Isnin, 30 Disember 2019

Lebih 5 Ribu Guru KAFA di Kelantan Di Carum PERKESO

                                                                          
TANAH MERAH, 30 Disember 2019 – Lebih 5000 Guru KAFA Negeri Kelantan bakal menikmati pelbagai faedah yang disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) apabila pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak mencarum guru-guru berkenaan dengan pihak agensi itu dengan jumlah pembayaran caruman sebanyak RM842,138.10. Jumlah pembayaran ini adalah untuk bayaran caruman tahun 2019 yang melibatkan seluruh Guru KAFA Negeri Kelantan sahaja.
Timbalan Ketua Eksekutif PERKESO (Pengurusan) Mohd Rosdi Mat Yasin berkata ‘Pembayaran caruman PERKESO untuk guru KAFA seluruh Negeri Kelantan ini adalah bertepatan dengan Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(B) 240/2013, Pemberitahuan Keselamatan Sosial Pekerja (Pengecualian Kepada Pekerja Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri) 2013 mengenai liputan kepada kakitangan Kerajaan yang berstatus kontrak dan sementara yang telah pun dikuatkuasakan mulai 01 Jun 2013. Dengan pembayaran caruman ini maka guru-guru KAFA di negeri ini dilindungi PERKESO dan menikmati semua faedah yang disediakan PERKESO sepertimana pencarum lain. Jumlah pembayaran caruman PERKESO pada hari ini adalah sebahagian dari peruntukan pihak Kerajaan yang disalurkan melalui JAKIM berjumlah RM6.9 juta untuk pembayaran caruman PERKESO melibatkan Guru KAFA di seluruh Negara bagi tahun 2019. Ia adalah bukti jelas keprihatinan pihak Kerajaan dalam menjaga kebajikan Guru KAFA di seluruh Negara pada amnya dan khususnya pada hari ini di Negeri Kelantan.

Untuk itu pihak PERKESO khususnya PERKESO Negeri Kelantan telah berkolaborasi dengan Pengurusan KAFA negeri Kelantan untuk memberi penerangan kepada guru-guru KAFA di Negeri ini tentang faedah-faedah serta skim yang disediakan PERKESO, lantaran itu sebanyak 9 siri taklimat khas kepada Guru KAFA seluruh Negeri Kelantan telah pun diadakan yang melibatkan lebih 5000 Guru KAFA keseluruhannya, Mohd Rosdi ditemui pemberita ketika menghadiri Program taklimat PERKESO kepada Guru KAFA Negeri Kelantan dan Penyerahan ‘Mock Cheque’ pembayaran Caruman PERKESO oleh JAKIM yang diadakan di Dewan Sri Gemilang Kolej Vokasional Tanah Merah pada hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan Suami kepada seorang guru KAFA menerima kejutan tidak diduga pada majlis hari ini. Beliau yang baru sahaja kematian Isterinya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya pada 01 Oktober yang lalu telah menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dari pihak PERKESO berjumlah RM2000 dan bakal menerima Pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM540 sebulan untuk seumur hidupnya. 

Mohd Ghusok bin Che Hussin 43, bersyukur kematian Isterinya akhirnya terbela ekoran pembayaran Caruman PERKESO oleh pihak JAKIM telah menyebabkan Isterinya dilindungi oleh pihak PERKESO dan kematian Isterinya Mariana Yusoh 31, menyebabkan beliau telah layak menerima pembayaran Faedah Pengursan Mayat dan juga menerima Pencen Faedah orang Tanggungan (FOT) untuk seumur hidupnya.

 “Saya adalah penerima faedah PERKESO yang pertama di Negara ini dari kalangan waris Guru KAFA, ia hasil caruman JAKIM kepada PERKESO melayakkan saya menerima faedah sebegini. Saya percaya caruman ini bakal memberi impak yang besar kepada Guru KAFA dan waris mereka dan sudah tentu memberi kebajikan yang tidak berbelah bahagi kepada guru KAFA dan waris mereka, terima kasih pihak JAKIM terima kasih pihak Kerajaan kerana menjaga kebajikan guru KAFA melalui tindakan positif dengan membuat Caruman dengan pihak PERKESO” ujar Mohd Ghusok Che Hussin ketika ditemui pemberita pada majlis hari ini.






Khamis, 12 Disember 2019

BALU PERTAMA PENERIMA ELAUN ORANG TANGGUNGAN DI KELANTAN

                                                                         
PASIR PUTEH,12 Disember 2019 – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) negeri Kelantan melalui Cawangan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) buat pertama kalinya telah membuat bayaran Elaun Orang Tanggungan (EOT) di negeri itu kepada balu Allahyarham Tengku Azis bin Tuan Yusoff di sini hari ini.

Allahyarham Tengku Azis bin Tuan Yusoff 58, adalah bekas kakitangan CIMB Bank Berhad Cawangan Machang Kelantan dah telah mengambil tawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) bermula 01 November 2019, ekoran itu beliau telah membuat permohonan kehilangan pekerjaan di pejabat PERKESO negeri Kelantan pada 07/11/2019 untuk menuntut faedah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP). Namun begitu dalam proses untuk pembayaran EMP beliau telah meninggal dunia pada 17/11/2019 akibat sakit jantung.
PERKESO negeri Kelantan melalui Cawangan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) telah segera memproses tuntutan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) Allahyarham dan ia telah diluluskan pada 14.11.2019. Ekoran kematian pemohon tersebut maka Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) telah ditukar kepada Elaun Orang Tanggungan (EOT)  dan dibayar kepada orang tanggunganya iaitu balu Allahyarham secara pukal melalui faedah Elaun Orang Tanggungan (EOT) seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen 39 (1) Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) di mana jumlah keseluruhan elaun itu berjumlah RM9480.00 dan telah pun di kreditkan ke akaun balu Allahyarham.
Balu Allahyarham Tengku Azis iaitu Nasitah bt Jusoh 58, yang ditemui di kediamannya pada hari ini terharu dan terkejut dengan keprihatinan pihak PERKESO negeri Kelantan dalam menyegerakan tuntutan yang dibuat oleh Allahyarham suaminya. Beliau menjangkakan  apabila suaminya meninggal dunia maka permohonan suaminya untuk melapor kehilangan pekerjaan dan menikmati Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) akan terbatal. Namun sebaliknya berlaku apabila pihak PERKESO negeri Kelantan hari ini hadir dengan memberi kejutan besar kepada saya dimana mereka memaklumkan saya layak menerima Elaun Orang Tanggungan (EOT) yang dibayar secara pukal meliputi 5 bulan EMP ‘ia sesuatu yang saya tidak jangka sama sekali dan diluar dugaan’, saya yakin keprihatinan PERKESO ini akan membuka mata semua pihak terutamanya berkenaan fungsi dan faedah mencarum dalam skim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Sementara itu Pengarah PERKESO Negeri Kelantan Hajah Nora Yaacob berkata beliau turun padang hadir ke rumah balu Allahyarham Tengku Azis hari ini kerana ia adalah buat pertama kalinya bayaran Elaun Orang tangungan (EOT) dibayar di negeri itu, ujarnya lagi sebelum ini tiada kes kematian melibatkan pemohon faedah Sistem Insurans Pekerja di negeri Kelantan terutamanya ketika memohon Ealaun Mencari Pekerjaan (EMP). Selain faedah EOT balu Allahyarham juga layak menerima faedah Pencen Penakat ekoran kematian suaminya itu dimana pihak kami telah pun membuat bayaran RM2000 untuk Pengurusan Mayat dan beliau akan menerima Pencen bulanan secara berkala sebanyak RM1540.50.
Dalam perkembangan berkaitan Hajah Nora juga mengatakan bahawa Cawangan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) negeri Kelantan telah menerima dan meluluskan sebanyak 707 permohonan faedah Sistem Insurans Pekerjaan negeri itu dengan jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM1.261 juta bermula Januari hingga November 2019. Daripada 707 pemohon tersebut 332 pemohon telah berjaya kembali bekerja dengan bantuan Cawangan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) negeri ini.

Rabu, 20 November 2019

Jom Bayar Caruman Perkeso dan Menang Tunai!

Promosi sah hingga 31 Disember 2019 geng..ayuh para majikan yang budiman hahaha buat bayaran caruman Perkeso melalui perbankan Internet FPX sekarang!!!!!jika bernasib baikkk ada habuannya haha..Bayar dan menang..dapat hadiah No.1 leh buat kahwin beb hahaha RM30 ribu wooo sapa nak bagi beb!

Alhamdulilah Akhirnya Terasa Di hargai!

1.Alhamdulilah syukur pada Ilahi trrima kasih Ya Allah..terasa sangat dihargai hehe..bukan nak riak geng apatah lagi nak menunjuk bagai hahaha tapi nak buat kenang-kenangan lalu aku tulis jugak la kat sini haha sekadar nak abadikan kat sini hahaha..jujurnya setiap kerja yang aku buat ikhlas kerana Allah..penghargaan diberi ku anggap bonus yang cukup-cukup ku hargai geng!!!Kenangan manis sebegini belum tentu akan hadir di tahun-tahun mendatang geng..sebut pasal dihargai hm hm ada juga sejarahnya ditempat kerja lama hahaha namun biarkan lah hahaha..
2.Woooo wo sebelum pi jauh mai nak citer hahaha pada 11hb November hingga 14 November lalu aku pi kl geng haha Konvensyen Inovasi Perkeso..tang Inovasi malas lagi nak tulis hehe walaupun aku dan team menang besar kat sana geng..aku nak fokus tentang diri sendiri dulu lahhh haha bukan riak geng oiii hahaha..Alhamdulilah dalam majlis tu aku di Anugerah dua anugerah geng..pertama Anugerah Individu Skuad Perkeso prihatin Terbaik pehhhh anugerah ni cukup2 terkesan dan akan diingat sampai bila-bila bukan sennag nak dapat wooo hehe dan Anugerah kedua yang diterima adalah Anugerah Skuad Perkeso Prihatin Terbaik Keseluruhan haha yang ni memang prestij beb Alhamdulilah!!! Nak puji lama-lama tak baik geng hahaha..hang pa jelous nanti kah kah kah
3.Terima kasih banyak-banyak big bos yang sudi bagi Anugerah pada diri ini..yang pasti ia menambahkan lagi semangat untuk lipat gandakan lagi usaha membantu para pencarum perkeso menikmati hak hak mereka mengikut kelayakan mereka.Yup aku akan sentiasa membantu seperti biasa hehe tanpa kenal erti jemu gengggg!!!
  


Sabtu, 16 November 2019

Kembara Asnaf PERKESO Prihatin 2.0@Program CSR Perkeso Kelantan Perkeso Johor@Rantau Panjang kelantan!!!

1.Pelbagai acara dan aktiviti telah dan akan dilakukan oleh anggota PERKESO di seluruh negara untuk merapatkan hubungan anggota PERKESO dengan masyarakat setempat khususnya kawasan luar bandar. Hubungan akrab anggota PERKESO  dan masyarakat setempat adalah amat penting dalam menyampaikan info berkaitan PERKESO kepada masyarakat setempat dan perkongsian maklumat maklumat berkaitan kes Skuad PERKESO Prihatin yang berlaku dikalangan masyarakat setempat.

2.Salah satu darinya adalah melalui program CSR. Melalui program CSR ia merupakan salah satu peluang keemasan untuk anggota PERKESO turun padang ke peringkat akar umbi untuk berjumpa masyarakat setempat melalui strategi serampang dua mata. Jujurnya ia satu inisiatif anggota PERKESO itu sendiri yang bertungkus lumus untuk menjayakan program murni ini..ia bukan tugas mudah apatah lagi bila melibatkan kekangan kewangan dan tenaga setiap anggota yang menyertainya. Namun berkat kesungguhan dan niat yang ikhlas ianya sudah pasti  akan membuahkan hasil yang yang diinginkan.

3.Hari ini dengan kekuatan lebih 30 anggota PERKESO Kelantan dan PERKESO Johor melalui kelab kebajikan anggota dan sukan kedua dua pejabat tersebut telah mengadakan Program CSR Kembara Asnaf PERKESO Prihatin 2.0 yang telah dijalankan di kawasan Rantau Panjang Kelantan. 

4.Program Kembara Asnaf PERKESO  Prihatin 2.0 ini telah menjelajah ke seluruh pelusok Rantau Panjang di mana program yang bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang itu telah selesai dengan jayanya. Seramai 40 asnaf dari kawasan Rantau Panjang telah diberi bantuan dan sumbangan barangan keperluan dan sumbangan kewangan melalui kunjungan dari rumah ke rumah yang dilakukan anggota PERKESO  Kelantan dan anggota PERKESO Johor.

5.Kolaborasi anggota PERKESO Kelantan dan anggota PERKESO Johor ini telah menjelajah dari satu rumah ke satu rumah asnaf dengan ditemani Tuan Penghulu Bukit tandak tuan Haji Abd Azizi bin Mohd Nor. Lawatan itu bukan sahaja bertujuan untuk memberi sumbangan barangan keperluan dan wang ringgit semata mata..lebih dari itu anggota Skuad PERKESO Prihatin yang turut menyertai program CSR ini juga turut membuat semakan kelayakan Pencen Penakat dan Pencen Ilat ke atas anggota keluarga asnaf yang meninggal dunia dan sakit. Mereka juga diterangkan dengan pelbagai faedah-feadah yang disediakan pihak PERKESO  dan kepentingan mencarum dengan pihak PERKESO seandainya bekerja..yaaaaa ia bukan sekadar lawatan untuk memberi sumbangan semata-mata bahkan ia juga bertujuan untuk menyebar dan menwar-warkan kepentingan mencarum dengan PERKESO dan faedah yang di sediakan PERKESO  ke masyarakat di akar umbi!

6.Terima kasih team PERKESO Johor melalui badan kebajikan dan sukan BAKSO..terima kasih Penghulu Bukit Tandak Abd Azizi Mohd Nor terima kasih pihak Pengurusan Masjid Beijing melalui Setiausahanya tuan Haji samsuddin bin yasim terima kasih pihak media..mereka adalah terbaik!!!




Isnin, 4 November 2019

Tidak Semua Penerima Pencen Perkeso Perlu Mengisi Borang 117

Nak2 hujung tahun ni adalah perkara biasa akan berlaku di kaunter perkeso iaitu senario kesesakan di kaunter2 perkeso..apa tidaknya ramai penerima Pencen Perkeso akan hadir untuk menghantar borang 117 dan juga yang hadir untuk mengambil borang 117 di pejabat perkeso seluruh negara..ada mendakwa tidak menerima borang 117..Sebenarnya bukan semua perlu mengisi borang 117 hanya kategori tertentu sahaja yang perlu mengisi borang 117..baca kat bawah ni hahaha

Ahad, 3 November 2019

Duhai rakan media..bersabarlah PERKESO setia bersama mu..

1.Tanpa diduga Industri Media cetak dan elektronik kini berada dalam keadaan membimbangkan..nasib Industri ini dimasa akan datang cukup mendebarkan mereka berjuang untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam suasana yang cukup mencabar dan 'kelam' penutupan operasi akhbar secara mengejut, pengecilan operasi akhbar, pengstrukturan semula media elektronik memberi kesan cukup hebat pada kakitangan mereka..ramai antaranya telah diberhentikan kerja dan ramai juga akan mengalami nasib yang sama sedikit masa lagi..sejujurnya tiada siapa pun menduga perkara ini boleh dan benar benar berlaku khususnya akhbar berbahasa Melayu..ia perkembangan yang cukup menyedihkan!!!
2.Ramai kenalan baik saya yang terdiri dari rakan media telah hilang pekerjaan..mereka adalah pekerja yang begitu cintakan pekerjaan mereka..mereka adalah pekerja yang komited.. ada antara mereka telah 20 tahun menyumbang tenaga dalam penulisan..tak kurang juga bakat bakat muda yang baru hendak bertatih dalam bidang penulisan hanyut di badai ombak teknologi baru, kesuraman ekonomi dan perubahan minat golongan tertentu yang tidak lagi menyokong dengan membeli akhabar di pasaran..sayangnya dengan keadaan semasa mereka menjadi mangsa keadaan..tidak ramai dari kita yang membeli akhbar lagi..yaaa akhbar sudah tidak laku untuk dijual..manusia kini mendapat maklumat berita dari sumber alam maya..sahih tak sahih belakang kira..sedih sungguh..tiada siapa menduga ia begini jadinya..
3.Hari ni saya berpeluang berjumpa rakan-rakan media seluruh Negeri Kelantan di 'rumah wartawan' Persatuan Media Negeri Kelantan (kemudi) bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah serta team SIP Negeri Kelantan..lebih 30 pengamal media yang hadir dari pelbagai agensi media..mereka berkumpul bersama kami..sejujurnya sukar untuk kumpulkan mereka dalam jumlah sebegitu besar maklumlah kekangan tugas mereka ke hulu ke hilir mencari berita untuk hidangan kita sebenarnya..namun keadaan dan perkembangan semasa membolehkan ia direalisasikan agak lama kami berjumpa..ialah mereka seperti keluarga kami..hubungan akrab yang dibina menyebabkan kami turut merasai apa yang mereka rasai..hari ini kami membantu mereka memahami apa itu Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP)..kami cuba sedaya upaya hulurkan tangan dikala mereka hilang punca..kami bantu mereka selagi terdaya..banyak perkongsian faedah SIP disampaikan hari ini..sebahagian mereka terus mengisi permohonan Elaun Mencari pekerjaan (EMP) tuan2 puan2 sedarkah tuan2 puan2 mereka hilang pekerjaan sebahagiannya berpunca dari kita juga yang tidak menyokong pembelian akhbar mereka..sedih sangat2..rebahnya akhbar melayu bersamanya wartawan melayu..
4.Alhamdulilah bantuan PERKESO melalui SIP tiba pada masa yang tepat..hari ni 8 pekerja terdiri dari 5 wartawan sinar harian Kelantan dan 3 dari syarikat percetakan telah menerima bantuan PERKESO Kelantan melalui faedah EMP kali pertama..jumlah keseluruhan bayaran pertama hari ini lebih RM17 ribu..Allahuakbar semuanya sahabat media yang saya kasihi..semoga bantuan ini sedikit sebanyak akan meringankan bebanan yang digalas untuk meneruskan kehidupan kalian..

