Jumaat, 14 Disember 2012

Tuntutan kemalangan perkeso:Banduan di rujuk ke Jemaah doktor!


1.Tak kira siapa dan apa status anda dan dimana anda berada jika sekiranya anda layak membuat tuntutan  dengan pihak perkeso maka dimana atau kemana sahaja anda berada InsyaAllah kita akan buat yang terbaik untuk anda...status bukan halangan tempat bukan kekangan.

2.Apa yang aku nak cerita kat sini cukup simple..telah banyak kali aku masuk penjara semata-mata untuk menguruskan tuntutan perkeso dari pihak banduan yang berada di dalam penjara..mesti hangpa tertanya-tanya wahhhhhh macam mana plak banduan boleh claim perkeso?????huh banyak situasi sebenarnya melibatkan banduan ni..

3.Pengalaman pertama aku melibatkan banduan yang membuat tuntutan perkeso melibatkan banduan yang  kematian isterinya..maka kena pula isteri banduan ni mencarum perkeso maka layaklah banduan ini sebagai suaminya mendapat pencen penakat dari pihak perkeso..jadi nak uruskan pencen penakat ni nak kena aku masuk penjara jumpa depa tu...

4.Baru2 ni pula satu kes melibatkan banduan yang sebelum ini telah mendapat kemalangan semasa bekerja yakni sebelum beliau ditahan dan dijatuh hukum maka oleh kerna beliau telah mendapat kemalangan sebelum masuk penjara er er kemalangan semasa bekerja maka beliau layak mendapat dan membua tuntutan dengan pihak perkeso macam insan dan macam pekerja yang lain juga..bahkan banduan ini juga meneruskan tuntutan dengan pihak perkeso melibatkan Hilang upaya kekal...pehhhh nak kena minta bantuan pihak penjara iringi banduan ini ke persidangan jemaah doktor beb...sampai tahap macam tu sekali pihak perkeso memberi servis dan perkhidmatan kepada pencarum tanpa melihat dan mengira apa status anda..senang cakap jika anda mencarum perkeso akan melindungi HAK anda tak kira status anda bagaimana hehehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan