1.Kerajaan Negeri Kelantan Melalui Exco Pembangunan Insan,Belia,Sukan dan NGO Negeri YB Dato Abdul Fattah Mahmod melalui persetujuan YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan mengumumkan pada 21hb Oktober ini adalah cuti umum peristiwa untuk seleruh Negeri Kelantan, ia adalah lanjutan kejayaan Pasukan Bola sepak Negeri tersebut melayakkan diri ke pentas Final Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 20hb Oktober di Stadium Shah Alam.
2.Buat Kerjaan Negeri yang begitu prihatin..Terima kasih saya ucapkan.Adalah dengan pengumuman cuti umum peristiwa pada 21hb Oktober membolehkan lebih ramai lagi rakyat Negeri Kelantan memenuhi stadium Shah Alam untuk bersama sama merasai debaran perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan bertemu Angkatan Tentera Malaysia!
3.Dan yang lebih utama lagi dengan pengumuman itu maka rakyat negeri ini yang ke Stadium Shah Alam tidak perlu terburu-buru untuk terus pulang ke Kelantan selepas perlawanan tamat kerana 21hb telah di umumkan cuti peristiwa lantas adalah diharapkan ianya berupa mengelak perkara-perkara tidak diingini berlaku terutamanya melibatkan perjalanan jarak jauh tersebut..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan