Rabu, 25 September 2013

Operasi Khas kantin@21 pengusaha kantin sekolah di Mersing dan Endau di kompaun gagal daftar dengan perkeso


1.Sebenarnya penat masih lagi terasa tapi rindu plak aku nak update sesuatu kat sini..lagipun dah dua hari tak masuk blog aku macam tak lengkap plak hidup hahaha..ohhh ya sepanjang dua hari aku tak update blog sebab tak dan masa beb..



2.Sebenarnya dalam tempoh dua hari tersebut aku terlibat dalam satu Operasi khas meyerbu kantin2 sekolah yang dikesan masih gagal mendaftar dengan perkeso..selama dua hari operasi tersebut kawasan sasaran kami adalah tertumpu pada sekolah yang berda didalam kawasan pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mersing/Endau..Alhamdulilah kami mendapat kerjasama penuh dari Pejabat Pendidikan Daerah Mersing..maka mudahla kerja kami..



3.Serbuan ke kantin2 sekolah dilakukan memandangkan begitu banyak kantin2 sekolah yang mempunyai pekerja yang sebegitu ramai namun enggan mendaftar dan enggan mencarum pekerja mereka dengan pihak perkeso..walhal perkara itu adalah WAJIB!!bahkan apa yang lebih dikesalkan kebanyakan pekerja mereka adalah melayu!!!majikan juga melayu wahhhhh majikan ni secara tidak langgsung mengabaikan kebajikan pekerja mereka...lebih parah ia sebangsa plak tu..tak patut..mengejar untung tanpa memikirkan kebajikan pekerja..




4.Sepanjang dua hari operasi di mersing dan endau sebanyak 95 premis diperiksa dan tumpuan sudah semestinya khusus kepada kesemua pengusaha2 kantin sekolah yang berada dibawah PPD Mersing...dan dari itu sebanyak kira-kira 21 pengusaha kantin sekolah didapati gagal mendaftar perusahaan mereka dengan pihak perkeso lantaran itu kompaun terpaksa dikeluarkan dengan jumlah kompaun berjumlah RM14 500.00, dah aku cakap berulang kali..dah aku war warkan berulang kali..dah aku nasihat berulang kali...kali ni tiada maaf bagi kamu...tidak cukup dengan itu jika gagal membayar kompaun maka tindakan mahkamah bakal menyusul..



5.Sepanjang 2 hari Operasi ini juga kami mendapat kerjasama penuh dari pihak2 sekolah tersebut...bukan mai redah aje..walaupun kami ada kuasa..termasuk kuasa mengeledah dibawah seksyen 12A namun kami tahu hormat tuan rumah..walaupun dinamakan Operasi namun kami masuk dengan cara baik hehehe..siap jumpa pengetua dan GB hahaha itu budaya kita bila masuk rumah orang hahaha..walaupun hakikatnya ia tidak perlu..takpe la..operasi lembut katakan namun kompaun tetap jalan wakakakaka..



6.Oh yaaa..oleh kerana operasi ini melibatkan kantin sekolah maka masanya adalah terhad dan mengambil masa agak lama disesebuah sekolah/lokasi sasaran..maklumlah banyak pihak nak ne mengadap dulu wakakakaka bak kata nama aku hampir ada di kesemua buku2 rekod lawatan tetamu sekolah2 sepanjang operasi ini dijalankan hahahaha..adehhh..dengan nama kat pondok pengawal satu hal juga kekeke..well itu peraturan kita ikutla kan..tak susah mana tapi bazir masa sikit takpa takpa kami peruntukan dua hari untuk selesaikan tugasan ini dengan harapan kesemua pengusaha kantin sekolah di mersing endau habis diperiksa!!!Yesss selesai!!!



7.Selama dua hari satu malam jugakla...kami menginap disalah sebuah hotel hahahaha di bandar mersing...lokasi penginapan rahsia la kakaka..pusat operasi tuuuu..tak kan tu pun nak cerita..waakakaka tunjuk katil boleh la kakakaka



8.Sebenarnya banyak cerita aku nak sampaikan namun akan diceritakan dalam episod kedua nanti...termasuklah bab2 aku marah orang...tapi bab marah orang tenking menengking ni tak yah citer la kan kan..tak dak sapa nak dengar dan baca..wakakaka..aku mudah marah...tapi jika tak kena caranya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan