Khamis, 31 Mei 2012

tangan terputus berjaya disambung



1.Masih ingat kah kalian kes tangan terpotong masuk mesin yang berlaku di salah sebuah kilang sawit di nitar mersing??hehe mesti ingat sebab masuk harian metro muka depan tuuuuu..aku lagi la ingat sebab bila saja kes dilaporkan aku la yang dok kena pi serta merta siasat kes ni..masa aku pi siasat tak dapat jumpa mangsa sebab masa tu dia dirawat di pusat perubatan universiti malaya..nak cerita panjang lebar hangpa carila entry aku sebelum ni tentang kemalangan di kilang sawit mersing..hahahaha aku pun dah lupa entry aku tajuk pe benda kakaka biasala bloger tak de gaji kakakaka


2.Isnin lalu aku berpeluang jumpa beliau..aku tengok tangan yang terputus dibahagian telapak tangan kanan depa berjaya camtumkan semula dengan baik..cuma tak pastila leh berfungsi seperti sedia kala atau tidak..rasanya tidak kot..aku tanya bro tu cakap macam tak rasa pe jeee..but kira ok la ada juga tangan dan leh disambung semula itu sudah dikira satu nikmat yang Allah s.wt berikan..bukan semua orang dapat merasai peluang kedua sebegini..

Alhamdulilah..bila kembali jumpa bro ni dah pulih dah..



3.Cuma satu nasihat aku..lain kali kerja hati2 bro...


Rabu, 30 Mei 2012

satu-satunya mangsa terselamat dalam kemalangan tragis km 70 akhirnya meninggal dunia


1.Hari ni aku nak sambung sikit lagi berkaitan kes kemalangan maut yang berlaku di km 70 jalan kota tinggi -kluang yang meragut 3 nyawa,seperti yang hangpa dah tahu kemalngan itu meragut 3 nyawa dimana ketiga tiga meninggal ditempat kejadian iaitu marlisa mansor,anak marlisa iaitu sharmila binti jumadi dan maryana mansor adik marlisa,manakala satu satunya mangsa yang terselamat pada hari kejadian adalah sofea balqis 4 tahun telah dirawat di unit rawatan rapi (icu)hospital sultanah aminah johor.


2.Namun hari ni aku nak sampaikan satu lagi berita sedih dimana satu-satunya mangsa kemalangan tragis yang terselamat dalam kemalangan tempoh hari iaitu adik sofea balqis binti jumadi akhirnya telah menghembus nafas terakhirnya pada malam isnin dan dikebumikan pada pagi selasa,maka lengkaplah kesemua mangsa yang menaiki perodua kancil terbunuh dalam kemalangan yang menyayat hati itu.Betapa sedihnya seorang suami yang kehilangan isteri tersayang dan terpaksa merelakan dua anak yang masih kecil meyambut panggilan Ilahi..sungguh besar ujian dan dugaan yang dilalui kekanda jumadi bin sim..begitu juga dengan dengan Ayahanda Mansor ketabahan dan kesabaran serta keimanannya benar-benar teruji..beliau kehilangan 2 anak dan 2 cucu sekaligus!satu  satunya mangsa yang terselamat yang beliau harap2kan pulih akhirnya menyahut panggilan Ilahi..terpaksa juga meredakannya..


3.Pagi selasa sekali lagi kami berkunjung ke rumah pak mansor di felda bukit tongkat..pagi ini juga jenazah Sofea Balqis satu-satunya mangsa yang terselamat dikebumikan setelah menghembus nafas terakhir pada malam isnin..


4.Sambil ziarah kami juga sampaikan cek faedah pengurusan mayat (fpm) rm1500 untuk pak Mansor atas kematian maryana manakala bagi jumadi bin sim suami kepada arwah marlisa faedah pengurusan mayat (fpm)masih lagi dalam proses ini kerana terdapat beberapa dokumen masih belum dikemukakan.




5.untuk rekod kedua-dua arwah anak pak mansor ini iaitu marlisa dan maryana adalah pekerja di kilang podoyo di bandar tenggara dan kematian mereka berdua membolehkan waris mendapat pencen penakat, dimana pencen penakat ini akan dibayar sehingga waris meninggal dunia.Dalam kes ini pencen penakat untuk arwah marlisa akan dibayar kepada warisnya iaitu kepada suaminya jumadi bin sim dan kepada anak tunggalnya sehingga anak itu berumur 21 tahun.Manakala pencen penakat bagi arwah maryana pula akan dibayar kepada warisnya yakni kedua dua ibu bapanya sepanjang hayatnya!

Ahad, 27 Mei 2012

macam langgit dengan bumi bezanya

Hm hm wasatiyah yeee




cube bandingkan dengan yang ini


Kedua dua gambar ini berlaku pada majlis yang berbeda namun pada hari yang sama :)

Sabtu, 26 Mei 2012

pi ambik report kad anak..tadika punnnn ada report kad

1.Selamat bercuti buat guru2 dan para pelajar se malaysia hahaha..wahhh seronok sakanla hangpa leh balik kampung jumpa atok nenek opah mek ayoh cek dan seumpamanya.Ahhh aku jugak yang melepas tak dapat balik kampung nampak gayanya.Hmmm sayang sungguh cuti dah lulus 1 minggu,tapi apa nak buat isteri plak tak sihat, dengan rela hatinya dan dengan gembiranya kita bercutila aje kat rumah dengan seadanya,rosak semua plan nak pi jalan-jalan waktu cuti sebegini....frust sungguh tak dapat balik kampung ni!nampaknya nak kena tunggu cuti raya puasa la baru dapat balik kampung ni.


2.Hari ni jugak aku dijemput ke hari terbuka Tadika Didik Harmoni..tadika tempat anak aku Nur Qaisara Humaira belajar..anak aku ni baru 4 tahun tapi nak buat macam mana dah dia nak belajaq aku hantaq pi lah..duit tak ada masalah janji nak belajaq..kita usahala tang mana yang patut..tadika ni guna bahasa pengantar inggeris dan diadun dengan bahasa melayu dan cina..yuran bulanan leh tahan la..aku dulu masa bebudak tak kenal ape pun tadika ni..mak ayah tak hantar bukan depa tak berduit tapi aku ni jenis anak manja time tu hahahaha..asyik dok berkepik dengan mak ayah kakakaka, budak2 zaman la ni lain benar depa lebih terbuka dan tak takut..bab2 tak takut ni kadangkala mengundang bahaya jugak ni..


3.Sedar tidak sedar dah hampir 5 bulan anak aku si sara belajaq kat tadika ni, hari ni ibu bapa dipanggil untuk sesi taklimat berkaitan perkembangan anak2 dan juga penyerahan report prestasi pembelajaran mereka..Alhamdulilah bagi anak aku ni nampak gaya dia boleh bergaul dan bersaing dikalangan pelajar yang pelbagai bangsa dan agama tu..kat tadika anak aku ni ada bangsa cina,melayu,india campuran pun ada kakakaka..bab makanan sendiri kena bawa semua dari rumah..depa tak sedia makanan kat sini..


4.Masa aku mula2 nak hantaq anak aku kat sini sedikit ragu kot2 anak aku tak dapat bergaul dengan rakan2 yang lain,namun setelah 5 bulan berlalu Alhamdulilah semuanya ok.Hari ni aku di beri taklimat oleh guru tadika ni tentang perkembangan pembelajaran anak aku ni..sekali lagi Alhamdulilah ternyata anak aku ni mampu menyerap apa yang diajar oleh gurunya..bahasa cina Alhamdulilah dah boleh berkomunikasi dengan rakan sebayanya dengan menggunakan bahasa cina yang mudah..simple2 tu dah boleh cakap dah





5.Pencapaian dalam bahasa inggeris juga cukup membangggakan..aku bukan niat nak tekan anak aku ni belajaq dari kecil dan ajaq bermacam macam ..namun itulah tuntutan pemodenan sekarang..jika kita gagal bersaing kita akan hanyut..dan bila kita hanyut belum pasti kita akan mendarat dimana setelah hanyut itu...


6.Pencapaian matematik juga amat membanggakan..secara jujurnya aku dan isteri tidak mempunyai masa untuk mengajar dan mendidik anak sendiri di rumah dalam bab2 belajar ni..inilah satu permasalahan besar yang aku dan isteri cuba atasi..dek kerna tuntutan kerja,masa dan kepenatan maka waktu malam kami berehat dan adakala tertido awal..biasanya tugas menyemak kerja rumah anak aku ni dipertanggungjawab pada aku la...dah jadi rutin balik kerja aku semak buku2 anak aku dulu...itulah rutin aku setiap kali balik kerja...semak aje bab mengajar aku failed kakakaka..aku bukan guru yang baik kalau ditakdirkan jadi guru sebab itu akun tak jadi guru hahahaha..mudah gak hilang sabaq


7.Namun perjalanan masih jauh..yang pasti aku dah aturkan satu plan khas untuk anak aku ni...hope satu hari nanti bilamana ia boleh berfikir secara matang beliau mampu untuk menentu hala tuju sendiri dalam bab2 pendidikan ni...


Jumaat, 25 Mei 2012

Alhamdulilah selesai tugas berkaitan kemalangan maut meragut 3 nyawa di kluang


1.Alhamdulilah...syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya aku selesai juga menguruskan kes berkaitan kemalangan maut yang berlaku di Km 70 Jalan Kota Tinggi -Kluang. Aku percaya hangpa semua telah sedia maklum yang mana kemalangan ini telah menyebabkan 3 kematian dan 1 cedera parah. Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah Marlisa Mansor , Maryana Mansor dan anak kepada marlisa iaitu sharmila jumadi,manakala yang cedera parah adalah anak marlisa yang kini sedang dirawat di hospital sultanah aminah JB. Doakan semoga adinda Sofea balqis cepat pulih seperti sediakala..


2.Difahamkan kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu marlisa gagal memotong toyota hilux lalu bertembung dengan treller dari arah bertentangan..mereka bertiga tercampak keluar dan dilanggar toyota hilux yang menyebabkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang satu2nya terselamat adalah Sofea Balqis ini kerana beliau tidak tercampak keluar ketika kemalangan itu berlaku.


3.Aku sempat meninjau lokasi kemalangan sebanyak dua kali..lagipun jalan ni lah yang aku selalu gunakan..sesungguhnya aku tak percaya kemalangan yang tragis dan amat memilukan ini boleh berlaku di jalan yang begitu lebar bahkan begitu lurus sekali!!!!sayang sekali tiada saksi kejadian yang betul2 melihat apa sebenarnya berlaku..agak mustahil arwah tidak dapat melihat kehadiaran treller yang sebegitu besar kerana jalan begitu luru sekali!!!!!puas aku termenung mencari jawapan..hingga kini  sukar untuk menerima hakikat macam mana kejadian berlaku..itu aku..bagi keluarga mangsa lagi la sukar untuk mempercayainya..maka tidak hairanlah suami si mati yakni suami kepada marlisa dan ayah kepada sharmila jumadi sim telah beberapa kali pengsan tahkala menghadapi saat getir dalam hidupnya..




4.Sebaik sahaja mendapat maklumat bos aku yang tahkala ini sedang bercuti segera memberi arahan agar aku segera menyelesaikan kes ini..jadi seawal pagi aku dah bertolak ke Felda bukit tongkat dimana aku pasti dan bertekad akan menyelesaikan semua urusan hari ini juga!jadi aku tak nak buang2 masa terus ke felda bukit tongkat untuk mencari rumah waris mangsa kemalangan tersebut..puas jugakla berpusing pusing nak cari rumah  mereka ni..last2 suh pakcik jaga pi tunjuk tak tau nape selama ini kami cukup biasa selok belok jalan felda bukit tongkat,namun hari ni lain..lain kerana fikiran kami melayang layang tak tenang..masih terharu dengan kejadian tersebut..





5.Sejujurnya ini antara kes yang menyayat hati yang pernah aku jumpa..aku tal kisah mengalir air mata kerana kes ini..tiada perasaan malu dikala itu kerna segalanya berlaku secara semulajadi..sebaik tiba dirumah pakcik mansor..ayah  kepada 2 mangsa yang meninggal dunia ini serta kehilangan cucu kesayangan aku dan rakan setugas disambut mesra..aku faham mereka masih lagi dalam keadaan bersedih..bahkan air mata bercucuran tahkala menyambut kedatangan kami..saat ini aku tak mampu untuk berkata apa2..kami berbalas air mata kelu lidah tidak terkata hanya linangan air mata pemecah bicara..







6.Selang 2-3 minit kemudian rombongan guru2 dari sekolah anak arwah belajar juga tiba..sekali lagi mereka menangis hiba..lantas aku biarkan mereka tenangkan diri terkebih dahulu..rasanya jika keadaan ini berterusan aku boleh memohon diri untuk balik..tak sanggup aku meneruskan tugas dalam keadaan sebegini..namun mereka menghalang niat aku..takpa mereka perlukan sokongan sebenarnya..aku dengan satu persatu cerita mereka..sedan sedu esak tangis sentiasa menjadi irama mengiringi perbualan kami...ohh ayahandaku mansor..ohh kakanda jumadi tabahkan hatimu...kuatkan semangat..hidup perlu diteruskan walau apa cara sekalipun..patah sayap bertongkat paruh patah paruh bertongkat dagu patah dagu maka bertongkat kuku..namun mengalah jangan sekali!





7.Hebat sungguh dugaan bulan rejab kalian..selepas ini kalian akan menyambut ramadan dan syawal tanpa insan tersayang..


8.Aku hanya mampu berdoa...moga kalian dikuatkan semangat..simpanlah air mata kesedihan itu..nyahkan ia jauh jauh..biarlah ia berlalu pergi biarkan kesedihan itu berlalu..sesungguh kalian diantara orang2 yang terpilih untuk diuji..


Akan bersambung nanti.....sempat jugak menziarahi pusara arwah..



Khamis, 24 Mei 2012

Alhamdulilah isteri dah keluar wad


1.Baru balik dari Hospital Kluang..Alhamdulilah isteri aku dah leh keluar wad, merasa jugak dia bermalam di wad hospital kluang, yang serba baru ni hahahaha..kos pembinaan semuanya rm 397 juta terrrr..mau tak canggih!sejak ianya dibuka november 2011 aku dah 3-4 kali ke hospital ni..biasala kalau sakit2 tak teruk aku tak ke hospital ..malas nak menunggu lama sangat baru dapat jumpa doktor..biasa aku pi klinik panel jabatan aku je..tapi kalau dah teruk ubat klinik swasta tak leh jalan maka kena rujuk hospital jugak la.Biasanya aku ke sini kes anak2 demam..hm kompem ne ambik darah lau anak demam nak buat macam ne..


2.Dalam sejarah hidup aku..aku belum pernah bermalam di wad..sebagai pesakit..minta2 dijauhkan tak nak la merasa bermalam di wad dengan title pesakit hehehe lau peneman boleh je kekeke..aku dapat bayangkan kalaula aku jatuh sakit dan ditahan berhari hari di wad kompem huru dan haralah anak2 dan  bini aku, tapi untuk anak2 aku dan isteri aku depa dah banyak kali merasai bermalam di wad sebagai pesakit..kedua dua anak aku pernah ditahan untuk rawatan di wad hospital kluang coz demam panas..ni giliran isteri aku plak..dah kali ke 3 masuk wad..dan ini kali pertama di hospital baru..


3.Sebut pasal hospital baru kluang ni ianya ternyata canggih..dan amat cantik serba lengkap.Namun yang tak bestnya masa menunggu untuk dapat rawatan agak lama..puas dan jenuh menunggu...inilah satu satunya masalah dulu kini dan selamanya yang kementerian kesihatan gagal untuk menyelesaikannya!


4.Aku pun tak pasti kelas bilik apa yang depa bagi kat isteri aku ni..dalam bilik wad tu ada 3 katil..dan ada 2 tandas dalam bilik..katil pesakit memang best...cukup selesa..hahaha sebab aku guna GL maka aku tak tahu pe rm kos menginap di wad hospital kluang yang baru ni hehehe



5.Depa beri layanan yang cukup baik..nampaknya dah banyak perubahan dari segi layanan kepada pesakit.Pehhh dulu2 sebut pasai misi hoospital kerajaan semuanya tak mau pi ..sebab menyampah depa garang sangat/layan acuh tak acuh suka marah marah..sekarang perilaku macam tu dah hampir tiada lagi!mereka cukup profesional sekarang..murah senyuman dan amat bertolak ansur dengan pesakit mahupun keluarga pesakit..



6.Orang kata time kita sakitlah kita nak tau mana sahabat dan mana bukan sahabat..hahahahaha aku ingat..time ni time aku hahahaha...bagus jugak depa ni..isteri aku masuk wad langsung tak jenguk muka..bagus bagus depa ni rakan sekerja yang baik dalam ertikata maksud berlawanan!takpala dunia la ni dunia kau hal kau aku hal aku..ko mampus aku peduli apa hahahaha sungguh 90 darjah berputar dan terbalik semangat kekitaan dan keabraban..ya bukti tiada lagi ciri2 semangat kekampungan disini...waima antara rakan sekerja sekalipun..baguslaaa macam tu..aku teringat masa aku kecil dulu..aku demam masuk wad sehari pun berduyung duyung orang kampung datang sahabat handai ayah aku datang..tapi kat sini ianya cukup berbeda amat2 berbeda!ianya memberi 1001 pengajaran..lepas ni..hehehe kalau la wife aku ajak aku pi melawat sape2 atau mana2 member dia sakit tahu la aku macam mana nak cakap hahahahaha..biaq pi depa la!