Isnin, 18 Mac 2013

Perkeso bayar elaun rehabilitasi bermula 1 Mac!

1.Pehhh dari setahun ke setahun perkeso banyak melakukan transformasi beb..perubahan ni ternyata memberi 1001 makna dan kemudahan tidak terhingga pada pencarumnya..tahun ni sahaja pelbagai dasar dan perubahan yang dilakukan..dan semua perubahan yang dilakukan menguntungkan pencarum secara total!!!tengok sahaja perubahan terhadap hak umur kelayakan pencen ilat dan juga pencen penakat telah dinaikkan menjadi mencapai 60 tahun!!!!perubahan itu ternyata memberi peluang keemasan kepada pencarum yang tidak layak mendapat pencen kerana faktor umur kembali layak!!!!pehhhhh banyak peruntukkan kat situ beb!!!begitu juga dengan program saringan kesihatan perkeso juga melibatkan peruntukan kira2 200 juta beb..banyak tuuuuu..hehehe cuba baca ni hihihi..



2.Apa yang aku nak citerkan malam ini pula adalah berkaitan pengumuman yang dibuat oleh menteri sumber manusia pada 17 Mac yang lalu...ia adalah berkaiatan dengan program return to work..dimana pencarum yang mengikuti program itu yakni program untuk kembali kerja jika kalian mendapatkan rawatan rehabilitasi..dimana program rehabilitasi ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak perkeso secara percuma!!!!bukan itu sahaja pada 17 Mac yang lalu Menteri Sumber Manusia telah umumkan BAHAWA MULAI 1 MAC ELAUN RM20 SEHARI AKAN DIBAYAR UNTUK PENCARUM YANG MENGIKUTI LATIHAN VAKASIONAL DAN JASMANI UNTUK PROGRAM KEMBALI KE KERJA!!!!dah la program rawtan rehabilitasi PERCUMA...pemulihan percuma...siap bayar ELAUN RM20 lagi beb!!!!hahahaha...naperrr tak caya ka???cuba baca paper kat bawah ni hehehe...


Ok lah cukup setakat tu hahahaha..nak rest beb hari ni aku siasat kes kemalangan macam biasa..penat beb..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan