Jumaat, 30 Ogos 2013

sekitar raptai penuh sambutan hari kemerdekaan 2013 peringkat daerah kluang


1.Hari ni aku terlibat dalam raptai penuh sambutan hari kemerdekaan peringkat daerah kluang..macam biasa sejak dari dulu tak pernah ter mis lagi la bab2 sambutan kemerdekaan..mesti kena punyerrrrr ..lagi2 bila dibuat dekat dengan pejabat aku hehehe di jalan rambutan..hadapan kluang mall tu hah..dan ini kali kedua sambutan kemerdekaan peringkat daerah kluang dibuat disitu..



2.Sambutan kemerdekaan ke 56 peringkat daerah kluang 2013 tahun ni boleh dikatakan bakal meriah jugak la hehehe perbarisan tu memang sentiasa ada la..penglibatan pelajar2 sekolah pun boleh tahan jugak tahun ni..



3.Ape pun harap2 cuaca baik pagi esok..kalau tak.. habis basah la aku geng..dah le kat atas pentas utama plak tu..mana mau lari daaaaa



4.Kadang2 seronok jugak tengok depa ni betul2 bersungguh2 untuk menjayakan majlis esok pagi...berkali-kali praktik kan apa yang tak memuaskan hati hehehe..tak kirala lafaz ikrar ke koir ke bla bla bla hehehe..memang bersungguh sungguh la kali ni..tahniah la geng hangpa semua memang kuat kerja :)



Khamis, 29 Ogos 2013

tak perlulah masuk paper semata-mata permohonan ditolak...hm hm penat macam ni


1.Bertitik tolak dari aduan sebuah akhbar harian berkenaan ketidak puasan hati seorang pemohon pencen ilat dimana permohonan pencen ilatnya ditolak jemaah doktor maka terpaksalah aku n the bos ke rumah pengadu tersebut di mersing untuk menerangkan KENAPA PERMOHONAN ILATNYA DITOLAK!!!!adehhhla..macam2 apa nak buat...



2.Sebab permohonan ilat ditolak amatlah mudah kerana PENGADU MASIH BOLEH BEKERJA DAN SIHAT..MAKA SEBAB ITULAH JEMAAH DOKTOR SAHKAN PENGADU TIDAK MENGHIDAPI KEILATAN SEKALI GUS TIDAK LAYAK MENDAPAT PENCEN ILAT YANG DIBAYAR SECARA BULANAN!!!



3.Aku sebenarnya malas dah nak ulas bab pencen ilat ni...bukan apa dah banyak kali aku membicarakannya...tak kan la masih tak faham2 lagi adehhh laa..senang cakap PENCEN ILAT HANYA DIBERI SETELAH JEMAAH DOKTOR PUTUSKAN SESEORANG ITU MENGHIDAPI KEILATAN DISEBABKAN SAKIT YANG KRONIK YANG MENYEBABKANNYA TIDAK BOLEH BEKERJA!!!!! KALAU SETAKAT TAK BOLEH KERJA KERANA sebab2 tertentu ATAU SAKIT SIKIT DAH TAK NAK KERJA MAKA KOMPEM TAK DAPATLAH PENCEN ILAT BEB...



4.Permohonan pencen ilat pengadu telah diputuskan jemaah doktor sebagai tidak ilat atas sebab2 yang aku bagi tahu tadi laaaa...itu mungkin pada masa permohonan itu dibuat yakni tahun 2011...WALAUBAGAIMANAPUN JIKA PENGADU MEMPUNYAI LAPORAN PERUBATAN YANG BARU YANG MENGESAHKAN PENYAKIT BELIAU SEMAKIN KRONIK BELIAU MASIH BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN PENCEN ILAT YANG BARU..SENANG AJE ISI BORANG DAN MOHON BARU MAKA KITA PASTI AKAN MEMPERTIMBANGKANNYA DAN IANYA AKAN MENGIKuT PROSEDUR BIASA PERMOHONAN PENCEN ILAT...YAKNI AKAN DIRUJUK KE JEMAAH DOKTOR SEPERTI BIASA...SEANDAINYA JEMAAH DOKTOR YANG BERSIDANG MEMUTUSKAN PENGADU MENGHIDAPI KEILATAN YAKNI PENYAKIT YANG DIHIDAPINYA KRONIK YANG MENYEBABKAN BELIAU TIDAK MAMPU BEKERJA BARULAH PENCEN ILAT AKAN DIBERIKAN...KEPUTUSAN JEMAAH DOKTOR LANGSUNG TIDAK DIPENGARUHI PERKESO!!!!!jEMAAH DOKTOR PULA BUKANYA DOKTOR DARI PERKESO!!!!AHLI JEMAAH DOKTOR ADALAH DOKTOR2 PAKAR DARI HOSPITAL KERAJAAN....itu yang pengadu kena tahu!!!!!adehhhh la penat aku hari ni hadoiiiiii la...

Rabu, 28 Ogos 2013

satar gerai kunita di mersing sedap beb!!!


1.Kebetulan aku ke mersing hari ni atas urusan kerja yang agak penting jugakla..alang2 ke mersing aku pekena satar istimewa di mersing yang diperkenalkan kepada kami oleh wartawan metro/berita harian mersing cikgu mat sah (baik sungguh wartawan merangkap rakan kami ni hehehe) ...satar yang kami makan ni amat sedap sekali beb..satar tu adalah satar yang dijual di gerai KUNITA mersing yang mana gerai satar ni dikatakan mendapat tajaan LKIM..banyak2 satar yang aku makan selama ni rupa-rupanya satar di gerai kunita mersing ni jugak yang paling sedap!!!



2.Keenakan satar ni amat terasa sekali..leh kata puas hatilah makan satar di gerai KUNITA ni...nak cari senang aje pi la kat barisan yang gerai2 jual kerepok tu..jalan dato onn mersing..mesti jumpa gerai di tepi jalan...hehehe mesti cube geng..berbaloi wooo..tak putus2 orang dok mai beli :)


hehehe..cube la geng..bagi aku satarnya memang terbaik hahaha


betul2 makan satar kakakaka


Isnin, 26 Ogos 2013

member dah ne tukar opis lain ::


1.Tahun ni boleh dikatakan tahun perpindahan besar-besaran jugak bagi pegawai2 perkeso..hm baru aje lepas gotong royong tolong rakan setugas aku angkat barang2 yang nak di pindahkan hehehe...kurang 1 rakan setugas aku lepas ni hm hm..pejabat dah kurang kakitangan..pindah sana pindah sini makin kurang staff opis aku..



2.Sebelum angkat dan angkut barang2 kami bantai kenduri durian dulu wakakakaka baru le ade tenaga semulajadi katakan itu mengikut petua pengila durian macam kami kikiki..langkah kanan geng.. rakan setugas aku ni punyer kebun durian beb..hehehe sebelum angkat barang kita gotong royong bantai durian duluuuu..





3.Lepas habis bantai durian hahahaha pon pon pon pin pin penghantar Domino Pizza pun tiba hahahahaha lagi kekanan lah langkah kami hahahaha apa lagi tuan kerja order Domino Pizza pehhhhh bantai makan pizza dulu wakakakaka kerja ape pun tak buat lagi dari tadi makan aje memanjang wakakakaka..kalau macam ni la nyer cara hari2 angkut dan angkat barang pun takpe lah hahaha penuh tangki aku






Ahad, 25 Ogos 2013

Aku@Kembara Mahkota Johor ke 16 Paloh Kluang


1.Alhamdulilah hari ni sempat ke Majlis sambutan ketibaan rombongan Kembara Mahkota Johor yang diketuai sendiri Oleh DYMM Sultan Johor.Kali ni kembara Mahkota Johor yang kali ke 16 diadakan di Padang MPK Paloh Kluang..



2.Macam biasala aku diarah ke sana hehehe..kat sana jumpa sahabat2 dan ketua-ketua jabatan lain yang turut diundang sama untuk menyambut ketiabaan rombongan Kembara Mahkota Johor (KMJ)...sempat jugak berborak2 dengan ketua2 jabatan lain sebelum ketibaan rombongan..cuaca agak baik..cerah dan agak panas..sempat jugak berjumpa idola saya tuan Kadi daearah Kluang..sempat berbual dengannya..seorang kadi yang cukup mesra..tidak lokek senyuman!!!blog beliau wajib saya baca setiap hari!!! yang kat tengah tu Tuan Kadi kluang hehehe...yang berkaca mata tu pengarah SPRM Kluang...baju batik tu aku le tu wakakakaka..



