Rabu, 31 Julai 2013

jelajah kelab rekreasi dan sukan pejabat perkeso kluang@sumbangan hari raya 2013



1.Hari ni aku bersama team pejabat perkeso kluang menjelajah dari rumah ke rumah penerima faedah  perkeso yang terpilih yakni dari golongan kurang berkemampuan untuk mennyampaikan sumbangan sempena hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi..lebih kurang 20 penerima sumbangan terpilih mendapat sumbangan ini..dimana sumbangan ini adalah dari Kelab Rekreasi dan sukan pejabat perkeso kluang..er er hasil derma kutipan dari kakitangan opis aku laaa..banyak la jugak dapat :)


2.Turut menyertai sesi jelajah dari rumah ke rumah ini adalah bos aku sendiri hehehe Encik Zanurin Zakaria hehehe..siap bersusah payah bawa beras lagi tu hohoho..sememangnya beliau suka turun padang beb..sejak dari dulu sampai la ni tak jemu2 beliau turun padang..hehehe sama gak dengan aku wakakakaka..tapi aku bab2 ambil gambar ok..tapi nak masuk dalam gambar sama tu malu la kakakakaka.. :)



3.Bagus juga program sebegini..selain dapat bertanya khabar dengan penerima2 faedah perkeso ia juga berupaya mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan kan kan kan


4.Aku malas plak nak tulis panjang2 memalam macam ni mengantuk la geng hahahaha esok ada majlis lagi beb..lagi pun esok majlis besar woooooo siap exco kerajaan negeri datang tuuuuuu..hm hm nanti aku cerita esokla ye..

Isnin, 29 Julai 2013

kemalangan langgar binatang dalam perjalanan pergi/balik kerja perlu laporan polis untuk claim perkeso!!!

1.Tadi aku keluar siasat kes kemalangan macam biasa..tak dak apa yang menarik nak dikongsikan dengan kalian semua..corak dan gaya sera mutu kemalangan yang aku siasat tu tetap sama..pelanggaran sesama kenderaan adalah lumrah..tapi akhir2 ni paling banyak melibatkan kemalangan dengan binatang..kalau tak kena langgar anjing maka elak anjingla lalu jatuh jawabnya..mudah sangat jatuhnya dan dah jadi cerita skill biasa melibatkan tuntutan perkeso!!!heran dan terus heran aku..nak jugak satu hari nanti buat kajian tabiat anjing ni..betul ka si anjing ni main lintas dan kejar penunggang motorsikal hehehe..cuma akhir2 ni jarang plak kes kemalangan dilanggar babi...dulu banyak jugak kes langar babi dan babi melanggarnya 2x5 hehehe..tapi kes sebegini dah makin berkurangan untuk setakat hari ni..ini mungkin babi pun dah tahu undang2 lalu lintas barangkali hehehe maka statistik kemalangan langgar babi agak berkurangan dan menunjukkan tanda2 mula menurun..hahahaha..kalau ada pun kes langgar babi melibatkan jalan kluang-kota tinggi (berhampiran kilang ayam mas food)hahaha situ ada lagi kes pekerja langgar babi hutan..ohhhh mungkin juga situ laluan hakiki babi hutan dengan kata lain sejak dulu lagi laluan babi2 melintas jalan..elok juga dipanggil hiway babi hutan ...maka di kawasan tu dikala awal pagi kenala berhati2..slow2 aje bawa motor :) babi ni kalau dia nak lintas jalan dari kiri ke kanan dia main redah aje..lurussssss tanpa segan silu hahahaha..tak dak coner tak dak brek dah...


2.Oh yaaa..perlu diingat jika sekalipun kalian melanggar anjing mahupun babi atau apa jenis aje binatang di jalan raya tahkala kalian nak pergi kerja atau balik kerja..prosedur undang2 tetap sama untuk buat tuntutan perkeso..yakni laporan polis wajib ada hahahaha tak kirala walau babi tak dak nombor atau tak dak plat atau babi tak de lesen sekalipun tak kiralah babi langgar kalian atau kalian yang langgar babi maka laporan polis tetap kena buat!!!itu adalah wajib!!!dan perlu disertakan dengan peta lakar hehehehe..ingat aku cakap tu jangan plak malu2 dan segan2 nak buat laporan polis yang kalian langgar babi atau babi yang langgar kalian..ia adalah wajib tak dak laporan polis maka tuntutan perkeso kalian tak jalan hahahaha..



hahahaha setakat hari ni tak dak lagi pekerja yang kemalangan melibatkan langgar belut...


aku dah dalam mood nak raya dah niiii adeiiii



1.Alhamdulilah masuk aje hari ke 10 terakhir Ramadhan, ini bermakna kita semakin hampir dan hampir  untuk menyambut 1 lebaran..hm hm aku tak nak menunggu lama beb sebab aku nak balik kampung hahaha cuti satu minggu tu pun tak tahu lagi lulus ka tak..bos..wa tau lu baca posting wa ni hahahaha bos kan baik kan kan kan maka luluskan la cuti wa ni beb hahahaha kesian gua hidup dirantauan huk huk huk..huwaaaaa..dah la duit raya tak pernah bagi kat gua..kekeke maka dikesempatan ini juga gua nak minta mohon ampun dan maaf jika terdapat kekasaran bahasa kat kalian semua,maklumlah gua kadang2 dikala kekurangan air dalam badan umpama unta di padang pasir lahhhh hahaha suhu kadangkala boleh  naik mendadak pun ada jugak ni hahaha tapi takla capai tahap didih lagi hohoho..terutama kat bos2 kilang area kluang,mersing,rompin,endau,paloh,kahang,layang2,renggam,simpang renggam,air hitam dan mana2 lah yang berada dalam lingkungan jajahan takluk opis aku hahahaha..yang kena marah sikit2 tu biasala aku bukan garang pun just pura2 garang jah ehhhhh..yang TERKENA KOMPAUAN tu reda je lah wakakakakaka..tak banyak manapun kan kan kan..bayar ajelah..anggap itu pengajaran paling bermakna dalam hidup kalian..


2.Buat Orang berinsurans (OB) yang pernah aku siasat.. jika ada yang kena marah tu ampun maafla geng hahaha..kalau hangpa tipu memang aku marah kaw2 la geng..apa nak buat..yang aku paksa suruh lakon kan semula macam mana cara jatuh atau sebagainya tu biasala hahahaha..itu kan dinamakan sesi siasatan hehehe..tak dak niat nak buli hangpa pun ehhhh...tak pernah ada lagi yang menangis tak kala kena soal jawab dengan aku setakat ni...percayalah...tapi yang kena dakwa tu adala..


3.Tak terlalu awal rasanya nak ucapkan selamat hari raya kan kan..

Ahad, 28 Julai 2013

kemas rumah :)


hehehe..penat sikit hari ni kemas rumah hahaha so tak sempatla nak update pe2 kekeke..besok ajelah..hehehe langsir rumah dah siap di pasang wooooohaaaa....main tempah2 ajelah..nak jahit sendiri mana aku pandai kakakaka tu keje pompuan..wife aku plak dok busy denagn 3 Humaira yang lasak ni adehhh pe benda pun tak bleh nak buat..



hehehe..masih dalam pengubahsuaian :)




Sabtu, 27 Julai 2013

tak beli baju raya pun tak pe lah hahahaha

1.Hehehe tahun ni tak dak baju raya bekali..memadai pakai baju kegemaran aku ni hah hahahahaha..ole ole ole ole ole..kitala juaraaa kakakaka..jersi nilah yang dok teman aku keluar masuk stadium hampir sepanjang musin ni :)


2.Kerna 3 Humaira begitu sinonim dalam hidup aku hehehe kemana pergi 3 humaira tetap di hati..



3 Humaira..je lah awal2 lagi dah tempah baju raya ..hehehe





Jumaat, 26 Julai 2013

persiapan program sumbangan hari raya untuk penerima faedah Perkeso Kluang :)



1.Jumaat macam biasala aku jarang keluar pi siasat kes..cuma call dorang untuk datang opis aku untuk buat siasatan di pejabat aje la...bukan ape jumaat waktu kerjanya singkat sangat..aku nyer sistem kalau siasat hari jumaat perlu terus bayar hari tu jugak!!!hm hm takut tak sempat depa nak buat bayaran hahaha..so hari jumaat macam dah jadi hari in day opis la aku..tapi kalau ade kes urgent kena la keluar gak..macam biasa..


2.Ohhh ya hari ni jugak aku nyer rakan2 team Kelab Perkeso Kluang busy sikit duk buat persiapan untuk Majlis Penyampaian Cek dan Sumbangan sempena Hari Raya 2013 untuk penerima Faedah Perkeso yang terpilih sekitar daerah Kluang..penyampaian sumbangan dari kakitangan perkeso kluang ini dibuat mengunakan dana kutipan dari duit kakitangan sendiri...dengan kata lain tak melibatkan duit dana perkeso pun hehehe kami kumpul2 duit staff perkeso kluang dan beli barangan untuk disumbangkan kepada penerima Faedah Perkeso yang tidak berkemampuan..Alhamdulilah moga2 usaha ini dirahmati ilahi hendaknya..


3.Dari kutipan derma kakitangan perkeso kluang itu..agak banyak jugalah kami dapat hehehe..Alhamdulilah mereka ni baik hati suka menderma...so dapatlah memberi bantuan sedikit sebanyak kepada golongan yang tidak berkkemampuan tersebut..banyak juga bekalan beras,makanan,minyak masak dan sebagainya akan di sumbangkan..ada wang ringgit jugak tu!!!Program sumbangan hari raya pejabat perkeso kluang ini akan dibuat senbanyak dua sesi..hahaha sebab banyak penerimanya InshaAllah..sesi pertama lawatan ke rumah2 penerima akan dibuat pada 31hb ni dan sesi kedua akan dibuat pada 1hb ogos ni...Alhamdulilah doakan semoga misi kami tercapai!!!


wasalam

Khamis, 25 Julai 2013

tuntutan/claim perkeso kes jatuh dalam tandas di tempat kerja!!!


1.Hari ni aku siasat satu kes dikatakan kemalangan di tempat kerja...siasatan makan masa hampir 3 1/2 jam beb...itu pun tak selesai lagi,itu baru temuduga pekerja, belum lagi jumpa pihak doktor yang merawat pekerja ini..nak tahu kenapa??biasanya kes2 melibatkan terjatuh di dalam tandas  di tempat kerja dan kelewatan dalam mendapatkan rawatan bakal mengundang 1001 masalah dan kerumitan..situasi tunggu  dan tunggu dan terus tunggu sehingga 3 hari baru nak dapatkan rawatan???dalam tempoh 3 hari tu macam2 boleh jadi..mungkin juga jatuh kat tempat lain..jatuh kat rumah dan sebagainya..selalunya kes sebegini amat rumit apatah lagi tiada saksi..kat dalam tandas mana nak cari saksi kan kan..mana tahu jatuh atas katil kat umah pun boleh kata jatuh dalam tandas kan kan kan hehehehe..biasanya kes2 jatuh dalam tandas atau jatuh yang menyebabkan kecederaan yang tiada saksi nampak perkeso  akan melakukan siasatan cukup2 teliti  dan ia terpaksa dilakukan walaupun agak rumit terpaksa dilakukan dan adakalanya lakonan semula babak 2 jatuh dan lending macam mana hangpa jatuh dilakon kan semula hehehe..hehehe nak dapatkan feel dan bayangan macam mana hangpa jatuh beb..er er sesi lakonan semula..3 jam lebih aku siasat ni adehhh..


2.Lagi memburukkan keadaan jika laporan perubatan pula kejap kata jatuh kat rumah kejap kata jatuh di tempat kerja..so macam mana nak siasat kes sebegini???oleh sebab itulah aku sentiasa menasihatkan pekerja2 dalam ceramah2 yang aku sampaikan bahawa JIKA HANGPA JATUH DI DALAM KILANG WALAUPUN LUKA SIKIT.TERSELIUH SIKIT ATAU TAK SAKIT PUN SILA LAH KE KLINIK UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DAN MENJALANI PEMERIKSAAN!!!!ini penting beb..sebab tarikh rawatan pertama adalah cukup penting dalam sesuatu siasatan.

3.Akhir-akhir ini banyak kes yang melibatkan jatuh di dalam tandas kilang@tempat kerja...hari pertama tak sakit..hari kedua mula sakit..hari ke tiga tangan mula bengkak...pi hospital dapatkan rawatan doktor maklumkan tangan retak!!!!nahhhhhh 3 hari baru nak dapatkan rawatan....dalam tempoh 3 hari tu..apakah betul jatuh dalam tandas tempat kerja???atau jatuh kat rumah???persoalan ini cukup2 rumit...maka pihak hospital akan menjadi rujukan selain keterangan-keterangan lain yang boleh membantu...namun kes sebegini agak sukar..apatah lagi jika pihak hospital menafikan hangpa jatuh di kilang@tempat kerja..maka sudah pastilah tuntutan perkeso hangpa akan ditolak jika banyak fakta dan penemuan dalam siasatan kami didapati banyak percanggahan besar..dan lagi rumit hangpa sendiri tak dapat buktikan hangpa di pihak yang benar!!!


4.Aku harap sindrom jatuh dalam tandas di tempat kerja ni segera diatasi..dan diselesaikan dengan penuh bijaksana..MAKSUD AKU KALAU HANGPA JATUH DALAM TANDAS TEMPAT KERJA/ATAS TANGGA TEMPAT KERJA ATAU APA-APATAHHHHHH MAKA SEGERALAH DAPATKAN RAWATAN PADA MASA ITU JUGA!!!ATAU SELEWAT-LEWATNYA HARI ITU JUGA!!!!INI UNTUK MEMUDAHKAN SIASATAN DIBUAT DAN MEMUDAHKAN PIHAK KAMI MEMBUAT KEPUTUSAN! ..sebab dikala ini banyak kes jatuh melibatkan tulang retak/tangan retak..biasanya jika retak mula2 sakit sikit2 lepas tu malamnya mesti bengkak dan berdenyuk!!!nasihat aku jangan tangguh2 untuk buat pemeriksaan di klinik/hospital..diharap dengan cara ini ia bukan sahaja mempercepatkan tuntutan hangpa dengan pihak perkeso bahkan ia boleh membantu kami menyelesaikan siasatan dengan segera dan keadilan dan keputusan tepat dapat dibuat.


5.Ok lah..nanti aku ulas bab2 ni sikit masa lagi berserta dengan contoh2 sekali agar kes ini/situasi sebegini dapat dikurangkan!hehehe hari ni aku penat beb...penat otak fikir nak selesaikan kes ..penat kena cakap itu dan ini bla bla bla hahahaha dahaga woooo puasa2 ni..hm hm sib baikla balik kerja ada 2 humaira ni leh hiburkan hati :)



Rabu, 24 Julai 2013

pehhhhh kerajaan pakatan rakyat selangor umum bonus raya 2013..sebulan gaji beb!!!!Alhamdulilah

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan bonus sebulan gaji kepada 21,776 penjawat awam negeri sempena Aidilfitri tahun ini.
  
Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta bagi tujuan itu dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.
  
"Pemberian bonus ini akan diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan...namun sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi (bonus) setengah bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini," katanya pada sidang media di sini.
  
Ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri untuk mengekang ajaran syiah di Selangor, Abdul Khalid berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
  
"Jais akan mengambil tindakan terhadap perkara ini. Sekiranya perlu diambil tindakan ke atas pihak yang mengamalkan ajaran itu, mereka (Jais) akan buat apa yang perlu," tambahnya. - Bernama

Bonus raya tahun 2013..RM500 untuk kakitangan awam..RM250 untuk pesara

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - Bernama

Selasa, 23 Julai 2013

3 humaira bagi kejutan kek hohoho


1.Alhamdulilah..syukur ke hadrat ilahi dikurniakan kesihatan tubuh badan..dikurnikan rezeki yang halal..diserikan pula dengan kehadiran isteri dan anak2 disisi hehehe hari ni hari lahir aku la geng wakakakakaka...nasibla hari lahir jatuh dalam bulan puasa wakakakaka..tak dapat nak nak peras ugut kawan2 opis belanja makan kekekekeke..


