1.Sumber SWM Sdn Bhd..kontraktor pungutan sampah di negeri2 di selatan tanah air la ni tengah buat pembahagian tong sampah secara percuma dan dilakukan secara besar besaran..semasa aku buat lawatan siasatan ke pejabat depa semalam mendapati ramai yang beratur panjang nak ambik tong sampah percuma itu.Depa yang ke pejabat SMM itu kerana nak ambik tong sampah yang terlepas untuk diambil semasa agihan di taman2 secara berjadual..maknanya depa ada buat program dari satu taman ke satu taman perumahan untuk buat agihan tong samapah,jika kalian terlepas jangan risau boleh ambik tong tu kat pejabat SWM berhampiran lah..yang tak sampai surat tu tunggu la masa kalian akan tiba hahahaha..kena ambik tauuu..
2.Difahamkan penggunaan tong sampah yang dibekakalkan oleh pihak SWM itu WAJIB digunakan...jika tak di gunakan depa tak kan ambil sampah kita hahahahahaha..betul aku tak tipu..ni bos SWM yang habaq kat aku..kat borang permohonan pun ada di catatkansebegitu..mahu tak mahu hangpa kena ambik juga dan guna tong sampah tu..
3.Tong sampah tu siap ade bar code..hahahaha..lau hilang tong sampah tu hangpa ne bayar wakakakakaka RM120 tuuuuuuu..jadi hangpa ikat dan rantaila elok2 kakakakakaka
4.Nak ambil tong sampah tu senang aje..isi borang ni...sertakan salinan IC dan satu resit/bil bayaran utiliti..bil air tau bil api tau astro pun boleh la haahaha..
5.Petikan berita berkenaan...
(Berita
Kluang 7/11-2013) Penduduk di Taman Sri Lalang dan Taman Ria Batu 6
Jalan Batu Pahat Kluang telah menerima Tong Sampah Beroda (TSB) pada
hari semalam. Kemungkinan disebabkan salah faham komunikasi,
mendapati ramai penduduk masih belum buat tuntutan TSB.
Ahli
Majlis MPK kawasan tersebut En Tam Chee Yung meminta penduduk yang
masih belum dapat TSB, boleh buat tuntutan di Pejabat SWM Kluang di
Jalan Padang Tembak. Katanya semasa buat tuntutan penduduk hanya
sediakan salinan kad pengenalan, bil utiliti (air/elektrik/telefon
tetap) atau resit cukai pintu sebagai bukti dan rekod.
Program
pengedaran TSB di Taman Sri Lalang dan Taman Ria diadakan pada hari
semalam bertempat di Balai Raya Sri Lalang. Katanya En Tam lagi jumlah
TSB yang telah diedar sebanyak 800 unit, mendapati ramai penduduk di
Taman Ria masih belum buat tuntutan. Ini kemungkinan salah faham
komunikasi atau sebahagian penduduk masih bercuti panjang harap yang
masih belum mendapatkan TSB, mereka boleh buat tuntutan di Pejabat SWM
Kluang.
Katanya
bermula 1hb Januari 2014, kawasan MPK akan melaksanakan Akta 672 dengan
kutipan cara baru TSB itu tidak boleh dikunci untuk kemudahan pekerja
buat kutipan. Sekiranya menghadapi kehilangan mereka perlu buat report
polis, salinan report perlu dikemukakan pada SWM dan dapatkan satu TSB
baru. Jika mendapati terdapat kerosakkan TSB juga boleh buat tuntutan
baru.
TSB
mempunyai penutup dan ketinggian oleh itu ia dapat mengelakkan anjing
liar dari menyelongkar bungkusan sampah tahap kebersihan dapat perbaik.
Selain
itu dalam program pengedaran ramai penduduk mengadu perlu menunggu
salama 1 hingga 2 jam baru boleh dapatkan TSB masa proses amat lambat
keadaan seperti ini perlu diperbaiki.
6.Lagi berita berkenaan...
(Berita
Kluang 5/11/2013)Pengedaran Tong Sampah Beroda (TSB) dari SWM di
Daerah Kluang bermula dari 6hb sehingga 30hb November ini. Harap semua
orang ramai dapat memberi kerjasama menjaga kebersihan alam
persekitaran. Eksekutif Perhubungan Awam SWM Johor Utara En Choo Chiau
Seng berkata pada media kami. Program pengedaran TSB tersebut adalah
untuk mempertingkatkan perkhidmatan kutipan sampah di Daerah Kluang
selaras dengan penguatkuasaan Akta 672.
Katanya
setiap premis akan dapatkan satu unit TSB percuma di kawasan
pentadbiran MPK. Orang ramai hanya perlu mengemukakan dokumen keperluan
iaitu salinan kad pengenalan, bil air/elektrik atau resit cukai pintu
semasa buat tuntutan. TSB bagi rumah kediaman adalah dengan kapasiti
120 liter, manakala rumah kedai pula dengan kapasiti 240 liter. Harap
semua peniaga dan penduduk boleh gunakan dengan cara yang betul.
Tambah
En Choo lagi, sekiranya sesiapa yang menghadapi kehilangan atau
kecurian TSB. Mereka perlu buat report polis dan salinan report perlu
kemukakan pada SWM serta mengdapatkan satu TSB baru dengan bayaran
RM120. Beliau juga mengingatkan semua pengguna TSB, pekerja tidak akan buat kutipan sampah sekiranya sampahnya tidak
isi di dalam TSB. Notis pengedaran TSB akan diberi kepada orang ramai
yang dibawah pentadbiran MPK. Pengedaran TSB akan dijalankan dengan
secara berperingkat. Dijangka akan tamat program dalam tahun ini.
Setiausaha
MCA Bahagian Kluang Puan Pang Kim Keok meminta orang ramai menggunakan
TSB dengan cara yang betul untuk menambahbaik taraf kebersihan alam
persekitaran. Katanya sekiranya mempunyai masalah boleh minta bantu
pemimpin MCA setempat atau hubung Pejabat MCA Bahagian Kluang dengan
talian 07-7723167.
Seorang
penduduk di Taman Suria Kluang En Chan Chau peng berkata, beliau
mengucapkan terima kasih kepada SWM mengadakan program pengedaran TSB
percuma. Harap SWM dapat buat kutipan dengan mengikut jadual. Katanya
sebelum ini pernah berlaku sampah seminggu tak dikutipan. En Chan juga
minta pekerja SWM boleh mempertingkatkan perkhidmatan, terutama masalah
air lelehan bertaburan sepanjang jalan dari lori sampah pada masa yang
sama, sikap pemandu lori sampah juga perlu perbaiki sikapnya, jangan
terlampau laju dalam kawasan persimpangan jalan untuk mengelakkan air
tumpahan di jalan raya.
Seorang penduduk di Taman Bersatu Jalan
Batu Pahat En Tan Lee Han merasa gembira kerana beliau telah dapat TSB
percuma pada minggu lepas. Beliau harap pekerja SWM boleh meletakkan
TSB di tempat asal selepas buat kutipan sampah.