3.Dalam jam 3.30 petang rasanya rombangan kembara mahkota johor tiba...pehhh diserbu rakyat2 paloh untuk bersalam dan melihat dari dekat ketibaan rombongan KMJ..er er time ni manala aku sempat nak ambik gambar lagi kekekeke..ramai bebenor depa ni ehhh..nak ambik gambar2 motor besar pun tak sempat ehh hehehe..rugi rugi :)



4.Macam biasala  DYMM sultan akan berjumpa rakyat jelata dan menikmati persembahan dari rakyat...setiap kali KMJ dilakukan disetiap daerah bermacam persembahan dan acara disediakan..hari ni kat paloh depa buat pertandingan kukur kelapa hehehe...de jugak cabutan bertuah untuk 3 kaum..ada 3 pemenang..setiap pemenang dapat ke India,Cina dan Umrah beb pehhhh bertuah rakyat Paloh kali ni..rugi aku tak dapat masuk cabutan bertuah tu hehehe



5.Ohhh ya macam biasala sepanjang majlis ni berlangsung aku ditempatkan di meja khas ketua2 jabatan...sepertimana majlis2 yang biasa aku hadiri..hehehe makan ok beb..meja pula betul2 didepan pentas diraja hehehe..hehehe makan ubi keledek,ubi kayu,mihun goreng pehhhh betul2 sedap!!!



Jumaat, 23 Ogos 2013

gajah liar di taman seri impian hohoho

1.Adeiii la tak sangka plak rumah yang aku beli kat Taman Seri impian ni leh ade gajah..hehehe heran jugak aku mai tang mana gajah2 liar ni aku pun tak tahu..harap2 masalah gajah liar di Taman seri Impian ni selesai dengan segera..


2.Lebih memeranjatkan kehadiran gajah2 liar ni didakwa cukup hampir dengan perumahan penduduk di taman tersebut..mungkin juga kawasan hutan dan habitat haiwan ini terancam dek pembangunan taman2 dan pembukaan ladang sawit dengan giat di kawasan ini mengundang makluk bernama gajah ini berkeliaran mencari makanan di kawasan perumahan penduduk..tak pun aku rasa depa anak beranak gajah ni sesat barangkali..depa nak masuk masuh hiway gajah tersasar masuk ke taman perumahan aku wakakakaka..harap2 lepas ni makluk2 ni menemui pangkal jalan dan kembali ke habitat asalnya..kalau tak adehhh tak tenang dan tak lena tidurla penduduk taman seri impian ni



Khamis, 22 Ogos 2013

9 hari lagi untuk bermulanya operasi besar-besaran perkeso!!!


Lagi 9 hari menuju ke tarikh akhir program pemutihan@pendaftaran sukarela majikan dengan perekso..selapas itu bermula 1hb september operasi besar-besaran akan bermula mengesan majikan yang gagal mendaftar perusahan mereka dengan pihak perkeso..segeralah sebelum terlambat..kompaun dan pendakwaan akan dikenakan jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang dinyatakan ...

Rabu, 21 Ogos 2013

jamuan raya@malaysian mosaic berhad :)


1.Thanks pihak pengurusan tertinggi Malaysian Mosaic Berhad coz sudi menjemput team aku ke majlis sambutan /jamuan hari raya syarikat tersebut.Malaysia Mosaic merupakan salah satu  antara syarikat penyumbang caruman perkeso terbesar di daerah kluang..mempunyai tiga rangkaian kilang yang agak besar dengan ratusan guna tenaga buruh..gaji kakitangannya boleh tahan..
er er majlis ni de live band woooooo


2.Jemputan ke jamuan raya ni agak Eksklusif hehehe..kad jemputan pun cantik jugak, dek kerana jemputan tersebut maka aku dengan kawan pun pergilah ke Majlis tersebut walaupun agak lewat hehe jam 1.00 petang baru pi ke majlis tersebut yang di mulakan sejak 10.00 pagi lagi...pi jam 1.00 petang coz time rehat katakan hehehe..




3.Alhamdulilah disambut baik dengan penuh hormat oleh pihak pengurusan..semuanya amat baik sekali..macam biasala pengurus sumber manusia kilang tersebut ramah tamah melayan aku n the geng...turut menyambut kami geng2 unit keselamatan dan kesihatan pekerja kilang tersebut...dan lebih mengharukan turut menyambut kami Puan Sri......hehehe nama aku lupa..bos besar beb :)


4.Makanan best la kalau dah VIP kakakakaka..maka semua hidang la..jamuan raya macam biasala ada ketupat,nasi minyak,kambing black paper best woooooooo...



5.Ape pun bukan bab makanan yang nak dikatakan dan nak dibicarakan..yang lebih penting adalah menjaga hubungan antara pihak majikan dan jabatan agar ia kekal saling berhubung untuk memudahkan pelbagai kerja antara kedua-dua pihak :)



Selasa, 20 Ogos 2013

lagi berkenaan operasi yang bakal dilakukan bermula 1 september ni!!!

1.keratan akhbar Berita Harian hari ni...berkenaan Operasi yang bakal dilakukan pejabat aku..hehehe



Isnin, 19 Ogos 2013

Antara persiapan awal Operasi perkeso@Kluang...jaga2 la kalian :)


1.Tak lama lagi Operasi besar-besaran seluruh negara akan dilakukan untuk mengesan majikan2 yang masih gagal mendaaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak perkeso..pejabat aku tak terkecuali la..benda ni dah jadi rutin kerja kami..benda baik demi untuk melindungi pekerja buat apa lah hangpa lari dari mendaftar perusahaan dengan perkeso???kadang2 pelik aku dengan pihak majikan ni..tahu nak kejar untung aje...fikirla juga nasib pekerja jika berlaku apa2 kemalangan beb...dah banyak kali berleter aku bab ni kat blog aku ni...tak nak dengar sudah..dapat kesan tak daftar aku kompaun cukup2 time tu jangan harap aku nak berlembut beb...sory lahhh kejam pun kejam la sebab hangpa degil!!!bersusah payah team2 aku ni buat macam2 pendekatan nak bangkitkan kesedaran majikan namun hm hm bukan aje majikan hangpa pekerja pun kadang kala bersubahat tak nak carum dengan perkeso..perbuatan hangpa yang bersubahat dengan majikan untul lari dari mencarum dengan perkeso adalah satu perbuatan yang amat bodoh pada diri dan keluarga kamu sendiri...percayalah cakap aku..Nah hari ni kami bersusah payah iklan macam untuk khabarkan kepada kalian agar segera daftar dengan perkeso sebelum kami buru kalian...siap panjat tampal /pasang banner lagi tu hahahaha...tak nak daftar takpa tunggu la..aku tak bagi peluang kali ni..kaw2 aku bagi kompaun..tak cukup kompaun aku bagi jumpa majistret hehehe..yang Kluang nyer pompuan leh la lau nak jumpa hehehe..bila lagi nak merasa mengadap hakim kan kan :)


 penat woooo depa dok pasang banner ni sian sian...


hehe..ini kali kalau tak daftar aku tak tahu la..sian kat rakan setugas aku ni kakaka..lau jatuh time ni perkeso cover ni hahahaha..silap2 aku yang siasat kakaka..bagus depa ni kerja sungguh2 lahhhhh


tak bagi peluang dah ehhh kali ni...jumpa je tak daftar kita kasi depa kaw2 geng!!!! biar penat asalkan puas!!!!


hehehe..simpang renggam tak terkecuali hahahaha ini kali lahhhhhhhhhhh..kakaka banner bawah gambar najib plak tu kakakakaka..adehhh adehhh


Ahad, 18 Ogos 2013

cuti lama sangat@tak tahu nak buat pe kekeke

1.Cuti raya dah habis...2 minggu cuti raya betul2 puas...raya sakan jugak la hehe...habis jugak la umah saudara mara leh pi raya macam biasa :)bukan setakat ziarah saudara mara dah..tapi sampai tersasar ke pantai2 dah ehhh..terlebih raya dah ni


 dan lagi@lagun pantai seri tujuh hehehe



dan lagi @bukit gambang water park adehhhh kesannya kemelesetan ekonomi bulanan wakakakaka..bab bukit gambang ni tak yah citerla hehehe tiap2 kali balik kampung memang singgah bermalam kat sini...


time ni plak duk menjamu bebudak pelajar pendidikan khas lebih kurang 30 orang jugak la datang beraya umah mertua aku hehehe..hampir putus bekalan makanan dibuat nyer time ni wakakakaka..depa ni pelajar istimewa..cuma pekak dan bisu sahaja yang membezakan depa ni dengan kita..yang lain2 sama aje lah..depa ni bijak2 apaaa..



2.Kecatatan tidak menghalang untuk kita menimba ilmu beb!!!jangan jadikan kecacatan satu alasan untuk kita maju ke depan..pekak dan bisu bukan alasan!!! tidak de beza ehhh fizikal dan mental sama aje ehhh..



3.Sesungguhnya raya di kampung amat menyeronokkan..