1.Hari ni aku selesai siasat 3 kes berkaitan tuntutan penyakit khidmat..ketiga-tiga kes penyakit khidmat yang aku siasat hari ni berkaitan masalah hilang pendengaran latau dengan kata lain leh kata pekak lah dengan kata mudahnya..dalam ketiga-tiga kes yang aku siasat tu ada yang pekak sebelah telinga dan ada yang pekak badak terus hehehe kedua-dua dah tak dengar apa dah..nak cakap dengan depa ni macam nak pecah peti suara aku..pehhh cabaran cabaran hahahaha ...hehehe pakai kasut keselamatan dulu sebelum masuk kilang mcm aku ni hah hahahaha..
2.Nak tahu apa punca depa bertiga ni mengalami masalah hilang pendengaraN???hm hm punca utama sudah tentulah suasa tempat depa ni kerja..suasana tempat kerja ni langsung tak membahagiakan hahaha (tak bahagia bab bising je lah huhuhu) dalam sebuah kilang sawit yang begitu bising. dengan bunyi mesin serta jentera ditambah dengan engine kilang pehhh.. sememangnya amat memeritkan dan membosankan.hm hm mengalahkan lapangan terbang bekali tahap kebisingannya..aku masuk kilang ni sekajap je mcm nak pecah telinga...masuk kilang kejap bila keluar kilang telinga aku dah tak dengar apa sekejap hahahaha..tahap kebisingan di tempat depa ni bekerja mencapai 103 disebel dan lebih..boleh tahan la bisingnya ,cikgu aku dulu pun bising jugak hahaha tapi tak la bising macam kilang ni.walaunpun cikgu aku dulu pot pet pot pet jugak huhuhu.Apa yang amat menyedihkan walau pun dah tahu kilang dan suasana kerja sini bising namun alat pelindungan telinga yang dorang ni pakai amat tak menjamin bahkan boleh dikatakan tak berguna langsung serta gagal berfungsi dengan baik..sepatutnya depa pakai "ear plug" yang lebih berkualiti..bukan 'ear plug yang biasa sebegini untuk tahap kebisingan yang melampau..ear plug yang berkualiti rendah tak mampu untuk menghalang kesan kebisingan yang melampau, apatah lagi ianya berterusan..berbelas tahun bahkan berpuluh tahun kerja di tempat sebegini..
3.Akibatnya mereka betiga telah pekak buat selama lamanya..yaaa pekak atau hilang pendengaran disebabkan kerja di tempat bising boleh claim atau buat tuntutan dengan pihak perkeso melalui tuntutan penyakit khidmat..namun wang ringgit bukan segalanya beb..hilang pendengaran ni bermakna hilang satu deria yang cukup bermakna dalam hidup!leh lata hilang nikmat hidup jugakla..
4.Berkaitan tuntutan penyakit khidmat dan cara-cara hendak buat tuntutan penyakit khidmat yang berkaitan pekak atau hilang pendengaran telah aku catatkan dalam blog aku ni..pandai-panndai hangpala cari sendiri..semua dah aku tunjuk dengan lengkap sekali..carila kat sini mesti jumpa.
salam..kalau claim penyakit khidmat ni..dapat faedah yang mcm mane erk..bulanan ker
BalasPadamwasalam:
BalasPadam1.bayaran untuk tuntutan penyakit khidmat bukan bayaran bulan puan ia adalah bayaran penuh berdasarkan tahap hilang upaya kekal itu..hehehe ditafsorkan oleh pihak doktor pakar melalui satu proses dipanggil persidangan jemaah doktor khas
wasalam
Assalamualaikum.kes saya pndengaran.sdah jmpa pakar Dan audio test result level2.nama dah dianta ke pkeso IBU pjbt jb.tp still diam mcm tu ja.sya krja biogas.enjin 300&500 kw tsgatla bising.xsggup da.adkah stiap urusan pkeso makan masa utk kmi pkerja yg mahukan Hak kami.
BalasPadamwasalam.
Padam1.Puan kes puan ini kes tuntutan penyakit khidmat ke?secara prosedurnya tuntutan penyakit khidmat setelah puan hantar ke pejabat perkeso depa akan jumpa puan untuk diambil pernyataan juga pernyataan majikan puan dan melawat ke tempat kerja puan...maka sudah kah puan dilawati oleh pegawai perkeso?ADAKAH PUAN HANTAR DOKUMEN TUNTUTAN ITU TERUS KE PEJABAT PERKESO ATAU MAJIKAN YANG HANTAR?ada kes majikan kata hantar tapi rupanya tak hantar pun hahahaha..NASIHAT saya sila berhubung segera dengan pihak pejabat perkeso terbabit dan tanya status tuntutan puan.
2.Kes tuntutan pendengaran/hilang pendengaran mesti dikemukakan bersama sama audiomertrik test dan juga mapping noise di kawasan tempat kerja puan
3.Jika semuanya lengkap ia tak makan masa yang lama pun puan..cuma untuk kes2 tuntutan penyakit khidmat depa kena tunggu giliran untuk dirujuk ke JEMAAH DOKTOR KHAS(JDK) sebab JDK inilah yang menentukan puan dapat atau sebaliknya depa la yang akan tentukan puan pekak sebabkan kerja atau mengalami pekak sebab lain hehehehe
wasalam puan :) jom datang Kluang minum kluang rail kopi kikiki