Isnin, 21 Oktober 2019

Buruh Kasar Lumpuh Dibantu Perkeso Kelantan

1.Alhamdulilah syukur..Allah S.W.T sentiasa membantu dan mempermudahkan urusan kerja aku geng..bertindak dari maklumat yang diberi rakan-rakan media semalam yang melaporkan perihal penderitaan Mat Nasir Mat Salleh 41 dari Kampung Tujoh Tumpat..terdetik dihati untuk segera membantu apatah lagi penderitaanya yang dialaminya memerlukan perhatian dan tindakan segera..beliau yang asalnya koma setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 11 Jun yang lalu kini lumpuh sepenuhnya sebaik sedar dari koma kira kira 2 bulan yang lalu..berat juga dugaan dan bebanan yang terpaksa di tanggung keluarga ini..si suami terlantar kaku..si isteri suri rumah sepenuh masa..anak anak 6 orang geng..paling tua berumur 18 tahun..si bongsu baru 4 bulan!si bongsu masih belum menikmati belaian seorang ayah..bila dilahirkan si bongsu ayahnya telah pun koma!
2.Setelah menerima maklumat kes ini dari rakan media di Kelantan macam biasala kami di Skuad Perkeso Prihatin Kelantan akan membuat semakan kelayakan dulu..perkara pertama sudah pasti tengok caruman dulu..sama ada pesakit itu ada mencarum dengan PERKESO atau sebaliknya..sebab itu geng aku selalu tekankan caruman itu cukup cukup penting! Satu caruman pun kalau tak cukup akan tetap tak layak!apabila semakan dibuat pesakit hanya layak Bantuan Ilat sahaja..itupun mujurlah ada caruman dari Jun 1994 hingga Jun 1996..Alhamdulilah sekurang kurangnya beliau layak untuk menerima faedah Bantuan Ilat!
3.Setelah disahkan layak Bantuan Ilat makanya hari ni pergilah kami anggota Skuad Perkeso Prihatin Kelantan ke rumah pesakit ni di Kampung Tujoh Tumpat..turut serta dalam kunjungan ini big bos kami di Kelantan Hajah Nora hehe..tak lupa mengikut sama team media kelatan..depa ni rakan karib kami dalam salurkan pelbagai maklumat apa sahaja kemalangan dan pesakit kronik!
4.Dalam kunjungan ke rumah pesakit ni kami bawa bersama bekalan pampers kerana pesakit layak bantuan Ilat maka alat pemulihan kami akan bekalkan..bekalan pampers itu akan dibekalkan secara berkala pada setiap bulan!!bukan itu sahaja pesakit juga akan diberi bekalan susu setelah ia diluluskan pihak Ibu Pejabat kami..hm hm susu tu beli sendiri nanti boleh aje claim dengan kami kemudian!!!Akhamdulilah bantu ini nampak kecil geng namun ia cukup cukup berharga..pampers dewasa mahal..sebulan mau RM500 kosnya..itu tidak masuk lagi susu khas lagi mahaiiii.
5.Tiada yang lebih membahagiakan apabila kita dapat membantu seseorang yang berada dalam kesusahan setidaknya bantuan kecik kita itu mampu untuk meringgankan bebanan yang dihadapinya..benar tugas tetap tugas itu tiada siapa yang hendak nafikan namun jauh dari sudut hati ia menjadi satu keseronokan dan kepuasan berganda apabila dapat membantu kepada insan yang memerlukan.

Rabu, 7 Ogos 2019

Krtikan terhadap Skim Insurans Pekerjaan Sendiri (SPS)tonjolkan kenaifan terhadap kebaikkan Akta itu.

1.Geleng kepala dan tepuk dahi dibuatnya apabila saya berpeluang membaca komen serta kritikan nakal,sinis dan merapu dari nitezen ekoran penguatkuasaan Skim Insurans Pekerjaan Sendiri (SPS) oleh pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO. Bermula 1 Ogos yang lalu pihak PERKESO melipatgandakan usaha pengesanan dan penguatkuasaan ke atas mereka yang masih degil dan ingkar untuk mendaftar dan mencarum dengan PERKESO. Alangkah jahilnya mereka dalam memberi pandangan dan pendapat seolah-olah undang-undang serta Akta yang dikuatkuasakan itu mahazalim dan menindas mereka..cukup mudah dan tanpa perlu mengunakan otak untuk mencerca memaki dan mengkritik apa yang baik..kritikan makian yang tak bermodalkan apa-apa boleh ditaip tahkala sedang bersembang kosong duamana jua berada waima ditandas sekalipun..yang jelas menunjukkan betapa naifnya kita yang memberi komen betapa jahilnya kita tentang sesuatu perkara yang amat baik faedahya untuk diri dan keluarga namun kerana keegoan kedegilan terhasut dengan rakan-rakan yang tak berfaedah inilah jadinya benda baik diludah dan dituduh sebagai alat untuk menzalimi mereka walhal merekalah yang menzalimi diri dan keluarga mereka sendiri..menzalimi diri sendiri seolah-olah mereka masih berada dalam zaman kegelapan..tanpa maklumat yang tepat tanpa keinginan yang tinggi untuk mengentahui dan meneroka perkara baru yang berguna untuk mereka dikemudian hari.
2.Skim Insurans Pekerjaan Sendiri (SPS) baru sahaja dikuatkuasakan setelah melalui berbulan bulan malahan bertahun sesi libat urus dan penerangan khas melibatkan pemandu teksi E-hailing dan pemandu bas persendirian..sudah beribu sesi libat urus yang terakhir diberi pula bulan pemutihan selama sebulan bermula 1 Julai hingga 31 Julai yang lalu supaya mereka mendaftar dan mencarum dengan pihak PERKESO, ramai yang telah mendaftar dan mula mencarum namun sebahagian besar dari mereka kekal dengan sikap ego dan degilnya haha tidak mengapa..mereka lupa merekalah yang mohon dengan kerajaan terdahulu agar pemandu dilindungi PERKESO..bila telah diluluskan dan dikuatkuasakan lain pula peilnya, mereka lupa jika berlaku apa-apa keatas diri mereka bagaimana nasib anak bini mereka..ketika keegoan masih menebal dalam diri pelbagai cacian di hamburkan haha amboi amboi jika bukan kerana ianya dikuatkuasakan untuk melindungi kamu tak de gunakanya kami memaksa kamu mendaftar dan mencarum dengan PERKESO!ada yang mengatakan caruman itu amat amat amat teramat maha tingginya ermmm ia la tu RM13.10  sebulan maha tinggi untuk melindungi diri kamu seandainya berlaku kemalangan..seandainya kamu mengalami kecederaan teruk..seandainya melibatkan kematian diri kamu..mungkin kamu kaya raya harta melimpah ruah sehingga tak perlu memikirkan apa nasib anak isteri setelah kamu tiada..sekotak rokok yang kamu sedut sehari lebih dari nilai caruman RM13.10  yang PERKESO  kenakan..ermmm kita cepat sangat melatah sampai lupa akan kebaikan sesuatu perkara..ia langsung tiada kaitan dengan politik ia 100% dikuatkuasakan untuk melindungi diri kamu malangnya kamu menuduhya dengan  pelbagai tuduhan merapu kononya ia alat untuk mengkayakan kerajaan ia alat untuk membayar bonus kakitangan kononya ia maha zalim caruman ini akan mnjejaskan kuasa beli kamu Allahu..tidak semua boleh saya jumpa..kalau jumpa nak saya jelaskan satu persatu saksi mata saya dah beribu ribu orang ditolong perkeso dan beribu lagi hampa kerana tidak dicarum perkeso mengapa kalian memilih sebahagian yang mengalami kehampaan itu!!!!

Selasa, 30 Julai 2019

dapatkan rawatan segera jika kemalangan penting untuk claim perkeso

1.Semalam ke sebuah kampung di tumpat kelantan,lupa dah nama kampungnya biasa saya tak lupa nama kampung yang dah pergi hehe hari ni boleh pulak lupa nama kampungnya..kalau tak silap jalan menuju ke pengkalan kubor..kalau tak silapla hehe macam biasa ke sana berpandukan map location yang diberi keluarga mangsa kemalangan..adalah biasa bila kemalangan pihak PERKESO akan buat siasatan..kalau kecederaan teruk memang kita akan ke rumah sambil melawat sambil bertanya khabar sambil kita rakam percakapan hehe tak dak apa yang nak dirisaukan kita cuma nak tahu kemalangan tu dari mana nak ke mana sahaja..kita nak kenal pasti laluan yang dilalui saja tok sah risau la tak dak apa..cakap yang betul tak yah pusing pusing cerita..kalau lalu jalan A habaq la jalan A..jangan dok habaq jalan lain plak nanti ceritanya jadi kelain hehe, Inshallah semua dipermudahkan..Cumanya macam biasala bila kes disiasat kena tunggu turn siasatan la kena sabaq sikit aje hehe.
2.Dalam kes hari ni Mak Cik ni kemalangan balik kerja..sebenarnya kesnya OK boleh aje bayar direct sebab jelas kemalangan balik kerja..jalan yang dilalui pun betul tak de pusing sana pusing sini dan tiada lencongan pun, Cuma bila mana ada keraguan maka barulah kita masuk siasatan..keraguan kes Mak Cik ni cuma satu aje biasala orang kampung mana la nak tahu bab2 undang2 takpa la kita tolongla prrjelaskan..silapnya Mak Cik ni tak ambik MC saja..MC pertama kali rawatan ni doktor tak bagi kat dia..pelik juga patah tulang bahu awatla doktor tak bagi MC kat dia sian dia mungkin lupa kot..
3.Jarak tarikh kejadian kemalangan dengan MC pertama lebih kurang 2 minggu ni lahhh yang jadi kes kena siasat..bila kita siasat rupa rupanya Mak Cik kemalangan masa balik kerja dan buat rawatan hari sama kemalangan cumanya pihak Hospital tak bagi MC..lepas dua minggu pergi buat susalan baru nagi MC nasib baiklah pihak hospital ada rekod dan rekod plak selari dengan percakapan yang saya rakam tu maka boleh lah kes dibayar dengan segera tanpa was was dah!Itulah fungsi siasatan kita nak jelaskan kekaburan nak cari fakta dan bukti kita siasat sesuatu kes PERKESO bukan nak susahkan tuntutan bukan nak nyusahkan mangsa kemalangan namun kita nak bayaq duit claim tu kena berhati hati sebab ada prosedurnya ada syaratnya yang mengikat..kalau kes tu bukan bencana kerja kita tak boleh bayar kalau kes itu penipuan kita pun tak boleh bayar itulah fungsi siasatan.
4.Suka saya nak nasihatkan terutamanya pada majikan dan pekerja..bila terlibat dalam kemalangan sila lah segera dapatkan rawatan seawal mungkin..kalau boleh terus dapatkan rawatan hari yang sama dan jika kecederaan yang menyebabkan tidak boleh bekerja mohonla pada doktor MC..kadang kadang doktor lupa nak bagi MC maka hangpa habaqla kat doktor hangpa kerja bila tak leh kerja kenalah doktor bagi MC ia cukup penting!!!