Rabu, 25 Mei 2016

Happy Gawai Dayak 2016@sama dengan tarikh kahwin plak :)


tuntutan perkeso@masuk siasat sampai ke kampung sepakat rompin:)

1.Salam geng..hari ni aku masuk ke wilayah pahang darul makmur hehehe macam biasala siasat kes kemalangan berkaitan tuntutan perkeso/socso..tapi kali ni lain sikit lah dah masuk ke wilayah geng2 socso/perkeso Pahang kah kah kah sory geng..menyeberang sikit :) hahaha marah geng perkeso Pahang lau tahu aku menyeberang masuk kawasan depa ni kikikiki..gurau sesekali geng jangan marah nooo :)
2.Bro yang aku pi melawat ni tinggal kat kampong Sepakat Kuala Rompin hehehe..jauh jugak la dari Kluang Johor nak pi seberang sana kah kah kah..sampai sesat aku dibuatnya...pakai goole maps pun bawak entah pi mana hahahaha..buat aku sesat lagi ada lah hahaha..
3.Berpusing-pusing last2 aku kena juga mengalah call adik bro yang kemalangan ni mai ambil aku hahaha apa lagi tunggu la di tempat yang selamat di tepi IPD Rompin kah kah kah..pehhh..jauh perjalanan hari ni..berbalik pada bro yang kemalangan ni beliau kemalangan semasa membawa lori dari endau nak pi pantai remis perak...nak ambik ikan..tiba kat lampu isyarat brek tak berfungsi..hahaha apa lagi hentam belakang lori depan beliau lah..teruk jugak kecederaan bro ni...patah tulang rusuk..masih tak leh bangun sampai la ni..sebab beliau tak leh bangunlah yang aku kena pi sampai rumah...nak cepat punye pasai nak tolong pekerja punye pasai nak percepatkan tuntutan/claim socso punye pasai Pahang pun aku seberang pi lah..harap pas ni bro pandu lori elok2 lah nooo..tu aje la yang aku boleh tolong..cuba sedaya upaya siasat kes dan proses ke tuntutan perkeso dengan cepat!

Sabtu, 21 Mei 2016

jatuh dalam tandas di rumah bukan kes socso/perkeso

1.Salam geng..mcm biasala hari2 dok siasat kes kemalangan yang berkaitan tuntutan socso/perkeso itulah kerja hari2 aku hahahaha.. hehe kali ni melibatkan tuntutan kejadian jatuh dalam bilik air/tandas 'DI RUMAH' nak habaq sekali lagi kalau kita jatuh kat dalam rumah tak kirala kat tandas ka kat dapuq ka kat atas katil ka (kena tolak kat wife kakaka) sememangnya tak layak untuk buat tuntutan dengan pihak perkeso/socso sebabnya socso tak lindungan bab2 jatuh dalam rumah ni..socso hanya lindungan situasi jatuh/kemalangan di tempat kerja,jatuh/kemalangan semasa bekerja,perjalanan pergi/balik kerja/dalam waktu rehat yang dibenarkan sahaja..bab2 perincian nya dah aku catatkan kat blog ni kalau nak hangpa carila..kalau tak nak pun tak pa ehhh hahaha...hohoho sekadar nak peringat balik mungkin ada majikan dah lupa..pasai tu jatuh dalam rumah pun dok hantaq mai borang tuntutan kemalangan..jatuh dalam rumah woooo bukan jatuh tempat kerja naaaa.. :)

2.Bila dah hantaq borang kemalangan (borang 21 socso/perkeso) so macam biasaq la aku kena pi siasat la hahahaha...siasat nun sampai pi umah..tengok sendiri tempat jatuh hehe tandas pun tandas lahhh hahaha tu prosedur biasala..tapi tu la nak habaq kalau jatuh dalam tandas/bilik air di rumah ianya bukan kes perkeso/socso di 'BAWAH SKIM BENCANA KERJA' kecuali jika masa jatuh tu kita meninggal dunia...dan semakan caruman dengan pihak perkeso cukup syarat kelayakan caruman untuk memohon pencen penakat hah yang tu boleh la nak claim pencen penakat..pencen penakat ni banyak kali dah dok bagitahu ia berkaitan kematian tiada kaitan langsung dengan kerja...syaratnya sebelum umur 60 tahun dan cukup kelayakan caruman hehehe bab ni aku dah habaq panjang lebar dalam bab pencen penakat...malas dohhh eh habaq balik hahaha..tak dak ulang siar dah kali ni kakaka..
3.Nak siasat kes jatuh dalam tandas aje dah membawa aku masuk ke ladang tereh hehehe..nun jauh masuk ke dalam hehehe..takpa takpa itu kerja kita..no problem hehehe..mana tempat pun kita sampai x dak masalah :) pi melawat tandas pun tak jadi hal itu dah amanah..kita kena jalankan..

Selasa, 17 Mei 2016

tak susah dan tak rumit pun untuk claim socso/perkeso percayalah :)

1.Salam geng..adoiii maaf banyak2 geng tak sempat nak reply banyak sangat soalan geng aiyaaa.. saya cuba jawab satu persatu bila ada masa sedikit geng..sian hangpa yang duk tunggu jawapan..saya cuba kongsikan apa yang saya tahu tentang perkeso InshaAllah tapi tu laaaaaa x dan masa geng huwaaaaaa..kalau nak cepat baca la catatan saya yang lalu inshaAllah ia membantu :)
2.La niiii semua kes perlu selesai dengan cepat dan tepat hehehe..tak kirala hangpa duk mana sekalipun perkeso pasti pi cari hangpa untuk selesaikan kes tuntutan...jangan tak caya plak...hehehe tuntutan alhamdulilah setakat ni laju la tak dak sangkut2 kecuali yang de bermasalah la...itu tak leh nak cakap apa la..kalau hangpa ikut yang aku dok habaq kat sini dan kena pada caranya maka cepatla bayaran dibuat...isi borang elok2..biar semua lengkap..dokumen lengkap..inshallah selesai dalam masa singkat!
3.Hehehe hari ni Alhamdulilah aku selesai kes mak cik ni..takpa masuk hospital pun aku masuk hahaha janji kes selesai dengan cepat...tu kata.. hangpa dok kat mana pun kami cari jangan risau..apa yang penting bila berlaku kemalangan hangpa kena ingatkan majikan cepat2 isi borang laporan kemalangan pada pihak perkeso Inshallah selebihnya biar kami selesaikan :)