1.Pehh baru sampai rumah dari stadium bukit jalil..Final Piala FA tahun ni teruk jugak kesesakannya..entry kali ni aku tak nak ulas bab2 game malam tadi sebab semua orang dah tengok game malam tadi hehehe..but apa yang aku nak cakapkan dari tahun ke tahun dak perubahan dari segi trafik aliran penonton keluar stadium..bertembung antara satu dengan lain tu biasa tapi melalui jalan sama untuk ke tempat parking kereta adalah satu hal yang amat membosankan!!!apa sebabnya???sebabnya tersesak bersesak dan disesakkan dengan puluhan ribu penonton kedua-dua belah pihak keluar hanya melalui satu jejantas yang sama untuk ke tempat parking@stadium hoki dan sekitarnya...kesian aku tengok kanak2 kecil, golongan anak2 kecil ini ramai antaranya menangis kepanasan dan kesesakan..adehhh panas dan lemas dalam asakan orang ramai yang berasak asak!!!yang pengsan golongan wanita usah cakapla...berusung sana berusung sini..pi belah sana sesak pi bawa belah sini pun sesak..pengsan dalam kepanasan.Hebat penangan Final Piala FA 2013..itu tak termasuk lagi 2 penyokong kelantan cedera akibat jatuh kedalam longkang yang agak dalam stadium...tu pun bahana bersesak sesak dan bertolak tolak..1 darinya cedera parah...
2.Itu baru bab kesesakan...bukan kesesakan kereta beb tapi kesesakan manusia berjalan dari satu arah...adehhhh la..ini tahun ini kali final memang luar biasa wa cakap lu..akibatnya jam 7.00 pagi tadi baru aku sampai rumah!!!
3.Tapi dalam keperitan ada manisnya..buat pertama kali aku tengok penyokong bola yang cukup berdisiplin dalam memberi sokongan pada pasukan..belum pernah ada lagi penyokong bola sepak sehebat penyokong pasukan JDT..walaupun aku penyokong fanatik kelantan tapi bab sokongan penyokong JDT pada pasukan mereka amat tiada tolak bandingnya...itu kita kena akui..bahkan tidak hairan rasanya jika mereka bakal ditabalkan penyokong terbaik di malaysia tahkala ini...jika hangpa berada di bukit jalil malam tadi dari jam 6 petang pelbagai bentuk chat yang mereka lakukan begitu menarik perhatian sekali,bahkan segala bentuk chating yang dilakukan mereka begitu mengkagumkan!!!!bukan sahaja terpegun bahkan aku kagum bagaimana mereka melatih kesemua penyokong JDT yang terdiri dari puluhan ribu itu melakukan pelbagai aksi yang melibatkan penyertaan dari keseluruhan penyokong?????depa memang hebat!!!kalau hangpa berada di stadium bukit jalil hangpa pasti terpesona dan kagum dengan pelbagai aksi penyokong JDT pamerkan..aku yakin kat kaca TV mungkin tak tunjuk secara keseluruhan sebab depa tumpukan pada game..gamabr aku snap depa duk dedikasikan ucapan hari jadi TMJ tuuuu
4.Persoalannya bolehkan kesmua penyokong kita meniru gaya mereka???ya semua penyokong mana2 negeri memang fanatik..tapi kelebihan penyokong JDT amat jelas dan ketara!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan