1.Seperti mana yang telah dirancangkan hari ni bermulalah Operasi besar -besaran bagi mengesan Majikan yang masih gagal mendaftar perusahaan mereka dengan Perkeso.Operasi yang dinamakan OPS KESAN ini telah memasuki tahun ke 3 rasanya yang dilancarkan serta digerakkan serentak seluruh negara. Matlamat utama adalah untuk mengesan majikan yang masih gagal mendaftar perusahaan mereka dengan pihak Perkeso sepertimana yang telah termaktub dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP 1969) yang mana mewajibkan setiap perusahaan mendaftar dengan Perkeso serta membuat caruman sekiranya mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja dan ianya dilakukan demi menjaga kebajikan pekerja seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini..sesuatu yang tak diingini ni hangpa carila kat banyak post 2 yang terdahulu di blog aku ni tiap2 hari aku keluar siasat kes kemalangan dan lain2..
2.Sepetimana tahun2 lepas pejabat aku jugak memulakan operasi ini secara serentak dengan lebih kurang 42 pejabat lain di seluruh negara..namun terdapat sedikit pengubahsuaian dimana untuk kali ni kami ada strategi tersendiri hahahaha..bab2 strategi ni tak leh nak dedah nanti target lari plak kakakakaka..untuk hari pertama operasi hari ni..kami telah melancarkan operasi memeriksa keseluruhan tadika/pusat asuhan kanak2 dan seumpamanya di keseluruhan Daerah Kluang dengan kerjasama Majlis perbandaran kluang (MPK)..banyak wooooo tadika kat kluang ni...hari ni sempat membuat pemeriksaan terhadap 50 premis tadika..dari 50 premis itu terdapat 6 pemilik masih belum mendaftar dimana 6 tadika ini amat aktif dan mempunyai guru-guru yang agak ramai..tak boleh nak elak la beb dah hangpa tak daftar lalu dengan murah hatinya kompaun terpaksa dikeluarkan..setelah banyak kali nasihat demi nasihat masih jugak gagal mendaftar perusahaan mereka ini..nilai kompaun hari ni keseluruhanya berjumlah rm10,000 dan kemungkinan 2 majikan akan dihadapkan ke Mahkamah sedikit masa lagi..
3.Hm macam2 ragam operasi hari pertama ni..ada yang tak nak bukak pintu pun ade. hehehe last2 gertak sikit bukak jugak kakakaka..itu dah jadi perkara biasa dah dalam setiap operasi..sabaq je lah..bab2 alasan tak masuk akal tu biasala..dah kalis dah ehhhh dah tahu pun apa skrip akan depa ni cakap kakakaka..hari ni banyak anjing garang wooooo...hm hm
4.Itu baru hari pertama..hari kedua esoknya pasti menyusul kakakaka yang tutup premis takkan hangpa nak tutup sampai sebulan woooooo wakakakaka..hari kedua sasaran berlainan..tungguuuuuu
LOL~~!! apa nk jd sampai 6 tadika kne kompaun....
BalasPadamtadika ni degil tahap gaban :)
BalasPadamaduhai..... nah... dh kne kompaun.... sakit jiwaa kne byr tuh... LOL~~!!
Padamsalam cik..saya nak tanye sikit..kalau tuntutan penyakit khidmat biasanya perkeso amik masa bp lama yerk..tq cik
BalasPadamwasalam:tak lama..setiap permohonan yang dihantar akan segera diproses..InnsyaAllah akan selesai dengan kadar segera...kita diperkeso berusaha untuk menyelesaikan sebarang tuntutan dengan segera..walau bagaimanapun untuk mengentahui status permohonan puan/encik bolehlah hubungi pejabat perkeso terdekat InsyaAllah puan akan dilayan dengan baik.
BalasPadamthanks sudi singgah :)