Sabtu, 14 Julai 2012

aku,TPM@ulu belitong



1.Hari ni seperti diarah aku kena ganti bos aku ke Malis Pemimpin bersama rakyat di padang awam felda ulu belitong,biasala kita ni kuli depa arah kita pi tak pi nanti kena tibai plak..jauh disudut hati aku malas sangat nak hadir majlis sebegini..lagipun majlis ini memang tak sesuai dengan jiwa aku hahaha, dah banyak majlis yang aku pi wakili jabatan tapi majlis ni yang paling tak best hahaha..sakit mata aku woooo..semua bendera dacing wakakakakaka..kalau benar Program ini program pemimpin bersama rakyat adalah lebih elok tak payah langsung letak bendera parti politik kan lagi bagus!!!!ni sepanjang perjalanan nak ke sana penuh bendera parti..adehhhh aku tak tahu sape biaya program ni..kalau proram pemimpin bersama rakyat guna duit parti takpa la tapi kalau guna duit kerjaan adalah tidak kena sama sekali dengan bendera dan hala tuju program ke arah dan sudah jelas kepartian!


hehehehe gerai pameran Jabatan Pendaftaran negara pun pacak dacing nyer bendera ka wakakakakaka..tak pelik tak pelik..tak pelik langsung kakakakaka


2.Aku percaya bukan aku sahaja yang kena hadir bahkan semua ketua jabatan di kluang dan sekitarnya juga diwajibkan hadir barangkali..apatah lagi program ini dihadiri YAB Timbalan Perdana Menteri..ikut jadual asal kul 2.30 dah mula tapi biasala tak tahu nape lewat sampai jam 3.30 baru nak mula adehhh..dah la dalam semua ketua jabatan yang hadir semua dah dekat2 nak pencen hahahaha aku je yang muda kakakaka..tu pun aku berlagak jadi ketua jabatan wakakakaka bukan depa tahu pun barangkali depa ingat aku ketua jabatan jugak kot pasai itu aku ditempatkan di deretan ketua2 jabatan yang lain kakakakaka..pi sorang2 kat majlis macam ni memang memboringkan!




3.Tapi dalam keboringan ada juga penawarnya hahahaha..sib baik ada live band dari jabatan penjara kluang aku rasa leh la hilangkan boring hahaha best jugak la depa nyer nyayian..lagi best kalau depa ni bawak sekali ameng spring kan best hehehe ameng spring masih kat penjara kampung gajah kluang lagi kan kan..hm hm pasai pa la depa tak pelawa ameng spring join band ni hehehehe..lagu2 60an memang aku minat bagus jugak leh buat hilang aku nyer mengantuk..nak bual2 dengan oarang sebelah dah habis modal kakakaka nak bual2 politik tak masuk jiwa aku plak kakakaka..kasi bikin panas lagi ada..



4.Dalam pengamatan aku la..memang ramai orang yang hadir dalam majlis program pemimpin bersama rakyat ni (lebih betul tajuknya adalah program penerangan umno)kakakakaka..tapi kalau tak silap mata aku la yang ramai aku tengok adalah team jabatan pertahanan awam kakakaka depa ni pun kena kerahan tenaga ke???kakakaka ramai woooooo..depa datang dari mana la...seperti biasa geng2 bebudak universti pun kenai mai..guru2 macam biasala kena mai hehehe...er er aku duduk pun kat sebelah pegawai pelajaran dearah kluang kekeke..Tuan Haji Abd Manaf rasanya..penduduk ulu belitong aku tak pasti ramai hadir ke tak sebab sebelum majlis bermula aku kena duduk kat kerusi ketua jabatan dah..aku tak nak duduk depa mintak duduk kat situ jugak adehhhh kalau duduk situ maka susahla aku nak snap gambar2..siot je




5.Majlis biasala dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz khalil kadi kluang hehehe..sebut pasai kadi kluang ni..muda orangnya..cukup baik dan peramah dah banyak kali aku bersua dengan bercakap denganya..dalam majlis seumpama ini..tak sah untuk satu malam kalau aku tak baca blog peribadi beliau..dari cerita pasal tayar kereta hingga cerita nasib mat buger sampai sekarang aku minat hahaha..er er aku suka jugak tuan kadi ni selalu update pasal tangkapan khalwat hehehehe...


6.Selepas tuan kadi habis bacaan doa..maka bermulala episod ceramah umnno kakakakaka buka lagi program pemimpin bersama rakyat kakakaka jika proram pemimpin bersama rakyat sudah pasti rakyat yang hadir pelbagai parti dan tak kira fahaman politik... ni depa tibai dengan ceramah uumno kakakaka so aku pening lalat sat kakakakaka..giliran Datuk Hisamudin bla bla bla lepas tu giliran Tan sri muhyidin yasin bla bla bla..tak de yang menarik langsung dalam ucapanya kakakaka..jika ada yang menarik pun beliau umum peruntukan rm 3 juga pada parlimen sembrong itu aje la...kalau umum harga minyak ron 95 turun ok la jugak hahahaha..serius aku cakap jika begini cara depa berkempen teruk dan masak depa ni nanti sebab cara dan pendekatan kempen serta intipati serta gaya mereka agak ketinggalan..sindrom penafian juga masih menebal hahahaha Muhyidin kata jauh pangang dari  api buat pakatan rakyat menawan johor kakakakakaka masih dalam  sindrom penafian TPM ni..hakikatnya depa kena kerja keras...hm hm..sindrom 2008 depa ni macam dah tak de ubat dah!



7.Oleh kerana majlis mula lambat kul 5 baru habis..perut lapar tuhan aje yang tahu beb...makanan yang depa sedia plak bihun goreng..cekodok dan ubi kayu rebus bantai aje lah...perut da lapaq..


8.Program ni juga ada gerai2 jabatan dibawah kementerian dalam negeri..sebab Ahli parlimen sembrong ni Menteri dalam negeri ..sebab itu ada gerai penjara,Jabatan penndaftaran,AADK dan banyak lagi lah!






9.Sampai rumah dah jam 6.30 petang adehhhhh macam kerja plak aku hari ni..hm hm tak de pe pun yang menarik adehhh la..bak lagu nyayian najwa kosong kosong kosong woooooooo kakakakaka




kosong kosong kosong woooooo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan