir ni busy sikit tak sempat nak update blog

    BalasPadam
  3. salam, bel nak tanya. kalau bel beri salinan result yg latest je untuk borang 'LAMPIRAN A' dan tak beri salinan surat tawaran belajar x pe ke.

    sekarang bel da sem 7, dan x ambil PTPTN pun. masa mendaftar sem 1 dulu-dulu, surat tawaran belajar bel dalam file peribadi pelajar yg kolej simpan. sekarang bila bel pergi kolej minta surat taaran tu, dia kata da hilang. aadi macam mana? boleh x kalau gantikan dengan sijil dekan? atau bukti lain.

    buat pengetahuan juga, bel anak angkat perkeso :)
    reply me back, A.S.A.P :)

    from : nabilah binti haji nor hassan
    e-mail : nabilahijau@yahoo.com

    BalasPadam
  4. salam bel:surat pengesahan dari bahagian Hal ehwal pelajar or jabatab pendaftar universiti pun boleh hehehe

    BalasPadam
  5. salam.

    ooo,
    kalau bel gantikan surat tawaran belajar dgn surat salinan pendaftaran sem 7 boleh?

    maksud bel, salinan surat pendaftaran sambung belajar sem baru yg paling latest(sem7). lepastu dekat surat tu ada cop yg disahkan unit exam dan hal ehwal pelajar. macam tu boleh ke?

    BalasPadam
  6. bel:surat tawaran tu penting..pun begitu minta pihak HEP buat surat pengesahan pun boleh...sila berkunjung ke pejabat perkeso terdekat bel

    wasalam

    BalasPadam
  7. nak tanya sikit la..
    saya seorang penjaga kepada adik saya..
    tahun yang lepas bayaran untuk adik saya di tahan disebab kan tanda tangan pada borang tersebut di isi oleh saya.Jadi untuk tidak mengalami masalah yang sama tahun ini saya menyuruh adik saya menanda tangani pada borang tersebut tetapi pihak suruhan jaya sumpah tidak mahu mengesahkan borang tersebut.Borang ini perlu ditanda tangangi oleh penjaga.
    Persoalannya disini mana satu yang perlu mengisi dan menanda tangani borang tersebut.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. HEHEHE SAYA PUN TAK FAHAM PE SOALAN PUAN ..LANGKAH TERBAI SILA KE PEJABAT PERKESO TERDEKAT KAT SANA PEGAWAI BOLEH TANDA TANGAN TANPA SURUHANJAYA SUMPAH..LAGI SENANG BEB :)

      Padam