Isnin, 9 September 2013

kes kemalangan agak misteri..rakan sekerja larikan diri


1.Sengaja aku tak cerita bab2 siasatan dalam minggu ni malas nak ganggu mood raya hahaha..la ni bila raya dah habis boleh lah buka semua cerita2 yang berkaiatan sesi siasatan yang setiap hari mewarnai kehidupan aku ni..tiap2 hari aku jumpa kes yang berbeza..



2.Hari ni aku masuk ke sebuah perusahaan yang berkaitan kayu..rasanya tak payah lah nak sebut nama syarikat sebab kes ini agak tragik jugakla dan kes ini masih dalam siasatan pihak polis juga..pekerjanya bekerja sebagai pemandu lori..kemalangan berlaku agak mesteri..berlaku didalam kawasan tempat kerja..entah macam mana pekerja ditemui mati dengan kepala bersepai berhampiran lori di tahkala itu beliau masih dalam kerja..susah jugak nak siasat kes ini..apatah lagi bila aku semak tidak CCTV dikawasan tempat kerjanya..tiada saksi kerna kawasan kerja agak jauh dari pondok pengawal keselamatan yang berada di pintu depan..lebih kurang 1 km beb..



3.Maka siasatla aku kes ini..merangkak rangkak jugakla perlah lahan siasat janji siap hahaha bukan senang beb..nak cari idea apa sebenarnya berlaku...siasat punyer siasat rupa nya yang pekerjanya  yang meninggal dunia itu kemungkinan besar dilanggar oleh rakan sekerjanya..yang mana rakan sekerjanya itu memandu kobe dan bersama pekerja ini ketika sama2 bekerja mengisi habuk kayu diatas lori...bla bla bla..aku buat hipotesis memang jelas punca kematian adalah kecederaan teruk dikepala dan kecederaan itu agak logik jika diandaikan ianya dilanggar kobe yang dipandu rakan setugasnya..kena pulak pemandu kobe yang bekerja bersama sama si mati telah larikan diri..hm hm..misteri jugak kan kan..tak nak ulas dan cerita lebih2..cuma aku nak ingatkan dimana sahaja kita bekerja perlu berhati-hati..buat pekerja yang belum ada caruman dengan pihak perkeso cepat2lah buat aduan kepada pejabat perkeso terdekat.

4.Kes ini aku sifatkan ia sebagai bencana kerja mengikut seksyen 2(6)AKSP 1969..memang sah2 pekerja ini meninggal dunia semasa bekerja dan disebabkan kemalangan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan