Khamis, 21 November 2013

Program Advokasi perkeso di TH Ladang Bukit Lawiang dan Ladang Gunung Sumalayang


1.Alhamdulilah..baru selesai majlis@program advokasi perjalanan selamat ke tempat kerja yang telah jayanya diadakan di TH Plantation Ladang Bukit Lawiang/Ladang Gunung Sumalayang Kluang Johor..Program anjuran pejabat perkeso Kluang hehehe..ini kali pertama diadakan di Ladang Milik Tabung Haji :)


2.Alhamdulilah penyertaan amat mengalakkan..Terima Kasih tak terhingga buat Team TH Pantation Ladang Bukit Lawiang dan TH Plantation Ladang Gunung Sumalayang yang sudi menjadi tuan rumah dan menyambut kami dengan begitu mesra sekali..kalian memang best geng..ini penganjuran antara yang terbaik!!!Oh ya depa ni tahun lepas dianugerah Anugerah Ladang Bahagia Oleh Kementerian Sumber Manusia...meme bahagialah ladang ni :)


3.Big Thanks For Tuan Pengurus Ladang Bukit Lawiang dan Gunung Sumalayang Tuan MD Hanif..Tuan Meme best..persediaan tempat yang cukup menarik...kami berceramah dalam keadaan cukup selesa hehehe di rumah tamu geng..besar woooo..penglibatan kalian cukup bermakna sekali..walaupun dalam jangkamasa yang amat singkat kalian cukup bersedia...thanks makanan yang kalian sediakan untuk kami amat-amat sedap sekali hahahah berani kambing pehhhhhhh..thanks tuan Manager!!!


4.InsyaAllah ada masa ada program kami akan berkunjung lagi..Program berjalan hampir 4 Jam...cukup2 bermakna dan pelbagai maklumat berjaya dikongsikan secara bersama...banyak persolanan dan permasalahan berjaya di rungkaikan..harap kalian berpuas hati..InsyaAllah jumpa lagi tahun depan.



Terima Kasih Tuan Presiden Kesatuan Kakitangan Perkeso :)


1.Kami di pejabat Perkeso Kluang khususnya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudiaan Tuan Presiden Kesatuan PERKESO Tuan Azman@ttuan Man hehehe..yang sudi meluangkan masa memberi taklimat yang amat berguna pada kami semua..Jasa kesatuan tak kami lupakan hehehe..terima kasih boh..



2.Wel ia satu taklimat yang amat baik..sayangnya diadakan pada waktu lepas makan tengahari hahahaha..suasana mengantuk dan kenyang mengangu keadaan kakakaka..otak tak nak berapa berfungsi tahkala itu hahahaha..banyak yang nak ditanya tersumbat di fikiran tak terluah dengan kata2 hahahahahaha..mood kenyang n mengantuk tengahari...



3.Sejujurnya Kesatuan Kakitangan Perkeso amat memainkan peranan yang cukup penting dalam menjaga kebajikan kakitangan...amat banyak kejayaan telah dicapai hasil usaha Tuan Presiden Kesatuan Kakitangan Perkeso sekarang...tak perlu la nak dinyatakan satu persatu...telah jelas didepan mata hasil usaha titik penuh team ini..Tahniah Tuan Man dan Team..kalian cukup hebat!!!!


Sabtu, 16 November 2013

Hilang pendengaran disebabkan kerja boleh buat tuntutan penyakit khidmat dengan perkeso!!!


1.Berkerja di tempat kerja yang mempunyai mesin dan jentera yang besar sudah pasti akan mengeluarkan bunyi bising yang melampau tahkala kalian bekerja..sepanjang pengalaman aku la..biasanya kilang sawit dan kuari amat berpotensi mengeluarkan busing yang teramat bising..tahu kah kalian jika bekerja disuasana yang amat bising melangkau lebih 100 disebel menyebabkan tahap pendengaran kalian sedikit demi sedikit akan hilang???ada kes yang aku jumpa sampai hilang terus pendengarannya...

2.Biasanya hilang pendengaran disebabkan kerja ini mengambil masa yang agak lama...adakala jika kalian bekerja 20 tahun sampai 30 tahun baru hilang pendengaran..ada kala 15 tahun pun kalau dah bising sangat kurang pendengaran..jangkamasa kerja itu memain peranan penting untuk menyebabkan kalian mendapat bahana hilang pendengaran ini..kalau sehari 8 jam kerja di tempat yang bising sudah pasti la lama kelamaan akan pekak badakla kalian hahahaha..



3.Untuk kes kehilangan pendengaran di sebabkan kerja ..tak kirala pekak belah telinga kanan atau kiri atau kedua sekali..hangpa boleh lah membuat tuntutan dengan pihak perkeso dengan mengambil borang tuntutan penyakit khidmat!!!yang aku habaq ni pekerja swasta aje...pekak badak disebabkan hangpa join tentera unit alteleri tak dilayan kakakakakaka..asyik dok dengar bom dan meriam kereta kebal hahahaha boleh jadi pekak gak tu kakakakaka..kena leter kat isteri juga kes berbeza wakakakakakaka..tak leh nak claim geng..

4.Cara nak buat tuntutan sudah pasti isi borangla dulu..borang tuntutan penyakit khidmat..lepas itu dalam tu ada laporan perubatan yang perlu diisi pihak doktor..kemukakan sekai dengan hearing test kalian dan pihak majikan juga perlu kemukakan mapping noise tempat hangpa kerja tu..lepas semua ada hanarla ke pejabat perkeso terdekat..jangan dok gi hantar kat pejabat kadi plak..tu dah lain citer nya hahahaha

5.APA YANG MENGECEWAKAN TERDAPAT MAJIKAN YANG TIDAK MENITIK BERATKAN KEBAJIKAN PEKERJA YANG LANGSUNG TIDAK MEMBUAT HEARING TEST KEPADA PEKERJA DAN LANGSUNG TIADA ADA UJIAN TAHAP KEBISINGAN DI TEMPAT KERJA SEDANGKAN BELIAU SENDIRI MENGENTAHUI KILANGNYA AMAT BISING SEKALI TERUTAMA KUARI..ADEHHHH JANGANLA BEGITU..TAKKAN NAK TUNGGU TAUKEH SENDIRI PEKAK BADAK BARU NAK BUAT..JAGA LA KEBAJIKAN PEKERJA KALIAN..TAK MAHAL PUN BUAT BENDA TU..BUATLA NOISE MAPPING TU!!!!!JAGALAH PEKERJA KITA..JANGAN NAK LETAK KESEMUA ITU ATAS BAHU KERAJAAN UNTUK KUATKUASAKAN UNDANG2..LAU KENA SAMAN MARAH PULAK HAHAHAHA...pi la jumpa dan runding dengan konsultan buatla hearing test tak mahal..yang penting kebajikan pekerja terjaga..

Jumaat, 15 November 2013

SWM agih tong sampah secara percuma dan WAJIB digunakan!


1.Sumber SWM Sdn Bhd..kontraktor pungutan sampah di negeri2 di selatan tanah air la ni tengah buat pembahagian tong sampah secara percuma dan dilakukan secara besar besaran..semasa aku buat lawatan siasatan ke pejabat depa semalam mendapati ramai yang beratur panjang nak ambik tong sampah percuma itu.Depa yang ke pejabat SMM itu kerana nak ambik tong sampah yang terlepas untuk diambil semasa agihan di taman2 secara berjadual..maknanya depa ada buat program dari satu taman ke satu taman perumahan untuk buat agihan tong samapah,jika kalian terlepas jangan risau boleh ambik tong tu kat pejabat SWM berhampiran lah..yang tak sampai surat tu tunggu la masa kalian akan tiba hahahaha..kena ambik tauuu..



2.Difahamkan penggunaan tong sampah yang dibekakalkan oleh pihak SWM itu WAJIB digunakan...jika tak di gunakan depa tak kan ambil sampah kita hahahahahaha..betul aku tak tipu..ni bos SWM yang habaq kat aku..kat borang permohonan pun ada di catatkansebegitu..mahu tak mahu hangpa kena ambik juga dan guna tong sampah tu..



3.Tong sampah tu siap ade bar code..hahahaha..lau hilang tong sampah tu hangpa ne bayar wakakakakaka RM120 tuuuuuuu..jadi hangpa ikat dan rantaila elok2 kakakakakaka



4.Nak ambil tong sampah tu senang aje..isi borang ni...sertakan salinan IC dan satu resit/bil bayaran utiliti..bil air tau bil api tau astro pun boleh la haahaha..


5.Petikan berita berkenaan...

(Berita Kluang 7/11-2013) Penduduk di Taman Sri Lalang dan Taman Ria Batu 6 Jalan Batu Pahat Kluang telah menerima Tong Sampah Beroda (TSB) pada hari semalam.  Kemungkinan disebabkan salah faham komunikasi, mendapati  ramai penduduk masih belum buat tuntutan TSB.

Ahli Majlis MPK kawasan tersebut En Tam Chee Yung meminta penduduk yang masih belum dapat TSB, boleh buat tuntutan di Pejabat SWM Kluang di Jalan Padang Tembak. Katanya semasa buat tuntutan penduduk hanya sediakan salinan kad pengenalan, bil utiliti (air/elektrik/telefon tetap) atau resit cukai pintu sebagai bukti dan rekod.
Program pengedaran TSB di Taman Sri Lalang dan Taman Ria diadakan pada hari semalam bertempat di Balai Raya Sri Lalang. Katanya En Tam lagi jumlah TSB yang telah diedar sebanyak 800 unit, mendapati ramai penduduk di Taman Ria masih belum buat tuntutan. Ini kemungkinan salah faham komunikasi atau sebahagian penduduk masih bercuti panjang harap yang masih belum mendapatkan TSB, mereka boleh buat tuntutan di Pejabat SWM Kluang.
Katanya bermula 1hb Januari 2014, kawasan MPK akan melaksanakan Akta 672 dengan kutipan cara baru TSB itu tidak boleh dikunci untuk kemudahan pekerja buat kutipan. Sekiranya menghadapi kehilangan mereka perlu buat report polis, salinan report perlu dikemukakan pada SWM dan dapatkan satu TSB baru. Jika mendapati terdapat kerosakkan TSB juga boleh buat tuntutan baru.

TSB mempunyai penutup dan ketinggian oleh itu ia dapat mengelakkan anjing liar dari menyelongkar bungkusan sampah tahap kebersihan dapat perbaik.
Selain itu dalam program pengedaran ramai penduduk mengadu perlu menunggu salama 1 hingga 2 jam baru boleh dapatkan TSB masa proses amat lambat keadaan seperti ini perlu diperbaiki.
 
6.Lagi berita berkenaan...
 
(Berita Kluang 5/11/2013)Pengedaran Tong Sampah Beroda (TSB) dari SWM di Daerah Kluang bermula dari 6hb sehingga 30hb November ini. Harap semua orang ramai dapat memberi kerjasama menjaga kebersihan alam persekitaran. Eksekutif Perhubungan Awam SWM Johor Utara En Choo Chiau Seng berkata pada media kami. Program pengedaran TSB tersebut adalah untuk mempertingkatkan perkhidmatan kutipan sampah di Daerah Kluang selaras dengan penguatkuasaan Akta 672.

Katanya setiap premis akan dapatkan satu unit TSB percuma di kawasan pentadbiran MPK. Orang ramai hanya perlu mengemukakan dokumen keperluan iaitu salinan kad pengenalan, bil air/elektrik atau resit cukai pintu semasa buat tuntutan. TSB bagi rumah kediaman adalah dengan kapasiti 120 liter, manakala rumah kedai pula dengan kapasiti 240 liter. Harap semua peniaga dan penduduk boleh gunakan dengan cara yang betul.

Tambah En Choo lagi, sekiranya sesiapa yang menghadapi kehilangan atau kecurian TSB. Mereka perlu buat report polis dan salinan report perlu kemukakan pada SWM serta mengdapatkan satu TSB baru dengan bayaran RM120. Beliau juga mengingatkan semua pengguna TSB, pekerja tidak akan buat kutipan sampah sekiranya sampahnya tidak isi di dalam TSB. Notis pengedaran TSB akan diberi kepada orang ramai yang dibawah pentadbiran MPK. Pengedaran TSB akan dijalankan dengan secara berperingkat. Dijangka akan tamat program dalam tahun ini.
Setiausaha MCA Bahagian Kluang Puan Pang Kim Keok meminta orang ramai menggunakan TSB dengan cara yang betul untuk menambahbaik taraf kebersihan alam persekitaran. Katanya sekiranya mempunyai masalah boleh minta bantu pemimpin MCA setempat atau hubung Pejabat MCA Bahagian Kluang dengan talian 07-7723167.

Seorang penduduk di Taman Suria Kluang En Chan Chau peng berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada SWM mengadakan program pengedaran TSB percuma. Harap SWM dapat buat kutipan dengan mengikut jadual. Katanya sebelum ini pernah berlaku sampah seminggu tak dikutipan. En Chan juga minta pekerja SWM boleh mempertingkatkan perkhidmatan, terutama masalah air lelehan bertaburan sepanjang jalan dari lori sampah pada masa yang sama, sikap pemandu lori sampah juga perlu perbaiki sikapnya, jangan terlampau laju dalam kawasan persimpangan jalan untuk mengelakkan air tumpahan di jalan raya.

Seorang penduduk di Taman Bersatu Jalan Batu Pahat En Tan Lee Han merasa gembira kerana beliau telah dapat TSB percuma pada minggu lepas. Beliau harap pekerja SWM boleh meletakkan TSB di tempat asal selepas buat kutipan sampah.

Rumah terbuka depabali 2013 MIC kluang@ hihi kena hadir :)



1.Terima kasih lah MIC Kluang jemput kami ke majlis rumah terbuka sempena Hari Depaavali 2013 yang diadakan di dewan jubli intan kluang hehehe.ini kali kedua kami di jemput..haaha tak dak pembaharuan dari segi sambutan rasanya..layanan pun sama hahaha..but ok la..orang dah jemput kita pi la..



2.Makanan hehehe macam biasala satu meja 10 orang duduk...makanan atas meja cukup tuk 5 orang aku rasa kakakaka..takpe la depa kurang bajet bekali..makanla apa yang ade :)



3.Ade sedikit sebanyak persembahan kebudayaan..



4.Perasmian hari terbuka depabali 2013 MIC Kluang dilakukan oleh exco johor YB Jais Sarday..dun mahkota :)





Isnin, 11 November 2013

majikan arah pekerja ke bank untuk deposit cek majikan..pekerja kemalangan..boleh claim dengan perkeso


1.Hari ni aku buat siasatan kes kemalangan motorsikal melibatkan perjalanan pekerja nak pi masukkan cek majikan kat mesin deposit bank..kiranya kemlangan berlaku ketika si pekerja dalam urusan kerja la tu..kena plak arahan majikan..mahu tak mahu dia kena pi..

2.Lalu dalam perjalanan itu beliau telah terlibat dalam kemlangan di langgar sebuah kereta di Lampu Isyarat di pekan mersing..maka terukla kecederaan..koma lama gak la beb..teruk kecederaan kepalanya..tapi insha allah akan pulih..jangan risau bro.saya telah cuba bantu apa yang termampu..



3.Apa yang aku nak jelaskan dan cube timbulkan disiniadalah berkenaan tugasan yang diarah oleh majikan itu...JIKA MAJIKAN MENGARAHKAN PEKERJA MELAKUKAN KERJA UNTUK SYARIKAT SEPERTIMANA KEJADIAN DIATAS MAKA JIKA BERLAKU APA-APA KEMLANGAN DALAM PERJALAN ITU MAKA BOLEH LAH BUAT TUNTUTAN DENGAN PIHAK PERKESO..cara buat tuntutan sepertimana cara2 tuntutan kemalangan jalan raya biasala..carila kat blog aku ni ada caranya..

Khamis, 7 November 2013

wahai majikan semua..janganla tangguh2 hantar laporan kemalangan


1.Semalam aku ke mersing..buat siasatan untuk beberapa kes kemalangan..dari beberapa kes yang aku siasat tersebut maka terpikat aku pada satu kes kemalangan yang menimpa pada seorang pekerja ni..beliau bekerja sebagai pencuci di sala sebuah badan berkanun di mersing...majikannya dapat tender dan menmpatkan beliau bekerja disitu..kerja sebagai tukang cuci..mulia kerjanya..

2.alkisah dalam bulan 5 tahun ini beliau dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motorsikalnya seperti biasa..namun malang tidak berbau..dalam lebih kurang 50 meter hendak sampai ke pejabat yang beliau ditempatkan bertugas tiba-tiba motorsikalnya dilanggar JCB geng..pehhh JCB wa cakap lu..melambung jatuhla beliau diatas jalan..hancur tulang kakinya!!!


3.Apa yang aku nak bangkitkan disini..kemalangan berlaku bulan 5 yang lalu...hangpa tahu tak majikan hanya hantar borang tuntutan kemalangan pada pihak perkeso pada bulan 10!!!!! pehhhhh 5 bulan geng baru nak hantar!!!!ape kejadnya tunggu 5 bulan????hangpa tahu tak sepanjang tempoh 5 bulan tu pekerja ni hanya terlantar dirumah???tak dak punca pendapatan???nak makan apa geng???suami plak nelayan!!!bil perubatan nak kena bayar???rumah tak yah cakapla susah...



4.Aku nak nasihat sikitla kat majikan2 ni...jika pekerja kalian ditimpa kemalangan melibatkan kerja janganla tunggu sampai berbulan-bulan baru nak submit borang tuntutan pada pihak perkeso..kesianla kat pekerja geng...hangpa tahu ka depa pun nak hidup macam hangpa jugak..depa ada keuarga dan anak2 jugak..kesianla tunggu 5 bulan baru nak dapat bantuan...INI BUKAN SILAP PERKESO TAPI SILAP MAJIKAN YANG LEWAT HANTAR TUNTUTAN KEMALANGAN!!!dah berpuluh kali aku habaq tapi duk buat jugak perkara sama..kesian la golongan pekerja macam ni..

5.Dalam kes ini aku dah cuba sedaya upaya selesaikan dengan segera..harap sangat ia memberi sedikit sinar pada beliau...

Rabu, 6 November 2013

aku@aksi final piala malaysia 2013



1.Malam Ahad lepas sempat ke stadium shah alam menyaksikan final piala malaysia 2013 antara kelantan dan pahang...macam biasa jika ada perlawanan bola aku tak lepas punyerlah..menang kalah itu perkara kedua geng..pi la mana2 negeri ade masa pasti aku pi stadium hahaha gomo kelate gomo sentiasa melekat dihati..kakakaka..


2.Sepertimana hangpa tahu keputusan malam tu kelantan tewas 1-0 hahaha jaringan matias conti..hm hm malas aku nak ulas bab mainan malam tu..agak teruk jugakla kelantan main..maybe sebab padang basah menjejaskan rentak permaianan..tak de rezeki nak buat macam mana ..biasala bola jap menang jap kalah..tak dak pasukan asyik menang aje hahahaha..



3.Kemeriahan macam biasala aksi final memang meriah beb..


4.Hehehe tapi malam final hari tu hujan beb habis basah wakakakaka..sib baik sempat beli baju hujan :) rm5 aje pakai buang hahahaha



5.Hehehehe..