1.Alhamdulilah kes yang aku siasat hari tu dah selesai dah..dalam entry lepas aku de cerita tentang seorang Pemandu stimroll yang di tindih dan di hembab oleh jentera itu ketika beliau sedang bekerja meratakan jalan di Felda Ulu belitong..beliau meninggal dunia di tempat kejadian..
2.Hari ni berita berkenaan kes itu ada disiarkan di Harian Metro..hm hm mcm biasa gambaq aku tak dak la kat situ kakakaka aku suka di belakang tabir beb..thanks Harian Metro..jasa kalian memang aku sentiasa kenang..
3.Betul sepertimana laporan akhbar Harian Metro tu..arwah merupakan seorang abang yang bertanggungjawab dan amat disayangi adik beradiknya..sesungguhnya pemergian arwah bukan sahaja meninggalkan kesan yang mendalam kepada kedua ibu dan bapanya namun adik2 arwah juga..yang seramai lapan orang semuanya pasti akan merasai akan kehilangan arwah abang tersayang mereka..
4.Aku amat berharap dengan pencen yang diterima dari perkeso untuk seumur hidup ibu dan bapa arwah ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban buat mereka sekeluarga..Al-Fatihah buat arwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan