Khamis, 31 Mei 2012

tangan terputus berjaya disambung



1.Masih ingat kah kalian kes tangan terpotong masuk mesin yang berlaku di salah sebuah kilang sawit di nitar mersing??hehe mesti ingat sebab masuk harian metro muka depan tuuuuu..aku lagi la ingat sebab bila saja kes dilaporkan aku la yang dok kena pi serta merta siasat kes ni..masa aku pi siasat tak dapat jumpa mangsa sebab masa tu dia dirawat di pusat perubatan universiti malaya..nak cerita panjang lebar hangpa carila entry aku sebelum ni tentang kemalangan di kilang sawit mersing..hahahaha aku pun dah lupa entry aku tajuk pe benda kakaka biasala bloger tak de gaji kakakaka


2.Isnin lalu aku berpeluang jumpa beliau..aku tengok tangan yang terputus dibahagian telapak tangan kanan depa berjaya camtumkan semula dengan baik..cuma tak pastila leh berfungsi seperti sedia kala atau tidak..rasanya tidak kot..aku tanya bro tu cakap macam tak rasa pe jeee..but kira ok la ada juga tangan dan leh disambung semula itu sudah dikira satu nikmat yang Allah s.wt berikan..bukan semua orang dapat merasai peluang kedua sebegini..

Alhamdulilah..bila kembali jumpa bro ni dah pulih dah..



3.Cuma satu nasihat aku..lain kali kerja hati2 bro...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan