Rabu, 31 Januari 2018

berjaya panjat gunung lambak kluang kikiki

1.Hari ni sempena cuti umum sambutan thaipusam kami geng2 rakan sekerja opis socso kluang er er tak ramai 4 orang aje pun..pakat2 panjat gunung lambak hahaha dah banyak kali pun panjat gunung lambak ni sebenarnya..tapi sejak tak dak kawan2 yang ajak daki gunung dan dek kekangan masa sibuk dengan kerja sokmo jadinya lama la tak panjat gunung tu..hahaha semput gak geng macam nak putus oksigen woooo..maklumlah lama sangat dah tak panjat gunung ni..dapat peluang cuti macam ni boleh la layan sat hehehe 1 jam jugakla daki..kikiki maklumlah banyak kali berhenti..penat wehhh
2.Geng apa yang seronok panjat gunung ni kita bukan berempat aje tapi ramai wooo tak kira tua muda remaja depa belumba lumba pakat panjat gunung hahaha meriah dan tak sunyi di sepanjang trek pendakian..boleh lahhh untuk keluarkan peluh..kalau sebulan sekali dapat panjat macam ni kira ok dah ni leh lah buat jaga perut yang makin membuncit ni hehehe..kot2 pasni setahun sekali tak ahu lah hahahaha..
3.Geng panjat gunung suka2 kalau jadi apa2 ianya bukan bencana kerja geng kakakaka yang ni Perkeso tak lindungi tak kira lah hangpa gi dengan kawan2 kilang atau rakan sekerja pun kikiki oleh itu hati2 lah sepanjang pendakian hehehe kecuali lah kalau jatuh dan mati dan pada masa itu kelayakan cauman cukup serta umur belum capai 60 tahun boleh lah claim di bawah tuntutan Pencen Penakat Perkeso hahahahahahaha..just nak bagitahu aje geng bukan nak takut takutkan hangpa dak ehhhh kikiki..sebabnya Pencen Penakat ini tak kira mati apa sebab pun ia layak pencen penakat jika layak syarat kelayakan caruman dan umur belum mencapai 60 tahun!!!

Isnin, 29 Januari 2018

Ceramah Perkeso di Koperasi Peneroka Felcra Paloh Berhad

1.Salam geng..sabtu lalu aku dijemput pihak Koperasi Peneroka Felcra Paloh Berhad untuk menyampaikan ceramah berkaitan faedah-faedah yang disediakan oleh pihak Perkeso, hehehe memang kegemaran aku bab2 ceramah ni ialah kita boleh kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang kita ada hehe time 'memburu' pahala beb..terima kasih Pengerusi ,Ahli lembaga Pengarah Koperasi Felcra Paloh berhad dan Ahli2 yang sudi menjemput dan beramai-ramai hadir..ramai juga yang hadir dalam 50 orang!Namun masa 1 jam yang diberi pada aku untuk sampaikan ceramah adalah betul2 tidak mencukupi!1 jam yang diberi hanya sempat aku ulas dan sampaikan ceramah berkenaan kemalangan pergi balik kerja aje hahaha..adeiii banyak lagi yang nak disampaikan tak tercapai geng..hope depa jemput aku lagi!
2.Sebenarnya geng kalau hangpa tak faham bab2 faedah yang disediakan pihak Perkeso hangpa boleh saja jemput pegawai2 Perkeso memberi ceramah!!!hangpa jemput depa mesti datang punyalahhhh..itu lah tujuan dan matlamat kami nak sebarkan maklumat pada kesemua pencarum kami..mana yang masih samar2 kami cuba untuk terangkan..yang tak faham kami cuba bagi fahamkan hehehe..mana yang kata susah dan payah sangat nak claim tu biaq kami ajaq kan menjadi senang hehehehe..kumpul lah seberapa ramai rakan sekerja/kakitangan/staf yang boleh..buat dalam satu bilik mesyurat supaya senang kita beramah mesra hahahaha..kita bagi faham sefaham fahamnya!
3.Seronok sebenarnya memberi ceramah dan berkongsi info dengan pencarum perkeso, Apatah lagi kita diundang oleh pencarum kita..Namun adalah lebih seronok lagi kalau dalam ceramah itu hangpa bertanya macam2 soalan yang terbuku di hati yang hangpa tak faham..jangan malu2 jangan hadir dok diam aje..ambil peluang dan berkomunikasilah dengan pegawai Perkeso tersebut..supaya ceramah yang disampaikan kelak berguna untuk hangpa di kemudian hari..tapi tu lahhhh kalau jemput ceramah Perkeso mohon bagi masa ceramah panjang la sikit kikiki 2 jam tu ok la...

Ahad, 28 Januari 2018

meninggal dunia dibawa arus banjir ketika dalam perjalanan balik kerja Perkeso bertindak segera!

1.Pelbagai kes dan kesibukan di awal tahun salah satu sebab mengapa lamaaa sangat aku tak masuk kat blog ni..terasa rinduuu plak nak update pelbagai cerita dan info yang terpendam dan tak dapat di catatkan dek kesibukan dan kekangan masa..apa nak buat geng awal2 tahun beginilah..belum lagi sentuh bab2 pertanyaan kawan2 kat blog ni dah beratus pertanyaan tak sempat lagi nak jawab!Geng seawal tahun 2018 yang lalu iaitu dekat lebih tepatnya pada 1 Januari yang lalu telah berlaku satu kes pekerja sebuah resort di Penyabong Endau Mersing telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan balik kerja ekoran di hayutkan arus deras banjir yang melanda kawasan tersebut baru2 ini.Pekerja ini seorang wanita..menunggang motorsikal dalam hujan yang cukup2 lebat untuk pulang ke rumah setelah selesai bekerja di resort tersebut..arwah tinggal di felda Endau..dalam perjalanan ketika mengharungi air yang melimpahi jalan beliau telah dihayutkan arus deras...hilang dan dijumpai 4 hari kemudian telah meninggal dunia..Allahukabar!
3.Geng seperti yang aku sentiasa maklumkan pada hangpa semua bahawa jika berlaku kemalangan ketika dalam perjalanan balik kerja dalam apa jua kemalangan ia adalah bencana kerja!!!tak kiranya dia dihanyutkan arus banjir sekalipun!!!jika ia dalam perjalanan balik kerja dan tiada lencongan maka ia adalah bencana kerja dan kematian pekerja ini adalah disahkan sebagai bencana kerja dan sudah pasti warisnya iaitu suami dan anak2 akan mendapat faedah daripada pihak Perkeso!!!Alhamdulilah majikan arwah berdaftar dengan pihak PERKESO!
4.Setelah mendapat maklumat kejadian malang ini melalui pelbagai medium berita seperti media sosial, media massa pada hari ke lima kematian iaitu setelah selesai jenazah dikebumikan pada esok harinya aku segera ke rumah mangsa..berjumpa suami dan anak2 serta keluarganya..hari yang sama aku selesaikan semua urusan untuk membantu suami arwah membuat tuntutan Pence Faedah Orang Tanggungan (FOT)segala dokumen yang perlu aku lengkapkan pada hari itu juga..begitu juga dengan pihak majikan arwah aku segera ambik tindakan membantu melengkapkan dokumen tuntutan!!!!INI ADALAH TUGAS SKUAD PRIHATIN PERKESO!dapat maklumat kami terus bertindak!
5.Alhamdulilah pada hari yang sama iaitu hari kelima kemtian arwah pihak kami/perkeso telah selesaikan tuntutan faedah orang tanggungan (FOT) ini..selesai dalam sehari!!!FOT adalah faedah 90% dari gaji purata angggapan tinggi tuuuu ia melibatkan kematian semasa kemalangan ketika kerja,balik kerja atau pergi kerja!Suami akan dapat pencen seumur hiudp!!!anak2 sehingga umur 21 tahun!
 
6.Aku sentiasa harapkan majikan tak kira apa jenis perniagaan sekalipun ayuhhh para majikan mencarumkan pekerja kalian dengan pihak PERKESO..kasihanilah pekerja kalian!!!

Khamis, 4 Januari 2018

balu terima pencen penakat Perkeso@kemalangan maut penunggang motorsikal digilis treler di kampung sri lukut kahang

1. Cepat sungguh masa berlalu geng.. diam tak diam dah masuk 4 hari dalam tahun baru 2018 ni, hehe baru la ni leh jenguk blog sekejap..ohh yaa geng semalam aku pi selesaikan satu kes kemalangan maut yang berlaku di KM 96 jalan Batu Pahat Mersing..ia melibatkan penunggang motorsikal yang cuba mengelak lubang di atas jalan lalu jatuh dan gilis sebuah traller..meninggal dunia di tempat kejadian..berita kematian penunggang motorsikal ni tersebar di media sosial dan media massa yang lain hari yang sama..bertindak atas maklumat itu Perkeso segera membuat semakan dan mendapati mangsa kemalangan maut ini, iaitu Allahyarham Samsudin bin Sibon pernah membuat caruman dengan pihak Perkeso dan semakan mendapati kelayakan caruman dan kelayakan umur beliau layak untuk memenuhi syarat kelayakan Pencen Penakat Perkeso!
2.Tanpa berlengah lengah semalam aku telah pergi ke rumah Ibu Allahyarham di Kampung Sri Lukut Kahang..kat sana disambut baik keluarga Allahyarham..Alhamdulilah berjumpa Isteriya dan anak2 Allahyarham..kat situ juga aku tolong mereka isikan dokumen2 tuntutan Pencen Penakat Perkeso dan ambil dokumen2 yang diperlukan dan Alhamdulilah selesai hari tu jugak tuntutan Pencen Penakat Allahyarham!!!so siapa kata susah nak mohon Pencen Penakat Perkeso???Jika cukup syarat kelayakan caruman dan kelayakan umur sudah tentu tiada siapa dapat menafikan hak kita sebagai pencarum Perkeso..layak tetap layak!Nak tahu layak atau tidak boleh lah berkunjung ke pejabat Perkeso dan membuat semakan kelayakan jika berlaku kematian ke atas pekerja,saudara mara adik beradik jiran tetangga kita..apa sahaja punca kematian jika cukup syarat keleyakan caruman dan kelayan umur belum mencapai 60 tahun Inshallah layak Pencen Penakat Perkeso!
3Berbalik kepada kes kemalangan maut ini, Allahyarham bukan kemalangan dalam perjalanan nak ke tempat kerja atau sebaliknya,kemalangan berlaku tiada kaitan dengan kerja pun,namun disebabkan kelayakan caruman beliu dan juga umur beliau belum mencapai umur 60 tahun semasa kematiannya maka warisnya layak untuk menerima Pencen Penakat dari pihak Perkeso..pencen ini dibayar secara bulanan seumur hidup Isterinya dan untuk anak2 Allahyarham pula sehingga mencapai umur 21 tahun..kalau layak masuk Universiti bayaran itu sehingga selesai Ijazah Sarjana Muda Pertama..
4.Ohhh ya..Allahyarham meninggalkan satu isteri iaitu puan Azlina bt Che Hassan dan 4 orang anak..3 masih bersekolah..Alhamdulilah hari ini aku datang sekali lagi ke rumah keluarga Allahyarham di Kampung Sri Lukut Kahang..kali ni disertai Boss aku dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kahang dan pemimpin masyarakat setempat..hehe hari ni kami sampaikan cek bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah rm2000 dan lepas ini bayaran Pencen bulanan akan dibayar untuk sepanjang hayat Isteri Allahyarham..harap sangat ianya sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung balu Allahyarham ini.
5.Geng macam biasa..iklan sat hehehe sebab tu aku seringkali nasihatkan kalau hangpa bekerja pastikan majikan ada buat potongan caruman dengan pihak Perkeso..jangan gadaikan masa depan keluarga kita geng..bayaran tak banyak..kalau majikan tak nak dan tak carum dengan Perkeso hangpa pi la mana mana pejabat Perkeso terdekat buat la aduan kat sana inshallah tindakan segera akan diambil!!!sudah sudahla bersubahat dengan majikan nak lari dari membuat caruman dengan pihak Perkeso..perilaku sebegitu adalah zalim untuk diri sendiri dan juga keluarga hangpa sendiri!!!