2.Thanks bebanyak kat wife aku dan anak2 aku ni..3 Humaira..depa buat kejutan plak kat aku bebulan puasa ni wakakakaka..tak kiralah dapat kek sebijik pun jadilah..hehehe 3 humaira bersama ibunya :)


3.Alhamdulilah di limpahi rezeki..namun tak semua antara kita yang senang...ada masa kita perlu juga jenguk kawan2 sekeliling..adakala seorang kawan hanya mampu diam dan sembunyikan kesusahannya..


Isnin, 22 Julai 2013

program murni kakitangan perkeso@rumah jagaan dan rawatan orang tua Al-Ikhlas



Biro Pembangunan Wanita dan Pendidikan, KESPO telah menganjurkan Program Murni: Masih Ada Yang Sayang di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong, Selangor. Seramai 40 orang peserta telah menjayakan program lawatan murni ini.

Atas dasar prihatin, maka kutipan sumbangan berbentuk barangan dan wang tunai daripada semua warga PERKESO di sekitar Lembah Klang iaiatu melibatkan kakitangan Ibu Pejabat, Pejabat PERKESO Negeri Kuala Lumpur dan Selangor serta Pejabat PERKESO Kajang, Rawang dan Klang telah dilaksanakan. Jumlah sumbangan wang tunai yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM5,970 dan pihak urus setia turut menerima sumbangan barangan berbentuk bahan masakan, tudung, pakaian, sejadah, kelengkapan dapur dan barangan pencuci.

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas ini telah diwujudkan sejak 10 tahun yang lalu, di mana penghuninya adalah terdiri daripada orang tua yang masih sakit tapi hospital tidak mampu lagi untuk menjaganya, orang tua yang telah ditinggalkan oleh anaknya dan dibuang keluarga atau memang tiada saudara mara atau mungkin ada tapi tidak dapat dikesan. Hampir sebahagian daripada mereka hanya terlantar di atas katil dan tidak boleh mengurus diri sendiri, mempunyai penyakit kencing manis, alzheimer, strok, buta dan penyakit tua. Sehingga ke hari ini sudah lebih 100 orang penghuni menetap dan menerima rawatan di sini hingga meninggal dunia.

Kehadiran peserta PERKESO telah disambut mesra oleh 66 orang penghuni Rumah Al-Ikhlas dengan senyuman dan harapan. Pelbagai kisah suka duka mereka dikongsikan bersama peserta. Ada di antara mereka mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dan pernah bekerja sebagai guru, tetapi di akhir usia tiada sesiapa yang ingin menjaganya. Ada juga yang telah ditinggalkan oleh isteri dan dibuang keluarga kerana mempunyai penyakit. Manakala yang lain pula, hidup sebatang kara kerana tiada keluarga dan waris. Tersentuh dengan kisah sedih mereka, menyebabkan ramai peserta tidak dapat menahan sebak dan menitiskan airmata apabila mengenang penderitaan dan kesunyian yang dirasai oleh mereka yang tiada tempat untuk mengadu. Malah ada juga peserta yang dipegang tangannya agar tidak meninggalkan mereka dan diminta untuk menemaninya hingga lebih lama. Pengalaman seperti ini memberikan banyak pengajaran, kenangan manis dan pahit serta memberi kesedaran kepada peserta untuk menghargai ibubapa dan menjaga mereka hingga ke akhir hayat.

Di akhir program, Encik Mohd Naza bin Said, Yang Dipertua KESPO telah menyampaikan cek kepada penyelia rumah berkenaan bersama barangan yang telah dikumpul serta sumbangan daripada KESPO iaitu pemanas air 2.0 liter. KESPO juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh semua warga PERKESO yang prihatin dalam menjayakan program murni ini.

Disediakan oleh : Biro Pembangunan Wanita dan Pendidikan

Sabtu, 20 Julai 2013

Jadual dan Borang Seminar Perlindungan Keselamatan sosial tahun 2013


 Borang seminar perlindungan keselamatan sosial 2013..leh print yang ni..

Penceramah2 yang terlibat dalam seminar perlindungan keselamatan sosial 2013



Jumaat, 19 Julai 2013

Tragedi Letupan Kuari Di Pasir Gudang Johor!!!


PASIR GUDANG: Seorang maut, manakala 10 lagi cedera ketika kerja meletup batu dijalankan di sebuah kuari di Bandar Seri Alam, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, letupan terbabit menyebabkan batu terpelanting sejauh kira-kira satu kilometer sehingga turut terkena kilang serta rumah berhampiran.
Kejadian turut menyebabkan berpuluh kereta yang diletakkan berhampiran kuari itu rosak dan terkena serpihan batu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Jamaludin Mohamad , berkata kejadian itu dipercayai berlaku akibat penggunaan bahan letupan yang berlebihan ketika kerja meletup batu dijalankan.

Katanya, mayat pekerja warganegara Nepal dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat, manakala 10 lagi pekerja yang cedera turut dihantar mendapat rawatan di hospital yang sama- Sumber Berita Harian


 +++++++++++++++++++++++++++++++++++

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang maut manakala 10 lagi cedera terkena serpihan batu akibat kerja-kerja meletup batu dari kawasan berhampiran Kawasan Perindustrian Seri Alam di sini hari ini.
  
Mangsa merupakan warga Nepal berumur sekitar 30-an yang mati di tempat kejadian.
  
Jarak kawasan kilang dengan kawasan kuari itu ialah kira-kira 500 meter.
  
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari itu turut merosakkan 18 buah kereta, 14 buah kilang lain dan sebuah sub stesen milik Tenaga Nasional Berhad.
  
Pihak bomba menghantar 37 anggota dan turut dibantu 16 anggota polis bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.
 
Aktiviti kuari dilapor dihentikan serta-merta akibat kejadian itu.
  
Mangsa yang meninggal dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini beserta mereka yang cedera.
  
Seorang pegawai pemasaran sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit yang berhampiran, Rosmawati Rahmat, 40, berkata beliau mendengar letupan kuat sebelum keadaan kilangnya bergegar.
  
"Kebiasaannya siren amaran akan dibunyikan pada pukul 12.30 tengah hari sebagai isyarat letupan akan dilakukan dan bunyi letupan selalunya tidak kuat.
   
"Bagaimanapun bunyi letupan hari ini begitu kuat sehingga batu-batu terpelanting jauh ke kawasan kilang," katanya.
  
Seorang pemilik kilang plastik yang enggan dikenali berkata aktiviti letupan sering dilakukan, namun kejadian hari ini paling serius.  - Bernama

Khamis, 18 Julai 2013

cacat kekal@bahu dah tak sama macam dulu2


1.Hari ni aku buat siasatan kes kemalangan di Felcra Bukit Pedoman dan Sumber SWM Mersing..kedua-dua kes ini melibatkan kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke tempat kerja..namun apa yang menarik perhatian aku adalah kes kemalangan melibatkan pekerja Sumber SWM cawangan mersing..kesian aku tengok pekerja ni..agak lurus dan baik orangnya..


2.Satu hari..di hari jumaat..pekerja ini menunggang motorsikal untuk ke tempat kerjanya...vromm vromm sedang menunggang motorsikal...tiba di tempat kejadian entah macam mana seorang perempuan yang berada di tengah2 jalan...sambil berdiri di atas line tengah jalan hehehe tiba2 terus melintas jalan..si pekerja ni apa lagi kalau dah dekat tak sempat la nak buat apa2...vormmm gedebummmm terlanggarla ia dengan perempuan yang lintas jalan tadi...hehehe yang perempuan di langgar hanya calar2 aje..tapi si pejerka SWM Mersing ni la yang teruk..akibat pelanggaran tu motorsikalnya terbabas masuk ke laluan bertengan maka dilanggar pulak sebuah kereta..hm hm hm...19 hari lepak dalam wad hospital mersing beb..


3.Kecederaan teruk jugakla..19 hari dirawat dalam wad gara2..tulang rusuk tercucuk paru2 geng..adehhhh sakit tuuuu..tulang bahu plak patah beb...amat malang pula bahunya sekarang sengit/jatuh/dan nampak dengan jelas ke tak stabilan pergerakan tahkala bahu telah senget...kalaula macam ni gayanya maka si pekerja ini layak memohon tuntutan hilang upaya kekal (cacat kekal)(HUK)..cacat kekal memang kompem dapat..


4.Tapi sebelum nak buat tuntutan Hilang Upaya Kekal (HUK) perlu selesaikan di peringkat tuntutan hilang upaya sementara (HUS) dulu...biar habis semua Cuti sakit dibayar perkeso/socso barulah tuntutan hilang upaya kekal (HUK)/cacat kekal boleh dilakukan..caranya cukup mudah..dapatkan borang tuntutan HUK dimana2 pejabat perkeso/socso terdekat dan beli lah laporan perubatan kat hospital yang merawat hangpa...lepas tu hantarla permohonan tu ke pejabat perkeso terdekat...lepas tu tunggula surat panggilan untuk hadir ke jemaah doktor (JD)..jemaah doktor akan bersidang untuk tentukan hangpa dapat cacat kekal atau sebaliknya...hehehehehe bab2 tuntutan hilang upaya kekal (HUK)(cacat kekal) dah aku ulas panjang lebar dalan entry berkaitan cara2 tuntutan hilang upaya kekal dalam blog aku ni..cari sendirilah..

Rabu, 17 Julai 2013

BBQ lamb & butter rice best di bazar ramadhan kluang


1.BBQ Lamb dan butter rice kat Bazar ramadhan Kluang memang best..aku rasala  ia  antara salah satu makanan/ lauk pauk yang paling best di bazar ramadhan kluang tahun 2013 ni.. pehh tak sia2 aku beli tadi hehehe..aku rasa hangpa pun patut cube geng..memang sedaplah..tapi macam biasala kalau dah sedap mesti ramai orang tunggu..nak buat macam ne..tapi tak la lama sangat kalau nak menunggu pun hehehe..bukan macam di KL nunnnn..


2.Ohhh ye harga pun tak la mahal sangat..harga bazar ramadhan biasala..uppp sikit dari harga biasa..BBQ Lamb bersama butter rice cuma RM8.00 hehehe kira ok la aku rasa..kalau tak ok ,tak ramai yang beli..


3.Hm..tak sampai jam 6 petang seekor kambing ni boleh habis tauuu..hm hm macam nak aje tempah sekor buat kenduri hahahaha...tapi kalau ambil seekor mau RM800 aku rasa pehhhh leh tergolek aku


Selasa, 16 Julai 2013

doktor tanam dawai di tangan :)

1.Hari ni aku siasat kes kemalangan biasa je..tak la cedera teruk..takat patah2 tu biasa dah hehe..tapi yang menarik perhatian aku ni..cara terkini untuk rawatan retak tulang guna macam ni hehehe...aku pun tak tahu nak sebut ape..teknik guna macam dawai aje..dawai pe benda yang doktor guna ni..nanti de masa nak jumpa doktor tanya hehehe..

hehe..kompem sakit jugak kan kan..

2.Tak dapat tunjuk muka orangnya sebab dia malu hohohoho...pe pun kes beliau tetap diklasifikasikan bencana kerja mengikut seksyen 24(1)(A)AKSP 1969..kemalangan berlaku dalam perjalanan balik dari tempat kerjanya ke kediaman beliau.. :)

Isnin, 15 Julai 2013

Balu anggota polis bantuan ladang pamol timur terima bantuan perkeso

1.Kes yang aku berjaya selesaikan dalam jangkamasa singkat..1 hari aje.. Alhamdulilah..hari ni keluar Harian Metro dan Berita harian..berkaitan kes kemalangan yang menimpa Anggota Polis Bantuan Ladang Pamol Timuur Kahang..semoga balunya tabah menghadapi dugaan ini..al-Fatihah


Berita Harian..


2.Hehehe masuk aje bulan Julai kompem ianya bulan istimewa bagi aku geng hohoho bulan ni bulan kelahiran aku wooooo hohoho..Thanks Dato Ketua Eksekutif PERKESO yang kirim aku kad Ucapan sempena hari Lahir Aku huhuhu cantik ka tak cantik ka itu hal lain hehehe yang penting keikhlasan..

3.Oh ya hari ni jugak sempat tinjau renovation aku nyer tempat berteduh hm hm 95% siap..tak lama lagi bakal aku duduki la..Insha Allah. Ini ajelah rumah yang aku mampu beli sob sob sob..order langsir aje dah beribu adoiiii la


4.Hehehe..esok kena siasat kes kemalangan lagi..hm tak kira bulan puasa ke tidak kemalangan tetap banyak..bila kemalangan banyak maka tak sempat la aku nak rehat..hm hm apa nak buat kerja macam ni la geng..



Ahad, 14 Julai 2013

RM30 juta belanja skim Perkeso penjawat awam


MARAN - Kerajaan dijangka membelanjakan RM30 juta setiap tahun bagi tujuan menyediakan perlindungan menerusi skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada lebih 63,000 anggota perkhidmatan awam bertaraf sementara dan kontrak.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Muttalib berkata penjawat awam bertaraf sementara dan kontrak kini layak mencarum dalam skim Perkeso mulai 1 Jun lepas.

"Kini nasib mereka lebih terbela apabila kerajaan mencarumkan insurans mereka dengan Perkeso, mereka tidak lagi perlu bimbang apabila dilindungi insurans bagi mengelak menanggung kesusahan jika terbabit dalam kemalangan atau musibah yang tidak dijangkakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya seperti pencarum Perkeso yang lain, pekerja kontrak terbabit juga akan dilindungi menurut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 serta mengikut kelayakan, terma dan syarat serta tatacara yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja, 1971.

"Secara mudahnya, mereka juga akan menerima faedah yang sama dengan pekerja swasta berdasarkan dua skim perlindungan yang disediakan Perkeso. Skim pertama ialah Skim Bencana Pekerjaan iaitu Perkeso memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan dengan faedah-faedah seperti perubatan, hilang upaya sementara dan kekal, pendidikan, orang
tanggungan dan pengurusan mayat.

"Skim kedua ialah Skim Keilatan iaitu meliputi pencen ilat, pendidikan dan pencen penakat. Kita berharap dengan adanya perlindungan menerusi skim ini, semua penjawat awam sementara dan kontrak akan lebih beriltizam meningkatkan produktiviti mereka," katanya.

Terdahulu Ismail bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin mengadakan program Ziarah Ramadan di masjid Felda Jengka 2 di sini. - Bernama

Sabtu, 13 Julai 2013

Nasib pekerja..9 bulan terlantar di rumah..majikan tak nampak muka!


1.Rentetan kes yang aku siasat di kampung teluk lipat Endau Mersing tempoh hari..sejak 9 bulan pekerja ini terlantar di atas katil dirumahnya..pihak majikan langsung tidak bertanya khabar, apatah lagi untuk melawat dan menjenguk beliau..bukan apa geng..kadangkala kita sebagai majikan jangan la zalim sangat..jangan habis madu sepah dibuang...apa salah nya bertanya khabar pekerja yang ditimpa kemalangan...apa salahnya tunjuk muka hanya sekali...adehhhla takkan tu pun nak kena aku ajar jugak..mana budaya kemanusiaan hangpa sebagai majikan ni..pelik aku dah la pekerja tu kemalangan sebab nak pi kerja..hm hm..dizaman moden ni banyak jugak majikan yang agak bahlol macam ni..oh ya..dah dua kali lawatan ke rumah pekerja ni..kali ni pi sampaikan kerusi roda khas serta tilam khas untuk kes kemalangan...mengalami lumpuh dari pinggang sampaila kebawah..TIDAK JATUH MARTABAT DAN JUGA PANGKAT DAN DARJAT JIKA SEORANG MAJIKAN MENJEJAK KAKI KE RUMAH PEKERJA YANG DAHULUNYA MENABUR KERINGAT UNTUK MAJIKAN...JANGAN RISAU BUKAN DUIT YANG MEREKA MINTA DARI HANGPA BEB..CUKUP SEKADAR PERHATIAN DAN AMBIL BERAT SEBAGAI MAJIKAN DAN BERIKAN KATA2 SEMANGAT SUDAH CUKUP!YA KITA SEBAGAI MAJIKAN KAYA RAYA JUTAWAN KAN KAN..ADA EGO TERSENDIRI LA KAN KAN..TAPI SAMPAI BILA BROOOOOO..ehem ehem ni laporan harian metro kes yang aku siasat tu...